Monday, December 17, 2007

Tersenyum sendiri

Allah...ayam berkokok sahut menyahut tanda waktu subuh bakal menjelma..namun sepasang mata ini masih bertugas..tidak ketahuan pula sama ada dikerah, dipaksa atau secara sukarela...letih dan penat tatkala pulang daripada tempat bertugas masih lagi terasa...tapi ku abaikan sementara bagi mencari sebuah kemanisan dan kerinduan yang diwar-warkan...namun seolah-olah ianya hampa...

Sebenarnya kurasakan tidak mampu lagi untuk aku bebani ujian dan mehnah ini...cukup-cukup aku teruji...tapi kepada siapa untuk aku luahkan dan leraikan tekanan itu tampak sukar dan jauh...samar-samar kelibatnya...

Berbincang dan terus berbincang sewajarnya dapat menghasilkan natijah dan keputusan yang baik dan tepat...tapi sebaliknya telah berlaku...ku rasakan kesemua yang berlaku adalah berpunca dari sikap dan telatahku yang tidak rasional...emosi..ego dan besar diri lagi keras hatinya...

Menyatukan dua hati tampak mustahil...menurut pemikiranku alangkah indah jika hati itu di satukan dengan mudah, ringkas, dan cepat bagi mengelakan bertambahnya maksiat dan kerosakan yang sedia ada sudah bersarang di dalam hati...

Berbincang dan terus berbincang...terkadang daku mencuri-curi tidur bagi menghilangkan sedikit kepenatan setelah bertugas selama 14 jam lamanya bagi mencari secebis rezki bagi menampung sedikit tanggungjawab....berkemungkinan beliau sudah jemu menunggu dan semestinya bosan menanti...lalu di ambil keputusan untuk keluar terlebih dahulu lantas meninggalkan aku sendirian kesejukan...

Bersengkang mata...mengorbankan sedikit masa ruang dan waktu rehat di kamarku mungkin tampak enteng dan kerdil...dan apatahlagi mengorbankan masa depanku yang teramat-amat penting dan seolah-olah ku serahkan nyawaku...ku tinggalkan medan juang ilmu yang penuh barkat dan mengandungi mutiara-mutiara yang amat berharga untuk cuba memenuhi impian yang sedang di bina beransur-ansur...

tapi...

Entah mengapa hati kecilku itu tergeser sedikit...tanpa di sedari air mata lelaki ku itu jatuh menyentuh jari...inikah nilai pengorbanan yang selama ini ku berikan???berbaloi dan terisikah pengorbanan itu???adakah ia mampu di bayar dengan sesuatu....tidak sesekali tidak....

Tersenyum daku sendiri diwaktu dinihari bagi menutupi kesedihan dan kepahitan yang tersembunyi dari dalam diri...

Sunday, December 2, 2007

.:: Selamat Hari Lahir ::.

Ucapan Selamat Hari Lahir ke-25 buat permata bagi hati

Mudah-mudahan dengan sifat kasih dan sayang Allah kepada para hambanya yang tiada pernah jemu dan bosan, yang senantiasa bersifat Maha Penyayang kepada keseluruhan makhlukNya yang teramat banyak bilangannya memberikan dirimu rasa taat dan syukur dan mudah-mudahan jua bertambah iman dan keyakinan kita kepadanNya...

Di kesempatan ini jua, daku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran dan kekasaran yang telah daku pamerkan semenjak ukhuwah dan persahabatan ini terjalin hinggalah ke saat ini..

Ternyata daku amat lemah dan senantiasa didalam kekurangan, sesuai dengan hina dan dhaifnya aku sebagai rakan jua temanmu yang biasa...tiada terbandingnya aku denganmu serta rakan-rakanmu...daku hanya budak kampung, berpendidikan sederhana dan tahap pemikiranku jua rendah..daku tidak sehebatmu...berjaya meneruskan pengajian di Universiti Tertua di dunia...daku hanya orang kampung..

Sesungguhnya daku sedar akan hakikat dan realiti ini...tiada istimewanya aku...daku yang hanya penuh karenah dan perangai yang membosankan...yang menyebabkan dikau berasa jemu dan hilang sabar terhadapku...

Entah mengapa semenjak dua menjak ini daku tidak tentu arah...hatiku mudah rajuk...fikiranku buntu dan bantut..tidak pula aku paham dan jelas akan perubahan dari dalam diriku...seolah-olah aku terlalu manja dan ingin dipenuhi setiap kesemua permintaanku...

Sesungguhnya aku sedar akan hakikat bahawa dirimu jua ada perasaan dan hati yang ingin dibelai dan di manja, dipelihara dan di sayangi...ku tahu akan hakikat itu..namun daku gagal penuhi keinginanmu itu...dan tidaklah aku ketahui sehingga bilakah dirimu akan dapat bersabar dengan kelakuan dan karenahku yang pelbagai ini...

Perjalanan dan perjuangan ini masih jauh lagi untuk kita tempuhi...kita yang berjauhan, kita yang di pisahkan antara benua dan masa...mampukah kita bertahan?...

Kepada Allah daku berharap dan berserah....mudah-mudahan tetap dan istiqamah didalam medan juangmu yang mulia...menuntut ilmuNya yang mulia..jauh di perantauan dan keluarga bagi mendapatkan sebutir ilmu yang berharga dan bernilai lalu akhirnya terhasillah sijil dan segulung ijazah tanda bukti kegigihan dan kesungguhanmu selama ini...

Selamat Hari Lahir yang ke-25 buat permata bagi hati Ustazah Siti Zainab Binti Abdul Razak,tahun akhir Universiti Al Azhar ( Alexendaria ) Mesir..moga panjang umur, di murahkan rezki dan bertambah iman dan cintanya serta dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi...amin...

Ikhlas dari :

Insan Hina dan Dhaif di sisi TuhanNya

-assubky attontowi-


Mencari-cari Pemilik Bagi Hati

Jam 1.30 pagi...disaat dan ketika hampir kesemua insan sedang lena di buai mimpi, merehatkan minda dan jasadnya...dan bersiap sedia bagi menghadapi urusan hari esok jika diizinkan PenciptaNya...dan tatkala jua si abid dan pencinta TuhanNya bangkit di tengah malam, mengusap muka lalu di capai pili paip dan aturcara mengambil wuduk bermula bagi menghadap kekasihNya yang tiada pernah tidur dan alpa, makan dan minum...terus gah bersama dengan kebesaran dan ke AgunganNya...

Namun sebaliknya berlaku buatku yang senantiasa hina dan leka lagi lalai ini...kekurangan mengadu dan beribadah untukNya...hanya mengikut nafsu dan jiwa yang entah kapan bilanya untuk berubah seperti waktu dulu...

Rohani dan mental terasa kosong...gusar, gundah, kesemuanya terbit dari hati kecil ini...senantiasa mencari-cari akan hati yang dahulu..senantiasa segar dan tenang..terasa sejuk tatkala air mata ikhlas jatuh tertumpah tepat lalu mengenai kulit anggota tangan yang senantiasa melakukan dosa yang tidak terhitung banyaknya...lantas jiwa dan roh menjadi tenang...

Kini...

Hati ini merindui kembali saat itu...dengan apa cara sekalipun ia cuba untuk melangkah dan mencapai tahap kebersihan hati, agar ia kembali berusaha merebut cinta dan kasih TuhanNya yang amat sukar untuk di capai jika tiada kesungguhan dan bantuan dari penciptaNya...

Hari ini hati itu di uji lagi...dikurniakan Allah akan nikmat kurang sehat dalam badan...'Demam' suatu istilah yang kerap kita dengar, nikmat yang Allah kurniakan kepada para hambanya dan amat di tunggu oleh para pencintaNya...ini kerana dengan cara itu ia mampu mencuci segala dosa kecilnya yang lalu dengan bersyarat tidaklah ia merungut dan mengeluh...memadailah digantikan dengan senyum dan tahmid yang tidak putus agar demam itu turut menjadi ibadah dan bukannya menjadi beban...

Suhu badan semakin meningkat...panas dan sejuk bercampur...ingin di rebahkan tubuh bagi merehatkan sepasang mata ini tidak jua ia terlelap...berlegar-legar di buah fikiran ini akan pelbagai permasalahan yang telah timbul dan yang akan timbul...tetap cuba untuk digagahi dan di harungi seorang diri tampak seolah-olah mustahil dan semestinya hati itu memerlukan pendorong, penyokong dan pembantu yang sabar, tabah baik dan kuat hatinya...tapi......

Hari ini terasa hati itu ditinggal lagi...terkapai-kapai mencari bakal pemiliknya...tapi ternyata hampa dan kecewa yang diperolehinya...terdetik di benak pikiran, adakah bakal pemilik hatiku itu sudah jemu dan patah hati...gara-gara kejengkelan dan karenah yang terbit dari dalam diri hati itu telah menyebabkan hatinya dan hatiku semakin menjauh...dan adakah hatinya jua hatiku ini seakan-akan rapat telah menyebabkan kelukaan mudah berlaku...termanggu aku seketika....

Jam 2.26 pagi...

Tumpuan dan matlamat aku masih lagi samar dan hambar...inginku luahkan segala apa yang tersembunyi dan terbuku dalam hati tidak jua ia terserlah...tidak jua aku fahami dan mengerti akan apa yang terjadi dan berlaku kini...kepada PenciptaKu daku berserah diri dan berharap...bantulah dan kasihanilah aku wahai Tuhann....

Tuesday, November 13, 2007

Mengusap Hatiii

Maha Suci Allah yang menciptakan hati dan perasaan...

Terkadang daku termenung sendirian...berfikir dan terus berfikir, apakah yang terjadi, di manakah silap dan kurangnya??...bertugas di dalam bidang yang baru, suatu bidang yang tidak pernah aku ceburi dan pelajari...ujian dan rintangan semestinya ada dan ia semestinya memerlukan kesabaran dan kematangan yang tinggi...

Hari ini terasa kurang ceria daripada biasa...tidak sepertimana biasa, senantiasa ada teman dan permata bagi hati...tetapi hari ini dan semalam berlainan dan berbeza...dengan tekanan dan ujian yang kerap kali mendatang, terasa kekuatan perlu di cari sambil ditemani dan dibantu penenang bagi hati..tapi ternyata ia amat sukar untuk diperolehi...

Cuba untuk hidup bersendirian ternyata tidak mampu...inginkan seseorang yang sedia berkongsi kasih dan sayang, suka dan duka..pahit dan manis..

Tekanan tatkala bertugas sedikit sebanyak memberi kesan dan impak dalam diri...entah mengapa tekanan itu semakin kerap dan bertubi-tubi...tapi tiada siapa yang memahami dan mengerti...entahlahh..

Tidak diri ini mengerti..sukar untuk dimengerti...melabuhkan tirai sementara....

Wednesday, October 24, 2007

Ku Rindui Ruangan Ini...

Assalamualaikum buat semua....

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat yang telah lama daku tinggalkan.Sudah lama rasanya tidak daku berkarya dan menulis di dalam ruangan yang kerdil ini..mungkin dengan kesibukan dan kepelbagaian aktiviti yang penuh dan padat semenjak berpijaknya kedua kakiku ini di bumi Malaysia tanah air yang tercinta...

Pejam celik, makan minum, tidur dan jaga hampir dua bulan sudah daku berada di sini...pelbagai ilmu serta pengalaman yang berjaya dikutip dan dikumpul ...melihat dan merasai hidup bersama-sama sahabat dari pelbagai aliran, dari sebaik-baik hingga kepada yang serosak-rosaknya..akhirnya kabar berita dan cerita-cerita yang sebelum ini hanya kudengar melalui media masa sewaktu menuntut dahulu kini benar-benar daku temui dan hadapi...ternyata daku memerlukan satu persediaan dari pelbagai aspek...

Senantiasa bersiap sedia apabila khidmat diperlukan baik dari sudut ilmu dan wajibnya menonjolkan akhlak-akhlak mulia yang bersesuaian sebagai penuntut ilmu Allah yang syumul adalah amat perlu..berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat awam dan biasa amat memerlukan kesabaran dan ketenangan yang tinggi...itu belum lagi menyentuh hal yang berkaitan dengan perjuangan yang semestinya mencabar dan senantiasa memerlukan pengorbanan, kesabaran dan kekuatan...baik kekuatan rohani mahupun fizikal....

Dua bulan berada di kampug halaman banyak memberiku input dan pengetahuan betapa meruncing dan rosak teruknya umat Islam kita hari ini yang rata-ratanya adalah warga melayu kita...sebulan berpuasa dapat mengeratkan lagi tentang realiti dan kebenaran akan betapa cedera parahnya iman dan akhlak anak melayu kita...

Remaja-remaja yang berpeleseran, remaja perempuan kita mudah di ratah dan dibawa sesuka hati yang hakikatnyer tiada ikatan nikah yang sah...dengan bayaran sebanyak RM 30 kita boleh merasai ' ZINA PERCUMA' ini...hanya perlu 'DEAL' malam nanti boleh layan...murah sangatkah remaja Islam kita...

Ingin daku coretkan lagi tapi masa amat mencemburui....insyaAllah posting yang mendatang akanku dedah dan rungkaikan akan hakikat betapa beratnya masaalah sosial di kalangan warga Melayu kita...yang di fokuskan di sebuah pekan kecil dibawah pemerintahan Tan Sri Muhiyidin Mohd Yasin dipimpin dan di ketuai AMIRUL MUKMININ Pak Lah kita ini...

Salam Perjuangan.....

Monday, September 10, 2007

Persoalan Demi Persoalan

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah menentukan sesuatu perkara...akhirnya kaki ini berjaya menjejak ke bumi yang bernama Subang Jaya.Keletihan dan berat bagi kelopak mata ini masih lagi belum hilang, sejurus sampainya aku di pasaraya carefour hatiku tertanya-tanya di manakah tempatnya tubuh badan ini ingin dilabuhkan dan terpaling penting bagiku adalah dimanakah tempat untuk aku memulakan tugas sebagai pendakwah serta pendidik yang beriman, beramal dan ikhlas keranaNya.Lusa adalah hari yang ditunggu, terkadang rasa tidak pula daku berkemampuan untuk berhadapan dengan soalan-soalan yang akan diajukan nanti...terasa cetek ilmu ini..apa yang ingin di jawab nanti???...

Gentar...cuak..panik...

Kesemuanya ada...tapi semestinya perlu ku gagahi jua...mudah-mudahan bantuan serta kasih sayangNya bersama denganku..aminn...

Tertanya-tanya...
Berbeku di dalam minda serta perasaan ini sejak dari minggu yang berlalu..apakah yang telah berlaku...di manakah silap serta salahnya..secara jujur daku katakan aku benar-benar keliru dan pening, sedih jua ada...entah dimanakah silapku...jikaku ada salah dan silap di mana-mana, apalah kiranya jika beliau memberitahuku dengan jujur dan iklas, jelaskan kepadaku agar aku tidak tersalah andaian...

Kejadian pada minggu yang berlalu benar-benar membuatkanku keliru dan terpinga-pinga...puas ku tanyakan pada ibu...ku luahkan segalanya akan apa yang terbuku di fikiran dan hatiku...terkadang aku terpikir....

INIKAH NAMANYA SAHABAT????...INIKAH ERTINYA JANJI YANG TELAH DIMETRAI...

Janji antara seorang sahabat kepada sahabatnya...janji seorang adik angkat dengan abang angkatnya...Daku bertanya lagi kepada ibu :

" Sukarkah ibu untuk menghantar pesanan SMS barang 3 sen cuma...susah sangatkah ibu???...agar daku tidak tertanya-tanya akan keadaan situasinya di sana....."

Lalu ibu menjawab sebagai tanda prihatin dan kasih terhadap anak yang dulunya jauh di matanya kini sudah berada dihadapannya :

"Takpelah Nak...sabar jer laaa...mungkin dia ada masaalah yang tidak kita ketahui...sabar ye...adikkan bakal Ustaz...kenalah sabar..kan Allah sayang...tul tak?...

Tertunduk daku tanda setuju dan akur...

Minggu lalu benar-benar mengajarku erti kesabaran dan ketabahan...sukar untuk ku rungkaikan, mengapa insan yang ku anggap adik itu sanggup melakukan sedemikian...jika tidak suka akan caraku...payahkah untuk menjelaskannya padaku..alangkah indah jika sejak dari awal lagi beliau menjelaskan akan apa yang terbuku dihatinya..tidak usah berpura-pura untuk bersahabat denganku...dan berkata-kata indah bagi menyedapkan hatiku....Sesungguhnya tidak ku ketahui akan apa yang sedang berlaku dan tidak pula ketahui akan apa yang tersirat di dalam hatinya....

Minggu yang lalu jua daku di uji dengan pelbagai ujian...permasalahan hati, permasalahan bagaimana berhadapan dengan manusia yang tergolong di dalam golongan Munafik Moden Tegar di zaman yang cukup mencabar ini...

Puas daku memikirkan apa dan mengapa sebabnya insan yang berstatus adikku itu bertindak sedemikian..jika kukenangkan bagaimana sukar dan payahnya daku mencari dan menguruskan urusan, baik dari segi kenderaan untuk mudahku kesana, betapa daku telah membatalkan segala bentuk perjanjian daku dengan individu lain...kesemuanya itu jua penting buatku...dengan semudah itu beliau membatalkan di saat-saat akhir...dua hari lamanya daku menunggu kabar dari insan yang ku gelar adik...berkemungkinan SMS yang di kirimkan berharga RM 1..pabila daku cuba menghubunginya tidak pula di angkat...apakah tanda ini semua...????

Tidak mengapalah...mungkin ini satu tanda dari Allah kepadanya...agar beliau tidak tersalah di dalam memilih sahabat sepertiku...tidak mengapakan ibu....biasalah ana ibu ini bukan orang baik...tidak sesuai bersahabat dengan insan sepertinya, baik dan indah akhlaknya...cemerlang serta bijak pemikirannya...sukar untuk di tandingi...kita hanya insan kerdil..anak ibu ini hanya layak bersahabat dengan makhluk yang rendah martabatnya di sisi Allah..tidak layak jika di bandingkan dengan dia...tidak mengapalah ibu...anak mak dan ibu ini redha dan terima...

Kenangan indah bersama kalian sahabat-sahabat MMU akan ku kenang dan kusimpan sebagai hadiah serta iktibar untuk ku sampaikan kepada anak-anak serta keturunanku nanti, betapa hebat dan beruntungnya ayahndamu ini dapat bersahabat dengan rakan-rakan dari MMU Melaka (Bangi)..Alhamdulillah...

Sesungguhnya daku ada prinsip serta matlamat sendiri di dalam menghayati dan memelihara sesebuah persahabatan...akan ku pertahankan persaudaraan ini....

Sempena Ramadan yang akan menjelma dua hari lagi, daku ingin memohon ampun kepada sahabat-sahabatku di atas keterlanjuran dan kekasaran yang daku timbulkan...gurauan yang terlampau yang menyebabkan kalian merasa jijik dan hilang kepercayaan serta kesabaran terhadapku...moga kalian senantiasa di dalam rahmat dan perlindunganNya...amin...

Ramadhan Karimm...

Friday, September 7, 2007

Gangguan ' JIN ' - Sedikit Ulasan Dan Komentar

Gangguan dan ujian bagi pengamal perubatan Islam adalah satu perkara yang sinonim dan biasa bagi mereka...kerap kali di uji dengan ujian yang pelbagai baik dari ujian melalui gangguan dan cubaan dari makhluk-makhluk halus yang sukar di jangka akan datangnya mereka juga di uji dengan ujian iman, akhlak dan amalannya.

Kebiasaannya bagi ahli perubatan Islam kerap kali di ganggu oleh makhluk-makhluk yang sukar di lihat oleh pancaindera.Gangguan yang pelbagai sama ada jelas kelibatnya jin itu, mendengar suara, di tekan dan di cekik serta pelbagai lagi bentuk gangguan yang sukar untuk di gambarkan.Biarpun sudah menjadi kebiasaan bagi ahli perubatan Islam di dalam menghadapi situasi ini namun adakalanya perasaan panik dan gementar terlintas sesuai dengan dirinya sama seperti manusia lain.

Jam 3.20 pagi...

Di saat artikel ini ditulis, kedengaran suara-suara sayup di luar rumah penulis...kebiasaannya dengan ramainya makhluk itu di luar sana dapat kita kenal dan tahu melalui pelbagai tanda...sebenarnya penulis baru terjaga dek akibat gangguan yang diterima...sesuai dengan tanggungjawab penulis yang rasa terpanggil untuk menjaga dan mengawal rumah pusaka ini bagi memastikan tiada sebarang bentuk gangguan, baik gangguan manusia mahupun gangguan dari makhluk-makhluk ini.

Jika di kampung ini dapat kita kenal dan tahu akan keberadaan makhluk itu.Bunyi beberapa jenis burung antaranya burung hantu dan ada seekor lagi burung yang penulis tidak tahu nama tepatnya...bunyi suara burung yang sayup-sayup sememangnya meremangkan bulu roma bagi sesiapa yang mendengarnya.Bunyi salakkan anjing turut menjadi petanda kuat akan adanya nanti gangguan, kebiasaannya bagi ahli perubatan Islam dapat mengenal dan mengetahui tanda-tandanya...

Bagi penulis sendiri yang turut sama berkecimpung di dalam bidang ini turut sama merasai pengalaman yang indah ini...tidak cukup tidur, terjaga dari tidur adalah merupakan satu perkara biasa, dan bagi penulis gangguan yang paling sukar adalah gangguan sewaktu sedang tidur, kebiasaannya gangguan datang di dalam mimpi, ini ketika berada di alam mimpi adalah amat sukar untuk kita mengawalnya, hanya amalan dan bantuan dari Allah sahaja yang dapat membantu mengalahkan dan menewaskan gangguan tersebut...semestinya rasa syukur yang tidak terhingga setelah berjaya mengharungi ujian itu...namun jin-jin ini tidak berputus asa..akan diganggunya lagi pada hari yang lain...

Mengikut pengalaman penulis gangguan kebiasaannya berlaku seawal jam 12 tengah malam membawa kepada jam 4 pagi.Jam 1-3 pagi adalah waktu panas dan aktif bagi makhluk ini beroperasi dan bertugas, ada di kalangan mereka ini bertuan dan ada yang suka-suka untuk menganggu untuk menguji siapa yang hebat dan kuat.

Jika dilihat pada adab-adab di dalam perubatan Islam, perlunya kita berhati-hati pabila menjelang waktu malam, terutama pada saat genting, waktu-waktu panas, ini kerana dikhuatiri jika kita tidak berhati-hati ia akan menyebabkan gangguan yang tidak disangka-sangka...apabila sekali kita di masuki oleh jin ini maka akan adanya dua kalinya..

Jika ada mendengar sesuatu di luar rumah janganlah kita mudah-mudah membuka pintu ataupun menegurnya...perlu diperhatikan dan dipastikan terlebih dahulu ataupun biarkan sahaja...lalu banyakkan lah memohon doa dan meminta pertolongan kepada Allah, berdoa mudah-mudahan dilindungi dari kejahatan makhluk tersebut.

Sebenarnya banyak lagi adab-adab serta etika-etika yang perlu di huraikan, namun untuk di paparkan di ruangan yang terhad ini adalah agak sukar, insyaAllah akan penulis ketengahkan adab-adab dan cara mengelakkan gangguan daripada berlaku pada masa mendatang...Mudah-mudahan kita senantiasa dibantu dan dilindungiNya...amin...

Hakikat Penyakit Hati

Allah menerangkan tentang golongan munafik di dalam Al Quran pada ayat-ayat berikut :

" Dalam hati mereka didapati penyakit-penyakit (syak wasangka), lalu Allah menambahkan penyakit tersebut ke atas mereka."

( Al Baqarah: 10 )

Firman Allah lagi yang bermaksud :

" Supaya Dia menjadikan halangan syaitan itu sebagai cabaran ( ujian ) bagi orang-orang yang di dalam hatinya terdapat penyakit."

( Al Hajj :53 )

Firman Allah dalam menasihati kaum Wanita yang bermaksud :

" Hai perempuan-perempuan Nabi, kamu bukan seperti seorang di antara perempuan-perempuan ( lain ), jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu terlalu lemah lembut ( dalam mengucapkan ) perkataan, nanti orang-orang yang ada di dalam hatinya terdapat penyakit ragu-ragu akan teringin ( terangsang syahwatnya ) kepadamu. "

(Al Ahzab :32 )

Di dalam ayat tersebut Allah melarang kepada kaum wanita agar tidak melembutkan suara sehingga menimbulkan rangsangan syahwat bagi kaum lelaki.Dalam pada itu lelaki yang mudah terangsang nafsunya terhadap wanita sekalipun hanya melalui suaranya telahpun digolongkan sebagai orang yang menderita penyakit hati.

Allah S.W.T telah sebagaimana berikut :

" Demi, jika orang-orang munafik dan orang-orang yang dalam hati mereka terdapat penyakit dan orang-orang yang menyiarkan khabar bohong dalam kata, (mereka semua berhenti dari memfitnah kaum ), nescaya kami kuasakan kepadamu untuk mengusir mereka..."

( Al Ahzab : 60 )

Terdapat satu lagi ayat yang Allah menerangkan tentang orang yang di jangkit penyakit hati ini.

"Kami tidak adakan penjaga neraka itu melainkan dengan mengutus malaikat-malaikat, dan kami tidak jadikan bilangan mereka ( yang sembilan belas jumlahnya ) melainkan untuk ujian terhadap orang-orang kafir, dan supaya ahli kitab bertambah yakin dan orang-orang yang beriman bertambah keimanannya, sehingga mereka tidak ragu-ragu lagi, dan agar orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir berkata." Apakah maksud Allah membuat contoh bilangan malaikat yang sembilan belas ) ini ?

Dengan ayat ini Allah mengkhabarkan tentang hikmah hikmah di sebalik Dia menjadikan malaikat penjaga neraka 19 jumlahnya.Di dalamnya terdapat 5 hikmah, iaitu :

1. Ujian fitnah ke atas orang kafir, kerana dengan demikian mereka tiada percaya sama sekali dan bahkan bertambah keingkaran dan kesesatannya.

2. Bertambah kuat keyakinan ahli kitab, kerana berita tersebut juga sepertimana telah disampaikan oleh nabi-nabi mereka di dalam kitabnya masing-masing.

3. Keimanan kaum mukminin bertambah kuat.

4. Hikmah tersebut adalah lebih merupakan ujian ke atas orang kafir, menjadi lebih yakinnya ahli kitab, bertambah imannya orang yang beriman dan hilangnya keraguan dalam hati kaum mukminin dan ahli kitab.

5. Adalah satu kebingungan pada orang kafir dan juga orang yang di hatinya terdapat penyakit terhadap maksud Allah menciptakan 19 malaikat yang menjaga neraka di atas. Kemudian mereka hanya boleh berkata dan berangan-angan dengan ucapan "Apa yang Allah kehendaki dengan tamsil ( perempuan-perempuan ) ini semua?"

Sehubungan dengan hati yang sedang menderita sakit, Allah S.W.T telah menunjukkan cara-cara untuk mengubatinya sehingga menjadi sihat dan hidup yang mempunyai cahaya yang bersinar.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

" Wahai sekalian manusia, "Sesungguhnya telah datang kepadamu satu pengajaran ( nasihat) dari TuhanMu dan menyembuhkan apa-apa (penyakit) dalam dada (hati), ianya juga merupakan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."

(Yunus : 57 )

Nasihat yang datang iaitu Al Quran.Ia adalah satu-satunya ubat bagi penyakit-penyakit hati yang mungkin berupa kejahilan dan kesesatan.Ini kerana kejahilan itu adalah penyakit dan ubatnya adalah pengetahuan (tauhid) dan hidayah.Kesesatan adalah penyakit dan penyembuhnya adalah petunjuk ( Al Rusydi ). Dan Al Quran di dalamnya penuh dengan ilmu dan petunjuk (hidayah).

Thursday, September 6, 2007

Terjawablah Sudah

Alhamdulillah di atas ketentuanNya...

Seawal waktu pagi yang hening di celah-celah embun-embun yang bertebaran di segenap pelusuk alam...sewaktu itulah kelopak mataku terbuka dek panggilan yang ku terima dari seseorang, panggilan yang di nantikan selama beberapa hari yang berlalu...jawapan dan maklum balas yang kuharapkan agar mudah bagiku merancang sesuatu...berhari-hari daku menanti maklum balas darinya namun ternyata hampa dan pada masa yang sama telahku batalkan segala aturcara programku bersama orang yang lain yang tidak kurang pentingnya...di manakah rasional dan rasa ihsannya terhadapku...segala yang dirancang berjalan lancar dan tersusun rapi hanya menunggu untuk dilaksanakan sahaja.

Namun apakandaya itulah ketentuan yang telah termaktub...memberi jawapan serta maklum balas pada saat akhir menyebabkan kesabaranku tercabar...berhadapan dengan pelbagai ujian dan cubaan sepanjang minggu yang mencabar ini, daku di uji lagi...namun tiada siapa mengerti...akhirnya aku menerima ketentuan ini dengan hati yang bercampur baur...sebagai bekas penuntut agama perlulah aku mempraktikan akan apa jua yang dipelajari sewaktu usia muda dahulu...sabar, tenang dan mudah memaafkan kesalahan orang dan akhirnya terus menerus tersenyum sebagai pengganti diri yang bengang...bersabar dan terus bersabar....

Kepada Allah daku berharap dan bermanja...maafkanlah aku dan kasihanilah sahabat-sahabatku....aminnn

Wednesday, September 5, 2007

Sunyinya Hati Itu

Hati ini dikembalikan kepada Allah....

Ehmmm...hari ini aku termenung lagii..memicit-micit kepala yang tiada sakitnyer...mengusap ubun-ubun kepala..menggenang nasib diri yang tidak pasti...sememangnya sukar untuk kita mengenal pasti akan sesuatu yang bukan menjadi hak milik kita...sukar untuk kita ramal dan baca..adakah hati dan perasaannya masih lagi bersemangat dan selesa dengan kita...terkadang kita mensasarkan begini hasilnya begitu...

Di dalam senyum tawa yang cuba di paparkan, tertanaman jauh di sudut hati kecilnya yang kerdil bahawa hatinya ingin dibelai dan dimanja...terkadang hatinya mudah terasa dan berkecil hati...kemungkinan dirinya tidak biasa dengan situasi sepertimana sekarang ini...keseorangan, kesepian dan bersendirian...tidak pula ia tahu di mana silap dan salahnya...hatinya dibiarkan sendirian sebegitu...dicampak dan di buang tanpa di hiraukan oleh sesiapa...seolah-olah hati itu tidak bertuan dan tidak dipedulikan lagi...tidak pula ia ketahui punca dan akibatnya....

Hari ini jua jasad serta hati itu keseorangan lagi.....entah di mana kekurangannya...mungkin kifarah serta denda akibat dari perbuatan dan kata-kata yang keluar, telah menyebabkan hati mana-mana insan terguris tanpa disedari...akhirnya hati itu sedar dan kenal akan hakikat yang berlaku...perlunya hati itu berdiam diri dan lari dari permasalahan ini...

Tanpa disedari ia sukar untuk tersenyum lagi...tidak seperti mana biasa...cuba juga untuk dipaksa-paksa supaya tetap sepertimana biasa...namun tetap gagal..tidak tahu di manakah harus dituju dan di aju...ternyata tiada siapa yang sudi menemani dan membawa hati ini...maka tiadalah tempat untuk di aju dan tempat paling sesuai untuk mengadu tidak lain dan tidak bukan adalah penciptaNya...

Mudah-mudahan akan ada perubahan di dalam beberapa hela waktu yang mendatang...menanti hari esok yang tidak pasti...membawa diri yang sepi......

Tuesday, September 4, 2007

Munafik Moden

Salam ukhuwah kerana Allah...

Munafik Moden

Semalam banyak mengajar akanku erti kesabaran dan ketabahan...kerap kali di uji dan terus di uji...sewaktu ujian menahan makan dan minum serta pancaindera yang lain sedang giat di usahakan namun tanpa di sangka ujian yang lebih berat datang berkunjung sewaktu ibadah separuh hari sudah berlalu...

Bertemu dan berhadapan munafik moden ala-ala samseng yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh...kesemua tindak tanduk serta sikap berlandaskan nafsu dan hati yang busuk yang tidak mencerminkan sifat-sifat seorang mukminah, wanita soleha yang di dambakan.

Apabila setiap perbuatan, kata-kata serta penampilan tidak mengikhlaskan niat kerana Allah di dalam setiap perbuatan serta kelakuannya maka penyakit hati akan mengambil alih lalu terhasillah perkara keji yang terbit dari hati yang tidak sihat.Antaranya adalah sifat hasad dan dengki terhadap orang lain hatta sesama saudara...perasaan benci dan sakit hati akan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain menyebabkan timbulnya perasaan tidak senang dalam diri pantas dari keadaan itu perasaan dengki dengan berniat untuk menjatuhkan orang lain dengan apa cara sekalipun akan diusahakan biarpun usaha itu bertentangan dengan adab-adab seorang muslimah yang soleha, menyalahi adab, kesemuanya di tolak tepi.

Ilmu agama dan hidayah daripada Allah adalah suatu perkara yang amat di impikan oleh setiap insan..ini kerana ada ilmu tapi tidak memperoleh hidayah dari Allah adalah amat menyakitkan...hidup tidak terasa aman dan tenang, ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang tidak mencukupi...ada ilmu tidak di amalkan pun sukar untuk di bayangkan..ilmu lama kelamaan akan hilang jika tidak di amalkan ikhlas kerana Allah...begitulah jua hati..perlu di belai dan di tarbiyah agar tetap segar dan kental, agar iman senantiasa di dalam rahmatNya serta taqwa kepada PenciptaNya semakin bertambah...

Entahlah berhadapan dengan manusia yang hatinya busuk, mempunyai sifat dengki tahap iblis yang tidak mengenal hukum dan adab, mempunyai sifat-sifat manusia yang tergolong di dalam golongan munafik tegar...berlakon di hadapan manusia...berkata manis dan indah, bersuara tinggi dengan orang yang selayaknya untuk dihormati, memburukkan suami tatkala suami tiada, memburukkan keluarga suami dengan menaburkan segala fitnah bagi mencari keuntungan diri...adakah layak seorang wanita merangkap isteri kepada seorang suami bersifat demikian...mengaburi mata suami dengan kata-kata manis serta menangis dengan bertujuan berlakon bagi menyelamatkan kesalahan dan kepekongan dalam diri...sukar untuk dimengerti masih ada lagi insan seperti ini...

Mencari dan terus mencari formula untuk berhadapan makhluk munafik zaman moden...akan ada hati-hati yang terguris lalu bergoyang dan gegarlah Arasy Allah yang mulia....

Kepada Allah aku berlindung dan berserah diri, mudah-mudahan di lindungi dari segala sifat-sifat penyakit hati yang mengikis amalan sehari-hari..

Wasiat Imam Assyafeei r.a

Fiqh dan Tasawuf Tidak Dapat Dipisahkan

Jadilah engkau faqih sekaligus sufi.Demi Allah, dengan begitu aku hanya akan setia kepadamu.Dengan menjadi faqih sahaja hati akan menjadi keras, tidak pernah rasa takut di dalam hatinya, sedangkan menjadi sufi sahaja bererti kebodohan.Mana mungkin orang yang bodoh akan benar segala tindakannya?

Etika Berdiskusi

Jika engkau adalah orang yang memiliki kelebihan dan pengetahuan tentang pertikaian pendapat orang-orang terdahulu dan orang-orang saat ini, berdebatlah dengan orang yang engkau ajak berdebat dengan jiwa yang tenang, penuh kearifan, peramah dan hargai pendapat kawan, serta janganlah bersikap angkuh.Ambillah apa yang engkau anggap baik dan benar, dari lawan bicaramu, baik yang ramah mahupun kasar, dan tunjukkanlah kesungguhanmu kepada orang-orang yang berada di sekitarmu yang menunjukkan bahawa diri mereka paling benar dan suka menyombongkan diri.

Pura-pura sebagai Ahli Ibadah

Tinggalkanlah orang-orang yang jika mendatangimu berpura-pura sebagai ahli ibadah, sedangkan apabila berada di tempat sepi mereka bagaikan serigala-serigala buas.

Ahli Fiqih, Pemimpin dan Orang kaya

Ahli fiqih adalah orang yang selaras dalam ucapan dan perbuatannya, bukan hanya pandai bicara.

Pemimpin yang baik adalah orang yang boleh memimpin dengan akhlaknya.Ia bukan termasuk pemimpin orang yang memimpin dengan bantuan kaum atau golongannya.

Orang kaya adalah orang yang hidup dengan apa yang ada pada dirinya, bukanlah orang yang berlimpah dengan harta atau kedudukan.

Sunday, August 26, 2007

Bersalahnya Aku....

Ya Allah...Tuhan yang menciptakan aku...menjadikan dan mengurniakan akan daku hati serta perasaan, kasih serta sayang...baik kasih sesama manusia ataupun sayang sesama makhluknya....

Hari ini 13 syaaban..entah mengapa terdetik bagi hati untuk melakarkan sesuatu...hari ini entah mengapa daku secara tiba-tiba bertukar hati...hari ini hatiku seolah direntap dan dipancung dengan paksaan...tidaklah aku inginkan demikian...sewaktu daku mencari-cari akan sesuatu yang indah dan baik...mencari seseorang sebagai teman dan sahabat untuk aku berbicara dan berbual mesra...namun ia tampak seolah hanya impian yang sukar untuk dicapai apatah lagi untuk di dakap...

Tidaklah ku tahu mengapa deringan penerimaan pesanan dari seseorang telah merubah segalanya...hanya dek kerana sesuatu penulisan yang telahku hasilkan...errghhh...entahlah...sukar untuk aku rungkaikan di sini...Ya Allah Kau berikanlah daku kekuatan dan harapan agar hati ini tetap kental dan utuh menghadapi ujian ini...tidaklah aku ingin perkara sedemikian dari berlaku...Kau kuatkanlah imanku..kau belailah hatiku, setelah hatiku terluka dan tercalar lalu hilangnya penghibur hatiku...daku tetap keseorangan dan bersendirian lagi...

Ya Allah akhirnya daku redha dan akur akan ketentuanMu...hari ini Ya Allah akan kucuba untuk senyum seperti selalu...ceria seperti selalu...dan akan ku cuba untuk gagahinya..biarpun bersendiran dan berseorang diri...tapi akan ku sematkan dalam diri yang bahawa aku tidak akan putuskan dan gugurkan jalinan ini...saudara tetap saudara..adik tetap adik..tidak semudah itu untuk aku melepaskannya setelah lama daku perjuangkan dan pertahankan....mudahan ukhuwah ini berterusan dengan izinNya..aminnn...

Bertemu masyarakat seketika...

Friday, August 24, 2007

Hatiku tersentak...

Hati itu tersentak lagi...entah kenapa dan mengapa tidaklah ku ketahui...sudah hampir 2 minggu daku berada di kampung halaman..bersama dengan sahabat-sahabat tercinta...kerinduan terhadap mereka akhirnya terubat jua...namun rindu yang lain pula muncul lalu menyebabkan hati dan jiwaku tersentak lalu rebah...kerinduan terhadap rakan seperjuangan jauh nun di perantauan..terkenang sewaktu bersama-sama mereka di sana...sesungguhnya tidak dapat hatiku ini menipu untuk merindui mereka semua...namun daku harus sedar dan perlunya daku terima hakikat akan kebenaran perkara ini..semua yang menjadi kenangan...

Selama 2 minggu inilah hatiku di uji...dan terus di uji..terdetik rasa kasihan dan simpati buat si dia yang jauh nun berada di sana..meneruskan sisa perjuangan yang masih lagi belum selesai...tempoh masa yang diberikan selama setahun cukup menguji kesabaran dan kesetiaanku terhadapnya...dan hampir-hampir hatiku tergugat dan tercampak lalu terbiar...tetapi entah...tidak ku tahu sejauh mana kesetiaan ku mampu bertahan..mudah-mudahan hati dan perasaanku tetap utuh dan kental...amin...

Selama 2 minggu ini jua aku tidak boleh duduk diam dan senang....ada sahaja yang ingin daku perlakukan...ada sahaja aktiviti, baik aktiviti bersama masyarakat kampung mahupun bersama sahabat-sahabat....kesemuanya melibatkan perjalanan yang jauh...letih dan lesu..mujur daku sudah terbiasa...

2 minggu ini jualah daku kehilangan seorang lagi saudara di sebelah allahyarham ayahndaku...sepupu kepada arwah ayah yang telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat pada jam 6.30 pg bersamaan 24 august 2007...di saat hujan lebat turun membasahi bumi Kg Tengah...tidak kusangka insan yang semalamnya daku ziarah dan pada masa yang sama ziarah untuk mengubati arwah bagi mengurangkan derita penyakit yang di hidapi selama 5 tahun lamanya...mudah-mudahan rohnya di dalam rahmatNya..amin...

Daku berundur seketika bagi meneruskan aktiviti yang telah di jadualkan...ngantuk teramat...jam sudah menunjukkan 1.06 minit pagi waktu Malaysia....bersua di ruang waktu yang lain....salam ukhuwah kerana Allah...

Tuesday, August 14, 2007

.::Ku rindui saat dan detik itu ::.

Assalamualaikum dimulakan sebagai pembuka bicara dan kata...
Lama sudah rasanya tidak aku mencoretkan sesuatu di dalam blog dan jurnal kehidupanku...jika diperhatikan sahabat-sahabatku yang lainnya kerap dan aktif di dalam menghasilkan pelbagai cetusan mahupun ilham ikhlas dari isi hati lalu dizahirkan melalui ruang-ruang yang di sediakan, sebagai contoh adalah blog..penulisan dan lain-lainnya.
Seminggu sudah daku berada di tanah air...ini jua bermakna sudah seminggu jua daku meninggalkan sahabat-sahabat di ardil kinanah yang masih lagi setia berjuang di dalam menuntut ilmu yang penuh kesukaran, ujian serta pelbagai rintangan bagi mencari dan mendapatkan satu keputusan yang baik dan cemerlang bagi kehidupan mendatang dan mudah-mudahan ilmu dan natijah imtihan yang diperolehi seiring dengan amal dan kasih kepada TuhanNya..amin...
Alhamdulillah kerinduan dari kejauhan yang selama ini ditagih dan dipendam di dalam sanubari hati kembali terubat tatkala mata dan jasad ini dapat bersua muka dengan ahli keluarga yang tercinta yang senantiasa berada di hadapan dan belakang yang senantiasa memberi sokongan tanpa jemu dan bosan...sokongan dari pelbagai bentuk, wang ringgit, nasihat dan kata-kata semangat di sepanjang keberadaanku di tempat orang yang amat sukar untuk dicari ganti dan sukar untuk di jual beli.
Seminggu ini jua daku cuba mencari tion dan rentak bagi menyesuaikan diri dengan atmosfera dan keadaan serta suasana di tanah air sendiri..pada masa yang sama daku mencari-cari akan sahabat-sahabat yang telah lama aku tinggalkan selama hampir dua tahun lamanya...dan selama seminggu inilah daku cuba menyelami segala permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat setempat..namun ternyata ia tidak seperti 2 tahun dahulu yang telah daku tinggalkan..perlunya daku memikirkan sesuatu yang baharu bagi mengatasi dan membendung permasalahan yang terus menerus berlaku dan berlangsung tanpa ada sesiapa yang ingin membendung dan merawatnya...seolah-olah sudah menjadi tanggungjawabku sebagai bekas penuntut al azhar assyarif untuk turut sama turun kepadang bagi mencari formula dan menyusun gerak dan langkah agar dengan kudrat yang kecil dan lemah ini bisa membantu dengan izin TuhanNya...amin..
Seminggu ini jua daku terasa sesuatu teramat...rindu pada seseorang yang amat sukar untuk di kawal...sukar untuk dibendung...terkadang terasa sunyi dan keseorangan...keegoan lelakiku tercabar...dengan perhubungan yang terbatas dan tidak sekerap dulu tatkala berada bersama-samanya berjuang dan berusaha di dalam memastikan impian dan cita-cita keluarga tercapai dan terbukti..namun daku menyerah gagal dan tinggallah beliau seorang diri berjuang di sana...memang rasa berat untuk meninggalkannya, namun apakan daya kakiku sudah melangkah pergi...
Ya Allah sukarnya bagi diri dan hati ini untuk bergerak tanpanya...terasa kurang sesuatu...tidak sepertimana biasa...tapi apakan daya perasaan dan hati itu perlu di kawal dan di kekang selama setahun...mudah-mudahan hati ini teguh dan kental bagi menghadapi ujian-ujian yang mendatang...moga Allah beri kekuatan...amin...
Berundur seketika...

Tuesday, July 31, 2007

Ku Redha Dengan Ujian Ini

Subhanallah...itu sahaja kalimah dan lafaz yang mampu ku ungkapkan selaku insan yang hina di sisiNya dan serendah-rendah martabat dari kalangan mahkluknya...Subhanallah...pada hari ini yang banyak memberiku kesedaran dan pengajaran...pada hari ini jua aku diuji dengan pelbagai ragam dan karenah...hati dan imanku teruji...lantas kewarasan dan kematanganku di dalam menangani sesuatu permasalahan tercabar dan tergugat...

Hari ini jua aku kembali kepada sifat lamaku yang dahulunya telah berjaya kukekang..namun entah mengapa pada hari ini ia kembali terpancar...sifat mudah marah itu kembali menyerang iman dan kewarasanku...

Di mulai pada awal pagi sewaktu memulakan aktiviti harian bagi memenuhi permintaan kiriman dari saudara-saudara di tanah air sebelum pulang ke pangkuan mereka...daku tidak tersenyum sepertimana biasa...tawar...letih dan ngantuk jelas terpancar dari riak wajahku...akibat tidur yang tidak sekata dek gara-gara tugasan yang masih lagi belum selesai membawa kepada hampirnya waktu subuh..mujur ada insan yang sudi mengejutkanku bagi menggelakkan gagal di dalam menunaikan solat yang kerap kali ditinggalkan bagi segelintir orang..

Kesan daripada kurangnya bagi mata untuk berehat sepertimana biasa, telah menyebabkan emosi dan fikiranku terganggu..dalam seminggu berbaki di tanah Mesir ini, emosi dan fikiranku amat-amat terganggu..sakit kepala jikaku memikirkannya...kasihan bagi mereka-mereka yang berada di sekelilingku..sehingga perasaan khuatir terbit dari hati kecilku, bimbang dan cemas jika mereka sudah mula jemu dan bosan terhadap karenahku...Ya Allah berilah akanku petunjuk dan panduan bagi aku menempuhi ujian dan cubaan ini...

Seminggu ...

Rasa berat dan sukar untuk kucoretkan di sini..hatiku berkecamuk dan suram..lesu dan layu biarpun senyum dan tawaku cuba di zahirkan namun akhirnya aku sedar akan ketidak upayaan aku untuk terus memberikan senyuman luaran lagi...seolah-olah nada kepenatan sudah tergambar dari dalam dadaku..sehingga bilakah senyuman luaran itu harus aku kekalkan sedangkan hakikatnya aku jelas tidak berkemampuan dan tidak berkeupayaan untuk berhadapan dan berdepan dengannya...mudah-mudahan tiada siapa yang tahu akan permasalahan yang ku hadapi ini sehinggalah suatu detik yang telah di tentukan...

Menempuh hari-hari berbaki di bumi Mesir ini cukup memberi makna yang besar buatku...menghitung hari-hari terakhirku disini..sukar untukku perjelaskan akan hasrat hati...meninggalkan insan yang tersayang disini amat berat untuk aku lakukan...tidak dapat kupasti sama ada akan kembali ke sini atau tidak...mudah-mudahan Allah S.W.T memberi kekuatan dan keupayaan untuk aku memilih...hanya kepadanYa daku berserah diri...

Hari ini yang banyak memberi pengajaranku...tidak mampu untuk ku coretkan disini..moga jalan penyelesaian dapat di pertemukan dengan izin Allah Rabbul Jalil...amin....

Ya Allah ampunkanlah diri ini...aku bersalah dan berdosa..Kau rahmatilah sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku Ya Allah...AMINNN....

Akhirnya Ku Tetap Pergi Jua

Kepada Allah S.W.T yang memiliki segala apa yang ada di langit dan segala yang ada di bumi..Setiap perkara ada ketentuannya..Setiap yang awal ada akhirnya..Sebagai makhluk yang diciptakan sebagai hamba pasrah dan redha di atas ketentuanNya adalah amat di titik beratkan di dalam ajaran agamaNya..

Begitulah jua aku yang diciptakan sebagai hamba tidak dapat tidak semestinya menerima dan menelah sebuah hakikat yang telah disusun atur olehNya sesuai Dia sebagai pemilik dan pencipta yang kekal abadi...tidak mati dan tidak tidur..Zat yang senantiasa kekal dan berdiri di atas kekuasaanNya..

Akhirnya aku tetap pergi jua...

Maka berakhirlah sebuah episod dan kisah perjalanan seorang insan di sini..tempat beradanya para penuntut ilmu, tempat berlakunya segala bentuk ujian dan mehnah, kesukaran serta kepayahan, kesedihan dan kedukaan, kegusaran dan kekeliruan, tekanan dan bebanan yang berada di celah-celah kegembiraan dan kesenangan...

Ku tinggalkan segalanya disini...kegembiraan, kesedihan , kedukaan dan kesederhanaan...meninggalkan sahabat-sahabat yang dikasihi, turut ditinggalkan adalah kenangan dan perasaan yang sedang terbina...bagi mengarap sebuah kasih serta sayang..ku tinggalkan ia disini bersama-sama dengan ilmu dan imannya..tidak pula ku ketahui akan hakikat serta kedudukan hatinya terhadapku...adakah ia akan tetap bersama-sama denganku di waktu senang dan susah, sewaktu sedih dan tangisku, di saat tatkala jiwa ini rajuk dan layu..tidaklah aku mampu untuk memberi keputusan itu bagi melapangkan dadaku...

Hanya kepada TuhanKu aku berharap dan berserah diri ...

Bertafakur daku sebentar...mengenang dan terkenang akan memori itu...saat manis dan tawar sewaktu bersama...jerit payah, nangis dan tawa, rajuk serta senyuman yang silih berganti tetap diharungi bersama bagi memastikan hubungan dan ukhuwah itu tetap terus berjalan dengan di sinari iman dan taqwa biarpun tampak sukar...

Aku tetap akan pergiii...

Perlunya aku persiapkan diri untuk meninggalkan kenangan dan memoriku di sini...meninggalkannya di sini bersama dengan penawar bagi dirinya...mudah-mudahan dirinya menemui semangat dan daya juang yang baru tatkala sepeninggalanku nanti...tidak perlu beliau bersedih -sedih keranaku..berhadapan dengan sejuta ragam karenahku yang pelbagai..

Alhamdulillah akhirnya beliau dapat beristrehat dengan tenang...

Daku menghitung hari-hari yang berbaki...menatap kenangan-kenangan, terkenang budi baik bicara teman-teman di sini..sukar untuk di cari gantii, mustahil boleh di jual beli di mana-mana..Sungguh indah dan manis kenangan itu...entah kapankan akan kupertemukan semula...hanya Allah yang tahu...

3 harii yang berbaki....

Baki-baki hari yang perlu ku manfaatkan dan pergunakan dengan sebaiknya...telah ku mulakan dengan bertemu sahabat-sahabat untuk memohon ampun serta maaf sebelum kaki ku ini bergerak meninggalkan tanah ini...entah berapa ramai dan entah berapa banyak hati yang telah ku lukakan dan sakit...tanpa ku sedari air mata bergenang...cuba di tahan dan terus di tahan sesuai dengan keperibadian lelakiku...sebak dan sayu terbit dari hati mengenang dosa-dosaku disini...hanya harapan terakhirku buat mereka-mereka yang terguris dan tercalar hatinya dek akibat percakapan dan perbuatanku, ku mohon kemaafan dari mereka-mereka ini dengan ribuan ampun serta maaf...

Kemuncaknya..

Dengan langkah yang berat dan sukar akan kutinggalkan mereka-mereka di sini...mudah-mudahan dapat bersua kembali di ruang masa yang lain...semoga rahmat Allah bersama kalian...salam maju jaya buat kalian...

Salam Kemaafan Buat Semua

-kalam_sufi bersama permata bagi hatinya-

Tuesday, July 24, 2007

Bersalahnya Aku...


Hari itu...
Hari itu pada tarikh 22.7 bersamaan hari Ahad,entah mengapa aku berasa tidak menentu..rasa gelisah dan resah..tidak keruan fikiranku..aku berasa keseorangan dan kesepian.Kesunyian turut melanda diriku sepanjang hari itu...si dia seolah-olah jauh dari pandangan dan hidupku...rutin harianku jadi tidak menentu..mundar mandir aku seketika...tercari-cari dimana telefon bimbitku, lantas jari jemariku pantas menyentuh 'button' kecil telefonku...terus kukirimkan pesanan tanda ingatan dariku buatnya...apa yang terlintas di benak fikiran kuluahkan segalanya agar apa yang tersembunyi dan tersemat di dalam hati kecilku dapat di campak keluar agar ia tidak lagi menghantuiku lagi...

Namun....
Apakandaya ia tetap dan masih lagi memburuku...apa sudah terjadi dengan perasaan dan jiwa mudaku...terumbang ambing dia mencari permatanya yang lari entah kemana biarpun ia tahu perginya hanya seketika,hanya beberapa hari cuma... mencari angin baru, mudah-mudahan dengan pemergian dan percutiannya bisa melupakan segala apa permasalahan yang telah dan sedang berlaku lantas hatinya menjadi tenang...

Tapi mengapa aku masih lagi terdetik mengajukan persoalan dan permasalahan yang tidak habis-habis aku bangkitkan sehingga menyebabkan jiwanya resah dan gelisah lalu kecewa terhadapku...

Aku yang bersalah...
Sesungguhnya aku lelaki yang jahat dan tidak reti bahasa...dia amat bersabar dan tenang denganku, tidak melatah dan meradang tatkala bersamaku...senantiasa dirinya di sinari senyuman dan kesabaran biar apapun yang telah aku perbuat dan perlakukan...dia tetap menyayangiku...tapi mengapa???satu tanda tanya terdetik dari hatiku...

Sesungguhnya ramai lagi laki-laki yang terlebih baik dari aku...tapi mengapa aku tetap menjadi pilihannya...aku sudi berbincang dan bertolak ansur jika dirinya sudah menemui pengganti diriku, seelok-eloknya kabarkanlah kepadaku terlebih dahulu..insyaAllah akan ku timbang-timbangkan...

Gagal...
Aku gagal untuk menyelami hati kecilnya...aku kerap menyakiti dan melukai jiwanya...terkadang tampak seolah-olah aku berperangai kebudak-budakan...merajuk, berasa hati, kesemuanya ada...entah sehingga bilakah ia mampu bertahan...kasihan aku melihat dirinya...kasihan teramat...

Telahku perjelaskan aku hanyalah insan biasa, lelaki yang tiada punyai harta, kuasa serta kedudukan...aku hanya anak seorang pekebun, anak orang kampung dan orang kebanyakan...tiada istimewanya aku...mudah-mudahan ia mengerti dan tahu...

Aku masih lagi berseorangan bertemankan komputer sebagai tempat aku melapangkan minda...dan hari ini aku berpuasa sunat...mudah-mudahan mengalir keberkatan dan hidayah ke dalam sanubariku berkat dari puasa itu...amin...

Mohon maaf dariku buatnya....

IKHLAS Di Dalam Berorganisasi















Ikhlas di dalam berorganisasi...
Berorganisasi atau berpersatuan adalah merupakan satu fenomena biasa bagi mereka yang senantiasa bersama-sama pergerakan dan persatuan yang aktif dan tersusun.Terutama bagi para pelajar-pelajar, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat menengah.Tidak jua dilupakan bagi peringkat pertubuhan khususnya dan negara amnya.

Bergiat di dalam sesuatu pertubuhan mahupun organisasi sememangnya merupakan satu perkara yang menyeronokkan bagi sesetengah individu, namun tanpa ia sedari adakah dengan menyertai sesuatu organisasi dan seterusnya aktif dapat memberi kita kepuasan dan nikmat yang baik dan indah.Berapa ramai yang aktif dalam berorganisasi, bekerja keras tanpa ada rasa jemu dan bosan, lesu dan letih diketepikan tapi natijah yang di perolehi hanyalah letih, wang dan masa yang banyak diluangkan dan memperolehi sedikit pengalaman.

Alangkah indahnya bagi mereka yang aktif berpersatuan ini cuba sedaya upaya untuk menerbitkan di dalam hati kecilnya yang halus, lembut dan lemah gemalai itu dibentuk dan didik dengan perasaan IKHLAS kerana TuhanNya tanpa berharap pada belas kasih dan sanjungan daripada manusia yang sudah semestinya pujian dan sanjungan dari manusia itu bagai bak angin yang lalu.

Sememangnya amat sukar untuk menghadirkan sifat ikhlas dalam diri, kerana ia memerlukan asuhan dan didikan dari awal yang meliputi didikan secara tidak formal kepada hati yang merupakan ketua bagi segala organ yang mana tugasnya adalah untuk menentukan kemanakah arah hati dan organ yang lain akan di bawa, sama ada ikhlas dan benar kerana TuhanNya dan bukannya pada yang selain dariNya.

Petah berkata-kata dan manis di dalam tutur bicara sewaktu berucap di hadapan manusia, hebat dan cantik tutur bahasanya semestinya menggamit serta menarik perhatian kepada para pendengar dan hasilnya nanti akan terbitlah kata-kata pujian tanpa henti.Seseorang itu haruslah bijak dan kebal menangkis pujian-pujian itu dengan sedaya mungkin.Namun untuk kita menerima pujian itu tidaklah ada salahnya tapi perlulah disandarkan dengan penyerahan sebenar-benarnya kepada Allah S.W.T yang menciptakan dan mengurniakan kepada kita rasa penghormatan dan keupayaan bagi kita untuk menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan.

Bersama-sama dengan saf kepimpinan adalah merupakan satu penghormatan yang tinggi, adalah seelok-eloknya sebelum berada di dalam saf kepimpinan yang penuh onak dan cabaran sudah semestinya bagi kita untuk menyiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang baik dan murni.Kita perlulah mengajar dan mendidik diri kita kepada sifat-sifat yang baik dan ikhlas agar bersesuaian dengan apa yang telah disusun atur Islam itu sendiri.

Terkedu seketika tatkala mengenangkan sejauh mana perasaan ikhlas itu berjaya di pupuk dalam diri sebelum mebimbing orang lain.Moga Allah S.W.T memberi petunjuk dan panduan serta kekuatan bersama hidayah agar diri ini dan orang lain senantiasa ikhlas di dalam melakukan sesuatu pekerjaan ..amin...

Sunday, July 22, 2007

Hadis Qudsi 7

Firman Allah S.W.T di dalam Hadis QudsiNya :

"Wahai sekalian manusia, wahai hamba dinar dan dirham, sesungguhnya Aku jadikan dinar dan dirham adalah untuk dapat kamu pergunakan, supaya kamu boleh makan daripada rezkiKu, memakai pakaian daripada kainKU dan supaya kamu dapat mengucap tasbih serta mensucikan Aku, kemudian kamu ambil kitabKu dan kamu letakkan di belakang kamu, dan kamu ambil dinar dan dirham lalu kamu letakkan kedua-duanya di atas kepala kamu, kamu dirikan ( bangun, hiasi ) rumah kamu tapi kamu biarkan RumahKU."

"Sebenarnya kamu bukanlah orang yang bebas dan merdeka, kamu adalah hamba dunia, kamu semua tidak ubah seperti kuburan yang dicat dengan kapur yang apabila dipandang dari luar kelihatan elok, demikin jugalah kamu dipandang baik dan dikasih manusia kerana ucapan-ucapan kamu yang manis serta tindak tanduk kamu yang memikat.Kamu dijauhkan daripada hati yang keras dan tindak tanduk yang buruk."

"Wahai manusia, ikhlaslah dalam beramal, dan mintalah kepadaKu, maka sesungguhnya Aku akan memberi kepadamu lebih banyak daripada yang diminta orang-orang yang meminta."

*Begitulah sahabat-sahabat kata Allah di dalam hadis QudsiNya...sayup seketika..tergamam dan termenung...termuhasabah diri sendiri...dimanakah aku di SisiNya...atas dasar apa? dan atas niat apa blog ini didirikan?? adakah untuk mendapat pujian, mendapat tempat dan ranking..atau ikhlas keranaNya??...

Kemanakah niat ikhlas kepadaNya sewaktu berada di hadapan manusia..wanita dan orang kebanyakkan...adakah dengan kata-kata manis serta senyuman itu di lakukan kerana makhluknya??...terkedu aku seketika...bagaimana untuk aku berhadapan denganNya nanti....Ya Allahhhhhhhhhhh.....kepadaMu aku bermohon ampun.....

Monday, July 16, 2007

Ya Allah Di manakah Aku di SisiMu..

6 Perkara Hindarkan Maksiat

Mendapat hidayah dari Allah merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya.

Abu Jahal,bapa saudara nabi s.a.w kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak nabi Nuh assalatuassalam.

Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah.

Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:

Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang.

Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat. Pertama,manakala kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah.

Lelaki:Seluruh penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat dan juga dilaut,dilembah dan juga digunung semuanya merupakan rezeki Allah,kalau begitu darimana aku mau mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?..

Ibrahim: Wahai saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya?.Kedua,apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah.

Lelaki:Abu Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku tinggal? Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhakainya. Ketiga,andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidask melihat apa yang kamu lakukan.

Lelaki:Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah maha melihat ,maha mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah lalai,leka,mengantuk dan tidur.

Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku. Keempat,Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya" tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati".

Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan.

Ibrahim:Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Mauttentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat.

Lelaki:Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah lagi ssesudah mati.

Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat. Keenam,Manakala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk keneraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU".

Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya enam perkara ini sangat berat bagiku melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiaku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah.


Renungan

MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASUL

BERSABDA RASULULLAH S.A.W MAKSUDNYA;

" 6 JENIS GOLONGAN MANUSIA YG AKU DAN ALLAH JUGA TURUT MENGUTUK SERTA PADA HARI KIAMAT KELAK ALLAH TIDAK AKAN MEMANDANG MEREKA DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN BELAS KASIHAN.MEREKA ITU IALAH;

1. ORG YG MENAMBAH MAKSUD TAFSIRAN AL-QURAN (TAKWIL YG MENYIMPANG)

2. ORG YG MENDUSTAKAN KEPADA TAKDIR ALLAH

3. ORANG YG BERKUASA TETAPI TAKKABUR.MEREKA MEMULIAKAN ORG YG DIHINAKAN ALLAH DAN SEBALIKNYA MENGHINA ORG YG DIMULIAKAN ALLAH DAN RASUL

4. ORG YG MENGHALALKAN PERKARA YG DIHARAMKAN ALLAH DAN SEBALIKNYA.

5. ORG YG MENINGGALKAN SUNNAH NABI

6. ORG YG MENGHALALKAN APA YG DIHARAMKAN ALLAH DI KOTA SUCI MEKKAH.


10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

  1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.
  2. Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
  3. Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
  4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
  5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
  6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
  7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
  8. Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
  9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
  10. Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya." 


Sunday, July 15, 2007

.::Termanggu Seketika ::.



Berat rasanya bagi hati dan kaki ini untuk melangkah pergi meninggalkan segala kenangan pahit manis, suka dan duka sewaktu bersama sahabat-sahabat di sini...namun apakan daya daku harus terus memikirkan akan apa yang telah di rancangkan...

Rupanya meninggalkan seseorang yang di kasihi adalah amat berat dan payah...berhari-hari, berminggu-minggu, berjam-jam daku peruntukan masa untuk memikirkan akan keputusan dan tindakan yang perlu aku lakukan...sama ada ingin meneruskan perancangan keluarga untuk mencurah bakti di tanah air sendiri atau terus menetap dan menemaninya di sini...menuntut, bersusah payah bersama...sakit dan demam jua bersama...berat bagi hati untuk meninggalkannya disini...tetapi apakandaya...daku termenung sendirian dan terus termenung...

Dilema...

Entah mengapa amat sukar untuk aku berfikir dan membuat keputusan...kedua-duanya penting...kedua-duanya tetap di hati...dilema dan terus dilema...namun syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memberi ku petunjuk dan kekuatan bagi menempuhi permasalahaan ini...

Tanpa kusedari perasaanku ingin pulang ke kampung secara tiba-tiba naik mendadak dan seolah-olah tampak sukar untuk di kekang...kerinduan kepada ibunda jua tidak dapatku bendung...dengan usianya yang semakin lanjut seolah-olah aku harus pulang bertemu dengannya bagi menghilangkan rindu antara anak dan ibunnya...antara anak saudara dengan pakciknya...tidak kusangka mereka masih lagi mengingati diriku....terharu seketika...


Akhirnya...

Dua minggu yang berbaki untuk aku bersama-sama dengan sahabat seperjuagan di sini...terlalu banyak kenangan di sini yang amat sukar untuk di jual dan di beli di mana-mana...kaki ini akan melangkah pergi pada awal bulan 8..insyaAllah...meninggalkan si dia disini seorang diri...bersama-sama dengan buah hatinya...mudah-mudahan beliau bahgia dan tenang-tenang hendaknya..amin...

salam kemaafan buat semua dari hati ini...moga bersua kembaliii....

Tuesday, July 10, 2007

Muhasabah bagi diri

Muhasabah Bagi Diri

Beberapa Petanda Susahnya Amalan Batin

1. Ketika kita sembahyang, lahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kpd Allah, tetapi sebenarnya di manakah hati kita (ingatan dan fikiran)?

Adakah ia juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadhu serta merasa rendah dan hina
diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT? atau adakah hati kita terbang ke merata-rata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Agung yangg sedang disembah? Begitu juga ketika kita membaca Al-Quran, berselawat, berzikir, dan sebagainya lagi... adakah roh kita turut menghayatinya?

2. Pernahkah kita merasa indah bila bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan sepenuh perhatian kepadaNya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatiNya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti kepadaNya?

3. Kalau ada orang Islam yang ditimpa bencana dan berada dalam penderitaan, adakah hati kita merasa belas kasihan untuk membantu atau mendoakan dari jauh agar mereka mendapat pertolongan dari Allah?

4. Pernahkah kita menghitung dosa kita, lahir dan batin? Bila teringatkan dosa-dosa kita, adakah mudah untuk kita menangis menyesali diri sambil memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya?

5. Adakah kita sentiasa mengingati pada mati yang akan datang beberapa saat saja lagi? Sebab Tuhan memang boleh buat begitu. Jadi ketika umur masih ada ini, adakah kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kita kepadaNya?

6. Pernahkah kita hitung berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, motosikal kita, perabot kita, pinggan mangkuk kita, kain baju kita, kasut kita, makanan kita, dan lain-lain kepunyaan kita yang melebihi dari keperluan kita sendiri (yang halal)? Kerana yang mana berlebihan itu akan dibicara, dihisab, ditanya, dicerca, dan dihina oleh Allah di padang Mahsyar nanti kerana membesarkan dunia dan memperkecilkan akhirat?

7. Pernahkah kita kenangkan orang-orang yang pernah kita kasari, mengumpat, tipu, fitnah, hina, kutuk, dan aniaya sama ada suami, isteri, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, jiran dan sesiapa saja, supaya kita meminta maaf dan membersihkan dosa dengan manusia di dunia ini lagi tanpa menunggu hari yg dahsyat? Senangkah kita untuk memaafkan kesilapan orang lain dan adakah kita mudah untuk terus meminta maaf bila bersalah?

8. Apabila kita sakit kerana ditimpakan oleh Allah, dapatkah kita tenangkan hati kita dengan rasa kesabaran dan kesedaran bahawa sakit adalah kifarah dosa (pengampunan dosa) atau sebagai darjat dan pangkat di sisi Allah swt?

9. Ketika menerima takdir yang kita rasakan tidak sesuai dengan kehendak kita, dapatkah kita rasa redha bahawa ia adalah satu pemberian daripada Allah yang patut untuk kita?

10. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati bahawa ia adalah pemberian daripada Allah, lalu timbul rasa terima kasih kepada Allah dan rasa takut kalau-kalau ia tidak dapat digunakan di jalan Allah dan berazam untuk menggunakan nikmat itu demi Allah jua?

11. Kalau ada orang yang mengata atau mencerca kita di belakang kita, dapatkah hati kita merasa tenang lalu kita diamkan sahaja (tanpa rasa sakit dan susah hati serta dendam) bahkan kita memaafkan orang itu sambil mendoakan kebaikan untuknya sebab merasakan ia telah memberikan pahala kepada kita melalui cercaannya itu?

12. Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta kita, mampukah kita relakan saja atas dasar kita mendapat pahala menanggung kerugian itu?

13. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur serta mengharapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa ada rasa dengki dan sakit hati dengan kejayaan org itu?

14. Sanggupkah kita bertolak ansur dengan orang lain di waktu orang itu memerlukan sesuatu yang kita juga perlukan?

15. Adakah kita merasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tidak ada?

Susah agaknya untuk anasendiri menjawab soalan-soalan di atas dengan jawapan-jawapan yang sepatutnya kerana sememangnya susah dan sukar bagi insan biasa seperti kita untuk benar-benar menyempurnakan amalan batin. Walau bagaimanapun kita seharusnya menyimpan niat di hati kita dan seterusnya bersungguh-sungguh bermujahadah untuk menyuburkan amalan-amalan batin kita kerana amalan batin adalah lebih penting
dari amalan lahir.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Allah tidak memandang akan rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu."
(Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah pula yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kaum itu, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (hati
mereka)."
(Surah Ar-Raad: ayat 11)

Marilah kita cuba tekunkan diri untuk membersihkan dosa lahir dan batin kita. Mari kita bermujahadah untuk itu. Mudah-mudahan Allah menolong dan meredhai kita.


Firman Allah yang bermaksud:

"Dan mereka yang bermujahadah kepada jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut: ayat 69)

SEKIAN WAHAI SAHABAT....RENUNGILAH..DAN HAYATI...
BERILMU DAN BERAMAL..JANGAN JADIKAN DIRI KITA UMPAMA POHON RENDANG YANG TIDAK BERBUAH...

Thursday, June 28, 2007

Cara-Cara Memelihara Diri Dari Gangguan Jin Dan Syaitan

PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM DAN SIHIR

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua..InsyaAllah bermula selepas artikel ini akan ana cuba untuk ketengahkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan-perubatan Islam baik yang melibatkan dengan permasalahan gangguan mahupun tips-tips bagi mengelakkan gangguan.Mudah-mudahan dengan apa yang akan di perkatakan nanti dapat kita memanfaatkan demi kepetingan bersama, dan percayalah dengan sesungguhnya hanya Allah yang mampu mengubah segala sesuatu dengan izinNya..kepada Allah kita berserah dan berharap...amin...

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri kita dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa kita.Ia boleh menyerang kita. Haruslah kita ketahui cara memagari diri kita dari sihir dan gangguan syaitan.Selayaknya bagi kita sebagai penuntut agama supaya senantiasa bersiap sedia dan mempunyai bekalan yang cukup dan bersedia andaikata berlakunya gangguan baik kepada diri kita mahupun orang lain.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya kita tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al Bukhari.)


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:

''Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya."
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:

Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).


Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
( Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah perlunya kita berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).


Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian saja untuk kali ini..insyaAllah akan ana ketengahkan lagi adab-adab dan cara bagi menangkis gangguan makhluk ini.Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan pertolongan.amin..

InsyaAllah akan ana sertakan jua di keluaran yang lain hal-hal kejadian yang berlaku sepanjang ana berada di bumi Mesir..insyaAllah....

Jam 4 pagi..

Jam 4 pagi...

Mata ini masih lagi tercelik segar..diselangi menguap kecil muqadimah bagi mata untuk segera tidur dan berehat...namun sebelum terlena di pembaringan perlulah solat subuh terdahulu bagi mengelakkan 'Failed solah'...entah mengapa sejak menetap di Mesir ini kerap tidak lena pada waktu malam...justeru selepas subuh menjadi pengganti..satu tabiat yang paling yang tidak aku gemari...tidak sesuai dan bertepatan bagi penuntut ilmu sepertiku ini..tetapi benarlah sepertimana kata-kata Ust Nazar sebelum kepulangan beliau ke tanah air "Seolah-olah menjadi satu tabiat, satu fenomena bagi pelajar-pelajar agama Al Azhar ini sanggup berjaga malam, berjam-jam menghadap komputer tanpa ada had dan batasan"...mungkin hanya segelintir dari warga azhari yang bertindak sedemikian...satu renungan jua buat diri ini...

Pada jam 3.50 pagi...

Pada saat itu telefon bimbitku berbunyi tanda 'missed call' dari sidia...entah tidak ku pasti bagaimanakah dirinya...adakah sudah berputus asa dirinya denganku..jemu..???? atau yang sama waktu dengannya..tidaklah ku ketahui...kasihan beliau..tidak sanggup lagi untuk ku bebani lagi ke atas dirinya dengan pelbagai masaalah lagi..memadailah dengan permasalahan yang sedia ada..mudah-mudahan beliau cukup kuat dan bersemangat tinggi bagi menghadapi peperiksaanya yang berbaki 3 hari lagi...

Azan subuh sedang berkumandang...

Menandakan sudah masuknya waktu bagi menunaikan solat subuh..dan memberi isyarat bagi mata dan badan untuk melabuhkan tirai seminit dua...jari ini masih lagi menekan-nekan 'button' huruf 'keyboard' dan telefon bimbit, berbalas pesanan dengan abang dan akak..bertanyakan sedikit persoalan dan permasalahaan bagi hati..tidak lagi kutemui punca akan permasalahan ku semalam..entahlaaa...kepada Allah daku berserah diri...

Ada yang tidak kena padaku...rindu kepada tanah air, permasalahan-permasalahan dan problema yang tidak berhenti menyerang, keseorangan dan kesepian, tidak tahu kepada siapa untuk kurujuk dan kusandarkan selepas Allah S.W.T..adik beradik dan saudara mara di Malaysia seolah-olah tidak memahami situasiku disini...terkontang kanting aku berjuang bersendirian di tempat orang..sejak berumur 9 tahun aku bersendirian tiada teman...berjuang, menangis , memendam rasa dan keinginan sehinggalah aku berada di sini..

Seolah-olah mereka tidak menyedari akan jerit payah, susah senang , sedih tangis , hilai tawa di negara orang , aku di sini tiada berteman , tiada saudara mara...memahami karenah dan berjuang menghadapi tekanan pelajaran yang teramat , suasana dan situasi...kesemuanya kupikul seorang diri..ku cuba untuk menerangkan kepada sedara mara dan keluarga di Malaysia..namun harapanku hampa...ianya berlalu bak mata air yang berlalu laju...

Akhirnya...

Jika adik beradik dan saudara mara sendiri bukan lagi tempat untuk mengadu dan meluahkan rasa, kepada siapakah lagi patut aku meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati...boleh di katakan aku di dalam tekanan teramat dan perasaanku berselerak...kuurutkan dahi secara perlahan-perlahan bagi memikirkan sesuatu dan menghilangkan sakit yang di rasai...

Jam 4.29 pagi...

Sudah tiba masanya untuk menunaikan solat...mudah-mudahan memperolehi ketenangan..pesanan diterima dari Malaysia..dari akak..ternyata perasaan hampa terdetik dari lubuk hatiku...tidak mengapalah jika adik beradik sendiri tidak mampu untuk memahami perasaan yang timbul dari sudut hatiku sendiri...biarlah...luka semakin parah....tersisih lagi...di sini daku berpendapat sendirian...di manakah kebenarannya "anak bongsu itu manja" sila nyatakan kebenarannya...nyatakanlah hujah-hujah bagi mereka yang berpendapat anak bongsu itu manja?????....

Membawa diri di tempat orang...mencari dan terus mencari..terkial-kial seorang diri...tekanan semakin tinggi...salam kemaafan di pinta lagi....wassalam...

Wednesday, June 27, 2007

Termenung Sendiri

Hari ini 27.07...seolah-olah merasakan kehilangan sesuatu dan seolah-olah rasa jemu menimpa diri..duduk di rumah rasa jemu...kesemuanya ada..apa yang sedang berlaku tidak pula diketahui...letih bermain futsal semalam tidak lagi hilang..lebam di pipi dan kaki masih lagi terasa..terkadang berdenyut-denyut bukan kepalang..tapi tetap cool jer...senyuman tetap terukir..penutup kesedihan dan kekecewaan...

Entah mengapa hati ini merasakan tak kena..dengan permata hati jua daku berasa sesuatu..tapi mungkin dia tidak menyedarinya..aku sendiri tidak berhajat ingin memberitahunya...biarlah dia aman dan tenang menghadapi imtihannya yang berbaki...biar dia senyum-senyum dan ceria selalu..

Di benak hati ini pelbagai permasalahan yang berlaku..terguris, berkecil hati , rasa disisih , semuanya timbul...tapi banyak yang kupendam...namun aku tetap tersenyum riang..tidak kuzahirkan dan kuluahkan...aku sudah mula menyendiri seorang diri...sudah jarang untuk berbual dengan manusia..lebih gemar bersendirian..tidak tahu mengapa...tapi memang begitulah sifatku dahulu...suka menyendiri..memendam hati..dan akhirnya membawa diri...

Sifat itu berubah sedikit demi sedikit tapi tampak kembali seperti dahulu...apa yang dapat dipastikan hanyalah tunggu dan lihat..semua itu sudah ada di dalam ketetapan Allah S.W.T...

Ehmm..

Tidak tahu mengapa..hati ini bagaikan kosong..tiada sesiapa disisi..mungkinkah aku terlalu manja...adakah teori ana bongsu itu manja..seperti kata-kata yang dilafazkan semalam oleh sahabatku Cik Syazana @ cik nana...gara-gara berkecil hati denganku diatas pertanyaan beliau mengenai kejadian pembunuhan yang berlaku baru-baru ini yang pada fikiran beliau aku tidak menjawab dengan baik sepertimana yang beliau inginkan, lalu kata-kata kekesalan terpancar dari mulut beliau "anak bongsu memang manja..sebabtulah mudah terasa dan berkecil hati"..aku tidak dapat menerima tanggapan seperti itu..padaku baik bongsu..uda...along semua sama..tiada apa yang lebih...entahlaaa...pendapat manusia tidak dapat kita kekang..yang ada hanya redha dan sabar..terima dan cuba mengubahnya...

Selapas kejadian di antara cik nana denganku...aku banyak berfikir panjang..termenung..seolah-seolah ada yang tak kena...pada hari ini pula terasa bersendirian..tidak seperti biasa...ingin berbual dan bersembang dengan seseorang terasa hambar...entahlaa...kurasa pada saat itu tidak boleh untuk aku bersendirian..rasa ingin berteman dan perlunya si dia menemani diri ini..namun apakan daya beliau jua turut mempunyai tanggungjawab yang perlu beliau utamakan terlebih dahulu...tidak mengapalah...

Mungkin aku perlu mengambil angin baru...senario baru...berada di rumah Johor menjadi destinasiku..tersenyum dan ceria tatkala bersama-sama dan bertemu dengan sahabat-sahabat di sini..sedikit pengubat luka dan kekecewaan...namun ia tetap tidak merubah sesuatupun..

Ku berdoa kepada Allah agar aku tetap kuat dan tidak mudah merasa jemu dan putus asa..adakah selayaknya untuk aku bersendirian seperti dahulu???...berundur seketika...membawa hati dan jiwa yang layu dan pilu...

Salam perkhabaran dan kemaafan buat semua...

Rindu Semakin Jauh...