Wednesday, September 29, 2010

Pengambilan Pelajar Darussyifa kini dibuka..

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM

PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi

Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.

sila rujuk laman web rasmi Darussyifa http://darussyifa.org

Pelbagai Kisah dalam seminggu


Jenuh untuk kita membaca dan meneliti setiap inci perkhabaran mahupun berita.Tidak cukup sensasi dengan kejadian pembunuhan jutawan kosmetik ditambah lagi dengan kes bunuh dan rogol di sana sini.Terkadang terpikir sehingga bilakah kejadian dan kisah-kisah seumpama ini akan kekal berterusan.Sememangnya kita telah betul-betul berada di akhiruzaman.

Selingan catatan jari ini dicelah-celah didalam menyiapkan tugasan di tempat kerja.Membaca artikel demi artikel terkini dari sumber2 internet menyebabkan tergerak untuk memberi sedikit komentar.Hari ini 29.9.2010 isu yang dipaparkan didalam media alam maya yang sudah pastinya tidak terdapat didalam media masa elektronik.

Isu yang dibangkitkan dengan penuh berwibawa oleh Parti UMNO APCO.Isu kononya pergolakan di dalam pemilihan dan mesyuarat agong Keadilan.Cerita berapi dari mereka2 yang amat diragui perkhabarannya.Sedangkan tidaklah mereka kupas dan bersuara sewaktu pemilihan-pemilihan parti Melayu senget tu..bagaimana perbalahan mesyuarat Umno Bhgn Sg Petani..banyak dapat kita lihat aksi2 ganaz dan biadap mereka di laman2 you tube..lebih ganas dari Keadilan.

Isu yang juga turut dimainkan berkenaan sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada faqir miskin yang dituduh mengagihkan sumbangan dari sumber judi..Pokoknya siapa yang menghalalkan judi di Malaysia ini.Bukankah kepimpinan UMNO Ngok pusat tu..kenapa dulu masa Gerakan memerintah suara2 berukmu tidak berkumandang.Bosan dan meluat melihat komentar2 dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO APCO Penang tu..patutla org dlu2 pecahkan tv tatkala melihat pemimpin UMNO..sbg generasi muda cukup meluat dan basi dgn kupasan dari pihak UMNO APCO tanpa memberi ruang kepada pihak yang dituduh untuk membela diri..suka sangat membaca komentar yg diutarakan oleh Dr Zainul Abidin didalam malaysiakini.moga2 UMNO tempe ni sedarla gamaknya..

Itu belum lagi isu PERKASA yang entah apa2..pelik jugak..apalah yang ada pada bangsa..mengapa puak2 ni langsung hilang selera untuk membela Agama...bangsa yang diperjuangkan..betul2 xpaham..bosanlah dengan UMNO..bermula dari Presiden hinggalah kepada ahli bawahannya.Bermula dari aku membesar sampai dah anak satu UMNO tetap begitu..hanya yang tua2 di kg yg masih lg sokong OMNO ni..lg di Pagoh..x tau la bila mereka akan sedar..Allahurabbi..

Ya Allah kurniakanlah akan kami hidayah...

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Yang Dirindu dan Dinanti

Alhamdulillah..Segala kepujian tertinggi diutus buat pemilik bagi segala pemilik, yang mencipta dan menjadikan segala sesuatu..yang berada di langit mahupun di bumi..Hanya Dialah Allah..Rabbul Jalil..Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Indah.

Ramadhan kian hampir dengan kita.Hari dihitung dan terus dihitung. Tanggal 10 Ogos 2010 InsyaAllah umat Muslim akan melaksanakan ibadah yang amat dicintai oleh para Nabi dan para solafussoleh terdahulu.Solat sunnat Terawih akan dimulai pada 10.8.2010 dan disusuli berpuasa pada siang ke esokan harinya.

Sayhru Ramadhan adalah bulan bagi pencinta ibadah..pecinta ganjaran dengan dibukakan segala pintu kebaikan lalu ditutup segala pintu kejahatan.Ruang serta peluang bagi para hambanya mengejar segala kemanisan didalam ibadah.

Kehadiran dan kedatangan Ramadhan ini bisa membuatkan kita berfikir sejauh mana tahap dan kesediaan kita di dalam menyambut bulan yang penuh mulia ini..adakah seperti bulan-bulan Ramadhan yang lepas??mudahan-mudahan kali ini membuahkan sedikit kenikmatan serta penghayatan di dalam beribadah.

Seminggu yang terdahulu sememangnya amat menguji keimanan serta kesabaran sebagai seorang manusia..seorang suami dan juga seorang ayah kepada seorang anak..terkadang hingga menyebabkan hilang kawalan serta kewarasan di dalam menghadapi segala onak juga cabaran yang datang.

Mudahan2 Ramadhan kali ini mampu mengubah akhlak dan mengembalikan iman yang semakin pudar dan samar..Ya Allah bantulah kami di dalam mencari cinta dan redhaMu..amin..

Saturday, July 24, 2010

Nisfu Syaaban & Fadilat bulan Syaaban

Alhamdulillah!

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 27 July 2010 (selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban ).

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.

Bagus berpuasa pada 13/14/15 Sya'ban.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat Maghrib (14 Sya'aban, )

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (14 Sya'aban, )

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH SWT

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH SWT

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman & Islam & mati! di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x Selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH SWT Haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kpd Nabi ALLAH Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW):

Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH SWT Turun ke langit dunia lalu berfirman:

“Adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.”

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabat Seperjuangan

Alhamdulillah..teramatlah bersyukurku di atas kasih serta sayangNya Allah terhadap para makhluknya..Allah S.W.T yang senantiasa mengurniakan nikmat dan rezki para makhluk ciptaanNya..baik yang beriman mahupun tidak..Selamat berjuang sahabat-sahabat seperjuangan..Maka dalam beberapa hari yang telah berlalu di waktu fikiran dan jiwaku sedikit berkecamuk memikirkan akan sedikit ujian yang menimpa sayap kiriku itu..yang mana tidak pernah berlaku kepada dirinya..selama mana beliau bekerja maka ini adalah cubaan kali pertama..apalah kudrat seorang wanita merangkap seorang ibu muslimah yang bersendirian..dirompak dan samun tanpa ada suaminya disisi..dan lagi mendapat pukulan telak adalah ura-ura diarahkan untuk membayar semula kehilangan wang tersebut...adakah mana-mana individu yang ingin dirinya dirompak dan dicederakan???....maka dengan itulah selayaknya daku campakkan golongan pentabdiran ini sebagai mereka-mereka yang hatinya keras dan gelap..mengapa ini berlaku???adakah mahu menerapkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kuku besi..???wallahu a'lam..

Maka pada jam 10.55 pagi itu...

Daku telah menerima satu lagi berita yang agak meriah dan selama ini telahku duga..satu rombakan organisasi jemaah...alhmdulillah..syukur pada Allah di atas pemberitaan ini..jawatan digugurkan..rasa nikmat dan tenang berbaur sedikit kecewa ( kecewa yang bersesuaian dengan nafsu manusia ).

Sebagai manusia yang senantiasa leka dan cuai..kehendak nafsu dan dunia mengatasi akhirat dan perjuangan Islamnya..alhdulillah..tidak lagi jawatan itu mempengaruhi jiwa dan mindaku..barangkali doa dan istighfarku didengari Allah S.W.T...

Pernahla suatu ketika tatkala sedang memandu..terlintas di benak fikiranku..
" Jika sekiranya daku memikul jawatan dalam jemaah ini dan ditakdirkan Jemaah ku berjaya menawan negeri ini..maka semestinya daku akan memperolehi bukan kecil-kecil jawatan"...

lalu...

Tersentak imaginasiku itu...daku istighfar berulang kali..sesungguhnya fikiranku tadi adalah bersalahan dengan apa yang telah diasuh oleh guru-guruku terdahulu..perlunya ikhlas dan senantiasa menyucikan hati dan iman dalam apa jua tindakan..

Tatkala itu juga daku teringat akan ketokohan dan kisah sahabat baginda Khalid Al Walid yang jauh lebih hebat dariku..tiada terlintas di hatinya perasaan kecewa dan iri hati sewaktu beliau ditukarkan jawatan...dari seorang panglima besar kepada golongan biasa..subhanallah...hebat benar akhlak beliau..apatah lagi akhlak junjungan besar Nabi S.A.W kita...teramatlah hebat dan indah..

Tiada istilah kecewa akan kehilangan pangkat dan jawatan dalam pertubuhan Islam..Semoga dengan rombakan ini tidak akan mematahkan semangat juangku di dalam berjuang dan berusaha kearah kemenangan Islam yang telah dijanjikan...amin...

Alhamdulillah mungkin boleh kuberikan tumpuan yang lebih kepada kuliah ilmiah selepas ini..semoga Allah memberi bantuan berserta keyakinan dengan sebenar-benar keyakinan..amin...

Selamat berjuang rakan-rakan PAS Kawasan Pagoh..takbirrr...

Wednesday, July 21, 2010

Catatan Tintaku...

Mahasuci Allah yang telah menentukan dan menjadikan akan segala sesuatu..

Inilah coretan dan catatan sulungku untuk bulan Julai 2010 ini..sudah teramat lama tidak daku penuhi ruangan yang telah tersedia ini dengan kata-kata mahupun nasihat,InsyaAllah mudah-mudahan akan ada kesempatan selepas ini.

Pertamanya syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta RahmatNya masih lagi memberikan nikmat kehidupan dan Islam yang amat sukar dan tidak mungkin untuk dibayar dan ditukar ganti.

Dan teramat yang tidak lupa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerna dengan 'NUR' cahayanya kita dihidupkan dan tetap terus menerus memberikan nikmat dan rezki tanpa hentinya biarpun kerap kali diriku alpha dan leka dan secara terus menerus melakukan maksiat tanpa henti.

Keduanya teramatlah daku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerna masih lagi memberi kesempatan dan memberi perlindungan kepada keluargaku..perlindungan di atas ujian dan musibah yang telah menimpa permata dan sayap kiriku pada Isnin (19 Julai ) yang lalu..

Sukar untuk daku bayangkan betapa besarnya bantuan Allah serta kasih sayangNya..memelihara isteri ku itu dari perlakuan kejahatan dan kerosakan dari manusia yang memeliki penyakit hati dan kerosakan jiwa yang parah.

Mereka yang sanggup melanggar akan segala hukum hakam Allah S.W.T.Semoga perlindungan dan pemeliharaan senantiasa dicurahkan kepada seluruh umat mukmin yang bertaqwa dan beriman..

Namun apa yang menyebabkan hatiku memberontak adalah perihal peranan dan tanggungjawab pihak majikan dan pengurusanku akan sifat dan sikap ambil berat serta ihsan..Mengapa pentadbiran itu tidak ada sedikitpun terdetik rasa simpati???....mahupun rasa ambl tahu???..di manakah peranan Pegawai Sumber Manusia???di manakah keprihatinan Mentor cawangan???...tidur...malas...acuh tidak acuh???....atau itunye kesalahan yang hakiki staff tersebut..???

Mengapa???..mengapa wang itu menjadi keutamaan???...wang itu segalanya bagi kamu yang bergaji besar???

Adakah wang itu mampu menggantikan maruah???....

Tidakah terdetik di dalam hati mereka duhai pegawai2 ??? Pentadbiran ??? Selatan???tidakkah terdetik di dalam hatimu akan berapa ramaikah kakitangan yang telah kamu zalimi???

Sesungguhnya mereka-mereka ini bukan dari golongan yang ingin mengambil pelajaran...hati yang keras dan tidak mahu menerima pendapat dan pandangan...

Semoga Allah S.W.T memberi akan kami kekuatan dan kesabaran yang jitu didalam menghadapi musuh yang nyata dan tersembunyi...aminn