Wednesday, January 31, 2007

Terlalu "syadid" kah PMRAM...

Terlalu syadidkah PMRAM...????
satu pertanyaan yang perlu di jawab dan dirungkaikan...inilah persoalan yang kerap bermain-main di benak fikiran..ia perlu dijawab dengan penuh hikmah dan beretika...adakah dengan arahan dan pekeliling atau undang-undang yang telah digariskan oleh saf kepimpinan PMRAM bagi sesi ini agak tegas dan dianggap terlalu mengikat atau mengkongkong para mahasiswa Malaysia al azhar di bumi mesir ini???.

Persoalan ini kerap diajukan kepada saf kepimpinan..baik saf kepimpinan PMRAM mahupun saf kepimpinan BKAN atau DPM...persoalan yang remeh ini kebanyakkan yang diajukan dari pihak yang kurang berpuas hati atau tidak menggemari dengan apa yang pihak PMRAM lakukan...ini semestinya ada perkara yang bersangkut paut dengan mereka yang terasa pedas dan bergetar hati mereka tatkala saranan atau apa jua kenyataan yang dikeluarkan dan dinyatakan PMRAM serta kepimpinan BKAN..di manakah rasionalnya akan kenyataan yang dikeluarkan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa PMRAM ini terlalu menggawal pelajar dan mengkonkong individu-individu tertentu daripada melakukan sesuatu aktiviti atau apa jua bentuk pertemuan??

Mengapa persoalan ini saya ajukan?ini kerana beberapa minggu yang berlalu saya telah dihujani dengan pertanyaan dan kemusykilan dari seorang pelajar akhwat berasal dari kota singa nun di hujung peta semenanjung tanahair kita..beliau mendakwa bahawa PMRAM ini syadid dan terlalu tegas didalam segala tindak tanduk,aktiviti dan mahupun kenyataan dan undang-undang yang dikeluarkan..ini berikutan aduan daripada seorang sahabat beliau yang merupakan ahli PMRAM jua merupakan pelajar wanita yang baru tiba menjejaki ke bumi mesir ini pada tahun lepas.Sahabat beliau ini menghadapi tekanan apabila kerap kali dimarahi oleh kakak-kakak senior dan rata-rata kakak-kakak itu merupakan exco,baik exco DPM juga exco BKAN..tatkala beliau merasa kurang sedap dan panas jiwa dan hatinya, beliau ingin mencari sahabat bagi mengadudan meluahkan permasalahan yang beliau alami.Oleh kerana beliau menuntut di luar kolej dari negeri Johorketika ditanah air sama seperti saya, lalu beliau merasakan beliau seperti di anak tirikan dan diasingkan dari sahabat-sahabat akhwat di rumah BKAN..sedangkan hakikatnya tidaklah seperti itu..beliau sepatutnya mendekati rakan dan bersahabat dengan sahabat-sahabat dari negeri sendiri walaupun di Malaysia dahulu kita menuntut diluar dari negeri Johor ini tidak bermakna kita akan di anak tirikan tatkala kita berada di negeri sendiri..

Sebenarnya ia bertitik tolak dari diri kita sendiri, sejauh mana ia mampu menyesuaikan diri pada keadaan dan situasi yang dimana memerlukan kekuatan mental dan rohani bagi menghadapi sesuatu tekanan yang mendatang bertali arus tanpa diduga..tidak seharusnya bagi kita terutama pembawa ilmu Allah ini mudah melatah apabila ditegur..mungkin ada kesilapan sedikit bagi kakak senior yang secara kebetulan merupakan exco BKAN atau DPM memberi teguran..namun tidaklah sewajarnya kita terus menuding jari kepada saf kepimpinan PMRAM..walaupun saya bukan 'org kuat' PMRAM tetapi saya rasa terpanggil untuk mempertahankan isntusi ini apabila insitusi PMRAM itu dicemuh dan tohmah dengan hujah yang tidak kuat dan hanya didengari dari sebelah pihak sahaja..mengapa tidak sahaja terus diajukan persoalan terus kepada saf kepimpinan PMRAM bagi mendapatkan gambaran sebenar akan permasalahan-permasalahan yang timbul..

Nasihat saya kepada sahabat akhwat dari negeri saya itu jika hanya sedikit teguran dari kakak senior yang secara kebetulan merupakan exco BKAN dan DPM menyebabkan nama pelajar malaysia umumnya dan PMRAM khususnya tercemar dan tercalar seharusnya anda menghentikan mengadu kasih kepada pelajar dari negera lain walaupun ia sahabat rapat kita..bukankah ia merupakan rumahtangga pelajar-pelajar Johor di Mesir..mengapa perlu di jaja sana sini dan memburukkan saudara sendiri hanya disebabkan tegahan dari sudut pemakaian..hanya arahan menggalakkan pemakaian jubah di kalangan akhwat menyebabkan anda melenting dan rasa panas seharusnya kita muhasabah kembali..ia untuk kebaikan kita jua..jika disini kita tidak dapat mengawal dan mendidik diri kita apatah lagi ditanah air nanti..benar hidayah itu milik Allah tapi sekurang-kurangnya disini kita sudah berusaha mentarbiyah diri agar kita kekal tabah dan bersemangat di kampung nanti...

Alhamdulilah syukur kepada Allah dengan bantuanNYA pelajar dari kota singa itu berjaya diberi penjelasan walaupun tidak seberapa tapi beliau faham akan situasi dan pendirian PMRM yang tidaklah mengkongkong mana-mana individu tetapi hanya untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain..kita berada jauh ditempat orang maka tiadala saudara yang paling dekat dan rapat melainkan sahabat-sahabat kita yang prihatin dan ambil berat tentang kita...saya hanya berharap akan ada perubahan selepas ini dan berharap ada satu sesi slot bersama PMRAM untuk saya ajukan dan mendapat pengetahuan lebih lanjut tentang permasalahan ini agar saya dapat sedikit pengetahuan mengenai pendirian PMRAM didalam hal ini bagi menangani permasalahan seperti ini jika ia berbangkit lagi..kepada Allah daku berserah..amin..

Semoga saf kepimpinan sedia ada tetap teguh dan terus berjuang di bumi anbiya ini walaupun terpaksa mengorbankan masa wang ringgit, jua masa rehat mereka bagi memastikan amanah yang diberikan kepada mereka dijalankan dengan penuh amanah dan dedikasi bagi mendapatkan redha ilahi bukannya harta benda dan mengharapkan ganjaran lainnya..semoga Allah merahmati kalian...Islam akan kembali gemilang!!!!...Bersama memartabatkan Islam di muka bumi Allah..Membangun bersama Islam..kami yang senantiasa bersama dengan golongan yang ingin memastikan agama Allah tertegak...

-al faqir-

Tuesday, January 30, 2007

Air mata menitis lagi...kepulangan permata dari permata-permata ke tanah air Malaysia yang tercinta...


Begitula ketentuan dan suratan Allah sepertimana yang telah ditetapkan...Sebagai hamba dan makhluknya tidak dapat tidak semestinya patuh dan tunduk dengan cara apa sekali pun...

Maka genaplah pada hari esok 30 januari 2007 bersamaan 11 muharam 1428 hijrah..akan berangkat pulanglah seorang sahabat ke tanah air setelah berjaya mengharungi ujian dan dugaan di bumi ardul kinanah..beliau dan seorang lagi akan pulang ke Malaysia pada jam 5.30 p.m waktu mesir...

Kpd sahabat ana ust fauzi dan ust yg ana anggap sbg abg diucapkan selamat jalan dan tiba ditanah air dengan selamat dengan izin dan lindungan Allah hendaknya...mcm bes jer dpt balik kn..nk balik gak...uwarggggghhh...insyaAllah ana akan menyusul selepas ni..doa ana dptla kiter berjumpa dan berjuang sesama..perjalanan ini masih jauh...moga kiter ditetapkan iman dan islam kiter...

aduss sdih nyer biler kenangkn shbt ana ni nk blk..terutama lagu si fauzi nii..ana da anggap dia mcm adik bradik sndri jer...dan ana da anggap dia mcm Tuan Guru ana daa..cuma tu la kadang2 der la sket2 tguran maut...tp biasala..kiter kenala terima dan muhasabah kembali...jika salah semestinyer kiter kena trima kan...byk sungguh mutiara jua nasihat serta kenangan manis bersama beliau...insyaAllah setelah beliau mencurahkn bakti disini maka ditanah air akan diteruskan usaha ini dgn usaha yg lebih hebat dan bersungguh...insyaAllah boleh gi jauh sahabat ana nii...ana doakan enta tetap success dan mantap...moga rahmat Allah bersama dgnmu...aminn...

Selang beberapa jam lagi dari sekarang shbt2 ana ni akan meninggalkan rumah tanjung ini dan akan terus meningglkn bumi mesir ni..maka tinggallah kami2 disini meneruskn perjuangan
yg berbaki ini..moga kami mendapat bantuan dan perlindungan dari Allah...

Selamat jalan dan selamt meneruskan perjuangan hingga Islam itu tertegak di muka bumi Allah ini berkat dari doa orang-orang soleh dan alim...amin...

Bertemu kembali di masa mendatang...salam perjuangan dan salam perpisahan sementara...

al haqir wal faqir illallah..

Monday, January 29, 2007

Salam Mahabah dari insan yang hina disisi TuhanNya..

assalamulaikum...
Salam kasih serta sayang buat semua..moga kita bersama memperolehi rahmat Allah serta kasih sayangNya..amin..

Selamat datang ke blog yg tidak seberapa..ini tidak lain dan tidak bukan hanya la sekadar untuk berjinak-jinak didalam bidang penulisan...moga dengan memilih jalan ini daku terpelihara dari segala pelbagai onak duri yg mencabar iman dan islam..ini hanyala kerana iman yg setebal kulit bawang bahkan lebih tipis dari itu..kepada Allah daku berserah diri...

Salam ukhuwah dan salam kasih serta sayang buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda yang mulia..disusuli para sahabat baginda yang senantiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t jua buat semua para kekasih-kekasih Allah di atas muka bumi..dan jua tidak lupa pd para pendukung ilmu dan penuntut ilmu dan para pejuang-pejuang agamanya...amin...

al-faqir illallah...shah assubky attontowi