Tuesday, November 6, 2012

Akikah...dan ternakan...ayuh !!! ikuti sunnah Nabi S.A.W



Alhamdulillah inilah aktiviti baru sejak berhenti HPA..alhamdulillah ada 40 ekor ternakan..syukur juge raya korban baru2 ni sekitar 20-30 ekor berjaya di pasarkan.Moga diberi kekuatan dan pertolongan dr Allah..thanks buat azie..



SEBARANG TEMPAHAN UNTUK SEBARANG TERNAKAN KAMBING UNTUK TUJUAN AKIKAH BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN :

Ustaz Mohd Sahril Bin Haji Surib Tatatwi
017 675 9236
06 9746 875

Kini Kembali !!!!!!

Assalamualaikum Warahmatullah...

Lama rasanya tidak berposting dan menziarahi blog ni..InsyaaLLAH akan akan di kemaskini selalu bersesuaian dengan aktiviti yang sangat padat sekarang ni..salam ukhuwah dari saya sekeluarga...

Tuesday, March 29, 2011

artikel pertama Tahun 2011

Assalamualaikum Warahmatullah buat semua...

Ini adalah artikel pertamaku pada tahun 2011..dengan usiaku yang semakin bertambah semestinya hari demi hari panggilan ke alam kematian semakin dekat..ujian dan mehnah senantiasa datang..namun terkadang senyum tawa serta gelagat permata hati ayah dan umi sedikit sebanyak bisa melupakan segala permasalahan dan ujian buat sementara waktu.



Lumrah bagi insan dhaif lagi hina sepertiku ini perancangan demi rancangan telahku atur.Kesemua ini bertitik tolak daripada beberapa perkara dan peristiwa yang menyentak semangatku sebagai seorang suami merangkap seorang kepada seorang anak...dengan pendidikanku yang tidak seberapa berbanding abang serta kakak yang alhmdulillah kesemuanya berjaya juga menjadi faktor kearah penghijrahan besaran-besaranku ini.

Terkadang juga aku turut merasa malu dengan kedua-dua keluargaku, kami gagal menyempurnakan impian serta harapan mereka dengan titik peluh serta wang ringgit yang amat banyak telah mereka keluarkan.Namun apakan daya kami jua manusia lemah seperti kalian..hanya ganjaran syurga kepada mereka2 yang mengeluarkan nafkah di jalan ALLAH dengan tidak mengungkit-ungkitnya.

Apabila perasaan serta jiwaku terasa seperti di amuk badai dek kerna asakan dari pelbagai pihak maka kepada ibu serta isteri tersayanglah tempatku mengadu..tapi aku tetap sedar bahawa ibu satu hari nanti tetap akan pergi meninggalkanku seperti mereka2 yang terdahulu.

Tahun ini juga daku berharap segala apa yang kurancangkan bisa terlaksana dgn izin serta bimbinganNya..moga perusahaan bersama yang kurancang dan susun atur berjaya terlaksana...

Esok operasi memperindah dan mencatikkan kedai baruku akan bermula..moga redha Allah dan redha ibuku senantiasa bersamaku ..ameinn

Wednesday, September 29, 2010

Pengambilan Pelajar Darussyifa kini dibuka..

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM

PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi

Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.

sila rujuk laman web rasmi Darussyifa http://darussyifa.org

Pelbagai Kisah dalam seminggu


Jenuh untuk kita membaca dan meneliti setiap inci perkhabaran mahupun berita.Tidak cukup sensasi dengan kejadian pembunuhan jutawan kosmetik ditambah lagi dengan kes bunuh dan rogol di sana sini.Terkadang terpikir sehingga bilakah kejadian dan kisah-kisah seumpama ini akan kekal berterusan.Sememangnya kita telah betul-betul berada di akhiruzaman.

Selingan catatan jari ini dicelah-celah didalam menyiapkan tugasan di tempat kerja.Membaca artikel demi artikel terkini dari sumber2 internet menyebabkan tergerak untuk memberi sedikit komentar.Hari ini 29.9.2010 isu yang dipaparkan didalam media alam maya yang sudah pastinya tidak terdapat didalam media masa elektronik.

Isu yang dibangkitkan dengan penuh berwibawa oleh Parti UMNO APCO.Isu kononya pergolakan di dalam pemilihan dan mesyuarat agong Keadilan.Cerita berapi dari mereka2 yang amat diragui perkhabarannya.Sedangkan tidaklah mereka kupas dan bersuara sewaktu pemilihan-pemilihan parti Melayu senget tu..bagaimana perbalahan mesyuarat Umno Bhgn Sg Petani..banyak dapat kita lihat aksi2 ganaz dan biadap mereka di laman2 you tube..lebih ganas dari Keadilan.

Isu yang juga turut dimainkan berkenaan sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada faqir miskin yang dituduh mengagihkan sumbangan dari sumber judi..Pokoknya siapa yang menghalalkan judi di Malaysia ini.Bukankah kepimpinan UMNO Ngok pusat tu..kenapa dulu masa Gerakan memerintah suara2 berukmu tidak berkumandang.Bosan dan meluat melihat komentar2 dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO APCO Penang tu..patutla org dlu2 pecahkan tv tatkala melihat pemimpin UMNO..sbg generasi muda cukup meluat dan basi dgn kupasan dari pihak UMNO APCO tanpa memberi ruang kepada pihak yang dituduh untuk membela diri..suka sangat membaca komentar yg diutarakan oleh Dr Zainul Abidin didalam malaysiakini.moga2 UMNO tempe ni sedarla gamaknya..

Itu belum lagi isu PERKASA yang entah apa2..pelik jugak..apalah yang ada pada bangsa..mengapa puak2 ni langsung hilang selera untuk membela Agama...bangsa yang diperjuangkan..betul2 xpaham..bosanlah dengan UMNO..bermula dari Presiden hinggalah kepada ahli bawahannya.Bermula dari aku membesar sampai dah anak satu UMNO tetap begitu..hanya yang tua2 di kg yg masih lg sokong OMNO ni..lg di Pagoh..x tau la bila mereka akan sedar..Allahurabbi..

Ya Allah kurniakanlah akan kami hidayah...