Tuesday, July 24, 2007

IKHLAS Di Dalam Berorganisasi















Ikhlas di dalam berorganisasi...
Berorganisasi atau berpersatuan adalah merupakan satu fenomena biasa bagi mereka yang senantiasa bersama-sama pergerakan dan persatuan yang aktif dan tersusun.Terutama bagi para pelajar-pelajar, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat menengah.Tidak jua dilupakan bagi peringkat pertubuhan khususnya dan negara amnya.

Bergiat di dalam sesuatu pertubuhan mahupun organisasi sememangnya merupakan satu perkara yang menyeronokkan bagi sesetengah individu, namun tanpa ia sedari adakah dengan menyertai sesuatu organisasi dan seterusnya aktif dapat memberi kita kepuasan dan nikmat yang baik dan indah.Berapa ramai yang aktif dalam berorganisasi, bekerja keras tanpa ada rasa jemu dan bosan, lesu dan letih diketepikan tapi natijah yang di perolehi hanyalah letih, wang dan masa yang banyak diluangkan dan memperolehi sedikit pengalaman.

Alangkah indahnya bagi mereka yang aktif berpersatuan ini cuba sedaya upaya untuk menerbitkan di dalam hati kecilnya yang halus, lembut dan lemah gemalai itu dibentuk dan didik dengan perasaan IKHLAS kerana TuhanNya tanpa berharap pada belas kasih dan sanjungan daripada manusia yang sudah semestinya pujian dan sanjungan dari manusia itu bagai bak angin yang lalu.

Sememangnya amat sukar untuk menghadirkan sifat ikhlas dalam diri, kerana ia memerlukan asuhan dan didikan dari awal yang meliputi didikan secara tidak formal kepada hati yang merupakan ketua bagi segala organ yang mana tugasnya adalah untuk menentukan kemanakah arah hati dan organ yang lain akan di bawa, sama ada ikhlas dan benar kerana TuhanNya dan bukannya pada yang selain dariNya.

Petah berkata-kata dan manis di dalam tutur bicara sewaktu berucap di hadapan manusia, hebat dan cantik tutur bahasanya semestinya menggamit serta menarik perhatian kepada para pendengar dan hasilnya nanti akan terbitlah kata-kata pujian tanpa henti.Seseorang itu haruslah bijak dan kebal menangkis pujian-pujian itu dengan sedaya mungkin.Namun untuk kita menerima pujian itu tidaklah ada salahnya tapi perlulah disandarkan dengan penyerahan sebenar-benarnya kepada Allah S.W.T yang menciptakan dan mengurniakan kepada kita rasa penghormatan dan keupayaan bagi kita untuk menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan.

Bersama-sama dengan saf kepimpinan adalah merupakan satu penghormatan yang tinggi, adalah seelok-eloknya sebelum berada di dalam saf kepimpinan yang penuh onak dan cabaran sudah semestinya bagi kita untuk menyiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang baik dan murni.Kita perlulah mengajar dan mendidik diri kita kepada sifat-sifat yang baik dan ikhlas agar bersesuaian dengan apa yang telah disusun atur Islam itu sendiri.

Terkedu seketika tatkala mengenangkan sejauh mana perasaan ikhlas itu berjaya di pupuk dalam diri sebelum mebimbing orang lain.Moga Allah S.W.T memberi petunjuk dan panduan serta kekuatan bersama hidayah agar diri ini dan orang lain senantiasa ikhlas di dalam melakukan sesuatu pekerjaan ..amin...

No comments: