Hati itu tersentak lagi...entah kenapa dan mengapa tidaklah ku ketahui...sudah hampir 2 minggu daku berada di kampung halaman..bersama dengan sahabat-sahabat tercinta...kerinduan terhadap mereka akhirnya terubat jua...namun rindu yang lain pula muncul lalu menyebabkan hati dan jiwaku tersentak lalu rebah...kerinduan terhadap rakan seperjuangan jauh nun di perantauan..terkenang sewaktu bersama-sama mereka di sana...sesungguhnya tidak dapat hatiku ini menipu untuk merindui mereka semua...namun daku harus sedar dan perlunya daku terima hakikat akan kebenaran perkara ini..semua yang menjadi kenangan...
Selama 2 minggu inilah hatiku di uji...dan terus di uji..terdetik rasa kasihan dan simpati buat si dia yang jauh nun berada di sana..meneruskan sisa perjuangan yang masih lagi belum selesai...tempoh masa yang diberikan selama setahun cukup menguji kesabaran dan kesetiaanku terhadapnya...dan hampir-hampir hatiku tergugat dan tercampak lalu terbiar...tetapi entah...tidak ku tahu sejauh mana kesetiaan ku mampu bertahan..mudah-mudahan hati dan perasaanku tetap utuh dan kental...amin...
Selama 2 minggu ini jua aku tidak boleh duduk diam dan senang....ada sahaja yang ingin daku perlakukan...ada sahaja aktiviti, baik aktiviti bersama masyarakat kampung mahupun bersama sahabat-sahabat....kesemuanya melibatkan perjalanan yang jauh...letih dan lesu..mujur daku sudah terbiasa...
2 minggu ini jualah daku kehilangan seorang lagi saudara di sebelah allahyarham ayahndaku...sepupu kepada arwah ayah yang telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat pada jam 6.30 pg bersamaan 24 august 2007...di saat hujan lebat turun membasahi bumi Kg Tengah...tidak kusangka insan yang semalamnya daku ziarah dan pada masa yang sama ziarah untuk mengubati arwah bagi mengurangkan derita penyakit yang di hidapi selama 5 tahun lamanya...mudah-mudahan rohnya di dalam rahmatNya..amin...
Daku berundur seketika bagi meneruskan aktiviti yang telah di jadualkan...ngantuk teramat...jam sudah menunjukkan 1.06 minit pagi waktu Malaysia....bersua di ruang waktu yang lain....salam ukhuwah kerana Allah...
No comments:
Post a Comment