Tuesday, March 29, 2011

artikel pertama Tahun 2011

Assalamualaikum Warahmatullah buat semua...

Ini adalah artikel pertamaku pada tahun 2011..dengan usiaku yang semakin bertambah semestinya hari demi hari panggilan ke alam kematian semakin dekat..ujian dan mehnah senantiasa datang..namun terkadang senyum tawa serta gelagat permata hati ayah dan umi sedikit sebanyak bisa melupakan segala permasalahan dan ujian buat sementara waktu.



Lumrah bagi insan dhaif lagi hina sepertiku ini perancangan demi rancangan telahku atur.Kesemua ini bertitik tolak daripada beberapa perkara dan peristiwa yang menyentak semangatku sebagai seorang suami merangkap seorang kepada seorang anak...dengan pendidikanku yang tidak seberapa berbanding abang serta kakak yang alhmdulillah kesemuanya berjaya juga menjadi faktor kearah penghijrahan besaran-besaranku ini.

Terkadang juga aku turut merasa malu dengan kedua-dua keluargaku, kami gagal menyempurnakan impian serta harapan mereka dengan titik peluh serta wang ringgit yang amat banyak telah mereka keluarkan.Namun apakan daya kami jua manusia lemah seperti kalian..hanya ganjaran syurga kepada mereka2 yang mengeluarkan nafkah di jalan ALLAH dengan tidak mengungkit-ungkitnya.

Apabila perasaan serta jiwaku terasa seperti di amuk badai dek kerna asakan dari pelbagai pihak maka kepada ibu serta isteri tersayanglah tempatku mengadu..tapi aku tetap sedar bahawa ibu satu hari nanti tetap akan pergi meninggalkanku seperti mereka2 yang terdahulu.

Tahun ini juga daku berharap segala apa yang kurancangkan bisa terlaksana dgn izin serta bimbinganNya..moga perusahaan bersama yang kurancang dan susun atur berjaya terlaksana...

Esok operasi memperindah dan mencatikkan kedai baruku akan bermula..moga redha Allah dan redha ibuku senantiasa bersamaku ..ameinn