Monday, December 17, 2007

Tersenyum sendiri

Allah...ayam berkokok sahut menyahut tanda waktu subuh bakal menjelma..namun sepasang mata ini masih bertugas..tidak ketahuan pula sama ada dikerah, dipaksa atau secara sukarela...letih dan penat tatkala pulang daripada tempat bertugas masih lagi terasa...tapi ku abaikan sementara bagi mencari sebuah kemanisan dan kerinduan yang diwar-warkan...namun seolah-olah ianya hampa...

Sebenarnya kurasakan tidak mampu lagi untuk aku bebani ujian dan mehnah ini...cukup-cukup aku teruji...tapi kepada siapa untuk aku luahkan dan leraikan tekanan itu tampak sukar dan jauh...samar-samar kelibatnya...

Berbincang dan terus berbincang sewajarnya dapat menghasilkan natijah dan keputusan yang baik dan tepat...tapi sebaliknya telah berlaku...ku rasakan kesemua yang berlaku adalah berpunca dari sikap dan telatahku yang tidak rasional...emosi..ego dan besar diri lagi keras hatinya...

Menyatukan dua hati tampak mustahil...menurut pemikiranku alangkah indah jika hati itu di satukan dengan mudah, ringkas, dan cepat bagi mengelakan bertambahnya maksiat dan kerosakan yang sedia ada sudah bersarang di dalam hati...

Berbincang dan terus berbincang...terkadang daku mencuri-curi tidur bagi menghilangkan sedikit kepenatan setelah bertugas selama 14 jam lamanya bagi mencari secebis rezki bagi menampung sedikit tanggungjawab....berkemungkinan beliau sudah jemu menunggu dan semestinya bosan menanti...lalu di ambil keputusan untuk keluar terlebih dahulu lantas meninggalkan aku sendirian kesejukan...

Bersengkang mata...mengorbankan sedikit masa ruang dan waktu rehat di kamarku mungkin tampak enteng dan kerdil...dan apatahlagi mengorbankan masa depanku yang teramat-amat penting dan seolah-olah ku serahkan nyawaku...ku tinggalkan medan juang ilmu yang penuh barkat dan mengandungi mutiara-mutiara yang amat berharga untuk cuba memenuhi impian yang sedang di bina beransur-ansur...

tapi...

Entah mengapa hati kecilku itu tergeser sedikit...tanpa di sedari air mata lelaki ku itu jatuh menyentuh jari...inikah nilai pengorbanan yang selama ini ku berikan???berbaloi dan terisikah pengorbanan itu???adakah ia mampu di bayar dengan sesuatu....tidak sesekali tidak....

Tersenyum daku sendiri diwaktu dinihari bagi menutupi kesedihan dan kepahitan yang tersembunyi dari dalam diri...

2 comments:

Hanisah Ishak M.D said...

maaf ingin bertanya

anta sudah bertunang atau berkahwin kah?

-sekadar bertanya.. sebab entry2 anta seakan2 anta sedang mengalami sesuatu yang 'kacau' di hati-

Anonymous said...

salam

ustz bercerita tentang zaujah ke? Kalau zaujah takpelah.

Bukan apa fitnah wanita sangat besar, tambahan bagi azhari dan daie.

Pandanglah pada Allah. Lihatlah DIA. Jangan disandarkan dan dibiarkan jiwa kacau kerana manusia.

Cinta Allah, bukan sekdar bahasa, namun entitinya menyerap kepada makna makrifah, dalam mengenal Allah.

Allahua'lam