Monday, July 16, 2007

Renungan

MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASUL

BERSABDA RASULULLAH S.A.W MAKSUDNYA;

" 6 JENIS GOLONGAN MANUSIA YG AKU DAN ALLAH JUGA TURUT MENGUTUK SERTA PADA HARI KIAMAT KELAK ALLAH TIDAK AKAN MEMANDANG MEREKA DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN BELAS KASIHAN.MEREKA ITU IALAH;

1. ORG YG MENAMBAH MAKSUD TAFSIRAN AL-QURAN (TAKWIL YG MENYIMPANG)

2. ORG YG MENDUSTAKAN KEPADA TAKDIR ALLAH

3. ORANG YG BERKUASA TETAPI TAKKABUR.MEREKA MEMULIAKAN ORG YG DIHINAKAN ALLAH DAN SEBALIKNYA MENGHINA ORG YG DIMULIAKAN ALLAH DAN RASUL

4. ORG YG MENGHALALKAN PERKARA YG DIHARAMKAN ALLAH DAN SEBALIKNYA.

5. ORG YG MENINGGALKAN SUNNAH NABI

6. ORG YG MENGHALALKAN APA YG DIHARAMKAN ALLAH DI KOTA SUCI MEKKAH.


10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

  1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.
  2. Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
  3. Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
  4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
  5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
  6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
  7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
  8. Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
  9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
  10. Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya." 


No comments: