Tuesday, May 6, 2008

Minggu Yang Bererti Buat Diri

Alhamdulillah...
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu dan menentukan bagi setiap perkara yang berlaku...minggu-minggu yang berlalu ku harungi...minggu ini jua daku berjuang dan terus berjuang bagi meneruskan saki baki kehidupan...

Minggu ini jua daku berhadapan dengan pelbagai ujian dan cubaan bagi ilmu..iman..akidah serta perhubungan sesama manusia...

9.5.08 bersamaan pada hari Jumaat daku bersama-sama rakan dari darusyifa akan bergegas ke Damansara di sebuah sekolah agama yang menjemput kami untuk membantu pihak sekolah merawat bangunan sekolah mereka yang kerap kali diganggu...mudahan-mudahan kami semua mampu mengharungi ujian kali ini...perasaan seronok teramat pun timbul..insyaAllah selamat...

Berkait tentang hati amat sukar untuk di rungkai dan diselesaikan...apatah lagi ia berkaitan dengan dua hati...terkadang kita rasa di belai dan di sayangi, adakala emosi..ego menguasai dan meresap dalam diri...sebagaimana sedia maklum wanita menganggap lelaki ini kebanyakan bersifat sedemikian..terkadang ada benarnya..tapi seelok-eloknya wanita itu mengkaji dan menyelami hati dan perasaan lelaki itu...

Bulan...minggu ini banyak mengajar aku akan tentang kesabaran dan kekuatan serta kesetiaan dalam diri...akhirnya Allah S.W.T telah membuka hati seseorang itu akan siapakah diriku yang sebenarnya...mudah-mudahan Allah S.W.T membuka lagi kepadanya siapakah aku...

Haram tetaplah haram..dosa tetap dosa...sesungguhnya Allah S.W.T memelihara dirinya daripada di rosakkan oleh makhluk yang keji dan jahat seperti aku...perlukah untuk aku menghentikan perhubungan ini???....termenung aku sendirian..fikiranku kacau dan buntu...senyumku kembali tawar...adakah ini jalan penyelesaiannya...adakah segala perancangan yang sudah di atur perlu ku gagalkan???...fikiran yang semakin buntu...duniaaaa oh duniaaa...

Menanti jawaban yang tak pasti...

Saturday, May 3, 2008

Mimpi Menurut Islam

Penafsiran Mimpi Menurut Syarak
Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua kesitimewaan, iaitu tidur dan mimpi.Selawat serta salam mudah-mudahan tetap kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya menafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang khususnya setelah bermimpi, samaada mimpi baik atau mimpi buruk.Yang di maksudkan memberi ketenangan adalah apabila bermimpi tentang kebaikan, ia bermakna khabar gembira tetapi jika ia bermimpi tidak baik ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.Sebagai contoh mimpi tenggelam di dalam laut dan tidak dapat menyelamatkan diri, ia bermakna akan terjadi perkara yang buruk.

TINDAKAN SETELAH MIMPI

Berbagai cara dan sikap manusia dalam menghadapi mimpi, setelah mereka bermimpi.Oleh itu Islam telah memberi kita tunjuk ajar dan panduan tentang sikap yang perlu kita lakukan setelah kita bermimpi.

Di dalam sebuah hadith yang bermaksud :


" Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."


Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat."


( Hadis Riwayat Bukhari )

Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :


1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.

2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.

Thursday, May 1, 2008

Membersihkan Hati


Sesungguhnya berbagai maksiat, perbuatan perbuatan jahat dan keji serta najis-najis yang yang lain melekat menyelubungi hati adalah sepertimana kotoran-kotoran yang sedang melekata pada badan.Ia juga bagaikan kulit-kulit yang menyelubungi biji-bijian.Ia tidak ubahnya seperti tahi besi yang berkarat membaluti emas, perak, dan logam lain.

Begitu jua badan, bila ia bersih dari segala macam kotoran yang menyakitkan dan merimaskan maka keadaan badan tersebut menjadi selesa, sihat cergas dan kuat daya tahannya.Itu adalah badan, yang nampak oleh mata dan boleh di ubati secara zahir dengan kaedah -kaedah perubatan moden .Begitu juga akan perihal bagi hati yang tidak nampak namun boleh dirasakan dan memegang berbagai peranan.Bila ia bersih dari segala bentuk dosa dan berbagai jenis maksiat dengan jalan bertaubat nasuha maka ia boleh terlepas dari hal-hal yang membalut dan mengongkongnya.Ia akan menjadi bersih dari kotoran yang keji dan najis.

Sebagai hasilnya ia menjadi kuat dan cergas serta semua kehendak-kehendaknya menjadi baik.Ia akan berhenti dari melakukan kegiatan-kegiatan yang merosakkan dan merugikan.Ia akan menjadi berkembang dengan pertumbuhan yang memberangsangkan, sehingga menajdi kukuh kuat dan bangga menduduki singgahsananya dengan penuh aman dan penuh kedamaian. Tiada jalan menuju kearah pembersihan hati tersebut melainkan setelah melalui usaha-usaha untuk menyucikannya,sepertimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman lelaki, seupaya mereka merendahkan pemandangannya ( menunduk) dari melihat yang terlarang dan menjaga kehormatannya ( jangan berzina ).Itu adalah lebih suci bagi diri mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa-apa yang mereka usahakan."

( An Nur : 30 )

Dalam ayat di atas tersebut Allah jelaskan bahawa suasana bersih dan suci boleh wujud hanya setelah adanya usaha menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan, iaitu memelihara faraj dari melakukan zina.

Kerna inilah, merendahkan dan menundukkan pandangan dari perkara-perkara haram mempunyai faedah yang terlalu banyak yang amat sukar untuk di rungkaikan.Mudah-mudahan Allah S.W.T mengurniakan kita kesabaran serta kasih sayangNya ke atas kita...InsyaAllah...