Firman Allah S.W.T di dalam Hadis QudsiNya :
"Wahai sekalian manusia, wahai hamba dinar dan dirham, sesungguhnya Aku jadikan dinar dan dirham adalah untuk dapat kamu pergunakan, supaya kamu boleh makan daripada rezkiKu, memakai pakaian daripada kainKU dan supaya kamu dapat mengucap tasbih serta mensucikan Aku, kemudian kamu ambil kitabKu dan kamu letakkan di belakang kamu, dan kamu ambil dinar dan dirham lalu kamu letakkan kedua-duanya di atas kepala kamu, kamu dirikan ( bangun, hiasi ) rumah kamu tapi kamu biarkan RumahKU."
"Sebenarnya kamu bukanlah orang yang bebas dan merdeka, kamu adalah hamba dunia, kamu semua tidak ubah seperti kuburan yang dicat dengan kapur yang apabila dipandang dari luar kelihatan elok, demikin jugalah kamu dipandang baik dan dikasih manusia kerana ucapan-ucapan kamu yang manis serta tindak tanduk kamu yang memikat.Kamu dijauhkan daripada hati yang keras dan tindak tanduk yang buruk."
"Wahai manusia, ikhlaslah dalam beramal, dan mintalah kepadaKu, maka sesungguhnya Aku akan memberi kepadamu lebih banyak daripada yang diminta orang-orang yang meminta."
*Begitulah sahabat-sahabat kata Allah di dalam hadis QudsiNya...sayup seketika..tergamam dan termenung...termuhasabah diri sendiri...dimanakah aku di SisiNya...atas dasar apa? dan atas niat apa blog ini didirikan?? adakah untuk mendapat pujian, mendapat tempat dan ranking..atau ikhlas keranaNya??...
Kemanakah niat ikhlas kepadaNya sewaktu berada di hadapan manusia..wanita dan orang kebanyakkan...adakah dengan kata-kata manis serta senyuman itu di lakukan kerana makhluknya??...terkedu aku seketika...bagaimana untuk aku berhadapan denganNya nanti....Ya Allahhhhhhhhhhh.....kepadaMu aku bermohon ampun.....
No comments:
Post a Comment