Sunday, June 15, 2008

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

MENYURUH BERBUAT KUFUR DAN SYIRIK

Kufur dari segi bahasa bermakna "ingkar".Menurut isitlah ia bermaksud : "Mengingkari kewujudan Allah, sifatNya, kitab dan Rasul-rasulNya, para malaikatNya dan ingkar terhadap semua perkara-perkara yang di bawa oleh rasul-rasulNya."

Manusia yang melakukan perbuatan kufur dinamakan seorang kafir.Di dalam sejarah, makhluk yang pertama-tama melakukan kekufuran adalah iblis.Ia ingkar terhadap perintah Allah, di mana apabila Allah menyuruhnya untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s, Iblis enggan dan menentang perintah TuhanNya.Kisah ini dijelaskan di dalam beberapa ayat Al Quran antara lain:

Maksudnya:

"Dan ketika Aku (Allah) berkata kepada para malaikat :"Bersujudlah kamu kepada Adam, maka merekapun bersujud (kepadanya) kecuali iblis, dia enggan dan berasa sombong, dia adalah termasuk golongan orang-orang kafir."

(Al Baqarah :34)

Kerana Iblis telah di nas(diputuskan) oleh Allah sebagai makhluk yang kafir maka sebagai reaksinya dia ingin membawa ana cucu Nabi Adam masuk kedalam golongannya, iaitu golongan kafir .Dengan kata lain ia ingin mencari kawan sebanyak-banyaknya dari kalangan manusia.Sebaik sahaja Iblis menerima keputusan sebagai makhluk yang ingkar terhadap TuhanNya dengan begitu pantas ia mengajukan suatu permohonan kepada TuhanNya agar di beri umur yang panjang semasa hidup di dunia .Apakah muslihat di sebalik permintaan itu? Tidak lain tidak bukan adalah ia ingin menjadikan manusia sebagai rakan kongsinya di neraka kelak.Ia bertekad hendak menyesatkan manusia dari jalan keimanan.Ia ingin manusia mengikuti jalan dengan melakukan berbagai dosa maksiat.Dari dosa-dosa kecil seperti mendengarkan muzik dan lagu yang melalaikan, melihat wanita ajnabi (bukan muhrim) dan lain-lain apatah lagi dosa-dosa bersar kufur, syirik, berzina.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al Asr:

"Sesungguhnya semua manusia mengalami kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh."

(Al Asr:2-3)

Juga firman Allah di dalam surah al buruj yang bermaksud :

"Sesunggunya orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat syurga.."

(Al Buruj:11)

Persoalannya bagaimana dengan orang yang hanya mendakwa bahawa dirinya telah beriman namun enggan beribadah dan malas melakukan amal soleh?ini tentunya orang-orang tersebut telah diracuni syaitan.Ia dibisikkan agar menangguh-nangguh waktu melakukan amal...

Saturday, June 14, 2008

Amalan Sebelum Tidur

*Sambungan tajuk yang lalu

Amalan Sebelum Tidur

Agar kita dapat menghindar dari mimpi yang tidak baik ada beberapa amalan yang perlu dibuat, iaitu sebelum tidur hendaknya memperbanyak amal ibadah seperti berikut, antaranya :

1. Selalu dalam keadaan suci dari hadas besar dan kecil.

2.Memperbanyak membaca selawat.

3.Memperbanyak membaca Al Quran dan doa mathurat ataupun Hizb.

4.Berniat bangun untuk ibadah tengah malam ( seperti tahjud, tasbih, hajat dan lain-lain).

5.Memberi kemaafan kepada sesiapa yang bersalah kepada kita.

6.Tidak ada rasa dendam, marah dan geram.

7.Selalu beramal soleh sebelum tidur dan juga yang berniat melakukan amal soleh setelah tidur.

Jika seseorang membiasakan mengamalkan tujuh perkara di atas maka insyaAllah akan selalu terhindar dari mimpi-mimpi yang tidak baik (biasanya dari syaitan).Sebaliknya dengan membiasakan mengamalkan tujuh perkata sebelum tidur insyaAllah akan bermimpi yang membawa makna dan khabar yang menyenangkan.

Thursday, June 12, 2008

Praktikal Darussyifa Team



Alhamdulillah...merafa'kan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kita sedikit ruang waktu untuk bernafas lantas di susuli dengan ibadah tanda ingatan terhadapNya...

Sesi rawatan bersama rakan-rakan Darusyifa di Sek Men Alam Shah, Putrajaya alhamdulillah berjalan dengan lancar sepertimana yang telah di rancangkan oleh pentadbiran Darussyifa..

Kami berkumpul di Darussyifa pada jam 6 petang dan bergerak ke lokasi yang dituju pada jam 6.30 setelah kesemua pelajar yang terlibat melaporkan diri...
Daku teruskan perjalanan ini meskipun tubuh badanku tidak mengizinkan..panas..selesema..mudah kata adalah demam..alhamdulillah jugak daku berjaya jua mengharungi sesi rawatan di sek berkenaan...

Dimulai dengan bacaan yasin dan zikir sepertimana biasa di ketuai oleh Ust Zulkifli bersama-sama Pengerusi Darussyifa Ust Rahman...selepas solat isyak sedikit tazkirah dan tunjuk ajar diberikan kepada adik-adik dan penghuni serta kakitangan Sek Alam Shah berkenaan cara dan kaedah serta kegunaan air-air penawar yang telah di doakan dan alatan-alatan yang telah disediakan sepertimana yang telah di pinta oleh Darussyifa iaitu merupakan air paip atau telaga yakni air yang masih hidup..garam dan lada hitam..


Selesai sesi taklimat di berikan kepada pelajar-pelajar seramai 800 orang, guru 80 orang kami di hidangkan sedikit jamuan berat yang telah di sediakan oleh pihak sekolah sebagai salah satu rutin biasa setelah selesai majlis zikir sebelum turun ke medan juang alam jin...

Kami di bahagi-bahagikan mengikut kumpulan di pimpini beberapa orang lama darussyifa bagi mengetuai sesi merawat bangunan-bangunan dan kawasan yang di syaki kerapnya berlaku gangguan...

Daku di tempatkan di bangunan Blok C yang rata-ratanya mendakwa kawasan asrama yang paling keras dan angker...sewaktu daku sedang menulis ini pun telah kurasan sesuatu..biarpun jam sudah menunjukkan jam 5 pagi...sepanjang sesi berlangsung ada jua di kalangan sahabat-sahabat yang merasakan sesuatu tatkala mereka merenjis-renjis di sesuatu kawasan yang di beritau amat-amat keras..


Alhamdulillah kesemuanya berjalan lancar dan akitviti ini berlangsung selama 3 hari dan akan diteruskan oleh pelajar sek terbabit berserta dengan guru-guru disana..

Kami kesemuanya bergegas pulang ke Darussyifa pada jam 11.30 malam..
Kami di beri tunjuk ajar dan kami di arahkan supaya tidak masuk terus kerumah dan jangan terus tidur..tapi kami perlu mengikut cara-cara dan etika yang telah di tetapkan setelah selesai pulang dari rawatan... Mudah-mudahan daku diberi kesempatan untuk menyertai sesi rawatan ini di ruang waktu yang lain pula..ameinnn...

Sunday, June 8, 2008

Khususiat Rasulullah S.A.W


Kepada Allah daku berserah diri dan berharap..sesungguhnya ilmu, iman dan amal adalah kesemuanya milikNya...

Alhamdulillah tergerak bagi hati ini ingin menulis kembali...ku buka dan ku kembangkan cabang dakwah di dalam blogku ini yang rasanya amat lama daku tinggalkan sejurus kepulanganku dari ardul kinanah...

Khususiat Rasulullah S.A.W....

Daku ingin membawa hati, diriku, jiwa serta imanku untuk kembali menghayati dan mengamati akan kemuliaan serta keagungan junjungan besar Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W yang kurasakan amat kerdil dan kecilnya pengetahuan remaja-remaja kita pada hari ini termasuklah remaja-remaja dari aliran agama itu sendiri..

Khususiat ( keistimewaan ) ..

Rasulullah S.A.W manusia tetapi....

Tajuk yang pertama akan daku kupaskan..hasil olahan dan nukilan dari Tuan Guruku Syeikh Fuad Kamaluddin yang merupakan seorang ulama muda yang boleh di ambil contoh kisah perjalanan beliau di dalam menuntut ilmu..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Katakanlah (wahai Muhammad) "Sesunggunya aku adalah manusia seperti kalian".

Sekali pun para Nabi pada hakikat asalnya merupakan manusia seperti anak adam yang lain, namun mereka banyak berbeza dari manusia yang lain seperti sifat-sifat dan ciri-ciri mereka.Sekiranya mereka tidak mempunyai ciri-ciri tersebut apakah keistimewaan dan sebab-sebab terpilihnya mereka sebagai Nabi dari manusia yang lain.

Para Nabi merupakan barisan pemimpin umat manusia, Mereka adalah insan suci pilihan Allah dari kalangan hamba-hambaNya yang dimuliakan martabat mereka dengan himah, kekuatan akal fikiran, martabat Nubuwah ( kenabian ), ketepatan pendapat serta pandangan.

Allah S.W.T memilih mereka menjadi perantara di antara Allah dan hamba-hambanya untuk menyampaikan perintah Allah, memperingatkan manusia akan kemurkaan Allah dan balasanNya.Mereka memberi petunjuk ke arah kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.Terpapar jelas hikmah Allah S.W.T memilih mereka di kalangan manusia supaya mudah bagi manusia mengambil manfaat dari mereka dan mengikuti cara dan akhlak mereka.Mereka adalah dari jenis manusia tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak dapat dipunyai oleh sesiapa pun juga dari manusia yang lain...

Wallahu aa'lam