Wednesday, May 30, 2007

.::Hati Itu Kembali Tenang ::..

Alhamdulilah lafaz syukur terbit dari hati itu..hati bagi kalam sufi dan permata sufinya..tersenyum ia sendirian dan gembira jelas tergambar pada riak wajahnya..sukar dimengerti akan perasaan yang ia alami..tenang, bersyukur..kesemuanya ada..seolah-olah semangat yang telah hilang dan gugur pada suatu ketika dahulu kembali pulih dan muncul di tengah-tengah kesibukan dan kekacauan yang berlaku..

Hati itu...

Tanpa hati itu jangka dan menduga, seminggu yang berlalu..seminggu sewaktu peperangan minda berlaku dan pada masa yang sama kacau bilau perasaan yang turut di rasai dan dipikul bersama...tidak ditanggung secara bersendirian dan berseorangan..hati itu ditemani penghibur dan pengubat bagi permasalahannya..mereka yang tidak pernah jemu dan berputus asa..tanpa ada rasa bosan...mereka ini yang senantiasa bersama-sama dengan hati itu, berjuang, menangis, ketawa dan gurau senda bagi menambat dan memelihara sekeping hati yang suci ...hati yang menagih kasih dan harapan agar ia disayangi dan diingati dalam segenap ruang dan masanya...selepas Allah, Rasul dan keluarganya diutamakan terlebih dahulu...di akhiri hati kekasihnya disisi manusia...

" Seminggu "

Seminggu yang penuh bermakna bagi hati permata sufi..hatinya di uji dan di gasak dengan pelbagai ujian dan mehnah yang menguji kesabaran, kasih sayang, kesetiaan dan kelakiannya..menampar keegoan lelakinya yang sedia ada..namun keegoan tu masih lagi bertakhta dan bertapak..cukup sukar bagi dirinya untuk melenyapkan kotoran-kotoran yang mewarnai hati...tapi ia tetap berdoa agar hati itu dapat mengawal dan menghadapi keputusan daripada hasil ujian yang akan diperolehi nanti...

Maka...

Maka ternyatalah sudah dan tamatlah sudah bagi sebuah pertanyaan dan penantian...kesemuanya jelas dan terbukti..kasihan bagi hati-hati yang terluka..namun apakan daya di dalam perhubungan perlu ada kesabaran dan pengorbanan yang baik, yang perlu di hadapi dan di terima oleh semua pihak..perlunya kawalan perasaan dan keseimbangan dalam diri..tidak mengikut perasaan dan kehendak nafsu yang marah dan kecewa..ambil wuduk dan beristigfar serta selawat perlu di terapkan agar ia mampu mengawal perasaan itu...

Rupanya indah dan nikmat takdir Allah kepada para hambanya...ditakdirkan bagi kalam sufi itu untuk menerima hakikat dan kebenaran yang bahawa memori itu sudah terhapus dan terlerai hanya memerlukan tempoh masa seminggu sahaja...kesemuanya hancur dan cair dan seterusnya mengalir bagai air lalu...namun sepertimana biasa senyuman dan keajaiban ciptaan Tuhan pengubat kealpaan dan kekecewaan..

Comelnya anak kucing itu...

Justeru permata sufi menatap gambar ciptaan TuhanNya..kucing menjadi mangsanya...dibelai dan ditatap seorang diri..perbualan dengan kucing pun berlangsung tanpa ia sedari...maka terubatlah kesedihan, kekesalan dan kegusaran yang bersarang di dalam mindanya...Alhamdulilah...

Menerima khabar gembira yang tidak terhingga...menerima khabar bahwa temanya selama ini sudah berpunya dan ingin disunting orang..menambah lagi rasa semangat dan gembira teramat..mereka akan mengakhiri zaman bujang mereka..entah kenapa tidak tampak langsung dari riak wajah assubky rasa sedih..bahkan ia berganti kepada rasa damainya hati dan hilangnya rasa sedihnya...Alhamdulilah sekali lagi...ini semua sebagai tanda bahawa permata sufi tidak perlu lagi berasa risau dan bimbang akan diri temannya..ini kerana diri temannya suda berpunya...syukur Alhamdulillah...

"Akhirnya...permata sufi tetap bersama dengan permata bagi hatinya..setelah kehilangan penawar dan berundurnya seketika penghibur bagi hatinya...sekalung penghargaan dan sejuta kemaafan dari kami berdua buat penawar bagi hati..ikhlas dari Permata Sufi dan kalamnya bersama-sama dengan Permata bagi hatinya khas untuk PENAWAR BAGI HATI di atas kepemergian dan keputusannya berpisah dan berjauhan dari kami..."

Semoga Allah merahmati insan ini dan kami senantiasa berdoa agar ikatan yang berlangsung di antara dirinya dan pilihannya berlangsung dan berjalan dengan kebaikan mengikut aturcara TuhanNya..memperolehi zuriat-zuriat yang soleh dan soleha yang akan berbakti untuk agamanya...amin..

Salam Kemaafan Buat Sahabat Sejati...khas buat PENAWAR BAGI HATI bagi Permata sufi serta kalamnya...

Salam Perjuangan dari Kota Fustat...bumi barakah dan bumi ujian...

-assubky@umul qura 07-
in memory

Monday, May 28, 2007

Tajul Muluk ( 2 )

Mengenal Lelaki Dari Anggotanya

Anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat batiniahnya. Pengetahuan mengenai perkara ini telah bermula sejak dari zaman silam. Mengenal lelaki hasil melihat pada anggota tubuhnya ada dicatat di dalam kitab Tajul Muluk iaitu salah sebuah kitab mistik orang-orang Melayu zaman dahulu:

1. Kulit

Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

2- Rambut

Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

3. Kepala

Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

4. Dahi

Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

5. Mata

Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

6. Hidung

Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

7. Mulut

Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

8. Bibir

Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

9. Gigi

Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

10. Dagu

Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

11. Suara

Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.


12. Telinga

Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

13. Bahu

Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.


I4. Belakang

Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.


15. Muka

Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.


16. Leher

Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.


17. Dada

Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.


18. Lidah

Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.


19. Lengan

Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.


20. Tapak Tangan

Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.


21. Jari

Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari

yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

22. Perut

Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.


23. Pinggang


Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.


24. Betis

Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.


25. Kaki

Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.


26. Tumit

Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.


27. Langkah.

Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.


Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan.

Walau bagaimana pun ini cuma merupakan falsah-falsah yang umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

Tajul Muluk ( 1 )

Rahsia Pada Bentuk Bibir Wanita

Wanita yang punya bibir segar dan kemerahan kesihatannya baik, pandai menjaga tubuh,bersifat periang dan fikiran terbuka, senang bergaul dengan sesiapa sahaja, manja dan penuh ghairah, ingin dibelai, biasanya merangsangkan.

Wanita yang bibirnya selalu terbuka amat kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.

Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.

Wanita yang bibirnya biru kata-katanya tidak dapat dipercayai, sering ingkar, tidak bertanggungjawab, cerewet dan selalu mahu bertengkar.

Wanita yang bibirnya nipis banyak cakap, suka bercakap ikut suka, membuat sesuatu perkara tanpa berfikir, degil, pandai merayu, kata-katanya menawan, pandai berpura, nafsu syahwatnya cukup besar, yakin kepada diri sendiri.

Wanita yang bibirnya kecil molek itu punya gaya lincah mempesona, bersifat keanakan, manja, selalu minta dibelai dan dilindungi, kalau tidak dapat yang dipinta, selalu buat kerenah, selalu bergantung, pendirian tidak tetap, was-was, mudah tergoda, boleh jadi ibu yang baik, sangat cerewet, nafsu syahwatnya cukup besar tetapi jarang puas, sikapnya terbuka.


Rahsia Pada Corak Biji Mata Hitam


Mungkin kita tidak sedar bahawa biji mata hitam wanita itu berbeza coraknya. Terdapat tiga corak kesemuanya iaitu Corak Sungai, Corak Bunga dan Corak Permata. Ada juga insan yang punya corak mata kombinasi dari tiga corak ini tapi jarang ditemui. Jika kita punyai corak mata tertentu, kita biasanya suka mencari pasangan yang lain corak matanya, tanpa kita sedari.

Biji mata hitam Corak Sungai itu bagaikan sungai yang mengalir ke arah luar dari tengah biji mata dalam keadaan berbaris-baris yang tersusun. Ianya dipunyai oleh wanita yang pendiam, yang suka menjauhkan diri dan sensitif. Wanita seperti ini akan dapat merasakan perubahan cuaca, atau perubahan dalam dirinya dan juga sensitif terhadap perasaan orang lain. Wanita seperti ini mudah tersinggung dan sukar berbohong kepadanya kerana dia boleh merasakan sejauh mana kebenarannya. Derianya yang paling tajam ialah sentuhan.

Biji mata hitam Corak Bunga pula adalah cantik sebagaimana kelopak-kelopak bunga mengelilingi tengah biji mata. lanya dipunyai oleh wanita yang mudah meluahkan kehendak emosinya. Dia akan cepat bertindak tanpa menunggu disuruh. Dia biasanya sensitif terhadap rupa sesuatu benda dan merasa tidak selesa apablia bekerja dalam suasana yang tidak menyenangkan penglihatannya. Derianya yang paling tajam ialah penglihatan.

Biji mata hitam Corak Permata pula seperti bintik-bintik warna yang gelap diletakkan di atas dulang baldu. la dipunyai oleh wanita yang suka bersendirian serta intelek. Dia akan bergantung kepada logik dan paling selesa bila dapat menapis idea-idea dalam fikirannya. Dia kelihatan tenang dan pendiam kerana dia merasa sukar untuk meluahkan emosinya. Dia juga mungkin akan menolak rasa hatinya. Derianya yang paling tajam ialah terhadap bunyi. Dia mungkin merasa terganggu oleh bunyi bising tapi selesa dengan bunyi yang perlahan. Bila dia belajar, dia mudah ingat hasil dari pendengaran.


Saturday, May 26, 2007

Antara Dua Hati..

Keletihan..kepenatan masih jelas terpancar dan terpapar diwajah..perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam lamanya dari bumi Tanta menuju ke rumah tercinta di Kaherah...letih..lesu..kesedihan..kepayahan..kemurungan di sepanjang perjalanan..semuanya ada..entah mengapa timbul perasaan dan pemikiran sebegitu..seolah-olah tiada keyakinan dan matlamat diri..dimanakah silap dan cacatnya..

Aku termenung dan berfikir lagi..

50% daripada ujian imtihan telahku harungi dan masih lagi ada yang berbaki..perjuanganku belum selesai..sakit, pahit, manis, luka, senyum, tawa serta tangisan berjalan seiring dengan fatrah imtihan yang sedang rancak berlangsung..

14 hari di bumi Tanta yang tercinta...

Banyak mengajar diri ini akan erti kemanusiaan dan kemahuan hati..hati yang banyak teruji di sepanjang imtihan berlangsung...sehingga ke saat ini tidak dapatku sembunyikan dari dalam hati akan kepedihan dan beban yang ditangung seorang diri..cuba untuk diluahkan dan dilafazkan..


Namun..

Apakan daya tidak dapat kupastikan akan sesiapa yang mampu menemani dan mendengar rintihan dari hati ini....hati yang seolah-olah tidak lagi mampu menampung beban yang dipikulnya..dan tidak sanggup lagi rasanya melihat akan ada hati yang terluka lagi dek perbuatan dan perkataanku....tapi ia tetap jua berlaku..tidak dapat aku hindarkan dan sukar untuk aku elakkan..

Perjalanan sejauh 100 km kali ini membawa hatiku yang luka parah dan tertanya-tanya akan bilakah akan berakhirnya episod ini...tidaklahku nyatakan dan zahirkan kecelaruan yang bermain-main di benak fikiranku....ini tidak lain adalah di sebabkan kerana waktu imtihan yang masih lagi berlangsung dan aku perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap peperangan ini...

Senyum ini masih lagi ku berikan sepertimana biasa..tapi luka parah itu masih lagi mengekori dan mengejar tanpa rasa jemu..


Antara dua hati itu....

Antara kemahuan dan pendirian jua perasaan ...satu situasi yang cukup sukar untuk di jelaskan dan difikirkan...terdetik dari hati dan benak fikiranku ini..mengapa ujian ini datang dan tiba tatkala daku sedang berjuang di medan juang...fikiranku celaru..hilang pertimbangan secara tiba-tiba...yang mana perlu aku dahului dan utamakan...

Antara hati..perasaan..kemahuan dan pendirian...

Antara hati...sahabat..dan perasaan itu...begitu sukar rupanya untuk dipelihara..adakala tertawa..bermanja dan berjuang menghadapi suka dan duka bersama...namun tanpa disedari akhirnya ada yang terluka dan terguris hati dan jiwanya.....

Biarlah hati itu mencari dan terus mencari..merasakan dirinya berada di persimpangan..terkadang rasa letih itu bertandang, dan adakalanya ia terkulai layu, namun hakikatnya hati itu tidak mampu untuk berjuang bersendirian..ia memerlukan semangat baru dan kasih yang baru..kembali sepertimana suatu ketika dahulu..hati yang dahulunya ceria, gembira dan periang..penuh dengan senyuman dan hilai tawa..hati itu mencari dan terus mencari...

Hari ini yang banyak mengajar..mengajarku akan erti pripentingnya dua hati itu...maka hilang dan pergilah penawar bagi hati disisi kalam sufinya...lafaz kata-kata yang disalah ertikan..maka tinggallah permatasufi terkontang kanting mencari-cari di dalam mempertahankan permata bagi hatinya...yang sudi menemani permatasufinya...

Berakhirnya sebuah memori bagi dua hati...

-assubky 07-

Thursday, May 17, 2007

Suatu Pagi Nan Indah Di Bumi Tanta



Bacaan al quran yang mulia berkumandang...
Berkumandang di setiap corong pembesar suara masjid di sekitar Tanta..khusus di desa cyberbay..bacaan sebagai tanda dan peringatan akan hampirnya waktu untuk menunaikan solat subuh.

Terkenang daku sendirian tatkala berada di bumi Tanta pada suatu ketika dahulu..kenangan bersama sahabat-sahabat seangkatan, berjuang bermati-matian di dalam menuntut ilmu bagi kuliah syariaah islamiah di Universiti Al Azhar cawangan Tanta...kenangan itu menggamit perasaan dan melahirkan sejuta kenangan...ada di antara kami yang berjaya di kuliah masing-masing..dan ada yang masih lagi meneruskan saki baki perjuang yang sedia ada...

Esok 19.5.2007 maka bermula peperangan memerah daya buah fikiran dan minda di dalam menempuhi peperiksaaan bagi semester kedua bagi sesi 2006-2007..pelbagai perasaan yang timbul dalam diri..bersemangat, risau, berdebar-debar dan macam-macam lagi..namun seperti biasa daku tetap tersenyum riang...namun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu...

Bertemankan sahabat-sahabat seperjuangan yang tiada pernah jemu dan bosan dengan memberi semangat dan harapan, dorongan dan kata-kata penghibur hati...pengubat kerinduan akan keluarga dan sanak saudara di kampung..

Bersama-sama sahabat-sahabat dari negeri Kelantan dan Terengganu secara khususnya..terasa aman dan bahagia bersama-sama mereka..mereka inilah yang kerap kali menemani dan berbual riang tatkala daku menziarahi mereka disini..kesemua mereka adalah bekas ahli serumah suatu ketika dahulu..sewaktu bermastautin di cyber Bay tatkala kali pertama di tempatkan di Unibersiti Al Azhar Tanta..daripada tidak mengenal dan tidak bertegur sapa secara mendalam sehingga akhirnya berubah kepada suatu perkenalan dan persahabatan sesama negeri yang membibitkan perasaan kasih serta sayang sesama penuntut ilmu di sini...

Layanan yang begitu istimewa yang diberikan tidak tahu ingin digambarkan...tidak mampu rasanya untuk ditandingi layanan ini..terasa diri dihargai dan dihormati...sekalung penghargaan dan dengan penuh pengharapan serta doa kasih dan sayang buat sahabat-sahabat dari bumi Kelantan...Ust Fakhzan, Ust Azmi , Ust Kusyairi , Ust Taufik , Ust Hafizul Hafiz serta dari Terengganu Ust Faizul juga tidak dilupakan Ust AbuL Basyar yang berasal dari negeriku sendiri..Johor Darul...

Tidak dilupakan jua sahabat-sahabat pengubat duka tatkala hati terluka..khusus buat Ust Wahidi Wassini (exco DPMT tahun depan), Ust Ahmad Izzat, dan Ust Fadil bersama-sama dengan sahabat yang tidak disebutkan di dalam blog ini..jasa mereka ini semua tidak dapat daku lupakan dan abaikan dan akan di kenang sehingga akhirnya...

Adakah kenangan dan memori ini akan berkekalan dan berpanjangan??..Mudah-mudahan dengan izin dan bantuan serta kasih sayang daripada Tuhannyapersahabatan dan persaudaraan ini berkekalan dan berterusan...amin....

Keesokannya peperangan memerah daya dan keringat buah fikiran dan minda bagi menguji sejauh mana persediaan dalam diri di dalam menempuhi peperangan ini akan bermula..semoga kita semua mendapat keputusan dan kejayaan yang cemerlang lalu beramal dengan segala ilmu yang telah kita pelajari dan perolehi bagi manfaat masyarakat Islam di tanah air nanti...

Monday, May 14, 2007

. :Hati Itu : .

MahaSuci Allah yang menjadikan sesuatu..Maha Agung dengan kebesaranNya diciptakannya manusia lalu dikurniakan hati yang amat berharga dan bernilai..Hati yang memiliki pelbagai sifat dan ragam, kerna di hati itu jua terletaknya iman dan perasaan..Hatilah yang mencorak kehidupan dan akhlak seseorang..dengan hati jua lahirnya kasih dan sayang yang diidam-idamkan oleh seluruh insan yang bergelar manusia.

Tiada sempurna sesuatu kehidupan jika di dalamnya tidak disertai dengan iman, kasih serta sayang sesama manusia.Hati yang bersih dan suci akan melahirkan individu mukmin yang benar-benar berkualiti, inovatif dan bermotivasi...

Hati itu...

Hati itu yang semalamnya cedera parah dan tertunduk lesu akibat daripada bebanan-bebanan serta tekanan-tekanan yang tidak dapat ia tanggung secara sendirian dan berseorangan, akhirnya beransur pulih dan kembali ceria dan mekar sepertimana sebelumnya, senyumannya kembali manis dan memikat..ikhlas dan menawan..selera makannya semakin bertambah dan nikmat..minumnya kembali menggamit nafsu..lenanya nyaman dan tenang, tidak seperti hari-hari yang berlalu yang ia tempuhi sebelum ini...adakah hati itu mendapat semangat yang baru dan memperoleh kembali semangat dan dorongannya yang telah hilang..

Namun...tanpa hati itu sedari ia masih lagi berada lukanya yang terdahulu..masih lagi merasai kepedihannya..untuk ia bangun dan mengubati hatinya yang telah terluka itu, ternyata ia memerlukan satu motivasi dan semangat yang lebih kuat dan gitu bagi menaikkan semula perasaan dan hatinya yang telah jatuh dan tersungkur dek kejutan hati yang telah berlaku...

Digagahinya jua dengan memberi ubat kepada hati itu dengan iman, taubat , muhasabah , berlapang dada dan berlemah lembut bagi memastikan ikatan dan hubungannya dengan Tuhan dan hati-hati yang lain terpelihara dan tetap berkembang mekar dan sihat...

Hati itu kembali berharap...

Hati itu kembali berharap dan tetap berharap agar tidak ada lagi kejutan dan tekanan yang amat dahsyat akan berlaku..hati itu berasa tidak mampu untuk dipikul dan ditanggungnya seorang diri..ia memerlukan peneman dan pemberi semangat yang benar-benar ikhlas, setia dan bersungguh dan bukan hanya ucapan serta lafaz mahupun kata-kata manis yang tersembul dari percakapan seseorang..mudah-mudahan hati itu terus berkembang dan berkembang tanpa ada ujian dan cacat cela yang mendatang..di samping luka bagi hati itu kembali mekar dan beransur pulih dengan izin dan kasih sayang dari Tuhannya yang di zahirkan melalui makhluknya ke atas makhluknya...aminn..

Hati itu mencari dan terus mencari....

Hati itu mencari dan tidak berhenti mencari di dalam mengenal hakikat keperibadiannya yang hakiki dan realiti serta kedudukannya di dalam hati seseorang...Hati yang tersenyum manis di atas kejadian berlaku, diajarnya hatinya supaya sabar , redha dan tabah serta menerima apa jua kata-kata serta cacian yang dilontar kepadanya...Hanya kepada penciptaNya hati itu berserah diri dan berharap...

Hati itu kembali menangisi kesalahan dan kesilapan diri...tidak diketahui sehingga bilakah penderitaan itu akan berakhir..ditunggu-tunggu dan di nanti-nantikan akan keberhasilanya...

Hati itu tertunduk sayu lalu mengalirlah air mata bagi mewakili dukacita hati mudanya itu...
Biarkanlah ia terus mengalir dan mengalir....akhirnya hati itu tetap mencari-mencari pemiliknya..namun pencarian itu tetap menemui jalan buntu..ketentuan bagi hati itu..

Maka berakhirnya episod suka duka bagi hati..hilangnya permata bagi hatinya, penawar bagi hati serta penghibur bagi hati...yang berbaki hanya adalah permatasufi dan kalamnya yang mencari ketenangan hati...di dalam mencari dan menagih keredhaan Tuhannya....


Adab-Adab Bergurau Senda 2 (siri akhir)

Alhamdulillah sahabat-sahabat sekalian, kita telah mengetahui akan adab-adab ketika sedang bergurau senda dengan sahabat-sahabat yang berada berhampiran kita.Oleh itu ana akan meneruskan sambungan bagi siri kedua (siri akhir) yang akan menyentuh adab-adab di dalam bergurau senda ini, mudah-mudahan kita semua dapat mengambil faedah dan manfaat daripadanya..amin..

Adab-adab bergurau senda :

6. Tidak menyakiti orang lain

Gurauan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang menyakiti perasaan salah seorang di antara pendengar yang sedang mendengar akan apa yang kita bicarakan.Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :

"Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang-barang temannya, apakah itu hanya gurau senda atau sungguh-sungguh, dan jika ia telah mengambil tongkat temannya, maka ia harus mengembalikan kepadanya".

Jika kita melihat akan adab senda gurau yang ke enam ini, ingin ana mengajak diri ana dan sahabat sekalian akan sejauh mana kita berjaya menjaga dan memelihara diri kita daripada melukakan atau mengguris perasaan sahabat kita tatkala kita berkomunikasi dan bergurau dengan mereka, perlulah kita menjaga batas-batas tatkala ingin bergurau dengan mereka .Di sebalik senda gurau dan hilai tawa, adakah kita pasti dan yakin yang kita tidak melukakan hati-hati sahabat kita?..bersama kita timbang-timbangkan...

7. Tidak bergurau senda pada masaalah yang penting

Sahabat-sahabat bukan semua perkara dapat kita gurau sendakan tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita bersungguh dan serius Jangan sesekali kita bergurau senda pada perkara-perkara yang serius dan penting ini kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan dan apa yang dikeluarkan dan kita perkatakan tidak akan diterima orang lain.Antara tempat-tempat yang perlu kita bersungguh-sungguh dan serius adalah di hadapan Qadi, majlis ilmu, dan sebagainya mengikut tempat, suasana dan keadaan.

8. Menjauhi perkara yang diharamkan semasa bergurau

Tidak boleh bergurau senda pada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh manusia.Antara perkara yang diharamkan adalah :

8.1 Menakutkan muslim dengan bergurau

Sesetengah daripada kita membiasakan diri bergurau senda bersama sahabat-sahabat di sekilingnya dengan menakut-nakutkan samada dengan perkataan atau perbuatannya.Melakukan sesuatu yang menakutkan sehingga tampak di wajah sahabat kita ketakutan yang jelas terpancar atau tidak berasa tenteram dengan tidak semena-semena. Kita dilarang melakukan hal sedemikian walaupun untuk sekadar bersuka-suka dengan sahabat sendiri.Nabi pernah bersabda yang bermaksud :

"Janganlah seseorang daripada kamu mengambil harta saudaranya samada dengan bergurau atau bersungguh ( serius )".
(Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi)

8.2 Berdusta semasa bergurau senda

Kebanyakan kita pada hari ini tidak mengambil berat tentang bergurau senda ini sehingga kita melakukan secara menipu.Sedangkan menipu atau dusta ini tidak dibenarkan oleh agama kita.Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Aku penjamin sebuah rumah di dalam syurga untuk mereka yang meninggalkan pendebatan, sekalipun dia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga untuk mereka yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan sebuah rumah di dalam syurga yang paling tinggi (martabatnya) untuk mereka yang baik akhlaknya".
(Riwayat at Tabrani)

Nabi kita yang tercinta senantiasa berkata benar tatkala bergurau senda apatahlagi jika tidak bergurau, semestinya nabi senantiasa berkata yang benar dan tidak berkata berdusta.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku bergurau senda dan aku tidak berkata kecuali perkara yang benar".
(Riwayat At Tabrani)

8.3 Menuduh orang lain dengan tuduhan yang keji

Seelok-eloknya kita menjauhi daripada menuduh mana-mana individu muslim samada untuk bergurau dengan tuduhan yang hina apatah lagi dengan mencacinya.Bergurau senda dengan berkata "wahai anak zina" dan sebagainya dengan tujuan untuk bergurau adalah tidaklah selayaknya bagi kita untuk berkata sebegitu rupa.Mudah-mudahan Allah S.W.T melindungi kita daripada melafazkan serta melakukan perkara yang sedemikian..amin..

9. Memilih orang tertentu untuk bergurau senda

Kita tidak boleh bergurau senda dengan orang yang lebih tua daripada kita seperti pakcik-pakcik yang sememangnya perlu kita beradab dengan mereka atau sahabat-sahabat kita yang tidak menggemari gurau senda, mungkin ia tidak dapat menerima gurauan itu atau bergurau senda dengan wanita-wanita yang bukan mahram kita.Kita ditegah memperbanyakkan gurauan kerana dibimbangi menjadi tabiat yang boleh menyebabkan jatuhnya kewibawaan kita dan mudah untuk orang lain mempermainkan kita.

10. Tidak bergurau dengan anggota

Hendaklah menjauhi daripada bergurau dengan anggota samada melalui tangan atau anggota-anggota kita yang lain seperti memukul atau menendang sahabat kita dengan berniat bergurau, dibimbangi sahabat kita itu tidak dapat menerima gurauan kita hatta dengan mencuit sekalipun, ditakuti sahabat kita itu sedang mengalami masaalah dan tidak beberapa elok perasaannya maka akan berlakulah pelbagai perkara yang akan merebak ke hatinya dan akan terhasillah perasaan benci dan dendam..nauuzubillah..

Namun kita dibolehkan bergurau senda menggunakan tangan dengan sahabat-sahabat yang sudah biasa dengan kita dan yakin dia mampu menerima gurauan kita itu dengan berlapang dada dan terbuka.

11. Menjauhi banyak ketawa

Terlalu banyak ketawa boleh membawa kepada matinya hati dan sukar menerima sebarang nasihat dan kebenaran.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Janganlah perbanyakkan ketawa, sesungguhnya banyak ketawa menyebabkan matinya hati".
(Riwayat Ibnu Majah)

Begitulah sahabat-sahabat sekalian beberapa adab tatkala bergurau senda dengan sahabat-sahabat kita yang mampu ana kongsi bersama.Mudah-mudahan kita mampu lakukan akan apa yang telah di sarankan dan meninggalkan apa-apa yang dilarang.Moga Allah S.W.T memberi kita kekuatan dan perlindungan agar kita mampu menempuhi segala bentuk ujian yang tiba...amin...

Sunday, May 13, 2007

.:. Memori Semalam .:.

Memori semalam...

Banyak mengajarku erti kehidupan, kesabaran dan realiti perasaan dan tuntutan.Rupanya semalam menjanjikan pelbagai tafsiran dan kefahaman..ada yang ketawa di selangi sedikit senyuman dan tawa riang, tanpa ada rasa jemu dan bosan..ia ketawa dan terus ketawa dengan senyuman yang menawan..di puji dan terus di puji sehingga hatinya kembang setempat..dia merasakan dirinya benar-benar di hargai dan disayangi..berasa hidupnya penuh bererti dan bermotivasi...

Namun....di jangkakan panas hingga ke petang...ujian segera mendatang...

Tanpa disedari pujian melangit yang diberikan hanya merupakan sebuah kata-kata manis yang membunuh dan menghancurkan hati...ditelan rasa pahitnya, hendak di tahan tersungkur ia..hendak di usap tidak terasa..hendak dipendamkan terluah ia..ternyata ia tidak mampu di kekang dan dihalang..

Memori semalam...

Berlalu dan terus berlalu..ia terus membayangi dan berlegar-legar difikiran..cuba untuk dibuang dan dibiarkan..namun ia tetap jua sebegitu..bahkan..aktiviti hariannya terganggu..makannya terbantut...minumannya tawar tiada kemanisannya...senyuman hilang serinya..wajah terpapar sedih dan hiba..

Tidak kesemua insan disekelilingnya mengetahui...tetapi mungkin ada yang berjaya mengesan akan perubahannya..ini kerana dia jua insan biasa...yang memiliki seribu macam kesalahan dan dosa..sepertimana insan-insan yang lain jua...

Akhirnya...

Memori semalam itu tidak mampu untuk ditanggunginya sendirian, rasa terbeban tatkala peperangan semakin mendekat...hampir pasti mengalah sebelum berjuang..namun panglima tidak seharusnya menggalah sebelum mengangkat senjata dan berjuang sehingga menemui syahidnya...

Memori semalam jua terbawa-bawa ke alam mayanya..tidak keruan dirinya..terjaga dan kerap kali terjaga dek memikirkan permasalahan hatinya...maka lahirlah keputusan-keputusan yang terbit demi kebaikan dirinya dan orang lain..agar mereka tidak lagi bersusah-susah lagi kerana dirinya..maka akan cuba dimengerti dan diguna pakai keputusan itu...keberhasilannya tetap dinantikan...

Memori semalam yang teramat pedih dan berat untuk ditanggung..tersembam dan terduduk sambil mengusap-usap dadanya yang muda...tidak mampu dipikul seorang diri...memerlukan teman dan pendengar yang benar-benar ikhlas dan setia bersama-samanya..

Maka..mengalirlah airmata mudanya..lalu di biarkan sahaja ia mengalir tapi akhirnya dikesat jua agar tidak terlihat kesedihannya...tersungkur jiwa dan hatinya...perlukan masa untuk dibina kembali...

Hanya kepada PenciptaNya ia mengadu dan berharap disamping keluarga-keluarga yang terdekat...memori semalam yang terpahat di hati...hati yang luka parah dan berada dihujung usianya...

Memori semalam...12.05.07...
(kalam_sufi 07)

Saturday, May 12, 2007

Hadis Qudsi ( 5 )

Allah S.W.T berfirman di dalam hadis QudsiNya yang bermaksud :

"Wahai sekalian manusia, janganlah engkau menjadi orang yang mengetepikan taubat dan jangan memanjangkan angan-angan serta mengharap kebahagiaan akhirat tanpa beramal , jangan menjadi orang yang kata-katanya seperti kata-kata orang yang abid dan amalanya seperti orang yang munafik, jika diberikan sesuatu kepadanya ia tidak pernah merasa cukup dan jika ia tidak memperoleh sesuatu tidak pernah sabar."

"Ia nenyuruh berbuat baik, tapi ia sendiri tidak memperbuatnya, dia melarang berbuat jahat tapi ia sendiri tidak berhenti daripada melakukannya.Ia mengasihani orang-orang soleh tapi ia tidak mahu bersama-sama mereka, dia membenci orang-orang munafik tapi sebenarnya ia termasuk daripada mereka, ia mengatakan hal yang tidak ia lakukannya, dan melakukan hal yang tidak disuruh, ia meminta kesetiaan tetapi ia tidak setia."

Wahai sekalian manusia setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegurmu dengan kata-katanya:

" Wahai sekalian manusia engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engakau akan di simpan di dalam perutku.Engkau memakan segala yang diinginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku".

"Wahai manusia aku adalah rumah kesunyian, aku adalah rumah tempat pertanyaan, aku adalah tempat persendirian, aku adalah rumah kegelapan, aku adalah rumah kala dan ulat, maka diamilah aku dan janganlah engkau menghindar daripadaku."

Hati Menangis Lagi

Tanpa kusedari hati ini menangis..dan ia terus menangis lagi...
Hari ini, hari yang penuh dengan muhasabah dan penyesalan diri..dan hari ini juga terlukanya dua insan, akibat daripada kerasnya hati dan jahatnya nafsu..berlakunya kisah dan tragedi bagi hati..Ya Allah kasihannya mereka, mereka yang amat-amat bersabar dengan karenahku..

Telah kujangkakan ia akan berlaku, mengapa mereka ingin tetap bersahabat denganku sedangkan mereka tahu tiadalah apa yang ada bagi diriku melainkan hanya nafsu dan sifat-sifat dan perangai yang batil dan jahat.Kerap kali aku peringatkan kepada mereka akan sifat dan sikapku..tetapi.....

Selesai solat zohor ku terduduk kaku..

Menghitung-hitung dan mengenang akan kesilapan diri..mengira biji tasbih sambil tertunduk akur..tanpa kuhirau air mata yang bergenang dan mengalir laju..kubiarkan ia membasahi baju..biarkan dan terus kubiarkan..Ya Allah nikmat sungguh mengalirkan air mata keranaMu..rasa puas dan rasa lapang dada kerananya..tetapi sayang ia hanya sementara..esok lusa ia nafsu bermaharaja kembalii..lupakan Allah..alpha dengan nikmat dunianya..terus menerus mengguris perasaan dan menyakiti hati orang lain..

Bak kata mereka " Tak yahla berlagak baik nasihat sana sini, dah cukup baik ke, aper ingat sembahyang tamam tu leh masuk syurga? ".Terkenang juga dahulu tatkala pulang dari masjid sewaktu menuntut di Bagan Serai, pernah juga di sapa dengan kata-kata oleh rakan-rakan " Ingat dengan pergi ke masjid 5 waktu, berserban dan berjubah dapat jaminan masuk ke syurga?".Hanya senyuman yang menjawab dan mengganti persoalan itu...daku terkenang lagi liku-liku tatkala menuntut dan beramal dengan ilmu..satu kenangan maniss yang tidak akan kulupakan dan akan menjadi saksi...ku tersenyum lagi...

Terkadang rasa ada benarnya juga dengan kata-kata mereka ini..terfikir sejenak..takut dan bimbang..memberi nasihat tetapi tidak di amalkan..risau sungguh..setelah dua hati itu telah kulukakan terasa kerdil dan hina sangat..apatahlagi terasa hilangya sokongan dan dorongan yang selama ini berada tetap di belakangku..biarpun baru berkenalan tapi seolah-olah rasa seperti sudah lama bersama..akhirnya hari ini hilang kesemuanya itu..mungkin dengan keegoan dan kesombonganku..tiada maklum balas yang kuterima..menguatkan lagi sangkaanku...tetapi tidak mengapalah..ku terima..mungkin ada permasalahan yang timbul dan menyulitkan baginya untuk memberi maklum balas sebagai tanda sokongan tetap berterusan..aku yang harus paham...

Nada dering telefon bimbit berdering lagi..

Menambah rasa sebak yang tersemat di dalam hati..adakah harapan tinggal harapan..biarlah..mungkin mereka sudah jemu bersahabat denganku..mungkinkah daku selayaknyer bersendirian..tiada berteman..benarlah kata al Imam al Ghazali bahawa "Sukar apabila bercampur dengan manusia jika tiada iman dan akhlak yang baik" mungkin jua selayaknya diri ini berdiam diri dan menjaga percakapan dan nafsu agar tiada yang berasa hati denganku...mudah-mudahan Allah kurniakan semangat itu sepertimana kekasih-kekasihnya yang berjaya menumpukan hati dan imannya kepada TuhanNya...amin..

Berdering lagi handphone ini...

Tidak terbendung lagi perasaan ini..hiba dan sebak terus menyelubungi sebagai hukuman di atas keterlanjuran diri..moga Allah berikan kepada mereka berdua kekuatan iman dan ketenangan diri...Ya Allah rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka..Sayangilah mereka jua...Kurniakan keampunan dan kesabaran kepada mereka..moga mereka tergolong di dalam golongan orang-orang yang beruntung...amin..

Teguran dari Allah melalui para ahlinya yang benar beriman dan beramal soleh dan melakukan dengan ikhlas kepada diri ini...

Daku mengundur diri bagi menginsafi kesilapan dan kesalahan diri...aku yang hina sehina-hinanya di sisi Tuhan dan makhluknya...

:: Pengharapan ::

"Ya Allah kurniakanlah keatas mereka kefahaman dan pengertian yang jelas akan hakikat diri ini, agar mereka tahu dan benar-benar mengerti akan siapa sebenarnya diri ini bagi mengelakkan ada di kalangan mereka terasa hati dan kecewa dengan sikapku ini.Hanya kepadaMu Tuhan aku berserah diri Tuhan yang memiliki dan memegang hati-hati orang yang beriman."

Ya Allah rahmatilah sahabat-sahabatku kesemuanya, kasihanilah mereka semua, sayangilah mereka, lindungi dan peliharalah mereka, tanamkanlah ke dalam diri dan hati-hati mereka iman dan taqwa yang tinggi, campakkanlah juga rasa cinta dan sayangku terhadap mereka dengan sejujujur dan seikhlas yang mungkin, janganlah engkau biarkan kami terus hanyut dan sesat dengan duniaMu yang menipu.Berikanlah kami kekuatan itu dengan berkat dan mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala Nabi dan semulia-mulia insan dan makhluk di muka bumiMu ini


" Ya Allah Tuhan yang kukasihi, diri ini yang teramat lemah dan hina bersujud dan merebahkan diri sesuai dengan kehinaan diri ini lantaran akibat perbuatan-perbuatan yang telah kulakukan dan persembahkan terhadapMu yang senantiasa melakukan perkara-perkara yang Engkau tegahi dan larang.Engkau ampunilah diri ini, Engkau pelihara dan lindungi hati ini dan jiwa ini dengan mengarahkan kepadaMu dengan sebenar-benar pemeliharaan".


Ya Allah demi keagunganMu yang besar, dan demi kebesaran KerajaanMu dan juga dengan kemuliaan dan kasih sayangMu jauhkanlah diriku ini daripada segala penyakit-penyakit hati dendam, syirik, dengki, malas dan lain-lainya yang menghalang hubungan antara aku dan Engkau Ya Allah, dan jangalah Engkau biarkan diri ini terus lalai dan hanyut dengan arus badai tipuan dunia yang menipu.Kasihanilah kami Ya Allah...

Bersempena fatrah imtihan yang sedang berlangsung ana ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat semua di atas keterlanjuran diri dan kesilapan yang telah ana lakukan, sama ada yang di sengajakan ataupun tidak, ampun maaf sekali lagi dan ana doakan kepada semua sahabat-sahabat yang jauh dan dekat agar najah di dalam imtihan yang akan kita hadapi ini..amin...

Salam Imtihan Buat Semua...

(kalam_Sufi 07)

Friday, May 11, 2007

Adab-Adab Bergurau Senda ( 1 )

Sahabat-sahabat sekalian terkadang kita di dalam keadaan bersuka ria dan ada juga kadang-kadang kita berada di dalam keadaan penat dan pelbagai lagi keadaan-keadaan yang lain.Kehidupan kita ini juga dihiasai dengan gurau senda bagi mengubat kepenatan dan permasalahan.Di sisi agama kita Islam membolehkan umatnya bergurau senda dan bersuka ria tetapi tidak berlebihan-lebihan sehingga lalai dan alpha dari mengingati Allah S.W.T, ini kerana Nabi kita juga pernah melakukan sedemikian.Akan tetapi terdapat beberapa syarat dan adab yang perlu kita patuhi dan pelihara tatkala kita sedang bergurau senda.Antara adab-adab semasa bergurau senda adalah :

1. Niat yang ikhlas

Sahabat-sahabat sekalian bergurau senda bagi tujuan untuk menghilangkan kelesuan, menjauhkan daripada sifat malas dan ingin merehatkan tubuh badan sehingga badan kita menjadi lebih cergas.Bukan dengan bertujuan untuk mengaibkan atau memalukan sesiapa atau mana-mana individu.Tujuan bergurau senda adalah ingin mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.Ikhlaskanlah niat kita semasa bergurau senda kerana perkara demikian akan mendatangkan kebaikan dan keceriaan kepada sahabat-sahabat dan manusia di sekitar kita.

2. Tidak mengandungi nama-nama Allah

Gurauan hendaklah tidak mengandungi nama Allah, ayat-ayatNya, sunnah RasulNya atau syiar-syiar Islam.Kerana Allah telah berfirman tentang orang-orang yang mempermain-mainkan sahabat Nabi S.A.W, firman Allah .S.W.T yang bermaksud :

"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan, tentulah mereka menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah:"Apakah dengan Allah dan ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?".Tidak usah kamu minta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman".

(Surah at Taubah: 65-66)

3. Menyatakan perkataan yang benar

Gurauan itu hendaklah benar dan tidak mengandungi pendustaan.Juga hendaklah tidak mengada-adakan cerita-cerita supaya orang lain akan tertawa dengan apa yang kita sebutkan dan perkatakan.Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Celakalah bagi orang-orang yang berbicara lalu ia berdusta supaya orang ramai ketawa dengannya.Celakalah baginya dan celakalah baginya".
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tirmizi)


4. Tidak berlebih-lebihan

Agama kita menggalakkan kita supaya melakukan sesuatu perkara tanpa berlebih-lebihan atau melampaui batas atau terlalu kurang.Bahkan di dalam agama kita menggalakkan umatnya supaya melakukan gurau senda dengan berpada-pada.

Sesetengah daripada kita gemar berlebih-lebihan dengan tanpa kita sedari gurauan dan lafaz yang keluar daripada lidah dan mulut kita menyebabkan ada hati yang terluka.Ramai juga dari sahabat-sahabat kita kerap kali terlepas pandang akan permasalahan ini sehingga menyebabkan ada yang membawa hati lalu akan menimbulkan dendam dan dengki jika tidak di kawal dengan iman dan kesabaran yang tinggi.

Bergurau senda secara berlebih-lebihan akan menyebabkan adanya individu-individu yang merasa diri diaibkan dan rasa dipermain-mainkan.Ingatlah barangsiapa yang melakukan perkara sedemikian maka ia akan direndahkan oleh Allah dan jatuhlah maruah dan akan hilanglah kehebatannya.

5. Tidak bergurau senda dengan mereka yang tidak boleh menerimanya

Menjauhi daripada bergurau senda dengan orang yang tidak boleh menerima gurauan kita, sama ada kanak-kanak, orang dewasa ataupun orang tua.Fikirkanlah dahulu sebelum kita ingin bersenda gurau kerana di bimbangi apa yang kita guraukan itu boleh menyebabkan ada sahabat-sahabat kita yang tidak mampu untuk menerimanya.

Oleh itu sahabat-sahabat sekelian ana mengajak diri ana dan juga sahabat sekalian agar dapat berfikir sejenak dan memuhasabah diri kita, adakah selama ini kita ada menyebabkan sahabat-sahabat di sekeliling kita berasa hati dengan kita gara-gara perkataan yang kita lafaz dan ucapkan.Mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk..amin..

*Nantikan siri kedua bagi tajuk ini...

Wednesday, May 9, 2007

Al Fatihah Buat Mereka


AL FATIHAH


Salam takziah khas buat sahabat ana yang di kasihi iaitu yang berbahagia Al Fadil Al Ustaz Musa Bin Musni

Di atas ujian dan musibah yang dialami beliau dengan pemergian dua insan yang beliau kasihi iaitu datuk dan nenda beliau yang telah kembali kerahmatullah akibat kecelakaan kemalangan jalan raya

Bersama-sama kita menghadiahkan Al Fatihah kepada datuk dan nenda beliau :

Allahyarham Abd Karim bin Abd Kadir dan
Allahyarhamah Rahmah binti ABdullah

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah bersama-sama dengan mereka dan mudah-mudahan roh mereka tergolong di dalam golongan-golongan yang beruntung sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T

Mudah-mudahan roh mereka jua senantiasa berada di dalam rahmat Allah berada bersama-sama dengan para solihin dan orang-orang yang beriman..Amin..

Daripada Allah kita diciptakan dan kepada Allah kita akan dipulangkan

Tuesday, May 8, 2007

Personaliti Anda

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) Personaliti Pendiam Bersifat:

1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
Bersifat:

1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat


d) Peramal
Sifatnya:

1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain


e) Personaliti pemikir
Bersifat:

1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan


f) Personaliti sensitif
Bersifat:

1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Cuba kita lihat kita berada di mana,tp ini hanya kajian sahaja..jika bertepatan itu hanya kebetulan.Cuma kita perlu sedar semuanya adalah di dalam kekuasaan ilmu Allah.Hanya kepada Allah kite berserah dan Ia adalah sebaik-sebaik tempat penyerahan..

Sunday, May 6, 2007

Hadis Qudsi ( 4 )

Hadis Qudsi

Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai sekalian manusia, sesiapa yang pada waktu paginya dalam keadaan berdukacita, maka Allah tidak akan menambah baginya selaian kejauhan, di dunia memperoleh kesusahan dan di akhirat juga memperoleh kesusahan dan Allah menetapkan di dalam hatinya kedukacitaan yang tidak hilang dan tanggal selama-lamanya, dan kebingungan yang tidak pernah habis selama-lamanya, kefakiran dan tidak memperoleh kekayaan selama-lamanya, dan angan-angan yang panjang akan menyibukan dirinya selama-lamanya."

"Wahai manusia, setiap hari umurmu semakin berkurang, dan engkau tidak menyedarinya.Aku berikan rezekimu setiap hari, tapi engkau tidak berterima kasih, yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang."

"Wahai manusia, setiap hari yang bakal engkau lalui, rezekimu akan sentiasa datang daripadaKu sementara saban malam malaikat mendatangiKu dengan laporan keburukan amalanmu.Engkau makan rezeki yang Kuberikan, tapi engkau menderhakai Aku, engkau menyeru Aku, lalu Aku memperkenankan engkau, Aku turunkan kebaikan kepadamu dan engkau persembahkan keburukan kepadaku."

" Akulah pemimpin yang paling baik bagimu, dan sejahat-jahat hamba kepadaKu ialah engkau. engkau menanggalkan daripadaKu apa yang Kuberikan kepadamu dan Aku tutupi keburukan demi keburukanmu, Aku malu kepadamu tapi engkau tidak malu terhadapKu, engkau melupakanKu dan mengingat selain daripadaKu, engkau takut kepada manusia dan merasa aman terhadapKu, engkau takut akan seksaan mereka tapi engkau tidak takut akan kemarahanKu."

Saturday, May 5, 2007

Menghitung Hari-Hari Yang Berlalu Dan Mendatang...



Assalamualaikum pembuka bicara...

Sudah lama rasanya daku tidak ' berposting ' di dalam blog daku yang serba kekurangan ini..entah mengapa diwaktu malam ini tatkala daku berseorangan dan bersendirian, rasa terpanggil dan terdetik di dalam diriku ini untuk menulis sesuatu yang tersimpan di dalam benak fikiranku.

Diselangi dengan dendangan nasyid yang mengingatkan akan kenangan masa lalu, sambil ditemani sahabat serumahku yang rajin dan senantiasa tersenyum, Ust Suhaimi namanya yang sedang terlena di buai mimpi..teman yang senantiasa menemani daku berjaga malam..daku berseorangan melayan diri sendiri dan menanti sesuatu..menanti akan ' missed calls ' dari seseorang..menunggu pesanan dari beliau..tapi ternyata tiada rezekiku untuk malam ini..

Ku keseorangan lagi malam ini..

Di dalam keadaan suasana cahaya lampu yang suram, daku membuka email dari sahabat-sahabat di tanah air yang menanti-nantikan maklum balas dariku..terkadang timbul perasaan kasihan terhadap sahabat-sahabat di kampung..tidak di balas kabaran dari mereka, nanti takut mereka berkecil hati dengan diriku..

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah S.W.T daku berjaya menjawab segala pertanyaan dari mereka semua bagi mengisi masa terluang, rasa seolah-olah diri ini ditemani...mungkin sebagai mengubat hati yang kerinduan dan keseorangan..entah mengapa pada malam ini kurasakan perasaan itu..di ambang fatrah imtihan yang sememangnya semakin hampir dan dekat..

Kerinduan pada tanah air tercinta dan sahabat-sahabat di kampung halaman semakin terasa dan menjadi-jadi.Apatah lagi mendengar kecoh dan ributnya sahabat-sahabat serumahku yang akan pulang ke tanah air.Walaupun pada awalnya daku cuba untuk mengabaikan perasaan itu namun hari demi hari ia semakin kuat..namun daku tetap 'cool' dan sabar..kerana ku pasti masanya akan tiba jua..

Sebulan yang berlalu ini jua daku menerima kiriman yang bertubi-tubi daripada mereka-mereka yang masih mengingati diriku..rakan-rakan seperjuangan di sekolahku dahulu..kenangan bersama mereka amat aku rindukan dan tetap tersemat di dalam ingatanku..alhamdulillah sebulan yang berlalu ini daku di hujani sapaan dari sahabat-sahabat lamaku..kesemuanya bertemu di dalam friendster..

Mungkin ini yang ku rasakan baru-baru ini..walaupun baru 1 tahun 4 bulan daku berada di bumi anbiya ini tapi seolah-olah sudah 10 tahun daku berada di sini sepertimana yang telah daku coretkan di dalam tulisanku yang telah lalu..kerinduan pada
mereka-mereka ini tidak dapat daku leraikan dan sembunyikan..hanya Allah sahaja yang tahu..

Daku bersendirian lagi...

Pada jam 12.15 minit pagi telefon bimbitku berbunyi dengan deringan sebagai tanda ingatan dari seseorang..lantas pesanan darinya pun ku terima..tetapi entah mengapa pada malam ini daku amat tersentuh jiwanya...ehmm..adakah daku ini terlalu cerewet atau mengada-mengada..dan adakah aku ini terlalu di manjakan oleh ibuku hanya disebabkan diriku ini anak bongsu maka aku di kategorikan sebagai anak yang manja...ehmm.. berkemungkinan ini ada kebenarannya..tapi entah mengapa daku cuba untuk menafikan tanggapan sedemikian..padaku sama sahaja baik anak bongsu mahupun anak yang lain dari yang sulung, angah dan uda sehinggalah adik beradik yang lain.

Tetapi senario di bumi Mesir ini terasa kelainannya..mengapa yer daku secara tiba-tiba menjadi seorang yang manja..sensetif..dan menjadi lembut hati..ehmm..entahlaa..daku hanya mampu untuk berdoa..mudah-mudahan sahabat-sahabat yang berhampiran denganku tidak merasa jemudan bosan akan karenahku...hanya kepada Allah daku berserah diri dan berharap agar daku di kurniakan akan akhlak yang mulia dan soleh dan beramal serta menyampaikan kepada sesama muslim yang lainnya...aminn...

Menghitung hari-hari yang mendatang...

Rasa berat di dalam fikiranku ini..selalu terbayang-bayang di dalam pemikiranku..berat untuk meninggalkan sahabat-sahabat di sini..terutamanya si dia yang bertakhta di hati...siapakah geranganya yer (rahsia)...dan di sinilah jua daku dapat mengenal sahabat-sahabat dari pelbagai latar belakang..pelbagai ragam dan gaya..dan dari sinilah daku dapat mengenal dan dapat membezakan sahabat-sahabat yang berada di dalam aliran agama dan sahabat-sahabatku yang bukan dari aliran agama..

Alhamdulillah akhirnya dapat aku mencampurkan kedua-duanya dan menemukan formula-formula baru yang akan ku gunakan nanti tatkala berada di tanah air...suatu penemuan yang penuh manfaat dan dikongsi bersama di dalam memastikan berkurangnya masaalah sedia ada yang telah berlaku kepada masyarakat kita di tanahair..Moga Allah memberi petunjuk dan kekuatan bagi diri ini untuk bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang berjuang dan berkorban jiwa dan harta di dalam merealisasikan akan lahirnya generasi-generasi baru yang beriman dan berakhlak mulia..aminn...

Bulan-bulan yang mendatang..entah berapa haribulan dan apakah harinya..daku akan berangkat pulang ke tanah air meneruskan perjuangan di kampung halaman sendiri...meninggalkan insan-insan yang ku sayangi di sini...bulan-bulan yang berbaki ini perluku manfaatkan...perlu aku gunakan sebaik-baiknya agar daku tidak berubah hati..mudah-mudahan iman dan pendirian ku tetap walau apa jua ujian yang datang...amin..

Akhirnya...berbaki 4 bulan lagi untuk daku bersama sahabat-sahabat disini..akan kutinggalkan 'dia' ..keseorangan di sini bersama-sama kenangan yang berbaki..mudah-mudahan beliau tetap tabah dan kuat..insyaAllah akan ada kebahagiaan yang di nanti-nantikan..hanya memerlukan kesabaran dan kekuatan di dalam diri..
mudah-mudahan hati ini hanya untukmu jua setelah Allah dan Rasul berada di takhta teratas bagi hati di susuli oleh ahli keluarga..Moga Allah satukan dua hati ini agar dapat melahirkan satu generasi yang baik dan beramal soleh..amin..

Kenangan yang akan berlalu dan terus berlalu..saki baki keberadaan diriku di perlembahan Nil yang perlu di manfaatkan...bersua di ruang waktu yang lain...wassalam...

-ZAIRIL'S 07 in memory-