Wednesday, September 23, 2009

Syawal bersama sidia...


Tatkala coretan ini dicatat pelbagai perasaan melanda diri..adakalanya rasa indah dan bahgia pada Syawal kali ini.Perbezaan yang amat ketara dari Syawal yang telah lalu.Tahun ini daku beraya bersama isteri yang tersayang..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang amat memahami kedudukanku sebagai seorang suami,seorang pegawai di Pejabat yang senantiasa memerlukan komitmen masa,kewangan dan keikhlasan.Syukur jua kepada Allah kerna dianugerai seorang permata bagi hati yang soleha dan berilmu.Syukur yang teramat..Alhamdulillah daku tiada tersalah pilih.

Bertugas di jabatan yang baru sememangnya memerlukan kekuatan moral yang tinggi dan hebat.Tekanan dari pelbagai pihak dan jabatan amat mendewasakanku..terkadang mahu sahaja mengundurkan diri...namun tetap jua aku memahami bahawa itu asam garam dalam mencari rezki...rezki untuk anak yang bakal lahir pada tahun hadapan..insyaALLAH...

Bulan Oktober mendatang ini jadualku teramatla penuh..Kursus Herbalis HPA 11-31 Oktober 2009...dan juga berkemungkinan Majlis Perasmian RFC Kluang juga akan berlangsung...bulan Oktober juga album TAQWA ku itu akan di pertingkatkan mutu dan hasilnya..bertujuan untuk penambahbaikan dan penjenamaan semula..latihan demi latihan akan dipergiatkan..terkadang rasa berat untuk meninggalkan isteri tersayang..namuan apakandaya..tugasanku ini juga merupakan satu dakwah dan tanggungjawab...

Namun di benak fikiranku ini mengenangkan tugasanku sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Pagoh..terlalu lama tertangguh..terlalu jauh dan berat untuk aku bergiat aktif seperti dahulu..tapi ku tahu perjuangan tidak mengenal tempat dan suasana..permohonan pengunduran daku dari jawatan Penerangan dan Timbalan Ketua Pemuda perlu daku segerakan..

Komitmen yang terlalu banyak ternyata amat sukar untuk kepenuhi..tugasanku bersama skop kerjaku yang perlu bergerak di semenanjung Malaysia ternyata membataskan pergerakanku...

Ya Allah bantulah daku dan isteriku...

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Assalamualaikum Warahmatullah...


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

DARI

SAYA DAN ISTERI

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN NUR SYAWAL YANG BAKAL MENJELMA MEMBERI KEPADA KITA KEJAYAAN DAN KASIH SAYANG SESAMA KITA

..amin..



Saturday, April 11, 2009

HPA dan HPA

Sepertimana insan-insan yang lain yang senantiasa menikmati dan juga menghargai pemberian serta kurniaan Allah di samping juga di selaan masa bersama-sama mencari sumber rezki yang halal dan terjamin untuk di sajikan kepada anak isteri dan keluarga tersayang yang senantiasa berada di sekeliling kita...

Alhamdulillah ...

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T akan pemberian ini..hampir 2 minggu berlalu daku berada di tugasan dan tempat baru...merasakan beban dan tanggungjawab yang dipikul yang perlu di pelajari dari sekarang agar tidak kekok dan capek selepas bergelar suami nanti..



Bertugas sebagai pembantu eksekutif tampak mudah dan ringan buatku setelah hampir setahun lamanya memikul tanggungjawab Pengurus Cawangan yang padaku amat mencabar...pelbagai ujian..fitnah dan mehnah perlu di redah bagi memenuhi dan mencukupkan usia setahun memikul tugasan itu..pada segelintir kakitangan HPA setahun itu bukanlah menjadi hal untuk di banggakan namun bagi diriku ia sesuatu yang amat bermakna dan mempunyai ertikata yang cukup bermakna apatahlagi dikala ini bertebaran rakan-rakan graduan yang mencari pekerjaan namun tidak juga kunjung tiba pekerjaan itu.

Hak dan kebajikan terabai???.......

Maka senario yang biasa bagi di kalangan pekerja adalah rasa ketidakpuashatian terhadap majikan dan pengurusan.Sepanjang pemerhatianku selamamana bertugas di bawah satu syarikat Melayu Islam yang semakin berkembang maju dan meningkat naik ini keluhan dan luahan kakitangan bawahan seolah-olah tidak diambil peduli dan dipandang sepi sedangkan keluhan dan rintihan staff yang merasakan diri mereka tertindas dan yang seangkatan dengannya dipendam serta tidak mampu di zahirkan kepada pihak atasan kerna di bimbangi akan dikenakan sebarang hukuman sehingga hilangnya pekerjaan..

Atas tujuan apa pihak pengurusan ingin menafikan suara-suara kakitangan yang bersama-sama menaikan jualan dan pengedaran semasa???mengapa dan kenapa hanya PJS, STOKIS dan Pengedar sahaja yang di ikitiraf dan ambil berat???..lalu kami ini seolah-olah tidak menyumbang sesuatu kepada pembangunan syarikat..

Aduhai pihak pengurusan HPA...

Sedar dan sedarlah..sepertimana kalian bisa dan mampu mempertikaikan kejujuran serta hasil kerja kami...kami juga mampu mempertikaikan kebajikan dan sumbang bakti kalian terhadap kami..pantaulah dan lihatlah akan pegawai-pegawaimu yang sombong dan bongkak..menindas..kasar dan kurang akhlaknya..Ya Allah....jauh di sudut di hatiku ini seolah-olah ingin membawa keluhan rakan-rakan di cawangan yang tidak difahami oleh kalian yang bergaji besar...seolah-olah inginku kubawa permasalahan ini di mahkamah Allah nanti..

Mudah-mudahan akan ada pembaharuan dan perubahan sesuai dengan dinaik tarafnye MLM kepada MLM Syariah itu...Allahhhhh...




Thursday, April 9, 2009

Ku rasakan waktunya kian hampir..tapi terkadang timbul tandatanya dalam benak hati kecilku ini adakah daku cukup bersedia akan ujian dan mehnah yang akan kuhadapi nanti bersama-sama sayap kiriku nanti..persoalan dan persoalan lagi..

Ya Allah...Radinabillahi rabba...

Sebulan lagi tempoh itu akan berakhir dan akan berkunjung tiba..ingin ku katakan perasaan gentar itu tidaklah dirasakan sangat...namun berlegar-legar di ruang pemikiranku ini adakah aku ini benar-benar bersedia???..mudah-mudahan akan ada satu perubahan selepas detik penyatuan itu nanti...

Setahun berlalu...

Setahun yang berlalu...pulang ke tanah air..menangguh pengajian sementara..jauh di sudut hati ingin kembali ke Ardul Anbiya itu..terasa rindu akan memori itu, biarpun terkadang kalanya perbuatan dan tingkah laku warga arab itu sendiri mengajar kepadaku erti kemanusiaan dan kesabaran dalam ertikata kehidupan...Al Azhar tetap dihati..rindu dan semakin rindu....

Langkah seterusnya...

Selesai sudah mengisi borang pernikahan itu...Ya Allah...tersentak di benak kepalaku...benarkah ini...atau sekadar fantasi ..benarkah aku akan mengakhiri zaman bersendirianku ini...di riak wajahku terasa muda dan kanak-kanak lagi...namun ku redha akan ketentuan dan perancangan Alllah..

Mensyukuri akan kurniaan ini...
Ku teramat mensyukuri akan kurniaan Allah ini di atas keberadaan dan kehadiran bakal sayap kiriku ini...bersambung seketika di ruang waktu yang lain...

Friday, February 27, 2009

Majlis Pertunangan Buatku....



Alhamdulillah ....

Syukur kehadrat Allah S.W.T di atas majlis pertunanganku ini...

Ku rindui ruangan ini...


Assalamualaikum warahmatullah buat semua...


Lama teramat daku rasakan tidak ku menulis sesuatu di sini..ruangan yang dahulunya senantiasa menjadi tempat untuk daku meluahkan sesuatu dan menyampaikan sesuatu yang datangnya ikhlas dari sudut hatiku...


Sesngguhnya tidaklah untuk aku menyembunyikan sesuatu sedikitpun akan apa yang tersirat didalam hatiku..Subhanallah akan kurniaan Maha Agung yang masih lagi memberi kesempatan dan ruang waktu bagiku untuk bisa dan mampu meneruskan arus jalan sebagai seorang manusia yang senantiasa di dalam kelalaian dan belenggu dosa yang memburu setiap masa...


Alhamdulillah daku kini berwajah baru dan berstatus baru lagi...dan mudah-mudahan juga akan berlaku lagi perubahan dan anjakan selepas bulan 6 .2009 ini nanti...tidak dapat aku sembunyikan lagi akan menantinya saat dan detik itu...


Ya Allah permudahkanlah urusan kami ini..kuatkan iman dan Islam kami..


Hari dan detik itu...menunggu dan terus menunggu....