Wednesday, July 21, 2010

Catatan Tintaku...

Mahasuci Allah yang telah menentukan dan menjadikan akan segala sesuatu..

Inilah coretan dan catatan sulungku untuk bulan Julai 2010 ini..sudah teramat lama tidak daku penuhi ruangan yang telah tersedia ini dengan kata-kata mahupun nasihat,InsyaAllah mudah-mudahan akan ada kesempatan selepas ini.

Pertamanya syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta RahmatNya masih lagi memberikan nikmat kehidupan dan Islam yang amat sukar dan tidak mungkin untuk dibayar dan ditukar ganti.

Dan teramat yang tidak lupa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerna dengan 'NUR' cahayanya kita dihidupkan dan tetap terus menerus memberikan nikmat dan rezki tanpa hentinya biarpun kerap kali diriku alpha dan leka dan secara terus menerus melakukan maksiat tanpa henti.

Keduanya teramatlah daku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerna masih lagi memberi kesempatan dan memberi perlindungan kepada keluargaku..perlindungan di atas ujian dan musibah yang telah menimpa permata dan sayap kiriku pada Isnin (19 Julai ) yang lalu..

Sukar untuk daku bayangkan betapa besarnya bantuan Allah serta kasih sayangNya..memelihara isteri ku itu dari perlakuan kejahatan dan kerosakan dari manusia yang memeliki penyakit hati dan kerosakan jiwa yang parah.

Mereka yang sanggup melanggar akan segala hukum hakam Allah S.W.T.Semoga perlindungan dan pemeliharaan senantiasa dicurahkan kepada seluruh umat mukmin yang bertaqwa dan beriman..

Namun apa yang menyebabkan hatiku memberontak adalah perihal peranan dan tanggungjawab pihak majikan dan pengurusanku akan sifat dan sikap ambil berat serta ihsan..Mengapa pentadbiran itu tidak ada sedikitpun terdetik rasa simpati???....mahupun rasa ambl tahu???..di manakah peranan Pegawai Sumber Manusia???di manakah keprihatinan Mentor cawangan???...tidur...malas...acuh tidak acuh???....atau itunye kesalahan yang hakiki staff tersebut..???

Mengapa???..mengapa wang itu menjadi keutamaan???...wang itu segalanya bagi kamu yang bergaji besar???

Adakah wang itu mampu menggantikan maruah???....

Tidakah terdetik di dalam hati mereka duhai pegawai2 ??? Pentadbiran ??? Selatan???tidakkah terdetik di dalam hatimu akan berapa ramaikah kakitangan yang telah kamu zalimi???

Sesungguhnya mereka-mereka ini bukan dari golongan yang ingin mengambil pelajaran...hati yang keras dan tidak mahu menerima pendapat dan pandangan...

Semoga Allah S.W.T memberi akan kami kekuatan dan kesabaran yang jitu didalam menghadapi musuh yang nyata dan tersembunyi...aminn

1 comment:

Anonymous said...

hgyffjcm???