Wednesday, September 23, 2009

Syawal bersama sidia...


Tatkala coretan ini dicatat pelbagai perasaan melanda diri..adakalanya rasa indah dan bahgia pada Syawal kali ini.Perbezaan yang amat ketara dari Syawal yang telah lalu.Tahun ini daku beraya bersama isteri yang tersayang..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang amat memahami kedudukanku sebagai seorang suami,seorang pegawai di Pejabat yang senantiasa memerlukan komitmen masa,kewangan dan keikhlasan.Syukur jua kepada Allah kerna dianugerai seorang permata bagi hati yang soleha dan berilmu.Syukur yang teramat..Alhamdulillah daku tiada tersalah pilih.

Bertugas di jabatan yang baru sememangnya memerlukan kekuatan moral yang tinggi dan hebat.Tekanan dari pelbagai pihak dan jabatan amat mendewasakanku..terkadang mahu sahaja mengundurkan diri...namun tetap jua aku memahami bahawa itu asam garam dalam mencari rezki...rezki untuk anak yang bakal lahir pada tahun hadapan..insyaALLAH...

Bulan Oktober mendatang ini jadualku teramatla penuh..Kursus Herbalis HPA 11-31 Oktober 2009...dan juga berkemungkinan Majlis Perasmian RFC Kluang juga akan berlangsung...bulan Oktober juga album TAQWA ku itu akan di pertingkatkan mutu dan hasilnya..bertujuan untuk penambahbaikan dan penjenamaan semula..latihan demi latihan akan dipergiatkan..terkadang rasa berat untuk meninggalkan isteri tersayang..namuan apakandaya..tugasanku ini juga merupakan satu dakwah dan tanggungjawab...

Namun di benak fikiranku ini mengenangkan tugasanku sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Pagoh..terlalu lama tertangguh..terlalu jauh dan berat untuk aku bergiat aktif seperti dahulu..tapi ku tahu perjuangan tidak mengenal tempat dan suasana..permohonan pengunduran daku dari jawatan Penerangan dan Timbalan Ketua Pemuda perlu daku segerakan..

Komitmen yang terlalu banyak ternyata amat sukar untuk kepenuhi..tugasanku bersama skop kerjaku yang perlu bergerak di semenanjung Malaysia ternyata membataskan pergerakanku...

Ya Allah bantulah daku dan isteriku...

No comments: