Alhamdulillah!
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 27 July 2010 (selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban ).
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.
Bagus berpuasa pada 13/14/15 Sya'ban.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH SWT
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman & Islam & mati! di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x Selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH SWT Haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kpd Nabi ALLAH Yusof di dalam syurga.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH SWT Turun ke langit dunia lalu berfirman:
“Adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.”
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
No comments:
Post a Comment