Saturday, July 24, 2010

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabat Seperjuangan

Alhamdulillah..teramatlah bersyukurku di atas kasih serta sayangNya Allah terhadap para makhluknya..Allah S.W.T yang senantiasa mengurniakan nikmat dan rezki para makhluk ciptaanNya..baik yang beriman mahupun tidak..Selamat berjuang sahabat-sahabat seperjuangan..Maka dalam beberapa hari yang telah berlalu di waktu fikiran dan jiwaku sedikit berkecamuk memikirkan akan sedikit ujian yang menimpa sayap kiriku itu..yang mana tidak pernah berlaku kepada dirinya..selama mana beliau bekerja maka ini adalah cubaan kali pertama..apalah kudrat seorang wanita merangkap seorang ibu muslimah yang bersendirian..dirompak dan samun tanpa ada suaminya disisi..dan lagi mendapat pukulan telak adalah ura-ura diarahkan untuk membayar semula kehilangan wang tersebut...adakah mana-mana individu yang ingin dirinya dirompak dan dicederakan???....maka dengan itulah selayaknya daku campakkan golongan pentabdiran ini sebagai mereka-mereka yang hatinya keras dan gelap..mengapa ini berlaku???adakah mahu menerapkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kuku besi..???wallahu a'lam..

Maka pada jam 10.55 pagi itu...

Daku telah menerima satu lagi berita yang agak meriah dan selama ini telahku duga..satu rombakan organisasi jemaah...alhmdulillah..syukur pada Allah di atas pemberitaan ini..jawatan digugurkan..rasa nikmat dan tenang berbaur sedikit kecewa ( kecewa yang bersesuaian dengan nafsu manusia ).

Sebagai manusia yang senantiasa leka dan cuai..kehendak nafsu dan dunia mengatasi akhirat dan perjuangan Islamnya..alhdulillah..tidak lagi jawatan itu mempengaruhi jiwa dan mindaku..barangkali doa dan istighfarku didengari Allah S.W.T...

Pernahla suatu ketika tatkala sedang memandu..terlintas di benak fikiranku..
" Jika sekiranya daku memikul jawatan dalam jemaah ini dan ditakdirkan Jemaah ku berjaya menawan negeri ini..maka semestinya daku akan memperolehi bukan kecil-kecil jawatan"...

lalu...

Tersentak imaginasiku itu...daku istighfar berulang kali..sesungguhnya fikiranku tadi adalah bersalahan dengan apa yang telah diasuh oleh guru-guruku terdahulu..perlunya ikhlas dan senantiasa menyucikan hati dan iman dalam apa jua tindakan..

Tatkala itu juga daku teringat akan ketokohan dan kisah sahabat baginda Khalid Al Walid yang jauh lebih hebat dariku..tiada terlintas di hatinya perasaan kecewa dan iri hati sewaktu beliau ditukarkan jawatan...dari seorang panglima besar kepada golongan biasa..subhanallah...hebat benar akhlak beliau..apatah lagi akhlak junjungan besar Nabi S.A.W kita...teramatlah hebat dan indah..

Tiada istilah kecewa akan kehilangan pangkat dan jawatan dalam pertubuhan Islam..Semoga dengan rombakan ini tidak akan mematahkan semangat juangku di dalam berjuang dan berusaha kearah kemenangan Islam yang telah dijanjikan...amin...

Alhamdulillah mungkin boleh kuberikan tumpuan yang lebih kepada kuliah ilmiah selepas ini..semoga Allah memberi bantuan berserta keyakinan dengan sebenar-benar keyakinan..amin...

Selamat berjuang rakan-rakan PAS Kawasan Pagoh..takbirrr...

No comments: