Saturday, April 11, 2009

HPA dan HPA

Sepertimana insan-insan yang lain yang senantiasa menikmati dan juga menghargai pemberian serta kurniaan Allah di samping juga di selaan masa bersama-sama mencari sumber rezki yang halal dan terjamin untuk di sajikan kepada anak isteri dan keluarga tersayang yang senantiasa berada di sekeliling kita...

Alhamdulillah ...

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T akan pemberian ini..hampir 2 minggu berlalu daku berada di tugasan dan tempat baru...merasakan beban dan tanggungjawab yang dipikul yang perlu di pelajari dari sekarang agar tidak kekok dan capek selepas bergelar suami nanti..



Bertugas sebagai pembantu eksekutif tampak mudah dan ringan buatku setelah hampir setahun lamanya memikul tanggungjawab Pengurus Cawangan yang padaku amat mencabar...pelbagai ujian..fitnah dan mehnah perlu di redah bagi memenuhi dan mencukupkan usia setahun memikul tugasan itu..pada segelintir kakitangan HPA setahun itu bukanlah menjadi hal untuk di banggakan namun bagi diriku ia sesuatu yang amat bermakna dan mempunyai ertikata yang cukup bermakna apatahlagi dikala ini bertebaran rakan-rakan graduan yang mencari pekerjaan namun tidak juga kunjung tiba pekerjaan itu.

Hak dan kebajikan terabai???.......

Maka senario yang biasa bagi di kalangan pekerja adalah rasa ketidakpuashatian terhadap majikan dan pengurusan.Sepanjang pemerhatianku selamamana bertugas di bawah satu syarikat Melayu Islam yang semakin berkembang maju dan meningkat naik ini keluhan dan luahan kakitangan bawahan seolah-olah tidak diambil peduli dan dipandang sepi sedangkan keluhan dan rintihan staff yang merasakan diri mereka tertindas dan yang seangkatan dengannya dipendam serta tidak mampu di zahirkan kepada pihak atasan kerna di bimbangi akan dikenakan sebarang hukuman sehingga hilangnya pekerjaan..

Atas tujuan apa pihak pengurusan ingin menafikan suara-suara kakitangan yang bersama-sama menaikan jualan dan pengedaran semasa???mengapa dan kenapa hanya PJS, STOKIS dan Pengedar sahaja yang di ikitiraf dan ambil berat???..lalu kami ini seolah-olah tidak menyumbang sesuatu kepada pembangunan syarikat..

Aduhai pihak pengurusan HPA...

Sedar dan sedarlah..sepertimana kalian bisa dan mampu mempertikaikan kejujuran serta hasil kerja kami...kami juga mampu mempertikaikan kebajikan dan sumbang bakti kalian terhadap kami..pantaulah dan lihatlah akan pegawai-pegawaimu yang sombong dan bongkak..menindas..kasar dan kurang akhlaknya..Ya Allah....jauh di sudut di hatiku ini seolah-olah ingin membawa keluhan rakan-rakan di cawangan yang tidak difahami oleh kalian yang bergaji besar...seolah-olah inginku kubawa permasalahan ini di mahkamah Allah nanti..

Mudah-mudahan akan ada pembaharuan dan perubahan sesuai dengan dinaik tarafnye MLM kepada MLM Syariah itu...Allahhhhh...




1 comment:

anna said...

produk berkualiti sahaja tidak cukup dlm kejayaan sesebuah organisasi. pengurusan berkualiti dr semua aspek; masa,kewangan,perakaunan,pemasaran,sumber manusia...terlalu luas.Nakhoda yang mampu mengemudi dgn baik penting untuk kejayaan jangka panjang...selamat berjaya!