Tuesday, June 5, 2007

Renungan buat diri

Buat renungan bersama..............

*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.

*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pint berkat).

*Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

*Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

*Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

*Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

*Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

*Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

*Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

*Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

*Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

*Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

*Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

*Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.

*Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

*Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau
menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila
dibelanjakan.**

No comments: