Antara adab-adab itu adalah adab-adab bagi seorang wanita yang ingin keluar dan berurusan tatkala berada di luar rumah yang tidak dapat tidak akan mendedahkan individu tersebut kepada pelbagai ancaman yang tidak ia ketahui.
Adab bagi seseorang wanita yang ingin keluar dari rumahnya :
1) Ikhlaskan niat
Wanita yang ingin keluar dari rumah hendaklah ia mengikhlaskan niat kerana Allah dan berniat ingin melakukan perkara-perkara yang baik, sesuai dengan adab-adab yang telah Islam ajarkan.Tidak sekali-kali berniat keluar rumah dengan bertujuan untuk berseronok-seronok dan berfoya-foya, ingin menunjuk-nunjuk akan keperibadian dan kelebihan diri dengan tujuan riak dan sebagainya.
Perlu jua bagi seseorang wanita itu menjaga perilaku dan akhlaknya tatkala berada di luar rumah bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan umpatan bagi orang lain.
2) Memakai pakaian yang elok dan sopan
Memilih pakaian yang sopan dan elok semasa ingin keluar dari rumah adalah amat di galakkan dalam agama kita bagi menjaga dan memelihara wanita tersebut daripada fitnah dan gangguan.Pakaian tersebut hendaklah tidak berlawanan dengan syariat yang telah menetapkan etika-etika tatkala berada diluar rumah.
3) Memakai tudung
Islam telah memerintahkan kaum wanita untuk memakai tudung dan sama sekali melarang wanita-wanita mendedahkan rambut mereka dari pandangan ajnabi dan orang kebanyakan.Apatahlagi jika wanita itu ingin keluar dari rumah, maka di larang sama sekali bagi wanita-wanita Islam yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman kepada Tuhannya mendedahkan dan menzahirkan rambut mereka itu dengan sewenang-wenangnya.
Maka pada hari ini betapa ramai dari kalangan remaja-remaja Islam kita yang terlepas pandang akan kewajiban mereka di dalam memelihara mahkota iman mereka selain dari mempertahankn mahkota kewanitaan mereka.
Adakah iman dan Islam itu hanya digunakan sewaktu ibadah semata seperti nikah kahwin, kematian dan urusan agama yang lain, dan adakah memadai dengan hanya solat 5 waktu yang kita dirikan sehari semalam itu dapat memelihara diri kita daripada siksaan api nerakaNya gara-gara mendedahkan aurat mereka kepada orang lain.
Ada jua sesetengah daripada para wanita memakai tudung, tetapi memakai tundung tidak mengikut peraturan dan kaedah-kaedah sepertimana yang telah di gariskan oleh Islam.Tudung yang singkat, nipis dan menampakkan jambul mereka di hadapan adalah satu mazhab pemakaian tundung yang tidak boleh diterima oleh Islam.
4) Pakaian yang tidak terlalu nipis
Pakaian wanita iaitu hendaklah tebal dan tidak sama sekali menampakkan susuk tubuh badan mereka. Menghindari diri daripada memakai pakaian yang nipis yang memperlihatkan susuk tubuh badannya yang cantik itu adalah amat di galakkn oleh Islam dan selalu di pandang berat, supaya mereka memelihara diri mereka daripada melakukan perkara seperti itu .
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Daripada Aisyah R.A berkata :
"Sesungguhnya Asma' Binti Abu Bakar bertemu Nabi S.A.W dan hal keadaan memakai pakaian yang nipis, lalu Nabi S.A.W berpaling darinya dan baginda bersabda:
"Wahai wanita apabila sudah baligh tidak boleh menampakkan daripadanya (tubuh badannya) kecuali ini, Baginda menunjukkan kepada muka dan dua tapak tangan."
(Riwayat Abu Daud)
5) Pakaian tidak terlalu ketat
Pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita semasa keluar daripada rumah ialah pakaian elok dan sopan dengan erti kata yang lain adalah tidak terlalu menampakkan anggota tubuh badan sepertimana remaja wanita Islam kita hari ini.Ini kerana keadaan wanita yang berperilaku yang sedemikian ada disebutkan di dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :
Pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita semasa keluar daripada rumah ialah pakaian elok dan sopan dengan erti kata yang lain adalah tidak terlalu menampakkan anggota tubuh badan sepertimana remaja wanita Islam kita hari ini.Ini kerana keadaan wanita yang berperilaku yang sedemikian ada disebutkan di dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :
" Dua golongan daripada umatku, aku sama sekali tidak akan melihat kedua-keduanya kelak, satu kaum yang membawa cemeti laksana ekor sapi seraya ia memukul-meukul manusia dengan cemeti itu dan perempuan-prempuan yang berpakaian, telanjang berjalan meliuk-liku kekanan dan kekiri, tergedik-gedik, mereka melampaui batas , mengajak orang lain mengikuti mereka , diatas kepalanya ,rambutnya meninggi bagaikan pundak unta yang bergoyang-goyang kekanan ke kiri.Muka mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak sekelian sekalian."
(Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment