Sesungguhnya berbagai maksiat, perbuatan perbuatan jahat dan keji serta najis-najis yang yang lain melekat menyelubungi hati adalah sepertimana kotoran-kotoran yang sedang melekata pada badan.Ia juga bagaikan kulit-kulit yang menyelubungi biji-bijian.Ia tidak ubahnya seperti tahi besi yang berkarat membaluti emas, perak, dan logam lain.
Begitu jua badan, bila ia bersih dari segala macam kotoran yang menyakitkan dan merimaskan maka keadaan badan tersebut menjadi selesa, sihat cergas dan kuat daya tahannya.Itu adalah badan, yang nampak oleh mata dan boleh di ubati secara zahir dengan kaedah -kaedah perubatan moden .Begitu juga akan perihal bagi hati yang tidak nampak namun boleh dirasakan dan memegang berbagai peranan.Bila ia bersih dari segala bentuk dosa dan berbagai jenis maksiat dengan jalan bertaubat nasuha maka ia boleh terlepas dari hal-hal yang membalut dan mengongkongnya.Ia akan menjadi bersih dari kotoran yang keji dan najis.
Sebagai hasilnya ia menjadi kuat dan cergas serta semua kehendak-kehendaknya menjadi baik.Ia akan berhenti dari melakukan kegiatan-kegiatan yang merosakkan dan merugikan.Ia akan menjadi berkembang dengan pertumbuhan yang memberangsangkan, sehingga menajdi kukuh kuat dan bangga menduduki singgahsananya dengan penuh aman dan penuh kedamaian. Tiada jalan menuju kearah pembersihan hati tersebut melainkan setelah melalui usaha-usaha untuk menyucikannya,sepertimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman lelaki, seupaya mereka merendahkan pemandangannya ( menunduk) dari melihat yang terlarang dan menjaga kehormatannya ( jangan berzina ).Itu adalah lebih suci bagi diri mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa-apa yang mereka usahakan."
( An Nur : 30 )
Dalam ayat di atas tersebut Allah jelaskan bahawa suasana bersih dan suci boleh wujud hanya setelah adanya usaha menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan, iaitu memelihara faraj dari melakukan zina.
Kerna inilah, merendahkan dan menundukkan pandangan dari perkara-perkara haram mempunyai faedah yang terlalu banyak yang amat sukar untuk di rungkaikan.Mudah-mudahan Allah S.W.T mengurniakan kita kesabaran serta kasih sayangNya ke atas kita...InsyaAllah...
Kerna inilah, merendahkan dan menundukkan pandangan dari perkara-perkara haram mempunyai faedah yang terlalu banyak yang amat sukar untuk di rungkaikan.Mudah-mudahan Allah S.W.T mengurniakan kita kesabaran serta kasih sayangNya ke atas kita...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment