Bersempena dengan kelahiran junjungan besar yang amat mulia Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama meninggalkan kita.Maka tinggallah umatnya meneruskan perjuangan dan menyampaikan risalah dan dakwah yang baginda tinggalkan.Hanya dengan bantuan dan rahmat serta kasih sayang Allah yang mampu membantu kita untuk meneruskan perjuangan baginda dan para sahabat baginda.
Pada tanggal 2 April 2007 bertempat di rumah Kebajikan Pelajar-pelajar Kelantan Mesir di haiyu sabi'e telah berlangsung satu program ceramah maulidurrasul bersempena mengingati hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w.
Program yang bermula pada jam 8.15 malam itu yang dihadiri oleh sebilangan ramai mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al Azhar yang rata-rata dari mereka ini yang menginginkan info-info dan maklumat dari tanah air yang benar dan tepat.Ternyata para perserta tidak dikecewakan dengan keberadaan Tuan Guru di bumi Mesir yang sanggup menziarahi kami di sini dan bersama-sama mencurahkan segala buah fikiran dan ilmu kepada kami..Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan Tuan Guru..amin..
Semoga kita digolongkan bersama-sama dengan alim ulama yang ikhlas, beramal dan beriman kepada Tuhannya..
Salam perjuangan dari insan hina disisi TuhanNya..amin..
Daku yang amat merinduimu dan menitis air mataku tatkala menatap dan mendengar suara dan amanatmu.Moga daku dapat bersamamu di Akhirat kelak..amin...
Ya Allah tanamkan didalam diri ini rasa kasih dan sayang terhadap pewaris-pewaris nabiMu dan kurniakanlah akan ku sifat-sifat mulia dan daya juang mereka yang tidak pernah kenal erti penat serta jemu..moga daku dapat mencontohi mereka....
Amin Ya Rabb..
Ke arah melahirkan generasi ulama yang beriman dan beramal kerana TuhanNya..
No comments:
Post a Comment