Assalamualaikum
Salam imtihan buat sahabat-sahabat yang menuntut di bumi ardul kinanah yang akan menghadapi peperiksaan bagi semester kedua.Peperiksaan yang di jadualkan berlangsung pada pertengahan bulan 5 di setiap cawangan Universiti Al Azhar di seluruh Mesir.Walaubagaimanapun bagi meneruskan misi dakwah yang perlu di teruskan dan di pertahankan ana mengambil sedikit masa dengan meluangkan masa untuk meneruskan dakwah dengan memanfaatkan cabang-cabang dakwah yang boleh di gunakan.
InsyaAllah pada kali ini akan ana tuliskan hadis-hadis yang berkaitan dengan kelebihan ilmu dan ulama berpandukan kitab yang di karang oleh al fadil Tuan Guru ana yang di kasihi Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki,

HADIS ( 1 )
Kelebihan Orang Yang Alim
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam At Tirmizi yang bermaksud :
Daripada Abu Umamah R.A berkata: Telah disebut di sisi Rasulullah S.A.W dua orang lelaki.Pertama orang yang abid ( ahli ibadah ) dan kedua orang alim.Maka Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid adalah seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu."
Dan dalam riwayat yang lain disebutkan "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya dan penghuni segala langit dan bumi sehingga yang ada di dalam lubangnya dan ikan yang ada di laut, semuanya memohon kebaikan bagi orang-orang mengajar manusia akan kebaikan."
Keterangan dan huraian
Sangat tinggi martabat orang yang alim itu apabila dibanding dengan martabat orang abid yang tidak alim, sehingga Rasulullah S.A.W membandingkannya dengan martabat baginda sendiri bila dibanding martabat sahabat yang paling bawah sekali.Di sisi lain pula orang yang alim itu di kenali dan dicintai oleh semua lapisan penduduk langit dan bumi.

Mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan untuk terus menuntut ilmu dan seterusnya menyampaikannya kepada yang lain.InsyaAllah...
Tamat hadis yang pertama..nantikan hadis yang kedua..
No comments:
Post a Comment