Thursday, April 5, 2007

Menjaga Maksiat Anggota Zahir

Sahabat sekalian mata merupakan ciptaan dan anugerah yang Allah Taala kurniakan kepada kita agar kita dapat melihat segala sesuatu dan menunaikan segala hajat kita dan kita dapat melihat segala keajaiban dan keindahan ciptaan langit dan bumi sehingga kita dapat mengambil iktibar dari apa yang Allah kurniakan dan ciptakan kepada kita.Maka sahabat-sahabat sekalian perlunya kita menjaga mata kita dari empat perkara :

1) Melihat perempuan yang bukan mahram

2) Meihat gambar-gambar lucah yang membawa naiknya syahwat.

3) Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan.

4) Melhat keaiban orang lain.


Menjaga Telinga

Sahabat-sahabat hendaklah kita menjaga telinga kita daripada mendengar perkara-perkara bidaah atau seumpamanya atau perkataan perkataan yang jahat dan tidak baik atau perkataan yang sia-sia atau menyebut kejahatan orang lain.

Telinga yang Allah ciptakan adalah merupakan suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita agar kita dapat mendengar dan menikmati suasana , bunyi-bunyian yang indah yang melapangkan dada..dan telinga itu diciptakan agar kita dapat mendengar dan menghayati ayat-ayat perintah yang Allah turunkan dan hadis-hadis yang Nabi s.a.w yang disampaikan serta kata-kata hikmah daripada para aulia-aulia Allah yang mengeluarkan mutiara-mutiara kata yang indah dan lunak.Dan gunalah nikmat telinga itu untuk mendengar ilmu-ilmu Allah yang di perdengarkan dari syeikh-syeikh yang alim dan benar.

Dan begitu jualah sahabat-sahabat sekalian jika kita menyalah gunakan nikmat Allah itu dengan mendengar akan perkara-perkara maksiat maka secara automatiknya kita telah mengkhianati diri kita sendiri dan kita telah menyalahgunakan sesuatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.


Menjaga Lidah

Allah S.W.T telah menciptakan bagi kita akan lidah supaya kita dapat berzikir dan meningatinya dan supaya dapat membaca ayat-ayatNya dengan fasih dan lancar dan menggunakan nikmat lidah yang Allah kurniakan untuk menyampaikan dakwah dan menyebarkan ajaran agama..berani berkata benar, menegakkan yang hak.Menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.

Lidah kita adalah anggota yang amat terkesan pada diri kita sendiri dan pada orang lain.Ada disebutkan didalam hadis :

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu.Dia tidak menyangka bahawa perkataanya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun."

(Hadis riwayat At-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a)


Pernah di zaman Nabi S.A.W. ada seorang tentera Islam yang gugur di medan perang sebagai syahid lalu ada yang berkata :

"Untung sekali orang ini kerana dia telah berjaya mendapat syurga".

Mendengar ucapan itu lalu Rasulullah S.A.W bersabda :

"Belum tentu lagi, kerana boleh jadi ia pernah bercakap-cakap akan perkara yang tidak berfaedah atau ia bakhil dari memberi sesuatu yang sebenarnya tidak mengkayakannya."


*to be continued...nantikan sambungannya

No comments: