PMRAM

PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Waktu Malaysia Tercinta

Waktu Mesir

Universiti Al Azhar Assyarif

Universiti Al-Azhar

Islamic Clock

Buku Terkini

ISLAM & DEMOKRASI....

Kitab terkini karangan Tok Guru Hj Abd Hadi Awang, yang telah dilancarkan penerbitannya oleh YB Dato' Hj Wan Abd Muttalib Embong di Masjid Rusila, sebaik sahaja selesai Kuliah Jumaat 11 Mei 2007.Untuk edaran dan jualan sila hubungi Ustaz Wan Sukairi 019-9894125, Us.Hj.Rozman 019-9851629, Ust.Ahmad Syukri 013-6414691

Antologi Cinta Dan Rona Kinanah

:: Antologi Cinta Dan Rona Kinanah ::

Pesanan serta nasihat

NasyidFm Wadah Hiburan Terkini

Mawaddah



.:Seimbas dan seindah kata:.



Maha Suci Engkau Ya Allah!!! Tiada ilmu bagi kami... Melainkan apa yang Engkau ajari kami Sesungguhnya Engkau Maha Tahu.. Maha Bijaksana.... -Al Baqarah:32-

" Sesungguhnya orang-orang yang terutama (wali-wali) dari umatku tidak akan masuk ke syurga kerana banyaknya solat atau banyak puasanya. Akan tetapi mereka akan masuk ke syurga kerana bersih hati, murah hati dan berbelas kasihan terhadap setiap muslim."


" Tidak akan masuk ke syurga, selagi ada pada hati seseorang itu sebesar biji sawi dari sifat kebesaran diri."

" Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Tuhan Maha Pemurah, mereka lalu tunduk bersujud dan menangis." (Maryam:58)

" Mereka lalu tunduk dengan dahi-dahi mereka sambil menangis.Dan keadaan itu akan menambah mereka khusyu'." (Al Isra':109)

" Setiap mata akan menangis di hari kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutkan akan Allah, dan mata yang celik berjaga pada fisabilillah."

Sabda Nabi: " Siapa yang ingin menemui Allah di dalam keadaan bersih dan suci, maka hendaklah ia berkahwin dengan wanita-wanita yang merdeka."

Sabda baginda lagi: " Empat perkara adalah menjadi sunah-sunah para Rasul, iaitu:Malu, memakai wangi-wangian, bersiwak dan berkahwin."

" Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman itu, supaya mereka memelihara penglihatan mereka dan menjaga kemaluan mereka, kerana yang demikian itu lebih bersih untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." ( An-Nur:30)

"Katakanlah: Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, maka turutlah aku nescaya kamu akan dicintai Allah, dan diampuniNya segala dosa-dosa kamu, dan Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun." (Al Imran:31)

Sabda Nabi s.a.w: " Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai sesuatu kaum diujiNya mereka itu.Barangsiapa yang redha, Allah meredhai mereka, dan barangsiapa yang bersungut, Allah murka terhadap mereka."

" Sesungguhnya Allah Taala dengan kebijaksanaanNya telah memberikan kesentosaan dan kemudahan didalam keyakinan dan keredhaan,dan memberikan kesempitan dan kesusahan di dalam keraguan dan kesungutan."

"Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya."(Saidina Ali KWH)

"Seseorang itu begitu jauh dari Allah S.W.T apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya."

Prihatinkah Kita

Mendermalah

 

 


BOIKOT ISRAEL

Google Talk Gadget

HarakahDaily

My Metro

-:Mengimbau Kenangan:-

  • .::Pencinta Kucing"s.::

    Wednesday, September 23, 2009

    Syawal bersama sidia...


    Tatkala coretan ini dicatat pelbagai perasaan melanda diri..adakalanya rasa indah dan bahgia pada Syawal kali ini.Perbezaan yang amat ketara dari Syawal yang telah lalu.Tahun ini daku beraya bersama isteri yang tersayang..

    Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang amat memahami kedudukanku sebagai seorang suami,seorang pegawai di Pejabat yang senantiasa memerlukan komitmen masa,kewangan dan keikhlasan.Syukur jua kepada Allah kerna dianugerai seorang permata bagi hati yang soleha dan berilmu.Syukur yang teramat..Alhamdulillah daku tiada tersalah pilih.

    Bertugas di jabatan yang baru sememangnya memerlukan kekuatan moral yang tinggi dan hebat.Tekanan dari pelbagai pihak dan jabatan amat mendewasakanku..terkadang mahu sahaja mengundurkan diri...namun tetap jua aku memahami bahawa itu asam garam dalam mencari rezki...rezki untuk anak yang bakal lahir pada tahun hadapan..insyaALLAH...

    Bulan Oktober mendatang ini jadualku teramatla penuh..Kursus Herbalis HPA 11-31 Oktober 2009...dan juga berkemungkinan Majlis Perasmian RFC Kluang juga akan berlangsung...bulan Oktober juga album TAQWA ku itu akan di pertingkatkan mutu dan hasilnya..bertujuan untuk penambahbaikan dan penjenamaan semula..latihan demi latihan akan dipergiatkan..terkadang rasa berat untuk meninggalkan isteri tersayang..namuan apakandaya..tugasanku ini juga merupakan satu dakwah dan tanggungjawab...

    Namun di benak fikiranku ini mengenangkan tugasanku sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Pagoh..terlalu lama tertangguh..terlalu jauh dan berat untuk aku bergiat aktif seperti dahulu..tapi ku tahu perjuangan tidak mengenal tempat dan suasana..permohonan pengunduran daku dari jawatan Penerangan dan Timbalan Ketua Pemuda perlu daku segerakan..

    Komitmen yang terlalu banyak ternyata amat sukar untuk kepenuhi..tugasanku bersama skop kerjaku yang perlu bergerak di semenanjung Malaysia ternyata membataskan pergerakanku...

    Ya Allah bantulah daku dan isteriku...

    Friday, September 18, 2009

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


    Assalamualaikum Warahmatullah...


    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

    DARI

    SAYA DAN ISTERI

    SEMOGA DENGAN KEHADIRAN NUR SYAWAL YANG BAKAL MENJELMA MEMBERI KEPADA KITA KEJAYAAN DAN KASIH SAYANG SESAMA KITA

    ..amin..



    Saturday, April 11, 2009

    HPA dan HPA

    Sepertimana insan-insan yang lain yang senantiasa menikmati dan juga menghargai pemberian serta kurniaan Allah di samping juga di selaan masa bersama-sama mencari sumber rezki yang halal dan terjamin untuk di sajikan kepada anak isteri dan keluarga tersayang yang senantiasa berada di sekeliling kita...

    Alhamdulillah ...

    Bersyukur kehadrat Allah S.W.T akan pemberian ini..hampir 2 minggu berlalu daku berada di tugasan dan tempat baru...merasakan beban dan tanggungjawab yang dipikul yang perlu di pelajari dari sekarang agar tidak kekok dan capek selepas bergelar suami nanti..



    Bertugas sebagai pembantu eksekutif tampak mudah dan ringan buatku setelah hampir setahun lamanya memikul tanggungjawab Pengurus Cawangan yang padaku amat mencabar...pelbagai ujian..fitnah dan mehnah perlu di redah bagi memenuhi dan mencukupkan usia setahun memikul tugasan itu..pada segelintir kakitangan HPA setahun itu bukanlah menjadi hal untuk di banggakan namun bagi diriku ia sesuatu yang amat bermakna dan mempunyai ertikata yang cukup bermakna apatahlagi dikala ini bertebaran rakan-rakan graduan yang mencari pekerjaan namun tidak juga kunjung tiba pekerjaan itu.

    Hak dan kebajikan terabai???.......

    Maka senario yang biasa bagi di kalangan pekerja adalah rasa ketidakpuashatian terhadap majikan dan pengurusan.Sepanjang pemerhatianku selamamana bertugas di bawah satu syarikat Melayu Islam yang semakin berkembang maju dan meningkat naik ini keluhan dan luahan kakitangan bawahan seolah-olah tidak diambil peduli dan dipandang sepi sedangkan keluhan dan rintihan staff yang merasakan diri mereka tertindas dan yang seangkatan dengannya dipendam serta tidak mampu di zahirkan kepada pihak atasan kerna di bimbangi akan dikenakan sebarang hukuman sehingga hilangnya pekerjaan..

    Atas tujuan apa pihak pengurusan ingin menafikan suara-suara kakitangan yang bersama-sama menaikan jualan dan pengedaran semasa???mengapa dan kenapa hanya PJS, STOKIS dan Pengedar sahaja yang di ikitiraf dan ambil berat???..lalu kami ini seolah-olah tidak menyumbang sesuatu kepada pembangunan syarikat..

    Aduhai pihak pengurusan HPA...

    Sedar dan sedarlah..sepertimana kalian bisa dan mampu mempertikaikan kejujuran serta hasil kerja kami...kami juga mampu mempertikaikan kebajikan dan sumbang bakti kalian terhadap kami..pantaulah dan lihatlah akan pegawai-pegawaimu yang sombong dan bongkak..menindas..kasar dan kurang akhlaknya..Ya Allah....jauh di sudut di hatiku ini seolah-olah ingin membawa keluhan rakan-rakan di cawangan yang tidak difahami oleh kalian yang bergaji besar...seolah-olah inginku kubawa permasalahan ini di mahkamah Allah nanti..

    Mudah-mudahan akan ada pembaharuan dan perubahan sesuai dengan dinaik tarafnye MLM kepada MLM Syariah itu...Allahhhhh...




    Thursday, April 9, 2009

    Ku rasakan waktunya kian hampir..tapi terkadang timbul tandatanya dalam benak hati kecilku ini adakah daku cukup bersedia akan ujian dan mehnah yang akan kuhadapi nanti bersama-sama sayap kiriku nanti..persoalan dan persoalan lagi..

    Ya Allah...Radinabillahi rabba...

    Sebulan lagi tempoh itu akan berakhir dan akan berkunjung tiba..ingin ku katakan perasaan gentar itu tidaklah dirasakan sangat...namun berlegar-legar di ruang pemikiranku ini adakah aku ini benar-benar bersedia???..mudah-mudahan akan ada satu perubahan selepas detik penyatuan itu nanti...

    Setahun berlalu...

    Setahun yang berlalu...pulang ke tanah air..menangguh pengajian sementara..jauh di sudut hati ingin kembali ke Ardul Anbiya itu..terasa rindu akan memori itu, biarpun terkadang kalanya perbuatan dan tingkah laku warga arab itu sendiri mengajar kepadaku erti kemanusiaan dan kesabaran dalam ertikata kehidupan...Al Azhar tetap dihati..rindu dan semakin rindu....

    Langkah seterusnya...

    Selesai sudah mengisi borang pernikahan itu...Ya Allah...tersentak di benak kepalaku...benarkah ini...atau sekadar fantasi ..benarkah aku akan mengakhiri zaman bersendirianku ini...di riak wajahku terasa muda dan kanak-kanak lagi...namun ku redha akan ketentuan dan perancangan Alllah..

    Mensyukuri akan kurniaan ini...
    Ku teramat mensyukuri akan kurniaan Allah ini di atas keberadaan dan kehadiran bakal sayap kiriku ini...bersambung seketika di ruang waktu yang lain...

    Friday, February 27, 2009

    Majlis Pertunangan Buatku....



    Alhamdulillah ....

    Syukur kehadrat Allah S.W.T di atas majlis pertunanganku ini...