Friday, March 30, 2007

Meninggalkan Maksiat Yang Zahir

Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian bahawasanya apabila kita melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya kita telah melakukan maksiat dengan menggunakan anggota badan kita yang merupakan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita.Oleh kerana itu ketika kita menggunakan anggota kita untuk melakukan maksiat bermakna kita telah menyalahgunakan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita dan mengkhianati amanah yang telah diberikan.Dan anggota kita adalah rakyat kita jua maka hendaklah kita menjaganya.Sabda Rasulullah S.A.W :


" Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyan tentang pengembalaanya (kepimpinannya)."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar R.A)


Dan ketahuilah kita semua sahabat-sahabat bahawasanya semua anggota kita akan bersaksi di atas segala perbuatan kita di Padang Mahsyar nanti dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang.Anggota kita akan mendedahkan segala rahsia kita di hadapan perhimpunan agung di Padang Mahsyar.Didalam hal ini Allah S.W.T telah berfirman:

"Di hari Kiamat akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).

(Surah An-Nur: 24)

Allah berfirman lagi yang bermaksud :

"Pada hari ini (Hari Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu)."

(Surah Yasin:65)

Maka sahabat-sahabat sekalian jagalah tubuh badan kita dengan baik .Khususnya anggota kita yang tujuh kerana pintu neraka jua tujuh dan telah ditetapkan setiap pintu neraka itu dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu antara anggota badan yang tujuh itu iaitu mata, telinga,lidah, perut kemaluan,tangan dan kaki.

Ana mengajak diri ana dan sahabat-sahabat agar dapat kita merenung dan bermuhasabah diri kita kembali di manakah kita di letakkan.Mudah-mudahan Allah s.w.t membantu kita.amin..

No comments: