Friday, April 6, 2007

Hadis Qudsi 2

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian bersempena dengan hari penghulu segala hari ini ana ingin mengajak diri ana dan sahabat-sahabat semua untuk menghayati akan hadis Qudsi ini..semoga kita semua dikurniakan akan Allah kefahaman dan kecintaan kepada agamaNya dengan baik..amin..

Hayatilah....


"DiriKu menyaksikan diri-Ku sendiri, bahawa tidak ada Tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu, Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu, tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatKu dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah Tuhan selainKu."


"Oleh itu sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seoalah-seolah ia marah kepadaKu, sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakitiKu, sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya, dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di depan orang yang telah mati , maka seolah-seolah ia telah mengambil tombak dan menghujamkannya kepadaKu dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu KaabahKu dengan tangannya."

"Dan sesiapa yang tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam jahanam, dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman), maka sebenarnya ia semakin berkurang dan siapa terus menerus merosot dan berkurang, maka maut adalah lebih baik baginya.Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yan diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya, dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalnya."

No comments: