Thursday, March 1, 2007

Kerinduan bertandang lagi....agungnya kasihmu ibu...


Salam pembuka bicara buat semua, sudah lama rasanya tidak menulis dan mencoretkan sesuatu di dalam blog yang seadanya ini.Hanya di dalam blog ini sahajalah tempat untuk meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati di samping sahabat-sahabat yang setia menemani disisi, bersuka ria bersama, susah dan senang, gelak tawa dan bergurau senda di waktu siang dan malamnya..begitulah kemeriahan rakan-rakan seperjuangan di rumah Tanjung Puteri...hebat bersama kalian..Ust Hairi ( YDP BKPJM ), Ust Asmuni, Ust Ridwan ( exco BKPJM), Ust Rasul ( BP PMRM) , Ust Zanki (exco BKPJM), Ust Suhaimi dan terakhir insan yang bijak lagi pelik Ust Zaki...mereka inilah yang bersama menelan pahit manis di perantauan...menghadapi karenah arab yang pelbagai...jika tanpa mereka ini semua senyap sepilah diri ini..terima kasih buat anda semua...terima kasih jua atas kepercayaan anda semua terjadap diri ini...hanya Allah yang bisa membalasnya...

Entah mengapa semalam aku telah bermimpi....mimpi aper??mimpi akan insan yang merindui daku disini...siapa lagi jika bukan ibuku sendiri..tidak tahu mengapa..setelah terjaga dari tidur tidak semena-mena perasaan rindu itu terdetik dan ingin terus menghubungi ibu di rumah nun jauh di tanah air tercinta...ternyata benar beliau merinduiku disini...risau katanya..mereka bertanya kabar melalui pelbagai cara antaranya khidmat pesanan ringkas (sms)..katanya berpuluh message dihantar tetapi tiada maklum balas yang mereka terima..baru ku tahu yang perkhidmatan telefon di malaysia kurang memuaskan..sebarang penghantaran message terganggu dan terbantut...ini menyukarkan sebarang bentuk perhubungan antara bumi Mesir dan Malaysia..

Entah mengapa ibu bertanyakan akan diri ini...kuat ingatan ibu terhadap anak bongsu ibu ini...mungkin sudah setahun lamanya beliau tidak menatap wajah anak kecilnya walaupun pada hakikatnya besar dah ni.. daku sendiri begitu jua...entah bagaimanakah gelagat anak-anak kecil dirumah..rindu sungguh dengan mereka..Hazmi, Hafizah, Hafizah, Haziq, Harith, Diana, Faezah, Luqmanul hakim, Taufik, Aizudin , Aiman , Aishah , dan Alia.Mesti seronok melihat gelagat mereka..apabila daku pulang ke tanahair semestinya mereka ini sudah besar dan petah berkata-berkata..silap-silap tak kenal dah pok su dia orang ini...dan mungkin pada tahun ini akan bertambah lagi ahli baru kot...hee..hee..tambahlah keturunan allahyarham En.Surib..pejam celik pejam celik, hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti bulan dan tahun bertukar tahun..sudah hampir 2 tahun 3 bulan ayahnda meninggalkan kami..genap 4.04 ni cukuplah selama 3 tahun..lama x bertemu ayahnda...rindu rasanyaa...sedih dan sayu jua ada..tidak ku sangka hati lelaki ku ini mudah tersentuh sejak pemergiannya..terasa sebak pula menulis coretan ini...di dalam reramai adik beradik hanya daku yang tidak dapat menatap wajah ayah buat kali terakhir..hanya gara-gara daku nun jauh di pantai timur semenanjung menuntut ilmu diwaktu ayah bertemu TuhanNya...daku pasrah...

Adakah ayah mengampunkan dosaku yang telah lalu...dakulah yang paling nakal dan malass..pelbagai karenah yang daku timbulkan...tetapi ayah tetap sabar dan tenang...sukar untuk mencari ayah sepertimu...entah bilakah lagi kita akan bertemu...akan ku cium dahimu..ku dakapmu seerat yang mungkin..tidak akan ku lepaskanmu..tetapi apakan daya diri ini lemah dan tidak berdaya...perasaan redha harus ditanam dan disemat didalam jiwa...agar ia sebati dengan ilmu dan seterusnya diamalkan...

Entah mengapa pada malam ini hingga ke waktu pagi subuh jumaat 2.03.2007 daku terasa sedih jer...sejak dari malam tadi hinggalah subuh ini..entah mengapa air dari mata ini bergenang dan ingin mengalir..adakah daku mempunyai jiwa selembut itu..tatkala sahabat-sahabat Tanjung Puteri didalam keasyikan di buai mimpi daku masih lagi bersengkang mata..tetap tidak mahu tidur..seolah-olah ada sahaja pekerjaan yang ingin dilakukan nanti..walaupun mata ini berat dan menjeling-jeling bantal dan tilam disebelah...tetapi diri ini tetap tidak mahu berganjak..ada sahaja yang ingin dilakukan..sambil-sambil melayan perasaan ini..dengar lagu sedih jer..layankan perasaan ini...

Ku rasakan tidak mampu lagi untuk ku coretkan apa yang terbuku di dalam hati..memadai kot...walaubagaimanapun daku mengucapkan bebanyak terima kasih kepada ahli keluarga tercinta di tanah air yang memberi sokongan dan material dalam apa jua bentuk sama ada berupa sokongan moral ataupun sumber kewangan..terutama buat ibu...Fatmi bt Hashim...insan yang cukup berjasa dan insan yang banyak berkorban demi anak-anaknya..jua
buat sahabat-sahabat yang tidak pernah-pernah jemu di dalam melayani karenah diri ini..buat yang teristimewa tatkala ini...Ustz Zainab bte Abdul Razak jua buat sahabat-sahabat yang lain dan tidak dilupakan buat saudari azrina yang telah menemui pasangan beliau...ust zaidi...alim orangnya..moga kalian mendapat maghfirah dari Allah s.w.t...amin...

Salam kemaafan dan ingatan tulus ikhlas buat anda semua...salam dari kejauhan...tanjung puteri...haiyu thamin..

No comments: