Tuesday, February 27, 2007

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-74

GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana pada tarikh 26.02.2007 telah berlangsung Muktamar Sanawi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-74 yang telah berlangsung dengan jayanya di Nadi Syabab al Riadi Haiyu Sadis.Muktamar yang bermula pada jam 7.30 pagi telah dimulakan bacaan al Quran yang telah disampaikan oleh Johan pertandingan akdemik al Quran iaitu al fadil al ustaz Fahmi Abdullah menuntut di kuliah Qiraat Syubro tahun 1.Muktmar yang dihadiri para perwakilan dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) yang bernaung di bawah PMRAM jua para pemerhati telah memenuhi ruang dewan pada 8 pagi bagi bersama-sama menjayakan dan memeriahkan muktamar kali ini.

Dewan yang bersidang dipengerusikan oleh Presiden PMRAM iaitu al fadil al Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husin dibantu dengan badan pengurus PMRAM yang lainnya berjaya menjawab segala isu yang berbangkit.Antara isu yang di kira hangat dan panas sepanjang muktamar berlangsung yang adakalanya menggamat suasana dewan terutama pada sesi petang iaitu isu barang boikot barangan Yahudi dan sekutunya dan juga cubaan dan cadangan untuk memboikot habisan-habisan apa jua bentuk unsur-unsur yang boleh memecahkn perpaduan ahli yang telah diusulkan oleh ust Farhan telah dibahaskan dengan begitu hangat dengan pertembungan hujah-hujah dari para perwakilan yang berjaya memanaskan sidang dewan yang berlarutan sehingga waktu maghrib.Sebanyak 3 usul tergempar telah berjaya diketengahkan dan telah dipersetujui oleh kesemua perwakilan setelah diundi dan keputusan mengikut sokongan majoriti perwakilan.Antara usul tergempar yang di ketengahkan ialah usul yang dibawa sendiri oleh BP PMRAM iaitu al fadil ust azib ialah memindahkan segala akaun dana van dibawa ke dana syaqah PMRAM bersempena usaha giat PMRAM tahun ni yang menginginkan sebuah bangunan sendiri bagi memudahkan segala urusan pentadbiran dan gerak kerja PMRAM yang akan datang supaya tampak lebih terancang dan tersusun dengan sasaran pada tahun ini dapat mengumpul pungutan dana berjumlah 1 juta LE.

Usul tergempar yang kedua adalah usul yang dicadangkan ust Farhan yang inginkan segala apa jua bentuk atau unsur-unsur yang boleh memecah belahkan perpaduan ahli di boikot habis-habisan berjaya menggegarkan para perwakilan yang bertalu-talu menggeluarkan idea dan hujah masing-masing.Usul ini berbangkit disebabkan kerana berlakunya akhir-akhir ini pelbagai program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang bukan berada dibawah insitusi PMRAM dan secara tidak langsung mereka (persatuan) ini tidak berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Antara persatuan atau pernubuhan yang ada di bumi Mesir ini ialah Nadi Umno, ABIM , JIM dan persatuan-persatuan lain yang tampak seolah-olah melawan arus dan tampak cubaan ingin menanamkan satu fahaman yang ingin memecahkan kesepaduan para ahli PMRAM yang berada di bumi Mesir ini.Sebagai contoh Kelab Nadi UMNO Mesir ini yang dinaungi dan ditaja khas oleh kerajaan UMNO Malaysia dan mendapat sokongan padu oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).Kebanyakan program yang di anjurkan pihak-pihak ini tidak mendapat keizinan dari pihak amr dauli dan ini boleh menimbulkan masalah keselamatan dengan melihat keadaan dan undang-undang Mesir itu sendiri yang melarang apa jua bentuk pertubuhan dan perkumpulan di mana-mana premis atau dimana-mana.Hanya persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir sahaja yang dibenarkan melakukan pelbagai anjuran.

Kebanyakan program yang dianjurkan Nadi Umno Mesir yang bercampur antara ikhwah dan akhwat adalah bertentangan dengan program yang dianjurkan PMRAM yang mengasingkan antara ikhwah dan akhwat disetiap program yang dianjurkan, tidak bertemu atau berbincang dengan akwat jika bukan kerana darurat dan kerana hal-hal tertentu yang berhajat kepada keputusan segera..jika ingin membincangkan masalah ini tidak akan selesai sepertimana muktamar yang berlangsung..

Usul ketiga iaitu usul terakhir adalah dari sahabat ana sendiri, ust Akhmal bin Ali yang merupakan exco Kebajikan Tabung Derma Badan Kebajikan Pelaja-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) merangkap ketua pembahas pada muktamar pada kali ini...beliau mencadangkan bahawa Tabung Filantrofi Massa (TFM) di tukar kepada Takaful PMRAM yang nampak lebih efektif dan fleksibel.Usul ini berjaya mendapat sokongan kesemua para perwakilan.

Setiap usul yang dicadangkan akan di bawa kepada mesyuarat BP PMRAM untuk dibincangkan dan diperincikan sebelum segala keputusan dan pekelilng dikeluarkan.Muktamar yang berlangsung sejak dari awal pagi sehingga kewaktu magrib itu diakhiri dengan pengumuman pengunduran saf kepimpinan bagi sesi 2006-2007 dan digantikan dengan saf kepimpinan yang baru bagi meneruskan perjuangan generasi terdahulu untuk sesi 2007-2008.Tahniah dan takziah diucapkan kepada alhlil bait ana..ust Rasul di atas perlantikan BP PMRAM bagi sesi 2007-2008 ini..*(naikla saham nama rumah tanjung niii..hee..hee)..Moga saf kepimpinan yang baru dilantik ini lebih efission dan berkaliber dan berkarisma tinggi bagi memastikan PMRM itu dipandang tinggi dengan izin Allah s.w.t..

Moga Allah merahmati kalian..kami akan menyokong dan membantu dengan apa jua bentuk selagi terdaya dan berjuang bersama-sama kalian..insyaAllah..Salam Perjuangan...

No comments: