Sunday, March 25, 2007

Menangis Kerana Takut Kepada Allah

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T diatas kurniaanNya terhadap kita semua...kerana pada hari ini kita masih lagi di kurniakan nikmat iman dan Islam yang tiada nilaiannya sama ada dengan matawang mahupun apa jua yang ada di langit dan di bumi..

Kita meneruskan lagi ruangan ilmu yang sedia ada..pada kali ini ana akan mengetengahkan tajuk yang berkaitan dengan ilmu tasauf..mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan panduan bagi kita..amin...

Menangis kerana takut akan Allah...

Yang dikatakan hiba ialah khusyu di dalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t.Ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji.Dengan sifat itu pula, Allah Taala telah mensifatkan para NabiNya a.s serta hamba-hambaNya yang berilmu pengetahuan.

Firman Allah S.W.T :

"Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat(keterangan-keterangan) Tuhan Maha Pemurah, mereka lalu tunduk bersujud dan menangis."
(Maryam:58)

Firman Allah lagi :

"Mereka lalu tunduk dengan dahi-dahi mereka, sambil menangis.Dan keadaan itu akan menambah mereka khusyu."
(Al Isra':109)

Rasulullah s.a.w telah mengkategorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang akan dilindungi Allah pada Hari Kiamat di mana tiada lindungan yang lain kecuali lindungan Allah S.W.T.

"Seseorang yang sentiasa menyebut-nyebut nama Allah dalam masa lapang, lalu kedua kelopak matanya bergenang air mata."

Sabdanya yang lain :

"Setiap mata akan menangis di Hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutkan Allah , dan mata yang elik berjaga fi sabilillah."

Sebenarnya orang yang menangis semata-mata kerana takut kepada Allah S.W.T itu amat sukar untuk ditemukan dan dicari dari kalangan manusia, sehingga darjatnya menjadi amat tinggi dalam pandangan Allah S.W.T.

Nabi s.a.w. pernah bersabda :

"Seseorang yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan masuk kedalam neraka, sehingga susu dapat kembali ke dalam buah dada, ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum."

Pada riwayat yang lain:

"Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari matanya seperti kepala lalat lantaran takut kepada Allah, yakni terlalu banyak menangis ."

Rasulullah s.a.w telah menyamakan antara airmata yang mengalir lantaran takut kepada Allah dengan darah yang tumpah kerana berjihad fi sabilillah.

Dalam riwayat yang lain :

" Sekiranya pada suatu umat ada seseorang yang menangis kerananya, nescaya Allah akan merahmati umat itu disebabkan tangisan orang tadi."

Kini ternyatalah sahabat-sahabat semua bahawasanya tangisan itu ada banyak ragam dan caranya.Akan tetapi hanya tangisan kerana takutkan Allah Taala sahajalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia.Oleh itu hendaklah sahabat-sahabat semua berusaha untuk mendapatkan cinta dan tangisan kerana takut akan Allah .Andainya tidak boleh menangis jua maka cuba-cubakanlah diri kita untuk menangis.Tetapi hendaklah kita berhati-hati jangan sampai mencampur adukkan amalan kita dengan riya' dan pura-pura, atau dengan niat menunjuk-nunjuk dan bermegah di hadapan orang ramai agar tiada jatuh hina dalam pandangan Allah S.W.T..kepada Allah kita berserah dan berlindung daripada di timpa penyakit-penyakit hati..amin..


No comments: