Thursday, March 29, 2007

Meninggalkan Maksiat

Assalamualaikum buat semua..
Alhamdulillah sahabat-sahabat sekalian kerana dengan izin dan bantuan Allah dapatlah kita terus menikmati dan memperolehi nikmat dan pemberianNya yang tidak terhingga dan semestinya tidak dapat kita membayar dan menggantikanya, dan sememangya tidak mampu untuk kita perolehi akan nikmat yang Allah berikan kepada kita itu walaupun kita secara terus menerus melakukan ibadah setiap pagi dan petang tanpa henti namun sudah tentu kita tetap tidak mampu untuk menebus segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Sahabat-sahabat saudara seagamaku semua.Di dalam amalan ibadah seharian kita yang dilakukan tanpa jemu dan bosan, sudah semestinya kita tidak dapat lari daripada segala bentuk dugaan dan cabaran di dalam menunaikan amalan dan amanah yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita.Oleh itu semestinya bagi kita mempersiap siagakan diri kita baik yang zahir apatah lagi yang batin bagi menangkis bentuk-bentuk ujian yang kerap kali menguji iman kita.

Maka ulama-ulama yang terdahulu daripada kita telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk kita menghadapai seterusnya menangkis ujian dan dugaan itu dengan bantuan Allah.InsyaAllah..

Maka telah menukilkan Hujjatul Islam al Imam al Ghazali rahimahullahutaala di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) bagi panduan untuk para penuntut ilmu dan umat Islam semua untuk menangani dan menghadapi ujian dan dugaan ini.Antara ujian dan cubaan itu adalah dosa dan maksiat yang kerap kali di lakukan setiap hari.Al Imam al Ghazali telah memberi panduan kepada umat muslim iaitu bagaimana caranya untuk kita meninggalkan maksiat, baik maksiat yang besar mahupun maksiat yang kecil.

Ketahuilah sahabat-sahabatku yang menuntut ilmu Allah yang Maha Mulia ini bahawasanya agama ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1) Meninggalkan maksiat

2) Mengerjakan taat

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin ( orang-orang yang benar ).Oleh itu Rasulullah s.a.w bersabda :

" Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan ).Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

No comments: