Friday, February 23, 2007

Daku mencari dan terus mencari.....


Salam mahabah buat semua..bertemu kembali..salam ibadah bersempena hari penghulu segala hari..hari bagi pecinta yang merebut ganjaran fadilat hari jumaat..di hari jumaat yang mulia ini ana bersyukur sangat sahabat yang ana maksudkan tempoh hari sudah kembali...kepada Allah ana berserah dan menadah tangan sebagai tanda syukur di atas kurniaan ini...terima kasih jua keatas mereka ini di atas kesudian untuk terus bersahabat..ini kerana mencari sahabat itu mudah tetapi untuk memelihara sahabat dan mengenal serta berkorban demi sahabat amatlah begitu sukar dan payah..jika bukan kerana Allah dan bantuan dari Allah maka kita akan tersungkur dan tertewas..ana sedang menanti dan mencari sahabat-sahabat seperjuangan semua sejak dari bangku sekolah lagi..jika ada gambar dan kenangan bersama mereka, akan ana masukan di dalam blog yang tidak seberapa ini..

Ku merindui mereka ini semua..sehingga kini daku masih lagi bertanyakan kabar dari mereka dengan melalui pelbagai cara dan usaha..sama ada dari ahli keluarga, sahabat-sahabat mahupun dari sumber internet sendiri..akan daku jejaki dan susuri..didalam blog ni hanyalah antara beberapa sahabat yang berjaya daku hubungi..ramai lagi yang gagal untuk dihubungi..entah bagaimana mereka ini sekarang...adakah mereka masih berada di takuk lama atau sesuatu keajaiban dan perubahan telah berlaku..

Begitu indah rupanya apabila bersahabat itu didasarkan atas dasar niat yang tulus ikhlas dari sanubari yang suci dan murni..ia tiada tolok bandingnya...ia sukar di cari dan agak sulit untuk diganti..tidak semua sahabat yang kita hampiri dan dampingi setiap hari dapat berlaku jujur dan benar..adakalanya kita inginkan pendapat dan pandangan mengenai diri kita, agak payah untuk mereka meluahkan dan untaikan seolah-olah tampak bersembunyi dan cuba menjaga sesuatu..kemungkinan besar untuk menjaga perasaan dan hati sahabat..tetapi sedarlah sahabat yang sejati dan sebenar itu adalah berkata benar tatkala diminta pendapat mahupun cadangan, berlaku jujur tatkala ketidak beradaan sahabatnya, mengasihani sahabatnya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri..dan sanggup menggorbankan apa sahaja mengikut kemampuan dirinya selagi mana kesemuanya tidak bersalahan dan bertentangan dengan syariat agama Islam itu sendiri..


Berkata al Imam al Hujjatul Islam al Imam al Ghazali Rahimahullahu taala beliau telah menaqalkan bahawa jika anda ingin bersahabat dan ingin mencari teman maka hendaklah kamu meneliti lima perkara ini :
(1) Akal fikiran
(2) Baik budi pekertinya
(3) Lurus perjalanan

(4) Tidak terlampau mementingkan diri kepada dunia semata-mata
(5) Tidak bercakap dusta

Begitula akan apa yang telah disebutkan oleh imam al ghazali yang mana telah kita ketahui akan ketinggian ilmu dan sifat tawadu' beliau terhadap akan sesuatu perkara sama ada yang berkaitan dengan hukum hakam mahupun yang berkaitan dengan perkara cabang agama lain apatah lagi yang berkaitan dengan urusan mengenai hati yang senantiasa mesti di awasi dan di perhatikan..walaupun sejauh mana dan sehebat mana kita berapi didalam berucap dan memperjuangkan sesuatu ideolgi dan pandangan jua pegangan, kesemua itu bergantung pada kejujuran dan keikhlasan, dan ia terletak pada seketul daging yang bergelar 'HATI'...


Sahabat yang sejati amat sukar untuk dicari dan amat sulit untuk dikenal pasti dengan mata kasar dan tidak cukup hanya dengan mengenal dan berbual selama satu hari...ia memerlukan penelitian yang cermat dan kemas...untuk mencari sahabat yang sejati memang sukar..oleh itu perlulah men'sejati'kan diri kitaterlebih dahulu....iaitu dengan mengasihani sahabat kita sebelum kita inginkan diri kita dikasihani dan disayangi sepertimana pengharapan kita kepada sahabat-sahabat kita di luar sana..perlulah kita muhasabah diri kita dengan sebanyak-banyaknyer...ini kerana fadilat dan kelebihan bagi mana hamba-hamba Allah yang beriman dan senantiasa muhasabah diri mereka adalah sangat besar, ini kerana muhasabah diri sesaat dapat menyelamatkan diri kita dan menyucikan diri kita..agar semakin subur iman dan rasa kehambaan diri kita kepada Allah dengan sebenar-benar kehambaan..


Buat sahabatku yang masih belum daku jejaki..daku sangat berharap dapat menjejaki kalian semua...moga bantuan dan lindungan Allah bersama-sama dan mengiringi diri ini...aminn...

1 comment:

zahra said...

sesungguhnya perumpamaan sahabat yg baik dan tidak baik adalah umpama pembawa wangi wangian dan tukang besi.mendekati tukang besi samada kita akan mencium bau bauan yang busuk atau baju kita akan terbakar.mendekati pembawa wangi wangian pula kita akan mendapat darinya bau bauan yang wangi.