Sunday, February 25, 2007

24.02.2007...Berakhirnya sebuah kisah hatii....


Salam kasih serta sayang buat junjungan besar Nabi S.A.W..jua moga dirahmati akan para sahabat-sahabat baginda yang senantiasa bersama-sama tatkala senang dan susah..bermula zaman Islam di hina dan di injak-injak sehinggalah harumnya nama Islam itu di seluruh pelusuk alam dan berkat perjuangan dan kesabaran yang dibawa para sahabat dan para ulama-ulama dan pendakwah yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat bagi memastikan syiar Islam itu tertegak dan terbina berkat asuhan dan didikan dari penghulu para Nabi jua semulia-mulia insan di muka bumi Nabi Muhammad s.a.w..yang mempunyai ahkhlak yang cemerlang, hebat dan gemilang yang tiada tolok bandingnya, yang menjadi ikutan dan contoh tauladan buat para pecinta kebenaran dan yang menginginkan akhirat serta meyakininya...

Sejak dari zaman berzaman umat Islam di uji dan setiap mukmin akan di uji bagi menganalisa sejauh mana tahap keimanan mereka dan keyakinan serta penyerahan mereka kepada ketentuan serta taqdir Allah S.W.T..maka daku jua tidak dapat tidak turut di uji sepertimana umat manusia yang lainnya..tetapi jika nak dibandingkan ujian daku tanggung ini, tidaklah daku dapat menandingi ujian para sahabat yang lain..maka tepat pada tarikh 24.02.2007 inilah berlaku satu lagi sejarah di dalam kisah hidupku..maka daku serapkan di dalam sanubariku akan sifat sabar serta redha sebagai pengganti dan penggubat luka yang parah ini...alhamdulilah bersyukur daku kehadrat Allah s.w.t dengan bantuan dan izinnya dapatlah daku mengharungi ujian ini..daku tetap tersenyum pasrah biarpun di dalam hati ini terasa pedih dan sukar untuk menerima hakikat itu..tetapi daku sudah di ajar untuk bersiap sedia sejak dari malam 23.02.07 lagi agar dapat menerima kputusan yang menanti pada esok hari...

Daku terpinga-pinga dan mencari-mencari akan sesiapa yang dapat membantu dan mendengar rintihan diri ini...ternyata daku gagal mencari nya..maka daku sudah mula mengerti dan mula belajar akan bagaimana untuk menerima sesuatu hakikat..maka semalaman membawa ke pagi dan merebak ke waktu malamnya bahkan disaat penulisan ini dihasilkan daku masih lagi terasa akan kepedihan dan kesakitan itu..tapi daku pendamkan jua...demi memelihara dan menjaga sahabat, daku menggalah dan memberi laluan kepada orang lain pula...sukar untuk daku menulis dan meluahkan segala isi hati ini..walau sejuah mana daku ingin luahkan dan coretkan, namun ia tetap tidak dapat menzahirkan akan apa yang tersirat di hati kecil ini..walau apa pun daku tetap redha dan bersabar...daku menetapkan pendirian daku..senyum tetap senyum walau apa pun yang berlaku dan terjadi..daku pasrah...kini daku menerimanya...daku tidak peduli...

Terkadang berasa tercuit hati ini dan bergetar lalu menyebabkan daku tersenyum seorang diri tatkala mengenangkan nasib yang menerima daku...tapi daku tetap bersyukur...moga Allah beri daku kekuatan..daku tersenyum lagi...tiada apa yang perlu daku risaukan lagii...beliau sudah menemui kebahagiaan yang beliau cari mengikut kemahuan dan kehendak beliau...tidak akan selesai permasalahan itu jika tiada yang menggalah...daku terlalu mementingkan diri...kasihan pada sahabat-sahabat yang banyak bersabar dengan karenahku...daku ingin mereka melayan dan menghormatiku tapi daku tidak menghormati dan mengasihani mereka..pohon maaf buat sahabat-sahabatku di luar sana.

Bermula pada tarikh keramat ini (24.02.2007) berakhirlah sebuah kisah yang cukup panjang untuk dirungkaikan dan dihuraikan..daku menggambil keputusan yang cukup berat dan sukar...tetapi daku gagahkan diri bagi sebuah persahabatan dan erti kasih sayang antara sesama manusia..keputusan yang daku tidak jangka dan rancang tetapi ia telah ditentukan oleh Tuhan rabbul izzati..sekali lagi daku terima dan pasrah...setelah sekian lama perbincangan berlangsung dan tampak seolah-olah menemui jalan buntu maka didatangkan ilham dari Allah kepadaku insan yang kerdil, banyak dosa dan hina lagi jahil ini supaya melakukan sesuatu perubahan drastik yang tidak dijangka oleh daku sendiri...maka perubahan itu merupakan keputusan yang telah di putuskan pada tarikh 24.02.2007 dan dipersetujui dengan berat hati...begitulah, kita mampu merancang tetapi keputusan itu milik Allah..

Daku rasakan sudah tidak mampu lagi untuk mencoretkan kisah 24.02.2007 in..bilik di rumah tanjung puteri ini menjadi saksi akan keputusan yang daku ambil demi memastikan mereka tetap dan terus menikmati kebahgiaan...kemanisan mahupun pahit yang akan mereka temui, terpulang di atas kebijaksanaan mereka dengan berpandukan keimanan dan ketaqwaan yang mengikut acuan Islam sahaja yang mampu mengendalikan segala permasalahan yang berbangkit nanti..tiadalah daku mampu lakukan selain redha dan berdoa kepada Allah akan kebahagiaan mereka berdua..daku akan terus tersenyum dan akan terus tersenyum..

Selamat menempuhi hidup yang baru buat cik azrina albat bersama pasangan beliau al fadil al ustaz zaidi...mudah-mudahan hubungan kalian dirahmati Allah dan berkekalan sehingga ke anak cucu..mudah-mudahan perhubugan anda disinari dengan cahaya iman mengikut acuan al Quran dan as sunnah bersama asuhan dari junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melalui lidah para ulama dan pembawa-pembawa panji-panji agama Allah...amin..

Pohon maaf ikhlas dariku buat anda berdua...bertemu di medan yang lain...kepada Allah daku berserah...

1 comment:

Anonymous said...

beginila kisah kita
kisah kita kisah hati..

kisah hati penuh makna..

kisah penuh sejarah..

kisah hati yang wujud tanpa kita sangka

kisah bemula pada 12 November 2006...

kisah hati terus bermula....

didasari keikhlasan..

disulami tawa2 riang dan gurau senda...

dibatasi keimanan...

diindahi dan dukukuhi dengan dugaan..

lantas kisah hati makin utuh..

makin tak ingin ditinggali..

makin ingin selalu didampingi..

yang menjadi sumber kekuatan diri ini..

namun....

saksi kita 15 disember 2006 kita meleraikn kisah melalui kata.. meleraikannya secara rasmi..

walaupun sebenrnya hati tak begitu..

hati kita makin jadi satu...

kita hanya merncang YANG MAHA ESA menentukan segalanya..

diriku terpaksa menjauh.. menjauh tanpa rela...

menjauh dengan terpaksa kerna tak kuat berdua..

tak kuat seperti siti sarah...

tak kuat seperti ibu Nabi Ismail A.S namun....

yang lalu tak kan ku lupa...

yang lepas tak akn kukuburi..

pengorbnanmu amat ku kagumi wlupun tak mampu tanpamu..

tapi...

hati baru tak akan membatasi diriku dirimu hati bru memahami kita berdua.. kita tak jauh walau milik orang lain.. salam pengorbanan untuk kita semua.. mungkin rahmat dan hikmah bakal mengunjungi kita... salam terima kasih atas segalanya.. atas jasamu yang menjgaku selama ini... hnya Allah yang mampu membalasnya.. ku doakan dirimu Mohd Shahril berbahagia dengan Kak Za dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T... Moga ukhwah ini terus utuh selamanya...