Thursday, February 15, 2007

Menghayati kebesaran Allah di Bukit Thursina


"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan mukjizat yang nyata." (surah hud:96)

"Dan ingatlah ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu(sembahanmu)sepeninggalannya dan kamu adalah orang yang zalim." (surah al-baqarah:51)

Mahasuci Allah yang menjadikan dan menciptakan sesuatu ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan supaya manusia berfikir akan kebesaran dan kekuasaan Allah Taala..berdasarkan ayat al quran yang dinyatakan diatas tadi kita dapat mengerti akan diutusnya nabi Allah dan rasulNya kepada manusia..Maka diutusnya Nabi Allah Musa a.s kepada bani Israel bagi membetulkan dan memberi keyakinan kepada umat Israel supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah dan beriman dengan nabi Musa a.s.tetapi sebaliknya telah berlaku.Kepada Allah kita berserah diri dan bertawakal agar tetap iman dan islam kita kekal hingga kita dijemput oleh Allah Taala.

Begitulah yang telah dinyatakan Allah di dalam kitab sucinya bagi memberitahu umat Muhammad akan kisah umat yang terdahulu dari mereka..jika kita melihat dan menghayati akan perjuangan Nabi Musa a.s dengan bermunajat kepada Allah s.w.t dengan mendaki bukit Tursina semata-semata untuk mendekat diri kepada Allah dan baginda sanggup meninggalkan umatnya bersama dengan saudara baginda iaitu Nabi Harun a.s..jika kita melihat tempat ibadah Nabi Musa a.s terasa dan terdetik didalam benak hati kita akan rasa syahdu dan rasa insaf dalam diri, bagaimana seorang nabi yang mulia merendahkan diri kepada TuhanNya ditempat sebegitu..begitulah apabila perasaan cinta dan kasih serta sayang kepada Allah melebihi daripada segalanya..

Menyusuri akan erti pengorbanan dan perjuangan Nabi Musa a.s serta saudara baginda iaitu Nabi Harun a.s yang bersama-sama menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi bagi membenarkan akan apa yang Allah utuskan..tetapi sejuah manakah erti pengorbanan baginda berdua dihayati umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya..jika kita melihat betapa ramai yang mendaki Bukit Tursina sama ada berseorangan mahupun berkumpulan dengan perit jerih kepayahan serta keletihan yang amat teruja yang memberi impak yang besar pada tubuh badan seseorang semata-mata ingin mendaki dan menikmati akan kecantikan dan indahnya tatkala naiknya matahari diwaktu dinihari..tetapi sedarkah kita akan berapa ramai yang menyandarkan kecantikan dan keindahan ciptaan Allah itu kepada penciptaNya..mengapa tidak terbit didalam bibir mereka akan kalimah Allah..bukankah ia mudah..hanya 'SUBHANALLAH'sudah dikira memadai hanya dengan sebutan yang sedikit itu..ia dapat membersihkan hati dan menyucikan jiwa agar dekat lagi kepada TuhanNya...

Ramai dikalangan kita bersorak gembira dan berasa takjub tatkala keindahan itu teserlah..tiada langsung sandaran dan berasa syukur pada TuhanNya..dengan berteriak,bertepuk tangan sepertimana mereka dari golongan bukan Islam bersorak dan ada yang seolah menyembah matahari itu..oleh itu apakah niat tujuan asal kita mendaki bukit Tursina itu..adakah hanya untuk menikmati dan mengejar disaat waktu naiknya matahari atau untuk ingin digelar orang yang pertama sampai kepuncaknya dan adakah yang terakhir itu dipandang lekeh dan di biar sepi..begitulah senario yang dapat dilihat sepanjang pendakian ke bukit Tursina..pelbagai gelagat yang dapat dilihat...berapa ramaikah yang mengerti dan menghayati kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s..satu muhasabah bagi diri ini...adakah hanya sekadar mendaki seterusnya menanti akan terbitnya matahari sejurus selepas itu bergambar dari pelbagai sudut untuk di ambil sebagai kenangan-kenangan apabila pulang nanti bagi membuktikan kewujudan dan keberadaan kita di tempat yang suci dan mulia ini..???bersama kita memikirkan akan tindakan yang perlu di lakukan ke atas diri kita selaku pendukung agama Allah di muka bumi ini...kepada Allah kita berharap agar menjadi seperti ulama-ulama dan pejuang terdahulu yang berjuang dan bergerak ikhlas kerana Allah s.w.t tanpa menginginkan apa jua ganjaran dan kedudukan..semua itu ikhlas kerana mereka kasih akan Allah melebihi segalannya..

Berbahagialah bagi siapa yang dipilih Allah untuk menjadi kekasihNya didunia mahupun diakhirat..bersama menanamkan dalam diri sifat kasih serta sayang kepada Allah...

No comments: