Monday, May 28, 2007

Tajul Muluk ( 1 )

Rahsia Pada Bentuk Bibir Wanita

Wanita yang punya bibir segar dan kemerahan kesihatannya baik, pandai menjaga tubuh,bersifat periang dan fikiran terbuka, senang bergaul dengan sesiapa sahaja, manja dan penuh ghairah, ingin dibelai, biasanya merangsangkan.

Wanita yang bibirnya selalu terbuka amat kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.

Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.

Wanita yang bibirnya biru kata-katanya tidak dapat dipercayai, sering ingkar, tidak bertanggungjawab, cerewet dan selalu mahu bertengkar.

Wanita yang bibirnya nipis banyak cakap, suka bercakap ikut suka, membuat sesuatu perkara tanpa berfikir, degil, pandai merayu, kata-katanya menawan, pandai berpura, nafsu syahwatnya cukup besar, yakin kepada diri sendiri.

Wanita yang bibirnya kecil molek itu punya gaya lincah mempesona, bersifat keanakan, manja, selalu minta dibelai dan dilindungi, kalau tidak dapat yang dipinta, selalu buat kerenah, selalu bergantung, pendirian tidak tetap, was-was, mudah tergoda, boleh jadi ibu yang baik, sangat cerewet, nafsu syahwatnya cukup besar tetapi jarang puas, sikapnya terbuka.


Rahsia Pada Corak Biji Mata Hitam


Mungkin kita tidak sedar bahawa biji mata hitam wanita itu berbeza coraknya. Terdapat tiga corak kesemuanya iaitu Corak Sungai, Corak Bunga dan Corak Permata. Ada juga insan yang punya corak mata kombinasi dari tiga corak ini tapi jarang ditemui. Jika kita punyai corak mata tertentu, kita biasanya suka mencari pasangan yang lain corak matanya, tanpa kita sedari.

Biji mata hitam Corak Sungai itu bagaikan sungai yang mengalir ke arah luar dari tengah biji mata dalam keadaan berbaris-baris yang tersusun. Ianya dipunyai oleh wanita yang pendiam, yang suka menjauhkan diri dan sensitif. Wanita seperti ini akan dapat merasakan perubahan cuaca, atau perubahan dalam dirinya dan juga sensitif terhadap perasaan orang lain. Wanita seperti ini mudah tersinggung dan sukar berbohong kepadanya kerana dia boleh merasakan sejauh mana kebenarannya. Derianya yang paling tajam ialah sentuhan.

Biji mata hitam Corak Bunga pula adalah cantik sebagaimana kelopak-kelopak bunga mengelilingi tengah biji mata. lanya dipunyai oleh wanita yang mudah meluahkan kehendak emosinya. Dia akan cepat bertindak tanpa menunggu disuruh. Dia biasanya sensitif terhadap rupa sesuatu benda dan merasa tidak selesa apablia bekerja dalam suasana yang tidak menyenangkan penglihatannya. Derianya yang paling tajam ialah penglihatan.

Biji mata hitam Corak Permata pula seperti bintik-bintik warna yang gelap diletakkan di atas dulang baldu. la dipunyai oleh wanita yang suka bersendirian serta intelek. Dia akan bergantung kepada logik dan paling selesa bila dapat menapis idea-idea dalam fikirannya. Dia kelihatan tenang dan pendiam kerana dia merasa sukar untuk meluahkan emosinya. Dia juga mungkin akan menolak rasa hatinya. Derianya yang paling tajam ialah terhadap bunyi. Dia mungkin merasa terganggu oleh bunyi bising tapi selesa dengan bunyi yang perlahan. Bila dia belajar, dia mudah ingat hasil dari pendengaran.


3 comments:

Anonymous said...

Soalan: Adakah Kitab Tajul Muluk boleh dipelajari isi kandungannya?

Jawapan:

Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya”.

Oleh itu saudara hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri saudara di dunia dan di akhirat..

Unknown said...

soalan: dimana saya boleh dapatkan kitab tajul Muluk ini?

Anonymous said...

Hairan betul, tgk latar belakang kamu ni berpendidikan agama tapi nape dok sebarkan ajaran sesat lagi syirik ni