Tuesday, September 4, 2007

Munafik Moden

Salam ukhuwah kerana Allah...

Munafik Moden

Semalam banyak mengajar akanku erti kesabaran dan ketabahan...kerap kali di uji dan terus di uji...sewaktu ujian menahan makan dan minum serta pancaindera yang lain sedang giat di usahakan namun tanpa di sangka ujian yang lebih berat datang berkunjung sewaktu ibadah separuh hari sudah berlalu...

Bertemu dan berhadapan munafik moden ala-ala samseng yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh...kesemua tindak tanduk serta sikap berlandaskan nafsu dan hati yang busuk yang tidak mencerminkan sifat-sifat seorang mukminah, wanita soleha yang di dambakan.

Apabila setiap perbuatan, kata-kata serta penampilan tidak mengikhlaskan niat kerana Allah di dalam setiap perbuatan serta kelakuannya maka penyakit hati akan mengambil alih lalu terhasillah perkara keji yang terbit dari hati yang tidak sihat.Antaranya adalah sifat hasad dan dengki terhadap orang lain hatta sesama saudara...perasaan benci dan sakit hati akan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain menyebabkan timbulnya perasaan tidak senang dalam diri pantas dari keadaan itu perasaan dengki dengan berniat untuk menjatuhkan orang lain dengan apa cara sekalipun akan diusahakan biarpun usaha itu bertentangan dengan adab-adab seorang muslimah yang soleha, menyalahi adab, kesemuanya di tolak tepi.

Ilmu agama dan hidayah daripada Allah adalah suatu perkara yang amat di impikan oleh setiap insan..ini kerana ada ilmu tapi tidak memperoleh hidayah dari Allah adalah amat menyakitkan...hidup tidak terasa aman dan tenang, ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang tidak mencukupi...ada ilmu tidak di amalkan pun sukar untuk di bayangkan..ilmu lama kelamaan akan hilang jika tidak di amalkan ikhlas kerana Allah...begitulah jua hati..perlu di belai dan di tarbiyah agar tetap segar dan kental, agar iman senantiasa di dalam rahmatNya serta taqwa kepada PenciptaNya semakin bertambah...

Entahlah berhadapan dengan manusia yang hatinya busuk, mempunyai sifat dengki tahap iblis yang tidak mengenal hukum dan adab, mempunyai sifat-sifat manusia yang tergolong di dalam golongan munafik tegar...berlakon di hadapan manusia...berkata manis dan indah, bersuara tinggi dengan orang yang selayaknya untuk dihormati, memburukkan suami tatkala suami tiada, memburukkan keluarga suami dengan menaburkan segala fitnah bagi mencari keuntungan diri...adakah layak seorang wanita merangkap isteri kepada seorang suami bersifat demikian...mengaburi mata suami dengan kata-kata manis serta menangis dengan bertujuan berlakon bagi menyelamatkan kesalahan dan kepekongan dalam diri...sukar untuk dimengerti masih ada lagi insan seperti ini...

Mencari dan terus mencari formula untuk berhadapan makhluk munafik zaman moden...akan ada hati-hati yang terguris lalu bergoyang dan gegarlah Arasy Allah yang mulia....

Kepada Allah aku berlindung dan berserah diri, mudah-mudahan di lindungi dari segala sifat-sifat penyakit hati yang mengikis amalan sehari-hari..

No comments: