Tuesday, June 12, 2007

Hadis Qudsi ( 6 )

Firman Allah S.W.T di dalam hadis QudsinYa :

"Tidaklah Kujadikan kamu, wahai manusia, untuk membanyakkan yang sedikit, dan bukan pula untuk bersuka-suka untuk menghilangkan kesunyian , serta bukan untuk menjadi pembantuKu untuk melakukan sesuatu yang Aku lemah melakukannya, bukan pula untuk sesuatu manfaat atau untuk menghindar daripada mudarat."

"Akan tetapi Kujadikan kamu adalah untuk mengabdi kepadaKu berpanjangan, supaya kamu bersyukur kepadaKu banyak-banyak, dan supaya kamu bertasbih kepadaKu pagi dan petang."

"Wahai sekalian manusia, seandainya semua kamu , daripada yang mula-mula hingga ke penghabisan, dari bangsa manusia dan bangsa jin, kecil dan besar, merdeka dan yang abdi saling tolong menolong dan bersama-sama mentaati Aku, maka yang demikian tidak sampai menambah sebiji zarrah pun ke dalam kerajaanKu. Sesiapa yang berjihad, sebenarnya ia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada seluruh alam."

"Wahai manusia, sama sahaja iaitu jika engkau menyakiti , maka engkau pun akan disakiti.Apa yang engkau lakukan, maka hal sama jugalah yang akan dilakukan terhadapmu."

1 comment:

Anonymous said...

Salam A'laikum
harap anta sihat sejahtera selalu...erm artikel anta menarik..selalu ker online...jadi ana nak berkenalan ngan anta...panggil ana amar..ana nak tanya banyak benda kat anta...so ni email ana harap satu hari nanti kita boleh sembang ibnushams_dq@yahoo.com or ibnushams_dq@hotmail.com
jumpa lagi...Wassalam