Sunday, December 2, 2007

.:: Selamat Hari Lahir ::.

Ucapan Selamat Hari Lahir ke-25 buat permata bagi hati

Mudah-mudahan dengan sifat kasih dan sayang Allah kepada para hambanya yang tiada pernah jemu dan bosan, yang senantiasa bersifat Maha Penyayang kepada keseluruhan makhlukNya yang teramat banyak bilangannya memberikan dirimu rasa taat dan syukur dan mudah-mudahan jua bertambah iman dan keyakinan kita kepadanNya...

Di kesempatan ini jua, daku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran dan kekasaran yang telah daku pamerkan semenjak ukhuwah dan persahabatan ini terjalin hinggalah ke saat ini..

Ternyata daku amat lemah dan senantiasa didalam kekurangan, sesuai dengan hina dan dhaifnya aku sebagai rakan jua temanmu yang biasa...tiada terbandingnya aku denganmu serta rakan-rakanmu...daku hanya budak kampung, berpendidikan sederhana dan tahap pemikiranku jua rendah..daku tidak sehebatmu...berjaya meneruskan pengajian di Universiti Tertua di dunia...daku hanya orang kampung..

Sesungguhnya daku sedar akan hakikat dan realiti ini...tiada istimewanya aku...daku yang hanya penuh karenah dan perangai yang membosankan...yang menyebabkan dikau berasa jemu dan hilang sabar terhadapku...

Entah mengapa semenjak dua menjak ini daku tidak tentu arah...hatiku mudah rajuk...fikiranku buntu dan bantut..tidak pula aku paham dan jelas akan perubahan dari dalam diriku...seolah-olah aku terlalu manja dan ingin dipenuhi setiap kesemua permintaanku...

Sesungguhnya aku sedar akan hakikat bahawa dirimu jua ada perasaan dan hati yang ingin dibelai dan di manja, dipelihara dan di sayangi...ku tahu akan hakikat itu..namun daku gagal penuhi keinginanmu itu...dan tidaklah aku ketahui sehingga bilakah dirimu akan dapat bersabar dengan kelakuan dan karenahku yang pelbagai ini...

Perjalanan dan perjuangan ini masih jauh lagi untuk kita tempuhi...kita yang berjauhan, kita yang di pisahkan antara benua dan masa...mampukah kita bertahan?...

Kepada Allah daku berharap dan berserah....mudah-mudahan tetap dan istiqamah didalam medan juangmu yang mulia...menuntut ilmuNya yang mulia..jauh di perantauan dan keluarga bagi mendapatkan sebutir ilmu yang berharga dan bernilai lalu akhirnya terhasillah sijil dan segulung ijazah tanda bukti kegigihan dan kesungguhanmu selama ini...

Selamat Hari Lahir yang ke-25 buat permata bagi hati Ustazah Siti Zainab Binti Abdul Razak,tahun akhir Universiti Al Azhar ( Alexendaria ) Mesir..moga panjang umur, di murahkan rezki dan bertambah iman dan cintanya serta dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi...amin...

Ikhlas dari :

Insan Hina dan Dhaif di sisi TuhanNya

-assubky attontowi-


3 comments:

Anonymous said...

salam...
hurmmm...i know dat's name belong's to..ehem..ehem..my ahlibet nie...
wat nasik minyak jemput yerr...

Anonymous said...

Ya syeikh..

Di antara ajnabi tidak kira azhari atau tidak, benua mana tidak perlu kepada dimanjai/disayangi selagi akad belum termetri.

Peliharalah hati dalam mengenal Allah.

Berhati-hati dengan ujian wanita, gerakkan semua jasad dan ruhMu untuk Allah,

Us. SaifulIslam ada menulis tentang isu rumahtangga ini dalam entrinya yg terbaru.

Azhariyyun-azhariyun yg masih di Mesir, perkasakan diri kalian! Hidupkan jiwa dengan ruh yang sejahtera.

Allahu'alam

Anonymous said...

SALAM...

Subhanallah...terpana oleh komentar yg dilontarkan oleh saudara ALQASAM ini....'BERBISA' tp BENAR dan tiada yg lain melainkan yg BENAR....Gerun diri ini membaca komentar tersebut.walaupn diri ini bknlah lulusan azahari atau mana2 lulusan agama lain, hnyalah insan dari lulusan sekular, tp diri ini takut akn dosa yg terkadang tertutup oleh syaitan dan nafsu kerana merasakan keindahan dosa itu sndiri yg hakikatnya duri yg membawa padah...wallahu'alam...