Thursday, June 28, 2007

Cara-Cara Memelihara Diri Dari Gangguan Jin Dan Syaitan

PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM DAN SIHIR

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua..InsyaAllah bermula selepas artikel ini akan ana cuba untuk ketengahkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan-perubatan Islam baik yang melibatkan dengan permasalahan gangguan mahupun tips-tips bagi mengelakkan gangguan.Mudah-mudahan dengan apa yang akan di perkatakan nanti dapat kita memanfaatkan demi kepetingan bersama, dan percayalah dengan sesungguhnya hanya Allah yang mampu mengubah segala sesuatu dengan izinNya..kepada Allah kita berserah dan berharap...amin...

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri kita dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa kita.Ia boleh menyerang kita. Haruslah kita ketahui cara memagari diri kita dari sihir dan gangguan syaitan.Selayaknya bagi kita sebagai penuntut agama supaya senantiasa bersiap sedia dan mempunyai bekalan yang cukup dan bersedia andaikata berlakunya gangguan baik kepada diri kita mahupun orang lain.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya kita tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al Bukhari.)


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:

''Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya."
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:

Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).


Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
( Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah perlunya kita berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).


Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian saja untuk kali ini..insyaAllah akan ana ketengahkan lagi adab-adab dan cara bagi menangkis gangguan makhluk ini.Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan pertolongan.amin..

InsyaAllah akan ana sertakan jua di keluaran yang lain hal-hal kejadian yang berlaku sepanjang ana berada di bumi Mesir..insyaAllah....

Jam 4 pagi..

Jam 4 pagi...

Mata ini masih lagi tercelik segar..diselangi menguap kecil muqadimah bagi mata untuk segera tidur dan berehat...namun sebelum terlena di pembaringan perlulah solat subuh terdahulu bagi mengelakkan 'Failed solah'...entah mengapa sejak menetap di Mesir ini kerap tidak lena pada waktu malam...justeru selepas subuh menjadi pengganti..satu tabiat yang paling yang tidak aku gemari...tidak sesuai dan bertepatan bagi penuntut ilmu sepertiku ini..tetapi benarlah sepertimana kata-kata Ust Nazar sebelum kepulangan beliau ke tanah air "Seolah-olah menjadi satu tabiat, satu fenomena bagi pelajar-pelajar agama Al Azhar ini sanggup berjaga malam, berjam-jam menghadap komputer tanpa ada had dan batasan"...mungkin hanya segelintir dari warga azhari yang bertindak sedemikian...satu renungan jua buat diri ini...

Pada jam 3.50 pagi...

Pada saat itu telefon bimbitku berbunyi tanda 'missed call' dari sidia...entah tidak ku pasti bagaimanakah dirinya...adakah sudah berputus asa dirinya denganku..jemu..???? atau yang sama waktu dengannya..tidaklah ku ketahui...kasihan beliau..tidak sanggup lagi untuk ku bebani lagi ke atas dirinya dengan pelbagai masaalah lagi..memadailah dengan permasalahan yang sedia ada..mudah-mudahan beliau cukup kuat dan bersemangat tinggi bagi menghadapi peperiksaanya yang berbaki 3 hari lagi...

Azan subuh sedang berkumandang...

Menandakan sudah masuknya waktu bagi menunaikan solat subuh..dan memberi isyarat bagi mata dan badan untuk melabuhkan tirai seminit dua...jari ini masih lagi menekan-nekan 'button' huruf 'keyboard' dan telefon bimbit, berbalas pesanan dengan abang dan akak..bertanyakan sedikit persoalan dan permasalahaan bagi hati..tidak lagi kutemui punca akan permasalahan ku semalam..entahlaaa...kepada Allah daku berserah diri...

Ada yang tidak kena padaku...rindu kepada tanah air, permasalahan-permasalahan dan problema yang tidak berhenti menyerang, keseorangan dan kesepian, tidak tahu kepada siapa untuk kurujuk dan kusandarkan selepas Allah S.W.T..adik beradik dan saudara mara di Malaysia seolah-olah tidak memahami situasiku disini...terkontang kanting aku berjuang bersendirian di tempat orang..sejak berumur 9 tahun aku bersendirian tiada teman...berjuang, menangis , memendam rasa dan keinginan sehinggalah aku berada di sini..

Seolah-olah mereka tidak menyedari akan jerit payah, susah senang , sedih tangis , hilai tawa di negara orang , aku di sini tiada berteman , tiada saudara mara...memahami karenah dan berjuang menghadapi tekanan pelajaran yang teramat , suasana dan situasi...kesemuanya kupikul seorang diri..ku cuba untuk menerangkan kepada sedara mara dan keluarga di Malaysia..namun harapanku hampa...ianya berlalu bak mata air yang berlalu laju...

Akhirnya...

Jika adik beradik dan saudara mara sendiri bukan lagi tempat untuk mengadu dan meluahkan rasa, kepada siapakah lagi patut aku meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati...boleh di katakan aku di dalam tekanan teramat dan perasaanku berselerak...kuurutkan dahi secara perlahan-perlahan bagi memikirkan sesuatu dan menghilangkan sakit yang di rasai...

Jam 4.29 pagi...

Sudah tiba masanya untuk menunaikan solat...mudah-mudahan memperolehi ketenangan..pesanan diterima dari Malaysia..dari akak..ternyata perasaan hampa terdetik dari lubuk hatiku...tidak mengapalah jika adik beradik sendiri tidak mampu untuk memahami perasaan yang timbul dari sudut hatiku sendiri...biarlah...luka semakin parah....tersisih lagi...di sini daku berpendapat sendirian...di manakah kebenarannya "anak bongsu itu manja" sila nyatakan kebenarannya...nyatakanlah hujah-hujah bagi mereka yang berpendapat anak bongsu itu manja?????....

Membawa diri di tempat orang...mencari dan terus mencari..terkial-kial seorang diri...tekanan semakin tinggi...salam kemaafan di pinta lagi....wassalam...

Wednesday, June 27, 2007

Termenung Sendiri

Hari ini 27.07...seolah-olah merasakan kehilangan sesuatu dan seolah-olah rasa jemu menimpa diri..duduk di rumah rasa jemu...kesemuanya ada..apa yang sedang berlaku tidak pula diketahui...letih bermain futsal semalam tidak lagi hilang..lebam di pipi dan kaki masih lagi terasa..terkadang berdenyut-denyut bukan kepalang..tapi tetap cool jer...senyuman tetap terukir..penutup kesedihan dan kekecewaan...

Entah mengapa hati ini merasakan tak kena..dengan permata hati jua daku berasa sesuatu..tapi mungkin dia tidak menyedarinya..aku sendiri tidak berhajat ingin memberitahunya...biarlah dia aman dan tenang menghadapi imtihannya yang berbaki...biar dia senyum-senyum dan ceria selalu..

Di benak hati ini pelbagai permasalahan yang berlaku..terguris, berkecil hati , rasa disisih , semuanya timbul...tapi banyak yang kupendam...namun aku tetap tersenyum riang..tidak kuzahirkan dan kuluahkan...aku sudah mula menyendiri seorang diri...sudah jarang untuk berbual dengan manusia..lebih gemar bersendirian..tidak tahu mengapa...tapi memang begitulah sifatku dahulu...suka menyendiri..memendam hati..dan akhirnya membawa diri...

Sifat itu berubah sedikit demi sedikit tapi tampak kembali seperti dahulu...apa yang dapat dipastikan hanyalah tunggu dan lihat..semua itu sudah ada di dalam ketetapan Allah S.W.T...

Ehmm..

Tidak tahu mengapa..hati ini bagaikan kosong..tiada sesiapa disisi..mungkinkah aku terlalu manja...adakah teori ana bongsu itu manja..seperti kata-kata yang dilafazkan semalam oleh sahabatku Cik Syazana @ cik nana...gara-gara berkecil hati denganku diatas pertanyaan beliau mengenai kejadian pembunuhan yang berlaku baru-baru ini yang pada fikiran beliau aku tidak menjawab dengan baik sepertimana yang beliau inginkan, lalu kata-kata kekesalan terpancar dari mulut beliau "anak bongsu memang manja..sebabtulah mudah terasa dan berkecil hati"..aku tidak dapat menerima tanggapan seperti itu..padaku baik bongsu..uda...along semua sama..tiada apa yang lebih...entahlaaa...pendapat manusia tidak dapat kita kekang..yang ada hanya redha dan sabar..terima dan cuba mengubahnya...

Selapas kejadian di antara cik nana denganku...aku banyak berfikir panjang..termenung..seolah-seolah ada yang tak kena...pada hari ini pula terasa bersendirian..tidak seperti biasa...ingin berbual dan bersembang dengan seseorang terasa hambar...entahlaa...kurasa pada saat itu tidak boleh untuk aku bersendirian..rasa ingin berteman dan perlunya si dia menemani diri ini..namun apakan daya beliau jua turut mempunyai tanggungjawab yang perlu beliau utamakan terlebih dahulu...tidak mengapalah...

Mungkin aku perlu mengambil angin baru...senario baru...berada di rumah Johor menjadi destinasiku..tersenyum dan ceria tatkala bersama-sama dan bertemu dengan sahabat-sahabat di sini..sedikit pengubat luka dan kekecewaan...namun ia tetap tidak merubah sesuatupun..

Ku berdoa kepada Allah agar aku tetap kuat dan tidak mudah merasa jemu dan putus asa..adakah selayaknya untuk aku bersendirian seperti dahulu???...berundur seketika...membawa hati dan jiwa yang layu dan pilu...

Salam perkhabaran dan kemaafan buat semua...

Rindu Semakin Jauh...

Thursday, June 21, 2007

Berfikir sejenak ( murtad berlaku di kg sendiri )


Daku berfikir sejenak...mengenang sesuatu yang berlaku dan yang akan berlaku...

5 hari sudah berlalu..imtihan alhamdulillah berjaya ditempuhi, diharungi dan di pikul..susah penat dan lelah sepanjang sebulan perjalanan imtihan banyak memberi pengajaran dan iktibar...Cuti panjang selama 3 bulan kembali menemui penuntut-penuntut Al Azhar...terpulang dan terserah kepada individu untuk menentukan dan mengatur jadual bagi mengisi masa cuti panjang kali ini...samada berangkat pulang ke tanah air bertemu sahabat handai mahupun menziarahi negara-negara Islam yang lain atau menunaikan ibadah umrah.

Riuh rendah , hingar bingar akan keberangkatan pulang sahabat-sahabat yang ingin pulang ke tanah air bisa membuat diri ini tergugat, namun tidaklah sekuat mana, bak angin lalu yang nyaman lalu pergi...terkenang seketika akan keluarga dan sahabat handai di kampung, entah kapan akan bisa pulang dan bersama-sama mereka sepertimana waktu dahulu.Apa yang pasti akan tiba hari itu..InsyaAllah dengan izinNya..

Berita yang kurang enak telah dikhabarkan kepadaku mengenai permasalahan yang terjadi di kampung..kisah dan fenomena yang sebelum ini hanyaku dengar dan kubaca kali ini benar-benar terjadi terhadap jiran dan sahabatku sendiri..kerana terlalu mencintai dan menyayangi si DIA sanggup membelakangi keputusan keluarga, menghancurkan masa depan sendiri, meninggalkan keluarga dan adik-adik terkontang kanting menempuh kehidupan mendatang, sistem keluarga yang hara huru ( istilah Ust Ismail Kamus)..bermula penceraian kedua ibu bapa merebak kepada anak-anak yang tidak terurus...terbiar lalu timbul pelbagai masaalah yang tidak di duga...

Ku berfikir lagi...

Hanya kerana DIA sahabatku itu sanggup menukar agamanya yang mulia..Islam yang tercinta kepada agama Nasrani semata-mata kerana kasih dan sayang jua cintanya yang tersasar...mengucap panjang aku kali ini mendengar berita yang baru kuterima dari abangku merangkap Imam di kampung....dimanakah silapnya..kemanakah perginya sahabatku yang dahulu..yang dahulunya soleha..baik..lemah lembut..ayah sebagai pengikut Ashaari Muhammad biarpun sudah bercerai..ada didikan Islam sedikit disitu...tetapi entah mengapa seolah-olah Islamnya dicampak tepi...gara-gara jejaka dari Sabah yang putih melepak tu sanggup beliau meninggalkan agamanya kerana cinta...mengapa adanya segelintir orang Sabah gemar berbuat onar di tempat orang..geram...sedih semua ada...

Pernikahan antara keduanya dibatalkan pada saat-saat akhir, beberapa minit sebelum pernikahan berlangsung...berjanji dengan kata-kata manis...memeluk Islam hanya kerana ingin memiliki wanita...sungguh keji jejaka Sabah ini...mujur jauh..jika bukan kerana aku yang berada ditempat orang lama sudah kepala beliau berpisah dari badan...agama tidak boleh diperlekeh dan dipermain-mainkan seperti sampah...Islam adalah yang tertinggi dan mulia...kerana Islamlah kita menjadi insan yang berakhlak mulia dan berpengetahuan...

Ya Allah entah bagaimana harus kulakukan...kasihan, geram kesemuanya ada..adakah sudah menjadi satu kebiasaan bagi remaja-remaja Islam kita hari ini menukar-nukar agama...hanya kerana cinta dan kasih sanggup mengenepikan kepercayaan dan agamanya...satu koreksi dan muhasabah bagi diri ini...ujian dan cabaran sebelum pulang ketanah air...mudah-mudahan Allah S.W.T kurniakan kekuatan dan kekentalan iman...amin..

Daku berdoa kepada Allah S.W.T supaya sahabatku itu kembali kepada agamanya..kembalilah kepada Allah dan Rasulnya...ucapkanlah kembali kalimah syahadahmu...kasihanilah ahli keluarga dan sahabat handaimu...berpeganglah kepada tali Allah...moga Allah membantu dan mengurniakan hidayah kepadamu dan kepadaku....aminn...

Satu pengharapan yang tinggi..Ya Allah terimalah permohonan ini...

Monday, June 18, 2007

Mengenal Kegadisan Seseorang Wanita

Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara atau tidak adalah melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, Juga boleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu hanya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.Cuba pikir-pikirkan..benar atau tidak adalah milik Allah..hanya sekadar pengalaman dan sedikit pembelajaran denganorang-orang lama dibantu dengan sedikit bacaan dari sumber yang boleh dipercayai...

Kepada Alla kita berserah...

Sunday, June 17, 2007

Adab-adab Wanita Keluar Dari Rumah ( 1 )

Sahabat-sahabat sekalian sesungguhnya Islam telah menetapkan dan menentukan kepada setiap perkara dan perlakuan akan adab-adab dan pantang serta larangan yang semestinya perlu hambaNya mematuhi dan mentaatinya.

Antara adab-adab itu adalah adab-adab bagi seorang wanita yang ingin keluar dan berurusan tatkala berada di luar rumah yang tidak dapat tidak akan mendedahkan individu tersebut kepada pelbagai ancaman yang tidak ia ketahui.

Adab bagi seseorang wanita yang ingin keluar dari rumahnya :

1) Ikhlaskan niat

Wanita yang ingin keluar dari rumah hendaklah ia mengikhlaskan niat kerana Allah dan berniat ingin melakukan perkara-perkara yang baik, sesuai dengan adab-adab yang telah Islam ajarkan.Tidak sekali-kali berniat keluar rumah dengan bertujuan untuk berseronok-seronok dan berfoya-foya, ingin menunjuk-nunjuk akan keperibadian dan kelebihan diri dengan tujuan riak dan sebagainya.

Perlu jua bagi seseorang wanita itu menjaga perilaku dan akhlaknya tatkala berada di luar rumah bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan umpatan bagi orang lain.

2) Memakai pakaian yang elok dan sopan

Memilih pakaian yang sopan dan elok semasa ingin keluar dari rumah adalah amat di galakkan dalam agama kita bagi menjaga dan memelihara wanita tersebut daripada fitnah dan gangguan.Pakaian tersebut hendaklah tidak berlawanan dengan syariat yang telah menetapkan etika-etika tatkala berada diluar rumah.

3) Memakai tudung

Islam telah memerintahkan kaum wanita untuk memakai tudung dan sama sekali melarang wanita-wanita mendedahkan rambut mereka dari pandangan ajnabi dan orang kebanyakan.Apatahlagi jika wanita itu ingin keluar dari rumah, maka di larang sama sekali bagi wanita-wanita Islam yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman kepada Tuhannya mendedahkan dan menzahirkan rambut mereka itu dengan sewenang-wenangnya.

Maka pada hari ini betapa ramai dari kalangan remaja-remaja Islam kita yang terlepas pandang akan kewajiban mereka di dalam memelihara mahkota iman mereka selain dari mempertahankn mahkota kewanitaan mereka.

Adakah iman dan Islam itu hanya digunakan sewaktu ibadah semata seperti nikah kahwin, kematian dan urusan agama yang lain, dan adakah memadai dengan hanya solat 5 waktu yang kita dirikan sehari semalam itu dapat memelihara diri kita daripada siksaan api nerakaNya gara-gara mendedahkan aurat mereka kepada orang lain.

Ada jua sesetengah daripada para wanita memakai tudung, tetapi memakai tundung tidak mengikut peraturan dan kaedah-kaedah sepertimana yang telah di gariskan oleh Islam.Tudung yang singkat, nipis dan menampakkan jambul mereka di hadapan adalah satu mazhab pemakaian tundung yang tidak boleh diterima oleh Islam.

4) Pakaian yang tidak terlalu nipis

Pakaian wanita iaitu hendaklah tebal dan tidak sama sekali menampakkan susuk tubuh badan mereka. Menghindari diri daripada memakai pakaian yang nipis yang memperlihatkan susuk tubuh badannya yang cantik itu adalah amat di galakkn oleh Islam dan selalu di pandang berat, supaya mereka memelihara diri mereka daripada melakukan perkara seperti itu .

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Daripada Aisyah R.A berkata :

"Sesungguhnya Asma' Binti Abu Bakar bertemu Nabi S.A.W dan hal keadaan memakai pakaian yang nipis, lalu Nabi S.A.W berpaling darinya dan baginda bersabda:

"Wahai wanita apabila sudah baligh tidak boleh menampakkan daripadanya (tubuh badannya) kecuali ini, Baginda menunjukkan kepada muka dan dua tapak tangan."

(Riwayat Abu Daud)

5) Pakaian tidak terlalu ketat

Pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita semasa keluar daripada rumah ialah pakaian elok dan sopan dengan erti kata yang lain adalah tidak terlalu menampakkan anggota tubuh badan sepertimana remaja wanita Islam kita hari ini.Ini kerana keadaan wanita yang berperilaku yang sedemikian ada disebutkan di dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :

" Dua golongan daripada umatku, aku sama sekali tidak akan melihat kedua-keduanya kelak, satu kaum yang membawa cemeti laksana ekor sapi seraya ia memukul-meukul manusia dengan cemeti itu dan perempuan-prempuan yang berpakaian, telanjang berjalan meliuk-liku kekanan dan kekiri, tergedik-gedik, mereka melampaui batas , mengajak orang lain mengikuti mereka , diatas kepalanya ,rambutnya meninggi bagaikan pundak unta yang bergoyang-goyang kekanan ke kiri.Muka mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak sekelian sekalian."
(Riwayat Muslim)


Wednesday, June 13, 2007

.:: Hati Yang Terdetik Itu ::.



Assalamualaikum...
Imtihan hampir melabuhkan tirainya bagi sesetengah penuntut al azhar..terdetik di dalam hati hilangnya sedikit tekanan yang selama ini dipikul dan dibawa kemana-mana...ringan rasanya..namun masih ada lagi yang sedang berjuang menempuhi saki baki peperangan yang akan berlangsung..termasuk diri ini..satu madah lagi bagi menghabiskan peperiksaan fasal ini..ditengah-tengah kesibukan sahabat-sahabat yang akan pulang ke tanah air bagi memanfaatkan cuti panjang yang akan berkunjung datang...

Diri ini tetap dan masih lagi disini..meneruskan kehidupan di tempat orang bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang masih setia di sini...bersama jua permata bagi hati yang setia menemani tatkala susah dan senang..gembira dan tangis..rajuk dan hilai tawa seterusnya membawa kepada keceriaan dan ketenangan bagi hati...tidak dinafikan akan keberadaan dan kewujudan suatu semangat baru bagi menempuhi onak duri, panas dan mendung di tempat orang...seolah-olah dengan keberadaannya menjadikan diri ini dihargai, disayangi serta timbulnya pelbagai lagi perasaan yang sukar untuk dimengerti...tapi hati dan jiwa itu akhirnya mengerti..namun ia tetap jua berhati-hati agar perasaan dan jalinan yang terjalin itu tidak dicemari dan disertai kepada kemurkaan TuhanNya...agar tetap sejahtera dan diberkatiNya nanti...

Namun tanpaku sedari dan tidak dapat kunafikan akan keinginan jua kehendak untuk menatap wajah-wajah yang tersayang di tanah air...bersama-sama mereka sepertimana waktu dahulu...bergurau senda bersama dengan tentera kecil yang semakin membersar dengan riang dan gembiranya..entah bilakah dan kapannya dapat aku bersama-sama dengan mereka...kebarangkalian ada di antara mereka yang tidak lagi mengingati wajah 'Pok Su' mereka ini..apa tidaknya hampir 2 tahun lamanya daku meninggalkan mereka..entah mereka masih ingat dan kenal lagi akan suaraku ini...suatu persoalan dan jawapan yang tidak pasti...

Alhamdulillah..perasaan untuk kembali ketanah air dengan segera tidak lagi sehebat dan semekar 2 bulan yang lalu...perjuangan perlu aku teruskan..memanfaatkan peluang dan berusaha menunaikan harapan keluarga..yang tidak lain menginginkan daku pulang dengan membawa kejayaan bersama-sama iman dan akhlak yang mulia di samping ilmu yang tersedia..tidak dinafikan jua bertahannya aku disini adalah kerana adanya teman-teman disisi dan permata bagi hati, menambah lagi kekuatan dan semangat untuk diri ini berjuang sehingga ke akhirnya...mudah-mudahan sokongan dan bantuan dari sahabat-sahabat apatahlagi kalam-kalam dari permata hatinya akan terus berkekalan dan berpanjangan tanpa ada rasa jemu dan bosan..moga kekuatan di kurniakan kepada kami semua bagi meneruskan perjuangan disini yang sering berjauhan dengan ahli keluarga yang tercinta..Rindu semakin jauh....namun tetap bertakhta di hati...

Mudah-mudahan dengan cuti yang akan berkunjung tiba ini membuahkan semangat dan usaha yang baru..kehidupan mendatang yang semestinya menjanjikan pelbagai karenah dan ragam..namun hidup perlu diteruskan..selamat bercuti dan selamat jalan buat sahabat-sahabat yang akan berangkat pulang ke tanah air Malaysia tercinta..mudah-mudahan perjalanan anda diberkati dan dilindungi...amin...

Tuesday, June 12, 2007

Hadis Qudsi ( 6 )

Firman Allah S.W.T di dalam hadis QudsinYa :

"Tidaklah Kujadikan kamu, wahai manusia, untuk membanyakkan yang sedikit, dan bukan pula untuk bersuka-suka untuk menghilangkan kesunyian , serta bukan untuk menjadi pembantuKu untuk melakukan sesuatu yang Aku lemah melakukannya, bukan pula untuk sesuatu manfaat atau untuk menghindar daripada mudarat."

"Akan tetapi Kujadikan kamu adalah untuk mengabdi kepadaKu berpanjangan, supaya kamu bersyukur kepadaKu banyak-banyak, dan supaya kamu bertasbih kepadaKu pagi dan petang."

"Wahai sekalian manusia, seandainya semua kamu , daripada yang mula-mula hingga ke penghabisan, dari bangsa manusia dan bangsa jin, kecil dan besar, merdeka dan yang abdi saling tolong menolong dan bersama-sama mentaati Aku, maka yang demikian tidak sampai menambah sebiji zarrah pun ke dalam kerajaanKu. Sesiapa yang berjihad, sebenarnya ia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada seluruh alam."

"Wahai manusia, sama sahaja iaitu jika engkau menyakiti , maka engkau pun akan disakiti.Apa yang engkau lakukan, maka hal sama jugalah yang akan dilakukan terhadapmu."

Tuesday, June 5, 2007

Renungan buat diri

Buat renungan bersama..............

*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.

*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pint berkat).

*Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

*Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

*Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

*Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

*Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

*Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

*Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

*Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

*Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

*Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

*Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

*Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.

*Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

*Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau
menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila
dibelanjakan.**

Berfikir sejenak

assalamualaikum kalam pembuka kata...

Indahnya bertemu dan berpisah kerana Allah..

Imtihan masih lagi berlangsung..lama sudah rasanya tidak ber'posting' dalam blog sendiri..hanya sekadar menjenguk-jenguk sahaja..keadaan fizikal sendiri tidak mengizinkan daku untuk berlabuh terlalu lama dihadapan monitor, tidak sehebat dan segagah seperti waktu dulu..pergerakanku terbatas ..tubuhku lemah dan lesu..hatiku layu dan cemas..akan siapakah yang mampu serta sudi bersama-sama denganku tatkala diriku berada di dalam kekurangan dan kesusahan...

Satu kenyataan...

Harus aku terima akan kebenaran dan hakikat..realiti yang sewajarnya aku telan dan redha...perlunya aku tahu akan kedudukan dan status diriku ini..aku yang hanya layak untuk insan kebanyakan..tidak mampu menandingi mereka-mereka yang mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi..serta ilmu yang tidak kurang hebatnya...apa yang ku mampu lakukan hanyalah dengan senyuman dan tawa riang yang dapat di zahirkan...kenyataan yang harus ku tahu bahawa dia bukan dicipta untukku...hakikat yang mesti aku terima..adakah aku harus melupakannya..?kepada Allah daku berserah diri dan meminta tolong...

Hari-hari itu...

Kelmarin, semalam dan hari ini...satu pengajaran dan iktibar telah ku perolehi...terkadang tampak indah dan menawan...menyuburkan hati dan jiwa..terangsang minda dan imannya...kata-kata semangat dan dorongan tanpa jemu berjaya mengisi kesunyian dan kekosongan yang selama ini sememangnya mencari akan siapa yang mampu untuk membangkitkan semangat yang telah hilang itu...akhirnya ada insan yang mampu dan beroleh kejayaan menghidupkan hati yang telah mati itu...alhamdulillah...

Namun...

Apabila hati dan jiwa itu berasa sungguh-sungguh dikasihi, disayangi dan dihargai..keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar lalu terserlah senyuman dan hilai tawa yang selama ini tercicir di tepi jalan...namun...pada hari ini seolah-olah kenikmatan dan kegembiraan itu dicuri dan dicabut dengan paksaaan..tanpa kerelaan...terdiam seketika perasaannya itu..baru ia sedari, dirinya tersasar lagi...terlalu jauh hatinya pergi...sehingga melampaui realiti kehidupannya...hatinya kembali bersugul kaku dan layu...entah mengapa terdetik di hati perasaanya akan perginya nikmat perasaan-perasaan pada hari-hari yang berlalu..perginya sifat manja dan kasih..merasakan dirinya tidak lagi dihargai seperti dulu...

Termenung dirinya seketika...

Benarkah apa yang ia sedang hadapi detik ini...setelah dirinya kehilangan teman-teman setia yang pergi membawa hala tuju masing-masing..ia berhadapan lagi dengan permasalahan hatinya..namun ia pasrah dan redha..perjuangan harus diteruskan...tidak mampu untuk ia memelihara hati insan-insan di sekelilingya..akhirnya hati itu memohon maaf di atas keterlanjuran dan kekurangan yang ia telah lakukan...biarlah hati itu membawa dan membelai hatinya sendiri...tidak terdaya lagi bagi hati itu membiarkan akan adanya insan-insan yang bersusah payah kerananya...ingin hati itu melihat insan-insan itu tertawa riang dan bergembira dengan kehidupan mereka tanpa memikirkan dan bersusah payah untuk hatinya...satu pertanyaan dalam diri yang tidak mampu untuk di rungkai...

Akhirnya...

Hati itu akan meninggalkan kenangan-kenanganya yang telah lalu...mudah-mudahan insan itu kembali ceria dan tenang seperti dulu...moga Allah merahmati mereka semua...amin...

*Hati itu sedang bersedih dan memuhasabah dirinya...tidak diketahui akan bila sembuhnya...hanya kepada Allah dia berserah diri dan berharap...

-assubky 07-