Friday, March 30, 2007

Meninggalkan Maksiat Yang Zahir

Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian bahawasanya apabila kita melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya kita telah melakukan maksiat dengan menggunakan anggota badan kita yang merupakan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita.Oleh kerana itu ketika kita menggunakan anggota kita untuk melakukan maksiat bermakna kita telah menyalahgunakan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita dan mengkhianati amanah yang telah diberikan.Dan anggota kita adalah rakyat kita jua maka hendaklah kita menjaganya.Sabda Rasulullah S.A.W :


" Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyan tentang pengembalaanya (kepimpinannya)."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar R.A)


Dan ketahuilah kita semua sahabat-sahabat bahawasanya semua anggota kita akan bersaksi di atas segala perbuatan kita di Padang Mahsyar nanti dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang.Anggota kita akan mendedahkan segala rahsia kita di hadapan perhimpunan agung di Padang Mahsyar.Didalam hal ini Allah S.W.T telah berfirman:

"Di hari Kiamat akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).

(Surah An-Nur: 24)

Allah berfirman lagi yang bermaksud :

"Pada hari ini (Hari Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu)."

(Surah Yasin:65)

Maka sahabat-sahabat sekalian jagalah tubuh badan kita dengan baik .Khususnya anggota kita yang tujuh kerana pintu neraka jua tujuh dan telah ditetapkan setiap pintu neraka itu dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu antara anggota badan yang tujuh itu iaitu mata, telinga,lidah, perut kemaluan,tangan dan kaki.

Ana mengajak diri ana dan sahabat-sahabat agar dapat kita merenung dan bermuhasabah diri kita kembali di manakah kita di letakkan.Mudah-mudahan Allah s.w.t membantu kita.amin..

Thursday, March 29, 2007

Meninggalkan Maksiat

Assalamualaikum buat semua..
Alhamdulillah sahabat-sahabat sekalian kerana dengan izin dan bantuan Allah dapatlah kita terus menikmati dan memperolehi nikmat dan pemberianNya yang tidak terhingga dan semestinya tidak dapat kita membayar dan menggantikanya, dan sememangya tidak mampu untuk kita perolehi akan nikmat yang Allah berikan kepada kita itu walaupun kita secara terus menerus melakukan ibadah setiap pagi dan petang tanpa henti namun sudah tentu kita tetap tidak mampu untuk menebus segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Sahabat-sahabat saudara seagamaku semua.Di dalam amalan ibadah seharian kita yang dilakukan tanpa jemu dan bosan, sudah semestinya kita tidak dapat lari daripada segala bentuk dugaan dan cabaran di dalam menunaikan amalan dan amanah yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita.Oleh itu semestinya bagi kita mempersiap siagakan diri kita baik yang zahir apatah lagi yang batin bagi menangkis bentuk-bentuk ujian yang kerap kali menguji iman kita.

Maka ulama-ulama yang terdahulu daripada kita telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk kita menghadapai seterusnya menangkis ujian dan dugaan itu dengan bantuan Allah.InsyaAllah..

Maka telah menukilkan Hujjatul Islam al Imam al Ghazali rahimahullahutaala di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) bagi panduan untuk para penuntut ilmu dan umat Islam semua untuk menangani dan menghadapi ujian dan dugaan ini.Antara ujian dan cubaan itu adalah dosa dan maksiat yang kerap kali di lakukan setiap hari.Al Imam al Ghazali telah memberi panduan kepada umat muslim iaitu bagaimana caranya untuk kita meninggalkan maksiat, baik maksiat yang besar mahupun maksiat yang kecil.

Ketahuilah sahabat-sahabatku yang menuntut ilmu Allah yang Maha Mulia ini bahawasanya agama ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1) Meninggalkan maksiat

2) Mengerjakan taat

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin ( orang-orang yang benar ).Oleh itu Rasulullah s.a.w bersabda :

" Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan ).Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Tuesday, March 27, 2007

Aurat !!Sejauh Mana Keprihatinan Kita???

Larangan Melihat Aurat Wanita Atau Bergabung Dalam Satu Pakaian

Amr bin Abdul Mun'im berkata dari Abu Said Al-Khudri Radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
"Tidak diperbolehkan bagi orang laki-laki melihat aurat laki-laki, dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang laki-laki dengan orang laki-laki lain dalam satu selimut, dan wanita dengan wanita lain dalam satu selimut".
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Imam Nawawi Rahimahullahu mengatakan:

"Dalam hadits tersebut terdapat larangan bagi orang laki-laki melihat aurat laki-laki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Larangan ini sama sekali tidak dapat diganggu gugat".

Selanjutnya Imam Nawawi mengatakan :

"Mengenai sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, 'Dan tidak boleh seorang laki-laki bergabung dengan orang laki-laki lain dalam satu selimut, dan wanita bergabung dengan wanita lain dalam satu selimut."

Ia merupakan larangan yang sifatnya haram apabila diantara keduanya tidak terdapat pemisah. Dan itu menunjukkan larangan penyentuhan aurat bahagian tubuh mana pun, baik laki-laki maupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulama. Banyak orang yang meremehkan masalah itu, di mana mereka banyak yang mandi dalam satu kamar mandi. Oleh itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh lainnya dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh oleh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya.

Dalam hal ini perlulah kita semua ingat, larangan ini juga meliputi tidurnya seorang wanita dengan wanita yang lain dalam satu tempat tidur tanpa busana sehingga mengakibatkan aurat masing-masing dari keduanya tersentuh atau terlihat. Dan hal itu termasuk perbuatan-perbuatan haram.

Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Muslimah bagi wanita Muslimah lainnya adalah dari pusat sampai ke lutut. Sedangkan aurat yang harus ditutup oleh wanita Muslimah dari pandangan wanita non-Muslimah adalah seperti penutupan yang harus dilakukannya terhadap laki-laki yang bukan muhrimnya.

Tetapi ramai wanita Muslimah kita pada hari ini menganggap remeh masalah ini. Sehingga tidak sukar untuk kita melihat salah seorang dari mereka dengan tidak segan-segan membuka auratnya di hadapan temannya baik mereka kerana mempunyai sebab atau pun tidak. dan tidak sukar untuk kita melihat mereka saling bantu membantu mencukur bulu kakinya dan bahkan bulu di kemaluannya.Maaf kerana berkata sedemikian.Tetapi tidak mustahil itu berlaku.Kesemua ini merupakan perbuatan yang jelas dilarang dan melanggar syari'at.

Sewaktu di tanahair soalan seperti ini kerap kali diajukan kepada ana, dan tidak kita nafikan persoalan dan permasalahan ini kerap kali timbul dan berlaku.Bukan sahaja dari kalangan masyarakat awam bahkan dari golongan cendekiawan dan cerdik pandai masih lagi jahil dan tidak mengerti lagi akan hukum hakam yang sebenar.Ada jua wujud dari kalangan muslimah dan akhwat kita yang masih lagi kurang mengetahui dan peka akan permasalahan ini.

Oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian marila kita muhasabah kita semua, sejauh manakah kita mengambil berat akan pripenting dan keutamaan kita menjaga dan memelihara segala apa jua larangan dan suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah.Moga kita dipelihara dan dibantuNya di dalam menghadapi dan mengharungi segala bentuk ujian dan mehnah serta cabaran yang menanti di hadapan...amin...

Monday, March 26, 2007

Sebuah Kajian Mengenai Rambut

1) RAMBUT LURUS

- Bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL

- Kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO

- Bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

- Bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

- Bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT

- Bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG

- Kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

Sebuah Kajian

Sally Beck,seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri. Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan mereka sendiri iaitu:

1. Wanita Gemuk

Lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian kepada penghasilan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.

2. Wanita Bertubuh Sederhana

Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang suka menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai sikap tanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cuba sedaya upaya utk memuaskan perasaan pasangannya.

3.Wanita Kurus

Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.

4. Wanita Berbuah Dada Besar

Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz buah dada yang besar adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan kebebasan di dalam kehidupan.

5. Wanita Berbuah Dada Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbuah dada kecil ialah lelaki yang cenderung kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan yang bernas.

6. Wanita Berpunggung Besar

Lelaki yang memilih wanita berpunggung besar adalah lelaki yang mempunyai gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.

7. Wanita Berbetis Besar

Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suka menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan pasangan dengan baik. Selain itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.

8. Wanita Berbetis Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering berusaha menarik perhatian orang lain.

<::Warkah Khas Buat PENAWAR BAGI HATI::>

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...
Kepada Allah daku berserah dan memohon ampun di atas segala keterlanjuran diri dan dosa-dosa yang telah kulakukan sepanjang masa dan setiap hari...bedebar-debar kurasakan hati ini untuk mencoretkan isi hati dan perasaan..mungkinkah diri ini telah mendapat hukuman dan teguran dari Allah S.W.T yang telah menciptakanku..maka telah berlakulah sebuah kisah penantian dan harapan..tetapi adakah penantian dan harapan itu berlalu dan berakhir dengan begitu mudah bak air sungai mengalir laju dan terus mengalir biarpun kerap kali di halang dan disekat-sekat...begitulah takdir Allah yang telah ditetapkan dan kudrat bagi seorang manusia bernama 'diriku' yang amat terbatas..daku manusia biasa yang sememangya amat-amat memiliki seribu bahkan sebanyaknya butiran pasir dimuka bumi bahkan lebih daripada itu tidak mampu merancang dan menentukan sesuatu perancangan yang disusun atur dengan begitu rapi berakhir seperti mana yang diharapkan...daku tetap lemah dan terus hina disisi TuhanKu jua hina disisi makhluknya...

Bagaimanakah hati ini ingin mejelaskan akan apa yang terpendam...begitu sukar rasanya untuk kita membetulkan sesuatu kesalahan dan kenyataan yang disalah erti..maka sesungghunya seorang insan telah terluka akibat daripada satu bait kata-kata yang telahku lafazkan..mungkinkah persoalan yang kuajukan kepadanya menyebabkan sesuatu perubahan dan berakhirnya sebuah kronologi hubungan ini sepertimana yang dikau nyatakan..apabila kukenangkan soalan dan pertanyaan yang kuajukan menyebabkan berlegar-legarnya dipemikiranmu bahawa daku telah menyatakan keputusanku..persoalan yang berbunyi "adakah kasih dan sayangnya itu boleh di bahagi dua"..sama ada aku dan pemiliknya yang sah ( tidak mengikut istilah syare'i )...abe zaidi..pada perkiraan diri ini seolah-seolah tidak selayaknya kasihnya itu dicurahkan kepadaku yang mana diri ini tidak sepatutnya menerimanya..ini disebabkan kerana dirinya sudah dimiliki..kurasakan tidak enak dan tidak elok jika diri ini berkasih dan pada masa dan waktu yang sama dirimu ada sidia di belakangya..dimanakan rasionalnya hakikat ini...

Begitulah..mungkin benar akan kata-katanya yang menyatakan adakah lafaz yang kunyatakan itu boleh menjadi bahan mainan dan boleh digurau senda???sebenarnya tatkala daku melafazkan kalimah itu sememangya terdetik di dalam hati "tidak sepatutnya aku melakukan sedemikian"..namun kucuba untuk membetulkan keadaan dan membetulkan percakapanku..tetapi ternyata aku gagal..beliau tetap dengan keputusan beliau untuk mengundurkan diri..suatu keputusan diluar jangkaanku...aku tidak terniat sama sekali untuk melafazkan kalimah itu..tetapi apakan daya sensetiviti manusia tidakla kita tahu..dan ianya adalah urusan Tuhanku..

Maka di pagi harinya, pagi waktu Mesir..daku tergerak hati untuk membuka blognya..sangkaan ku betul dan tidak tersalah..dirimu tampak bersungguh-sungguh...sekali lagi daku mengusap muka dan kuurutkan dahi..apa sudah jadi..dirimu meluahkan segala apa yang tersirat sebelum ini...daku tidak mengalirkan air mata kali ini sepertimana biasa..ini mungkin disebabkan kesalahan diriku..itu yang pertama..yang kedua tiadalah erti lagi aku menangis kerana ia tidak akan dapat menarik kembali keputusannya..dan keputusanmu yang ingin menarik diri tidaklah dapat aku kekang..kerana ia merupakan hakmu..aku hormati..dan perlu aku taati...

Secara jujur dan ikhlas ku nyatakan..biarpun ku tahu dirimu akhirnya tersinggung dengan perlakuanku terhadapmu tetapi aku jua tersinggung dengan kata-kata akhirmu di dalam luahan hatimu...adakah dirimu melabelkan aku sebagai lelaki yang pandai berkata-berkata manis..tersentak diri ini apabila membaca isi hatimu..aku tidak sewenangya memberikan kepercayaan dan kasih serta sayang kepada manusia...daku mengerahkan dan mencurahkan segala apa yang ada..memerah keringat..menghentak kesabaran..membelai ketenangan..mencuri perasaan..tetapi ini jua yang ku perolehi..sememangya aku amat-amat teruja dan tersentuh apabila setiap kali aku dilabelkn dengan cubaan untuk memainkan perasaan wanita...kali ini aku merasai tersentuh yang teramat..tidak kunafikan dirimu jua turut tersentuh akan kata-kataku dan perbuatanku...apakan daya, selayaknya aku menerima gelaran itu...gelaran dari insan yang pernah aku kasihi.."nape?...nk mainkn perasaan ena ?.....nape perlu bt cmtu"...kepada Allah yang memiliki hati, cinta dan perasaan daku berserah diri...

Benarlah kata-kata ulama tasauf..terlalu banyak ingin kutuliskan...tetapi tidak mengapalah biarlah mutiara-mutiara kata dari tuan guru-tuan guruku itu kusimpan dan jadikan panduan..kata-kata mereka semua ada kebenarannya..mengharap cinta manusia kita akan hampa..mencari dan mengharap cinta Tuhan akan bahagia selama-lamanya...itulah janji Tuhan...

Maka setelah kepercayaan dan pengharapan serta pengakuan berani yang ku beri dan tidak akan kuceritakan kepada orang lain melainkan insan-insan yang ku amat percayai dan kasihi sepertimu...maka harapanku hancur sepertimana jua dirimu..turut menyatakan musnahnya harapanmu selama ini..penawar bagi hati tinggal ubatnya...penghibur bagi hati hilang serinya..hanya berbaki...PERMATA BAGI HATI yang sedang berjuang ingin memahami hati ini...ternyata pilihan Allah mengatasi segalanyaa...

Tiada istilah dan terbenaknya didalam hati menyatakan dirimu tidak kuperlukan lagi..dirimu, penawarmu, kata-katamu, doronganmu, tetap ada dan akan kurasai dan kukenang sehingga saat waktunya tiba..kufikirkan apabila dirimu menyatakan ingin menghubungi kekasihmu untuk mencari ketenangan, dirimu sudah tekad untuk melupakanku...tetapi daku tersilap rupanya...ketenangan tidak kau temui rupanya...bersama-sama kita mencari ketengan itu...

Maka berakhirlah sebuah kisah bagi sebuah hubungan, penantian dan harapan...kenangan dan saat manis bersamamu tetap indah dan mekar...akan kujadikan panduan bagi hati...diriku sedia membuka ruang untuk diperbincangkan masaalah ini...kita tunggu dan lihat akan natijahnya nanti..Maha Suci Allah yang memiliki dan mengetahui akan apa yang tersembunyi dan yang akan berlaku....

Menantikan sebuah pengharapan...jangan ditangisi kejadian ini..semat di dalam hati akan sifat sabar dan redha...tiada kata yang mampu kulafazkan....

Kucuba abaikan kejadian semalam..dan tidak berniat dihati ini untuk mencoretkan luahan ini..tetapi rasa terpanggil untuk cuba membetulkan keadaan...

Salam kemaafan..

*warkah ini tidak bertujuan untuk menjawab persoalan yang anda bangkitkan di laman anda..tetapi hanya sekadar luahan hati yang terdetik....sekian terima kasih...

Sunday, March 25, 2007

Menangis Kerana Takut Kepada Allah

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T diatas kurniaanNya terhadap kita semua...kerana pada hari ini kita masih lagi di kurniakan nikmat iman dan Islam yang tiada nilaiannya sama ada dengan matawang mahupun apa jua yang ada di langit dan di bumi..

Kita meneruskan lagi ruangan ilmu yang sedia ada..pada kali ini ana akan mengetengahkan tajuk yang berkaitan dengan ilmu tasauf..mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan panduan bagi kita..amin...

Menangis kerana takut akan Allah...

Yang dikatakan hiba ialah khusyu di dalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t.Ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji.Dengan sifat itu pula, Allah Taala telah mensifatkan para NabiNya a.s serta hamba-hambaNya yang berilmu pengetahuan.

Firman Allah S.W.T :

"Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat(keterangan-keterangan) Tuhan Maha Pemurah, mereka lalu tunduk bersujud dan menangis."
(Maryam:58)

Firman Allah lagi :

"Mereka lalu tunduk dengan dahi-dahi mereka, sambil menangis.Dan keadaan itu akan menambah mereka khusyu."
(Al Isra':109)

Rasulullah s.a.w telah mengkategorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang akan dilindungi Allah pada Hari Kiamat di mana tiada lindungan yang lain kecuali lindungan Allah S.W.T.

"Seseorang yang sentiasa menyebut-nyebut nama Allah dalam masa lapang, lalu kedua kelopak matanya bergenang air mata."

Sabdanya yang lain :

"Setiap mata akan menangis di Hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutkan Allah , dan mata yang elik berjaga fi sabilillah."

Sebenarnya orang yang menangis semata-mata kerana takut kepada Allah S.W.T itu amat sukar untuk ditemukan dan dicari dari kalangan manusia, sehingga darjatnya menjadi amat tinggi dalam pandangan Allah S.W.T.

Nabi s.a.w. pernah bersabda :

"Seseorang yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan masuk kedalam neraka, sehingga susu dapat kembali ke dalam buah dada, ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum."

Pada riwayat yang lain:

"Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari matanya seperti kepala lalat lantaran takut kepada Allah, yakni terlalu banyak menangis ."

Rasulullah s.a.w telah menyamakan antara airmata yang mengalir lantaran takut kepada Allah dengan darah yang tumpah kerana berjihad fi sabilillah.

Dalam riwayat yang lain :

" Sekiranya pada suatu umat ada seseorang yang menangis kerananya, nescaya Allah akan merahmati umat itu disebabkan tangisan orang tadi."

Kini ternyatalah sahabat-sahabat semua bahawasanya tangisan itu ada banyak ragam dan caranya.Akan tetapi hanya tangisan kerana takutkan Allah Taala sahajalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia.Oleh itu hendaklah sahabat-sahabat semua berusaha untuk mendapatkan cinta dan tangisan kerana takut akan Allah .Andainya tidak boleh menangis jua maka cuba-cubakanlah diri kita untuk menangis.Tetapi hendaklah kita berhati-hati jangan sampai mencampur adukkan amalan kita dengan riya' dan pura-pura, atau dengan niat menunjuk-nunjuk dan bermegah di hadapan orang ramai agar tiada jatuh hina dalam pandangan Allah S.W.T..kepada Allah kita berserah dan berlindung daripada di timpa penyakit-penyakit hati..amin..


Tuesday, March 20, 2007

Hubungan Iman Dengan Cinta

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w sabdanya:
" Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya ."

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Syarah bagi hadis ini :

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abi Hamzah Anas bin Malik seorang sahabat yang terkenal menjadi khadam Rasulullah s.a.w selama sepuluh tahun.Jika kita rujuk dan melihat akan sejarah Islam..ibunya pernah meminta kepada Rasulullah supaya didoakan untuk anaknya (Anas bin Malik) agar banyak hartanya, anaknya dan panjang umurnya.Rasulullah s.a.w telah berdoa dan Allah S.W.T telah menerima doa dari Nabi s.a.w.Maka berbuahlah pokok tamarnya setahun dua kali, dan ramailah anaknya sehingga seratus orang serta panjangla usianya selama 99 tahun.Banyak hadis yang telah beliau riwayatkan iaitu sebanyak 2,286 hadis.

Perkara Hubungan Iman Dengan Cinta

Pada hadis tadi Rasulullah s.a.w ada menerangkan hubungan iman seseorang dengan cinta, iaitu cinta atau kasih sayang terhadap saudaranya sama seperti cintanya kepada dirinya sendiri.Cinta ini dihubungi dengan iman sehingga kurang iman kerana kurang cintanya.Dan cinta yang dimaksudkan ialah cinta yang didasarkan kepada agama bukan kepada peri kemanusiaan semata-mata.

Imam Nawawi dalam huraian hadis ini menjelaskan:

"Bahawa lebih utama pengertian saudara dalam hadis ini digunakan seluas-luasnya sehingga meliputi orang yang kafir dan yang Islam.Menurut pengertian ini tambah beliau, maka wajiblah seorang muslim mencintai atau mengasihi saudara-saudaranya yang Islam supaya kekal terus dalam agama Islam.Dan kerana ini menurut katanya doa untuk orang kafir agar dikurniakan hidayah adalah disukai."

Erti tiada beriman pada hadis ini adalah tidak sempurna iman bukannya ketiadaan iman dari orang yang tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana ia cinta kepada dirinya sendiri.Cinta yang dimaksudkan ialah cinta untuk memperolehi kebaikan dan manfaat.Kemudian cinta itu bukanlah kerana cinta tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh agama.Kerana tabiat manusia sememangnya tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza kedaan darinya.

Akibat Tidak Cinta

Imam Nawawi seterusnya berkata lagi :

" Bahawa apabila seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia cinta kepada dirinya sendiri, maka ia adalah seorang pendengki."

Menurut al Imam al Ghazali rahimhulahu taala, ada tiga macam muslim yang tidak mencintai saudaranya kita dapat mengetahui melalui tanda-tanda ini :

1) Bercita-bercita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.

2) Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya.Kerana berkemungkinan dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak menyukai akan nikmat itu.Yang kedua ini jahat bencananya dari yang pertama.

3) Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat bahagian daripadanya. Apa yang disukainya ialah biarlah sama taraf sahaja tiada siapa yang lebih.Yang ketiga ini pun diharamkan juga, kerana terang-terangan tidak suka kepada pembahagian Allah yang diterangkan di dalam Firmannya yang bermaksud :

"Adakah mereka yang berhak membahagi-bahagikan kurnia Tuhan engkau? Kami telah bahagi-bahagikan diantara mereka ini kehidupan mereka di dalam dunia ini." (al zuhruf:32)

Daripada hadis ini dapatlah kita mengetahui bahawa seseorang yang beriman hendaklah menjadi orang yang sempurna imannya dengan mengasihani saudara-saudaranya sama seperti ia mengasihi peribadinya sendiri, baik baginya baik jua bagi saudaranya, buruk baginya buruk jua bagi saudaranya.Tidak ada baginya perbezaan hingga yang baik adalah untuknya sedang yang buruk adalah untuk saudaranya.

Kesimpulannya

1) Hadis ini menunjukkan betapa mustahaknya perasaan kasih sayang di antara orang yang beriman, hingga dipertalikan atau dihubungakn iman itu dengan perasaan yang tersebut serta kesempurnaan dan kekurangannya .

Orang yang beriman sebenarnya orang yang bertimbang rasa terhadap saudaranya.Gembira dan duka adalah perasaan yang dirasai bersama. Orang yang beriman dalam hidup pergaulan adalah sebagai kata-kata peribahasa:

" Berat sama dipikul ringan sama dijinjing "
" Gunung sama didaki lurah sama dituruni "
" Mendapat sama berlaba, kehilangan sama berugi "

Semua itu berlaku kalau perasaan muhibbah atau saling cinta mencintai dan kasih sayang itu meresap kelubuk jiwasebagai seorang mukmin yang sejati.

2) Menunjukkan betapa pentingnya perasaan kasih sayang tersebut didasarkan kepada iman untuk menjadi asasnya yang kuat.Kerana di atas dasar inilah sahaja yang dapat diletakkan persatuan yang berjiwa persaudaraan yang bersih, terhindar dari anasir-anasir perpecahan dan permusuhan.Dan inilah yang dikehendaki dari pengajaran ayat Al Quran yang terang-terang menyatakan seperti berikut:

"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah."
(al Imran : 103)

Ayat Allah ini bermaksud supaya kalian orang yang beriman berpegang teguh pada tali Allah, tali yang dilarang diputus-putuskan oleh perasaan benci membenci, pandang-memandang disebabkan berlainan kedudukan dan taraf mahupun aliran fahaman yang akhirnya nanti akan menyebabkan hilangya dan pupusnya perasaan cinta sesama insan...

Kepada Allah kita berdoa agar kita semua disatukan atas nama Islam dan Iman...amin...

Monday, March 19, 2007

Mengapa Wanita Mudah Menangis

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah-olah Tuhan menjawab:

1) Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

2) Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

3) Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

4) Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

5) Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

6) Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

7) Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan

Tugas Pertama Bagi Lelaki



Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka. * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar. * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai. * Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.


* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat. * Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.


* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.


* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.


* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca


* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu. * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama


* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian * Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan

* Seora0ng anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia * Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya


* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Sunday, March 18, 2007

-:: Wanita Dan Perasaan ::-

Wanita & Perasaan.

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

.28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis) .Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.Oleh itu, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, March 17, 2007

Suka Duka Semalam Dan Hari ini..

Alhamdulilah selesainya tugasku pada hari pertama Bazar Sri Johor..letih, lesu, gembira semua ada..pada hakikatnya daku berasa berat untuk meneruskan tugas yang diamanahkan kepadaku...terasa berat, rasa ingin berehat, tidur dan apa jua perkara yang boleh menyebabkan daku tidak berpergian ke Rumah Johor...ingin sahaja daku berkurung duduk didalam rumah..tidak mampu rasanya untuk aku berhadapan dengan semua manusia hari ini..tidak sepertimana biasa..namun daku gagahkan jua..

Ku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat sahabat-sahabatku yang senantiasa memberi semangat tatkala daku didalam kesusahan dan kesedihan teramat...khasnya buat sahabatku..Permata Hatiku, Penghibur Bagi Hati dan Penawar Bagi Hati yang tidak jemu-jemu memberi kekuatan dan semangat terutama di saat genting , di saat daku memerlukan seseorang yang benar-benar dapat mengenal dan memahami diriku..pada bulan Mac ini pelbagai yang telah berlaku terhadapku..seolah-olah angin yang membawa sejuta macam bencana datang bertandang...daku hampir-hampir tersungkur...dan hampir daku pasrah dan redha...hampir hilang keperwiraanku yang bertahan selama ini...cair dan jatuh tersungkir seperti wanita...tiada siapa yang mengerti dan memahami akn problema yang ku alami pada ketika ini..dan seolah-olah tampak aku di pulau dan ingin diasingkan...ini disebabkan perkara yang telah ku lakukan pada zaman muda ku dahulu...tapi apakan daya daku tidak mampu untuk berharap dengan harapan yang begitu tinggi...tapi ku gagahi jua..

Sepanjang bazar berjalan daku cuba mengikhlaskn pekerjaanku...cuba menutupi permasalahan yang menimpaku...senyum ku tetap tawar dan tak seceria dulu..walaupun pujukan dan kata-kata perangsang itu tiba tatkala daku benar-benar terlepak lesu..tidak menentu perlakuanku..rupanya baru ku dapat rasai begitu sukar untuk melupakan seseorang yang kita sayangi dan cintai..tetapi apakan daya daku hanya mampu merancang..Allah jua yang menentukan....

Kurasakan ingin berehat sebentar..letih sangat dah ni...pada hari esok pada jam 8.30 pg daku akan kembali bertugas sehingga maghrib...walaubagaimanapun ucapan penghargaan buat insan-insan ini...Ustazah Zainab ( kak za), Cik Azrina albat(ena) dan rakan baruku..Cik Nadeeya...moga Allah memberi rahmat dan kasih sayang terhadap mereka ini...amin...

Bertemu di ruang masa yang lain...Salam perjuangan...

Mohon maaf di atas keterlanjuran dan kebiadaban diriku ini...moga Allah mengampunkan dosa-dosaku...aminnn

Apabila Hati Terluka.....


Tidak kusangka hatiku yang keras, lebih keras dari batu ini akhirnya tersentuh dek mendengar bait-bait syahdu yang berkaitan dengan dosa-dosaku yang telah lalu, lantas daku teringat akan arwah ayah..airmataku menitis dan tertumpah lagi..tepat mengenai ibu jari tangan kananku...ku mengesat air mata itu...tersedu-sedu dan teresak-esak aku..keegoan lelaki ku akhirnya tewas tatkala mengenangkan dan merindu arwah ayah..terkenang bersamanya..entah bagaimana keadaanya..hanya doa sebagai ganti dan pengubat rindu..daku tidak sempat menatap wajah akhirnya disebabkan kerana menuntut ilmu dan amat sukar untuk bergegas pulang tidak sepertimana abang-abang serta adik beradik ku yang lain..ku gagahkan jua semangat diri ini..biarpun 3 thn sudah berlalu..tapi seolah-olah semalam ia berlaku..ku REDHA SABAR serta PASRAH...

Daku mudah tersentuh dan mudah menggalirkan air mata semenjak pemergian ayah..bukan ertinya daku tidak redha dan lemah semangat akan ketentuan ini..tetapi begitulah, tatkala daku kesedihan dan mempunyai masaalah..pabila menatap gambar kucing tidak menghiburkan hatiku..teman teristemewa tiada dapat menggubah keresahan dan kesedihan hati maka hanya kepada Allah daku mengadu..bersendirian..menyendiri..tidak berkata-berkata dengan manusia..berfikir dan bertafakur..maka air mata lelakiku mengalir..justeru teringat akan ayahnda yang tenang bersemadi disana...daku terus sebak...dan akhirnya mengalir air mata..menitis dan terus menitis..ku ambil kain untuk menghalang airmata itu daripada terus jatuh berguguran..tetapi apakan daya ia tetap mengalir..dan terus mengalir..menggalahkan wanita..biarla apa perspektif orang lain...Sesunggunya hati lelaki ini lembut bukan hanya wanita sahaja yang mampu berubah menjadi selembut-lembut hati..mudah mengalir air mata..tetapi lelaki begitu juaa...

Semenjak pemergian ayah jua daku mudah dan amat-amat tersentuh akan sesuatu yang mengguris perasaan..daku semakin manja dan ingin belaian kasih sayang...akhirnya aku akur akan ketentuan ini yang dahulunya aku nafikan..sejak itu jua aku amat sensetif apabila teguran yang diberikan terlalu keras dan mendatar..sejak ketiadaan ayah jualah daku boleh menerima teguran dan nasihat melalui dengan cara yang berhemah dan penuh kasih serta sayang..insyaAllah daku akan berubah dengan ikhlas dan menerimanya dengan hati yang tenang...tetapi begitulah tidak semua orang akan faham cara kita...aku harus REDHA SABAR serta REDHA...

Mengenang memori peristiwa semalam ....pada hari Jumaat 16 Mac 2007..kenangan yang menyentuh jiwa dan perasaan..air mata menitis lagi...

Kepada Tuhanku daku berserah dan berharap...

Aku REDHA SABAR serta PASRAH.....

Bait Yang Penuh Erti....

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Friday, March 16, 2007

Sabar Redha Dan Pasrah...

Sabar Redha Dan Pasrah...
Daku bakal kehilangan permata bagi hati...daku mesti tenang sabar dan redha jua pasrah...

Assalamualaikum sebagai memulakan luahan citarasa..berat kurasakan tatkala ingin mencoret dan meluahkn isi hati di dalam blog yang tidak seberapa inii..hari ini di hari Jumaat..hari yang mulia daku di uji lagi...pada hari ini daku mengambil langkah berani dengan melakukan pengakuan berani kepada seseorang dengan niat asalku adalah untuk berlaku jujur di dalam perhubungan, agar impian yang di harap-harapkan oleh si dia tercapai..impiannya ingin menemukan lelaki merangkap suami yang beriman dan beramal soleh agar dapat memastikan lahirnya generasi yang benar-benar mengikuti acuan dari al Quran dan Assunah..

Ini kerana wanita yang soleha dan beriman itu adalah untuk lelaki yang beriman jua..maka tidak selayaknya bagi diri ini mengimpikan wanita soleha sedangkan empunya badan ini adalah hina dari haiwan dan segala makhluk yang berada di muka bumi...oleh itu daku PASRAH, SABAR, dan REDHA akan ketentuan ini...jika daku ini menyayangi nya sehebat mana sekalipun ternyata daku tidak dapat menandingi akan taqdirnya Penciptaku...oleh itu aku jua pasrah jika dia ingin mninggalkanku..

Tatkala pengakuan ku itu telah ku perjelaskan maka maklum balas yang kuterima diluar jangkaanku..

to be continued....ingin mencari ketenangan..mencari damba kasih yang hilang....

Saturday, March 10, 2007

-Pengajaran siri 1-

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah...cabang dakwah ini diteruskan kembali bagi memastikan ajaran yang terkandung di dalam Al Quran dan Assunah ini diteruskan akan kesinambungannya yang telah dipelopori oleh ulama-ulama terdahulu..

Ana teruskan usaha ini dengan cubaan untuk melengkapkan blog ini dengan cabang ilmu-ilmu Allah disamping diselangi dengan luahan isi hati..maka dengan itu untuk ruangan Pengajaran ini ana akan mengetengahkan hadis-hadis untuk menjadi panduan dan rujukan bagi mencuci hati dan iman kita dengan menghayati segala apa jua bentuk hadis yang akan disampaikan nanti..sama ada hadis yang sohih maupun hadis-hadis yang lain...tidak dilupakan jua akan dimasukan hadis Qudsi..insyaAllah..

Sebarang kesalahan dan teguran adalah amat diharapkan.....

-Pengajaran siri 1-

" Wahai sekalian manusia, Aku berasa hairan melihat orang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan orang yang mempercayai hari hisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku jua hairan melihat orang yang meyakini akan masuk ke kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang-orang yang meyakini akhirat , tetapi ia masih terus bersenang lenang."

" Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya, Aku hairan melihat orang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati, Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih."

" Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan mencela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri atau melihat orang yang tahu bahawa Allah S.W.T. itu senantiasa memperhatikan tingkah lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri , kubur itu akan diduduki seorang diri , dihisab seorang diri , tetapi ia masih berjinak-berjinak dengan manusia, tiada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu."


Terjemahan Hadis Qudsi

Ku insafi diri lagi......

Begitulah sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian..kerdil lagi hina diri ini jika ingin dibandingkan dengan Allah..hina sungguh kita...Allah senantiasa memperhatikan..Tuhan yang tidak tido, tidak makan dan Tuhan yang tidak memiliki sifat-sifat hamba...Ya Allah tersentuh sungguh diri ini...

Indah sungguh pada malam ini...sewaktu seluruh penghuni rumah Tanjung Puteri nyenyak di buai mimpi...daku cuba mengkoreksi diri..mencari-cari akan keistemewaan dari dalam diri...mencari apa jua kaedah bagi mendekatkan diri kepada Allah yang ku CINTAI...menyelami dan memuhasabah kesilapan diri...moga dengan cara ini cinta Allah yang dahulu ku rasai dan nikmati dipertemukan kembali...amin...

Friday, March 9, 2007

Daku Tetap Bersyukur...


Assalamualaikum buat semua..
Perkabaran dariku buat sahabat-sahabat semua..dan buat insan yang senantiasa mengingati diri ini..Daku tetap bersyukur dan terus bersyukur terhadap Allah S.W.T di atas kurniaan yang di anugerahkan kepada ku biarpun daku ini tetap dan secara terus menerus melakukan dosa dan melanggar segala perintahNya..namun daku tetap menerima nikmat yang dikurniakanNya..cukup sukar bagi manusia untuk bertindak seperti itu..Maha Suci Allah yang memiliki keagungan dan kekuasaan yang Maha Hebat dan Agung yang tiada tolok bandingnya...tetapi hati dan jiwa manusia tetap sebegitu..terus menerus keras dan lalai..daku begitu jua...cukup keras dan berterusan lalainya..kemanakah amalan-amalan daku yang lalu..ia terus berlalu seperti air bah yang mengalir deras..

Bilakah penderitaan ini akan berakhir..jiwa yang tandus dan gersang..daku mencari syeikh yang murabbi bagi mebimbing diri ini ke arah redha Allah..daku merindui guru murabbi ku di tanah air yang telah daku tinggalkan tiga tahun lamanya..moga Allah merahmati beliau Tuan Guru Hj Abdul Rahim..atau lebih dikenali sebagai Baba Rahim..beliaulah yang mendidik dan mentarbiyah daku didalam menempuh dan menyusuri perjalanan kesufian..daku diperkenalkan dan di ajarkan akan hal-hal ilmu tasauf dan yang berkaitan dengan hati serta penyakit-penyakitnya
..sehingga waktu ini daku masih lagi gagal mencari pengganti beliau biarpun telah berada setahun lebih daku di bumi anbiya ini...


Daku mencari dan terus mencari......mungkinkah aku akan dipertemukan.....


Pada tarikh 9 Mac 2007 pada hari Jumaat..daku gagal lagi didalam ibadahku..gagal dan terus gagal...suhu badanku diluar kawal..demam yang berlarutan sejak dari pemergianku ke bumi tanta..sehingga ke waktu ini daku masih lagi merasai bahang panasnya...entah dimana silapnya..mungkin ia suatu nikmat dari Allah bagi pecintaNya..dan ada yang beranggapan ia penghapus dosa-dosa lalu..hanya Tuhanku yang mengetahuinya...

Namun daku terus mengagahi dan tetap tersenyum dan tertawa riang..ini dek kerana itu adalah 'trademark' ku untuk tetap senyum biarpun ujian datang menimpa...alhamdulillah dengan keberkatan bimbingan Baba Rahim cukup memberi kesan dan sebagai suatu bekalan daku berada di bumi Mesir ini..tetapi pengakuan jujur dan ikhlas bahawa selama mana keberadaan daku disini, daku ternyata gagal membawa diri..daku terus hanyut dan semakin jauh dengan Allah...daku menyerdarinya tetapi untuk menggerakkan dan melakukan suatu perubahan didalam diri baik dari sudut ibadah dan kehidupan harian merupakan suatu yang tampak sukar di lakukan seolah-seolah terhijab iman dan hatiku untuk TuhanKu..


Ya Allah ampunilah diri ini Ya Allah...pimpinlah dan bawalah diri ini kepadaMu seperti waktu dulu..


Daku amat merindui saat mengalir air mata keranaMu... hati subur dan riang tatkala mengingatiMu..terasa hati dan sebak seterusnya air mata bercucuran apabila melihat Asma Mu dan merasa kebesaran dan keagunganMu sewaktu melihat akan kejadian-kejadian ciptaanMu..menangis dan merintih di waktu malam..bangun dan bertafakur sejenak..berdiri dan sujud kepadaMu tatkala sahabatku lena di buai mimpi...berasa senang dan tersangat gembira apabila dapat bermanja denganMu...tetapi semua itu hilang dan lenyap gara-gara kedegilan nafsuku yang berpunca dari kelemahan diri dan kegersangan hati di dalam mengingatiMu..

Ya Allah kurniakanlah nikmat itu kembali..daku amat merindui saat itu Ya Allah..

Moga dengan keberkatan tempat berpijaknya para nabi yang telah lalu dan tempat bermaqamnya beribu-ribu ulama yang pada suatu ketika dahulu menyinari dan menyirami sinar ilmu dan iman diseluruh pelusuk bumi dan inci tanah Mesir ini, daku dapat mengambil manfaat dan faedah dengan kemuliaan mereka ini..amin...

Kepada Allah daku berharap dan berserah diri...

Ku insafi kelemahan akan kelemahan diri ini...

Sunday, March 4, 2007

Hilang pertimbangan dalam diri...

Kepada Allah daku berharap dan berserah diri...sudah 3 hari lamanya tidak tidur..tidur-tidur ayam..tidur-tidur curi pun ada..mata hanya boleh dilelapkan selama 5 minit sahaja..berjaga selama tiga hari...natijahnya..daku dapat pada hari ketiga..kepala pening..panas badan..semuanya ada..hilang pertimbangan dah niee..syukur kudrat masih ada..Allah masih sayang mudah-mudahan hendaknya..kira da mencatat rekod tidak tidur secara aman selama tiga hari...bukan nak bangga tau..just rasa pelik jerr..apakah punca yang menyebabkan daku boleh bertahan selama itu...pada kebiasaanya jika sertai program motivasi Summer Camp bersama dengan Dr Hasan Ali dulu paling lama boleh bertahan selama 2 hari sahaja tak tido...tapi kali ini...mencapai tiga hari..ini kalo mak tahu mesti mak risau dan kena marah tak memasal..apa nak jadi dengan anak bongsu dia ini...

Ehhm..sewaktu coretan ini dituliss...fikiran tidak menentu..suhu dalam badan terasa bahangnya..tak ku sangka sehingga begini kesannya..eksen dengan Allah ni kot..Astaghfirullah...kepada Allah daku memohon ampun...satu muhasabah dalam diri...kalau tak silap masa ni ramai juga member-member yang tengah demam...baru rakan sebilik sendiri..al fadil al ust Ybhg Prof Mohd Zaki pun turut mengalami simpton yang sama..beliau lagi parah..suara terus hilang gara-gara duk mengahafaz lagu PMRAM...memang power habiss..langsung tak boleh nak challen...tabik hormat buat member sebilik...tidak dilupakan rakan seperjuangan yang lain..termasuk member spesel ni...ustz zainab dengan cik azrina..mereke inilah antara beribu-ribu sahabat yang tiada pernah jemu dan bosan serta tiada mengenal erti penat dan lelah bagi memberi sokongan dan dorongan bagi memastikan diri ini terus berusaha bagi menantikan kejayaan yang akan tercipta...itu merupakan satu pengharapan dari insan-insan tersayang..itulah harapan sanak saudaraku di tanah air..terima kasih yang tidak terhingga buat kalian....menantikan segulung sijil dari perlembahan Nil dari medan al azhar assyarif buat saudara seagama yang menantikan terlerainya sebuah pengharapan...

Sewaktu suhu badan ini semakin tinggi ..bersin tanpa henti...daku memikirkan program pada keesokan hari..selepas sahaja selesai solat subuh dan sarapan..daku akan terus bergegas ke bumi Tanta bagi menyelesaikan urusan visaku yang tertangguh..ku gagahkan diri ini biarpun didalam keadaan lemah dan panas badan yang teramat..tapi daku gagahkan jua...janji ku dengan ust Fairuz turut daku tangguhkan dan batalkan gara-gara untuk pengurusan esok hari..maaf yer ust Fairuz..tak dapat nak elak lerr..badan pun dah makin panas niee..kurasakan perlu merebahkan tubuh badan niee kot..sudah lama tubuh ini tidak merasai nikmat akan hakikat pada makna ertikata perkataan "tido" itu...salam beraduu...

Saturday, March 3, 2007

.:: Wanita :::.



Kau di gelar sebagai penyeri dunia
hadir mu melengkap hubungan manusia
bukan saja dirindui yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akal mu senipis binaan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk di alasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan
yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
tidak kenal erti derita
berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kebaikan



Lelaki memerlukan wanita dan begitulah jua sebaliknya..ia perlu di pandu ke arah acuan dan ajaran Islam agar ia kelak akan melahirkan satu insitusi kekeluargaan yang beriman, berakhlak dan cemerlang serta gemilang dari segala sudut..bagi melahirkan pemuda-pemuda yang sanggup memperjuangkan agamanya dengan sebenar-benar perjuangan dengan perasaan ikhlas tiada ragu...sehebat dan seagung pemuda-pemuda di zaman dahulu kala...Rasulullah s.a.w dijadikan contoh dan 'Role Model' beserta sahabat-sahabat baginda yang lain..saidina Ali karamallahu wajhah dan jua sahabat-sahabat yang lain..untuk melahirkan pemuda-pemuda seperti di zaman baginda semestinya ia di mulakan sejak dari awal..memililh dan mengenal pasti pasangan dengan berhemah..dan di kaji akan agamanya dan ilmunya...serta akhlaknya maka akan lahir ramainya pemuda-pemuda yang sanggup memegang panji-panji Islam dan sanggup berjuang akan agamanya...wanita yang soleha hiasan syurga , penyeri rumahtangga...

Permata Bagi Hati..

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan ilahi

lembut tutur bicaranya
menarik hatiku untuk mrndekatinya
kesopanannya memikat di hati
mandamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah jika dia benar untukku
dekatkatkan hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan MU

Dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti rencana ilahi
Apakah dia kan ku miliki

tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dengan syariat MU
jika dirinya bukan untuk ku
reda hatiku dengan ketentuan MU

Ya Allah ENGKAU lah tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat MUU

Duhai Hatiiii....Ya Allah Hiburkanlah hati Ini...

SELAMAT BERJUANG

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Begitu sukar rupanya untuk memujuk hati ini dan hati manusia...jika hati ini tidak tunduk dan pasrah akan segala apa yang telah Allah tentukan dan taqdirkan...dan tidak kusangka masih terdetik lagi di dalam jiwa ini perasaan kasih serta sayang terhadap manusia dan insan-insan terpilih...setelah hati ini di kotori oleh perbuatan daku sendiri...yang kerap melakukan dosa dan kesilapan..hati ini keras dan gelap dan terhijab dari meningati Allah..semakin hari semakin jauh dan lalai...perjuangan mesti diteruskan tanpa ada rasa jemu dan bosan...semoga Allah beriku kekuatan atas takdir yang Dia tentukan dan rancangkan..daku hanya akur setelah berusaha...daku yang pasrah dan redha...Ya Allah berila diri ini kekuatan dan keimanan yang gitu...aminnn

Bait lagu yang membawa sejuta makna

.: DOA PERPISAHAN :.

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu


Semoga Tuhan Berkatimu.....

Bait lagu yang membawa seribu makna dan benar-benar mengkoreksi diri serta muhasabah diri ini...adakah diri ini kehilangan sesuatu yang bernilai disisi manusia dan mengikut kaca mata manusia umum ( awam)..tetapi pecayalah akan hakikat sebenarnya bahawa cinta dan kasih kepada Allah itu adalah hakiki dan adalah sebenar-sebenar ucapan dan lafaz 'I LOVE U' adalah milik Allah semata...cuma sejauh mana perlaksanaan dan perjuangan ke arah merebut cinta Allah itu tiadalah diketahui..hanya bantuan dan rahmat dari Allah adalah suatu anugerah yang amat bernilai...sukar untuk di jual beli...moga hati ini terhibur akan janji-janji Tuhan kepada hambanya...amin...

Friday, March 2, 2007

-Renungan bagi hati siri 6-


Cara memilih teman yang baik

Alhamdulillah kita bertemu lagi didalam medan yang kecil ini..walaupun ia kecil dan tampak tidak bermanfaat tetapi ia boleh dipelbagaikan bagi menyampaikan dakwah dan saling ingat mengingati sesama insan..Kita teruskan nasihat serta penawar bagi hati kita yang senantiasa harus dicuci dan di bersihkan bagi memastikan hati ini hidup dan terus segar dan bersedia menerima cahaya Allah...hati yang terhijab akibat dari dosa-dosa yang kita telah lakukan sedikit sebanyak boleh menyebabkan hati kita tidak merasai nikmat dalam beribadah..walaupun sebanyak mana amalan kita jika hati itu mati dan keras maka sukar untuk ia merasai nikmat di dalam beribadah kepada TuhanNya...

Sahabat-sahabat sekalian ketahuilah bahawa sesungguhnya untuk menjadi insan yang beriman dan memiliki akhlak yang mulia ia memerlukan suatu pembangunan dalam diri yang jitu dan mantap, susun atur dan berstrategi bagi memastikan akhlak dan syakhsiah yang cemerlang jelas kelihatan..antara faktor bagi memastikan kita terdidik dengan acuan Islam dan mengikut panduan al Quran dan as sunnah adalah faktor dari rakan sebaya dan sekeliling..jika kita memilih rakan yang baik dan saleh maka kita akan terdidik ke arah itu..iaitu ke arah jalan para ulama dan pecinta agama Allah..kita di ajar akan erti sabar, bersangka baik dan perbuatan-perbuatan yang baik..sesuai dengan apa yang di ajarkan baginda Nabi Muhammad S.A.W..oleh itu memilih yang baik adalah dituntut..

Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian, jika kita ingin memilih sahabat yang senantiasa bersama-sama kita diwaktu senang mahupun di dalam keadaan susah maka hendaklahkita memberikan sepenuh perhatian kepadanya dan meneliti peribadinya serta mengenal pasti akan keadaanya sebelum kita melakukan dia sebagai sahabat kita.Kiranya kita dapati sahabat itu sesuai untuk dijadikan sahabat maka boleh la kita bersahabat dengan dia begitu jua yang sebaliknyaa...Ini kerana tidak semua manusia sesuai dijadikan sahabat yang boleh kita bercampur gaul dan bermesra dengan kite.

Beberapa ramai sahabat banyak yang tidak diteliti dan diperiksa dahulu , tiba-tiba menjadi penghalang atau musuh dalam masa yang singkat sekaliii...oleh itu perlunya kita berhati-hati tatkala memilih sahabat...