Tuesday, February 27, 2007

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-74

GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana pada tarikh 26.02.2007 telah berlangsung Muktamar Sanawi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-74 yang telah berlangsung dengan jayanya di Nadi Syabab al Riadi Haiyu Sadis.Muktamar yang bermula pada jam 7.30 pagi telah dimulakan bacaan al Quran yang telah disampaikan oleh Johan pertandingan akdemik al Quran iaitu al fadil al ustaz Fahmi Abdullah menuntut di kuliah Qiraat Syubro tahun 1.Muktmar yang dihadiri para perwakilan dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) yang bernaung di bawah PMRAM jua para pemerhati telah memenuhi ruang dewan pada 8 pagi bagi bersama-sama menjayakan dan memeriahkan muktamar kali ini.

Dewan yang bersidang dipengerusikan oleh Presiden PMRAM iaitu al fadil al Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husin dibantu dengan badan pengurus PMRAM yang lainnya berjaya menjawab segala isu yang berbangkit.Antara isu yang di kira hangat dan panas sepanjang muktamar berlangsung yang adakalanya menggamat suasana dewan terutama pada sesi petang iaitu isu barang boikot barangan Yahudi dan sekutunya dan juga cubaan dan cadangan untuk memboikot habisan-habisan apa jua bentuk unsur-unsur yang boleh memecahkn perpaduan ahli yang telah diusulkan oleh ust Farhan telah dibahaskan dengan begitu hangat dengan pertembungan hujah-hujah dari para perwakilan yang berjaya memanaskan sidang dewan yang berlarutan sehingga waktu maghrib.Sebanyak 3 usul tergempar telah berjaya diketengahkan dan telah dipersetujui oleh kesemua perwakilan setelah diundi dan keputusan mengikut sokongan majoriti perwakilan.Antara usul tergempar yang di ketengahkan ialah usul yang dibawa sendiri oleh BP PMRAM iaitu al fadil ust azib ialah memindahkan segala akaun dana van dibawa ke dana syaqah PMRAM bersempena usaha giat PMRAM tahun ni yang menginginkan sebuah bangunan sendiri bagi memudahkan segala urusan pentadbiran dan gerak kerja PMRAM yang akan datang supaya tampak lebih terancang dan tersusun dengan sasaran pada tahun ini dapat mengumpul pungutan dana berjumlah 1 juta LE.

Usul tergempar yang kedua adalah usul yang dicadangkan ust Farhan yang inginkan segala apa jua bentuk atau unsur-unsur yang boleh memecah belahkan perpaduan ahli di boikot habis-habisan berjaya menggegarkan para perwakilan yang bertalu-talu menggeluarkan idea dan hujah masing-masing.Usul ini berbangkit disebabkan kerana berlakunya akhir-akhir ini pelbagai program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang bukan berada dibawah insitusi PMRAM dan secara tidak langsung mereka (persatuan) ini tidak berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Antara persatuan atau pernubuhan yang ada di bumi Mesir ini ialah Nadi Umno, ABIM , JIM dan persatuan-persatuan lain yang tampak seolah-olah melawan arus dan tampak cubaan ingin menanamkan satu fahaman yang ingin memecahkan kesepaduan para ahli PMRAM yang berada di bumi Mesir ini.Sebagai contoh Kelab Nadi UMNO Mesir ini yang dinaungi dan ditaja khas oleh kerajaan UMNO Malaysia dan mendapat sokongan padu oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).Kebanyakan program yang di anjurkan pihak-pihak ini tidak mendapat keizinan dari pihak amr dauli dan ini boleh menimbulkan masalah keselamatan dengan melihat keadaan dan undang-undang Mesir itu sendiri yang melarang apa jua bentuk pertubuhan dan perkumpulan di mana-mana premis atau dimana-mana.Hanya persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir sahaja yang dibenarkan melakukan pelbagai anjuran.

Kebanyakan program yang dianjurkan Nadi Umno Mesir yang bercampur antara ikhwah dan akhwat adalah bertentangan dengan program yang dianjurkan PMRAM yang mengasingkan antara ikhwah dan akhwat disetiap program yang dianjurkan, tidak bertemu atau berbincang dengan akwat jika bukan kerana darurat dan kerana hal-hal tertentu yang berhajat kepada keputusan segera..jika ingin membincangkan masalah ini tidak akan selesai sepertimana muktamar yang berlangsung..

Usul ketiga iaitu usul terakhir adalah dari sahabat ana sendiri, ust Akhmal bin Ali yang merupakan exco Kebajikan Tabung Derma Badan Kebajikan Pelaja-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) merangkap ketua pembahas pada muktamar pada kali ini...beliau mencadangkan bahawa Tabung Filantrofi Massa (TFM) di tukar kepada Takaful PMRAM yang nampak lebih efektif dan fleksibel.Usul ini berjaya mendapat sokongan kesemua para perwakilan.

Setiap usul yang dicadangkan akan di bawa kepada mesyuarat BP PMRAM untuk dibincangkan dan diperincikan sebelum segala keputusan dan pekelilng dikeluarkan.Muktamar yang berlangsung sejak dari awal pagi sehingga kewaktu magrib itu diakhiri dengan pengumuman pengunduran saf kepimpinan bagi sesi 2006-2007 dan digantikan dengan saf kepimpinan yang baru bagi meneruskan perjuangan generasi terdahulu untuk sesi 2007-2008.Tahniah dan takziah diucapkan kepada alhlil bait ana..ust Rasul di atas perlantikan BP PMRAM bagi sesi 2007-2008 ini..*(naikla saham nama rumah tanjung niii..hee..hee)..Moga saf kepimpinan yang baru dilantik ini lebih efission dan berkaliber dan berkarisma tinggi bagi memastikan PMRM itu dipandang tinggi dengan izin Allah s.w.t..

Moga Allah merahmati kalian..kami akan menyokong dan membantu dengan apa jua bentuk selagi terdaya dan berjuang bersama-sama kalian..insyaAllah..Salam Perjuangan...

Sunday, February 25, 2007

Ciri-ciri suami pilihan...

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.

Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang
kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina
Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia
pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2-Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan
tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga
tua ketara.


3-Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak
mengamalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9-Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya
tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah jika sesiapa mempeunyai akhlak yang demikian sifatnya.

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

24.02.2007...Berakhirnya sebuah kisah hatii....


Salam kasih serta sayang buat junjungan besar Nabi S.A.W..jua moga dirahmati akan para sahabat-sahabat baginda yang senantiasa bersama-sama tatkala senang dan susah..bermula zaman Islam di hina dan di injak-injak sehinggalah harumnya nama Islam itu di seluruh pelusuk alam dan berkat perjuangan dan kesabaran yang dibawa para sahabat dan para ulama-ulama dan pendakwah yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat bagi memastikan syiar Islam itu tertegak dan terbina berkat asuhan dan didikan dari penghulu para Nabi jua semulia-mulia insan di muka bumi Nabi Muhammad s.a.w..yang mempunyai ahkhlak yang cemerlang, hebat dan gemilang yang tiada tolok bandingnya, yang menjadi ikutan dan contoh tauladan buat para pecinta kebenaran dan yang menginginkan akhirat serta meyakininya...

Sejak dari zaman berzaman umat Islam di uji dan setiap mukmin akan di uji bagi menganalisa sejauh mana tahap keimanan mereka dan keyakinan serta penyerahan mereka kepada ketentuan serta taqdir Allah S.W.T..maka daku jua tidak dapat tidak turut di uji sepertimana umat manusia yang lainnya..tetapi jika nak dibandingkan ujian daku tanggung ini, tidaklah daku dapat menandingi ujian para sahabat yang lain..maka tepat pada tarikh 24.02.2007 inilah berlaku satu lagi sejarah di dalam kisah hidupku..maka daku serapkan di dalam sanubariku akan sifat sabar serta redha sebagai pengganti dan penggubat luka yang parah ini...alhamdulilah bersyukur daku kehadrat Allah s.w.t dengan bantuan dan izinnya dapatlah daku mengharungi ujian ini..daku tetap tersenyum pasrah biarpun di dalam hati ini terasa pedih dan sukar untuk menerima hakikat itu..tetapi daku sudah di ajar untuk bersiap sedia sejak dari malam 23.02.07 lagi agar dapat menerima kputusan yang menanti pada esok hari...

Daku terpinga-pinga dan mencari-mencari akan sesiapa yang dapat membantu dan mendengar rintihan diri ini...ternyata daku gagal mencari nya..maka daku sudah mula mengerti dan mula belajar akan bagaimana untuk menerima sesuatu hakikat..maka semalaman membawa ke pagi dan merebak ke waktu malamnya bahkan disaat penulisan ini dihasilkan daku masih lagi terasa akan kepedihan dan kesakitan itu..tapi daku pendamkan jua...demi memelihara dan menjaga sahabat, daku menggalah dan memberi laluan kepada orang lain pula...sukar untuk daku menulis dan meluahkan segala isi hati ini..walau sejuah mana daku ingin luahkan dan coretkan, namun ia tetap tidak dapat menzahirkan akan apa yang tersirat di hati kecil ini..walau apa pun daku tetap redha dan bersabar...daku menetapkan pendirian daku..senyum tetap senyum walau apa pun yang berlaku dan terjadi..daku pasrah...kini daku menerimanya...daku tidak peduli...

Terkadang berasa tercuit hati ini dan bergetar lalu menyebabkan daku tersenyum seorang diri tatkala mengenangkan nasib yang menerima daku...tapi daku tetap bersyukur...moga Allah beri daku kekuatan..daku tersenyum lagi...tiada apa yang perlu daku risaukan lagii...beliau sudah menemui kebahagiaan yang beliau cari mengikut kemahuan dan kehendak beliau...tidak akan selesai permasalahan itu jika tiada yang menggalah...daku terlalu mementingkan diri...kasihan pada sahabat-sahabat yang banyak bersabar dengan karenahku...daku ingin mereka melayan dan menghormatiku tapi daku tidak menghormati dan mengasihani mereka..pohon maaf buat sahabat-sahabatku di luar sana.

Bermula pada tarikh keramat ini (24.02.2007) berakhirlah sebuah kisah yang cukup panjang untuk dirungkaikan dan dihuraikan..daku menggambil keputusan yang cukup berat dan sukar...tetapi daku gagahkan diri bagi sebuah persahabatan dan erti kasih sayang antara sesama manusia..keputusan yang daku tidak jangka dan rancang tetapi ia telah ditentukan oleh Tuhan rabbul izzati..sekali lagi daku terima dan pasrah...setelah sekian lama perbincangan berlangsung dan tampak seolah-olah menemui jalan buntu maka didatangkan ilham dari Allah kepadaku insan yang kerdil, banyak dosa dan hina lagi jahil ini supaya melakukan sesuatu perubahan drastik yang tidak dijangka oleh daku sendiri...maka perubahan itu merupakan keputusan yang telah di putuskan pada tarikh 24.02.2007 dan dipersetujui dengan berat hati...begitulah, kita mampu merancang tetapi keputusan itu milik Allah..

Daku rasakan sudah tidak mampu lagi untuk mencoretkan kisah 24.02.2007 in..bilik di rumah tanjung puteri ini menjadi saksi akan keputusan yang daku ambil demi memastikan mereka tetap dan terus menikmati kebahgiaan...kemanisan mahupun pahit yang akan mereka temui, terpulang di atas kebijaksanaan mereka dengan berpandukan keimanan dan ketaqwaan yang mengikut acuan Islam sahaja yang mampu mengendalikan segala permasalahan yang berbangkit nanti..tiadalah daku mampu lakukan selain redha dan berdoa kepada Allah akan kebahagiaan mereka berdua..daku akan terus tersenyum dan akan terus tersenyum..

Selamat menempuhi hidup yang baru buat cik azrina albat bersama pasangan beliau al fadil al ustaz zaidi...mudah-mudahan hubungan kalian dirahmati Allah dan berkekalan sehingga ke anak cucu..mudah-mudahan perhubugan anda disinari dengan cahaya iman mengikut acuan al Quran dan as sunnah bersama asuhan dari junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melalui lidah para ulama dan pembawa-pembawa panji-panji agama Allah...amin..

Pohon maaf ikhlas dariku buat anda berdua...bertemu di medan yang lain...kepada Allah daku berserah...

Saturday, February 24, 2007

-Renungan bagi hati siri 5-

*sambungan dari siri ke-4

Alhmdulillah kita bertemu lagi didalam memastikan ilmu dan dakwah ini terus berjalan dan mengalir seperti deras dan lajunya air..pada siri yang lepas telah ana nyatakan betapa pentingnya kita memilih sahabat sebelum kita ingin benar-benar menjadikan seseorang itu sahabat sejati...maka akan ana selesaikan sambungan tajuk yang lepas..

Pada renungan yang lepas ayat berakhir dengan sesiapa yang mencintai orang-orang saleh peribadinya yang telah mendasarkan seluruh amal dan baktinya di atas taqwa kepada Allah, sedang cintanya itu pula dalam jalan Allah dan semata-mata kerana Allah, nescaya tiada mustahil ia akan membenci pula orang-orang yang suka melakukan maksiat dan selalu membelakangi perintah-perintah Allah, yang segala perilakunya kontra kepada yang pertama tadi.Sebab cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah dua gejala yang tidak akan terpisah antara satu sama lain dan tidak mungkin yang satu sahaja ada tanpa yang lain .Sebab kedua-duanya mesti bersama atau bersatu.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Seteguh-teguh pegangan iman, ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah."

Sabda baginda yang lainnya berbunyi :

"Seutama-utama amal ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah."

Sabda baginda lagi:

"Hanyasanya agama itu ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah."

Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s :


"Seandainya engkau beribadat kepadaKu sepenuhnya (selengkapnya) ibadah penghuni langit dan penghuni bumi, sedang cinta keranaKu tidak ada, dan benci keranaKu pun tidak ada, nescaya tiada berguna semua ibadah itu kepadaKu."


Maka berkata Nabi Isa a.s pula:

"Cintailah Tuhan dengan membenci orang-orang yang melakukan maksiat dan dekatkanlah dirimu kepada Tuhan dengan menjauhkan diri dari orang-orang yang berdosa itu, serta pohonlah keredhaan Allah dengan mengutuk mereka itu."


Berkata Hasan al Basri rahimahullah Taala :

"Memutuskan perhubungan dengan orang fasiq adalah suatu pendekatan diri kepada Allah."

Kini jelaslah wahai sahabat-sahabat ku bahawa sangat perlu bahkan wajib atas setiap mukmin mencintai orang-orang yang suka membuat kebajikan, orang-orang yang patuh kepada perintah agama, orang-orang yang lurus perjalanannya semasa mereka hidup dan selepas matinya. Disamping itu hendaklah ia membenci pula orang-orang yang suka membuat kemungkaran, orang-orang yang melanggar perintah Allah, orang-orang yang zalim dan fasiq semasa mereka hidup dan sesudah mati.

Wajib jua atas setiap mukmin memilih persahabatan dengan orang-orang yang baik dan orang yang suka berbakti, serta menjauhkan diri dari orang-orang yang jahat dan orang-orang yang suka melanggar perintah dan larangan agama.

Tersebut di dalam sebuah hadis :


"Jangan anda bersahabat kecualu seorang mukmin, dan janganlah anda membiarkan makanan anda dimakan kecuali seorang yang bertaqwa."


Sesiapa yang tiada seorang mukmin yang bertaqwa, seseorang yang saleh yang berbakti untuk dijadikan kawan atau sahabat yang dapat bercampur bergaul dengannya, maka mengasingkan diri atau tinggal seorang diri adalah lebih baik baginya, dan terlebih baik baginya daripada bergaul dengan orang-orang yang jahat, dan yang mempunyai akhlak yang teruk.Ini disebabkn kerana berlawan dan bercampur gaul dengan orang yang rosak akhlaknya akan memberi impak yang besar kepada seseorang yang tidak cukup ampuh untuk menangani ujian sebegitu besar.

Ada disebutkan didalam serangkap bait syair arab yang berbunyi:

"Jangan terburu-terburu mengukur orang
Ukurlah dahulu teman yang berada sekelilingnya
Sifatnya akan menjadi terang
Bila bersama para temannya


Penyair lain pula menambah dan bermadah:

"Si pesakit kurap mana boleh baik dengan berdampingan dengan orang yang sihat
Tetapi yang segar dan sihat boleh dijangkiti kurap apabila mereka duduk berdekatan"


Dengan jalan ini sahabat-sahabat semua faham betapa banyaknya faedah apabila kita bercampur dan bergaul dengan orang-orang yang baik, dan orang-orang yang lurus perjalanannya, sama ada faedah dan manfaat itu dapat dikesan secara spontan, mahupun pada masa yang akan datang.

Telah bersabda Nabi s.aw:

" Perumpamaan teman yang saleh laksana penjual minyak wangi. Sama ada ia akan memberi anda sedikit atau anda akan memberli daripadanya sedikit ataupun anda sekurang-kurangnya boleh menghirup bau wanginya. Dan perumpamaan teman yang jahat laksana tukang besi peniup api. Sama ada ia akan membakar baju anda ataupun anda akan mencium bau busuk daripadanya"


Sekiranya berlaku seseorang itu berkawan dengan seorang yang baik peribadinya, selalu melakukan ketaatan kepada Allah tetapi tidak semena-mena tabiatnya berubah pula sehingga ia menjadi lalai dan tercebur kedalam maksiat, maka apakah yang patut kita lakukan?

Jawabnya adalah, hendaklah kita menasihati sahabat kita itu dengan lemah lembut danberhikmah sehingga kita boleh mengembalikan kejalan Allah. Jika ia sedar kita bersyukur kepada Allah, jika tidak maka hendaklah kita mengingatkan tentang kesalah-kesalahannya itu, serta takutkannya dengan balasan Allah yang dahsyat.Jika ia sedar dan kembali menjadi baik semula seperti sediakala, maka kembalilah kita berkawan dengannya semula.Jika maka tidak ada gunanya berkawan dengan orang yang jahat, yang tidak akan mendatangkan kebaikan dari bersahabat dengannya.

Begitulah sahabat betapa perlunya kita berhati-hati didalam memilih sahabat...yang menggelar sahabat itu ramai tetapi seramai manakah yang menghayati ertikata sahabat yang sebenarnya...bersama kita muhasabah dan renungkan-renungkan..kepada Allah kita mengadu dan berharap...

*Tamat bagi siri 4 dan 5



Friday, February 23, 2007

Daku mencari dan terus mencari.....


Salam mahabah buat semua..bertemu kembali..salam ibadah bersempena hari penghulu segala hari..hari bagi pecinta yang merebut ganjaran fadilat hari jumaat..di hari jumaat yang mulia ini ana bersyukur sangat sahabat yang ana maksudkan tempoh hari sudah kembali...kepada Allah ana berserah dan menadah tangan sebagai tanda syukur di atas kurniaan ini...terima kasih jua keatas mereka ini di atas kesudian untuk terus bersahabat..ini kerana mencari sahabat itu mudah tetapi untuk memelihara sahabat dan mengenal serta berkorban demi sahabat amatlah begitu sukar dan payah..jika bukan kerana Allah dan bantuan dari Allah maka kita akan tersungkur dan tertewas..ana sedang menanti dan mencari sahabat-sahabat seperjuangan semua sejak dari bangku sekolah lagi..jika ada gambar dan kenangan bersama mereka, akan ana masukan di dalam blog yang tidak seberapa ini..

Ku merindui mereka ini semua..sehingga kini daku masih lagi bertanyakan kabar dari mereka dengan melalui pelbagai cara dan usaha..sama ada dari ahli keluarga, sahabat-sahabat mahupun dari sumber internet sendiri..akan daku jejaki dan susuri..didalam blog ni hanyalah antara beberapa sahabat yang berjaya daku hubungi..ramai lagi yang gagal untuk dihubungi..entah bagaimana mereka ini sekarang...adakah mereka masih berada di takuk lama atau sesuatu keajaiban dan perubahan telah berlaku..

Begitu indah rupanya apabila bersahabat itu didasarkan atas dasar niat yang tulus ikhlas dari sanubari yang suci dan murni..ia tiada tolok bandingnya...ia sukar di cari dan agak sulit untuk diganti..tidak semua sahabat yang kita hampiri dan dampingi setiap hari dapat berlaku jujur dan benar..adakalanya kita inginkan pendapat dan pandangan mengenai diri kita, agak payah untuk mereka meluahkan dan untaikan seolah-olah tampak bersembunyi dan cuba menjaga sesuatu..kemungkinan besar untuk menjaga perasaan dan hati sahabat..tetapi sedarlah sahabat yang sejati dan sebenar itu adalah berkata benar tatkala diminta pendapat mahupun cadangan, berlaku jujur tatkala ketidak beradaan sahabatnya, mengasihani sahabatnya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri..dan sanggup menggorbankan apa sahaja mengikut kemampuan dirinya selagi mana kesemuanya tidak bersalahan dan bertentangan dengan syariat agama Islam itu sendiri..


Berkata al Imam al Hujjatul Islam al Imam al Ghazali Rahimahullahu taala beliau telah menaqalkan bahawa jika anda ingin bersahabat dan ingin mencari teman maka hendaklah kamu meneliti lima perkara ini :
(1) Akal fikiran
(2) Baik budi pekertinya
(3) Lurus perjalanan

(4) Tidak terlampau mementingkan diri kepada dunia semata-mata
(5) Tidak bercakap dusta

Begitula akan apa yang telah disebutkan oleh imam al ghazali yang mana telah kita ketahui akan ketinggian ilmu dan sifat tawadu' beliau terhadap akan sesuatu perkara sama ada yang berkaitan dengan hukum hakam mahupun yang berkaitan dengan perkara cabang agama lain apatah lagi yang berkaitan dengan urusan mengenai hati yang senantiasa mesti di awasi dan di perhatikan..walaupun sejauh mana dan sehebat mana kita berapi didalam berucap dan memperjuangkan sesuatu ideolgi dan pandangan jua pegangan, kesemua itu bergantung pada kejujuran dan keikhlasan, dan ia terletak pada seketul daging yang bergelar 'HATI'...


Sahabat yang sejati amat sukar untuk dicari dan amat sulit untuk dikenal pasti dengan mata kasar dan tidak cukup hanya dengan mengenal dan berbual selama satu hari...ia memerlukan penelitian yang cermat dan kemas...untuk mencari sahabat yang sejati memang sukar..oleh itu perlulah men'sejati'kan diri kitaterlebih dahulu....iaitu dengan mengasihani sahabat kita sebelum kita inginkan diri kita dikasihani dan disayangi sepertimana pengharapan kita kepada sahabat-sahabat kita di luar sana..perlulah kita muhasabah diri kita dengan sebanyak-banyaknyer...ini kerana fadilat dan kelebihan bagi mana hamba-hamba Allah yang beriman dan senantiasa muhasabah diri mereka adalah sangat besar, ini kerana muhasabah diri sesaat dapat menyelamatkan diri kita dan menyucikan diri kita..agar semakin subur iman dan rasa kehambaan diri kita kepada Allah dengan sebenar-benar kehambaan..


Buat sahabatku yang masih belum daku jejaki..daku sangat berharap dapat menjejaki kalian semua...moga bantuan dan lindungan Allah bersama-sama dan mengiringi diri ini...aminn...

Tuesday, February 20, 2007

-Renungan bagi hati siri 4-

Jangan bersahabat selain orang yang saleh

Wahai saudaraku sekalian, awas dan ingatlah jangan sekali-kali mencintai dan bersahabat selain orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Taala, orang-orang yang berilmu dan zuhud didunia daripada hamba-hamba Allah yang bertaqwa dan yang saleh, dan para pecintaNya yang mukminin.Sebab-sebab seseorang itu bersama-sama dengan orang yang dicintainya didunia dan diakhirat, demikian sepertimana yang disebutkan didalam hadis sahih:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Seseorang itu dipandang dengan siapa yang duduk bersama dengannya, dan seseorang itu diukur dengan siapa ia berjalan, oleh itu hendaklah ia memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."

Sabda baginda lagi:

"Duduk dengan orang saleh lebih baik dari duduk sendirian, dan duduk sendirian lebih baik dari duduk bersama-sama kawan yang jahat."

Ternyata disini bahawasanya persahabatan dan duduk bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa dan saleh dikira sebagai suatu pendekatan diri kepada Allah Taala dan itulah yang disebut persahabatan yang dipuji dan disyukuri.Dalam persahabatan ini, terdapat banyak hadis dan atsar yang menggalakkan dan menganjurkannya, iaitulah persahabatan yang menimbulkan kecintaan kepada Allah dan kerana Allah, yang telah disediakan baginya pahala yang besar dan kelebihan-kelebihan yang banyak, yang dipandang tinggi darjat dan kedudukannya dalam agama...

Adapun persahabatan dengan orang-orang yang jahat, dan orang-orang yang tiada faedah persahabatannya di antara orang-orang yang lalai dan membelakangi perintah-perintah Tuhan, dan tidak mengendahkan janji tentang hari akhirat, itulah persahabatan yang dikutuk, kerana orang-orang yang suka melakukan bencana dan kerosakan itu memang dituntut untuk membencinya kerana Allah.Sebab itulah kita wajib menjauhkan diri dan menyingkirkan mereka, dan yang demikian itu dikira salah salah satu perintah yang penting didalam agama.Sesiapa mencintai orang-orang yang saleh peribadinya yang telah mendasarkan seluruh amal dan jalan Allah dan semata-semata

-Renungan bagi hati siri 3-


Mencintai Allah dan kerana Allah
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu sama lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis Qudsi :

"Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjung keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu."

Sabdanya lagi didalam sebuah hadis Qudsi yang lain:

"Berfirman Allah Taala di hari kiamat : Mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana keagunganKu.Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu, iaitu hari yang tiada naungan selaian naunganKu."

Sabdanya lagi :

" Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai sesorang, tiada mencintainya kerana Allah."

Dalam sebuah sabda Rasulullah s.a.w tersebut: Tujuh orang yang akan dinaungi Allah dibawah naunganNya, pada hari tiada naungan selain naunganNya. Baginda telah menyebutkan satu persatu orang-orang itu sehingga katanya:

" Dan dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah."

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan bermesra dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cinta kerana Allah Taala.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya didalam selok belok agama, dan mengarahkannya untuk berlaku taat terhadap TuhanNya, maka hal itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya didalam urusan dunia yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta mencintai kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan didadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya, ataupun barangkali orang dapat menolongnya didalam urusan dunianya, dan di dalam hal ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia boleh hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabe'i, cinta biasa yang tidak ada kena mengena sedikitpun dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-semata, dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan .Mudah-mudahan Allah mengampuni diri kita..amin..

Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu boleh menemaninya untuk pergi ketempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasiq dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan seperti itu adalah persahabatan yang dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena mengena sedikitpun dengan Allah.Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat, malah kadangkala belum sempat untuk tiba akhirat di dunia sudah tak tentu hala..porak poranda.

Firman Allah s.w.t:

"Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain bermusuh-musuhan kecuali orang-orang yang bertaqwa" (az-zuhruf 67)

Monday, February 19, 2007

Selamat Hari Lahir untuk insan ini...


Selamat Hari Lahir yang ke-23 buat insan ini..sahabat yang banyak membantu dan memberi nasihat tatkala diri ini berasa keseorangan..insan yang kerap berendam air mata ini tetap tabah dan cekal dengan apa yang menimpa dirinya..kuat serta teguh pendirian beliau..walaupun kerap kali bersedih tetapi beliau memang kuat semangat dan cekal dan mempunyai daya juang yang tinggi..boleh di panggil srikandi Islam da niee..mcm mana la dia la ni yerr..ana doakan beliau semakin ceria dan kembali ke tahap asal beliau..dengar cerita sudah ketemu kawan yang baru..dapat gak menemani beliau dan mengubat luka parah dia niee..teringat ngn dia niee..yer laa..der la gak menjadi teman gurau senda dia..tapi x tau la adakah ana ni dapat memberi kepuasan atas beliau..

Mesti la ni sibuk memanjang dia..wartawan muslimah ni..susah nak jumpa..cuma tu la jika ditakdirkan dapat kejer macam tu pening gak..jika di arahkan tempat yang baik tu yer syukur..ana doakan dia nie dapat bertahan..kuatla iman tu..mudah segala urusan tu..kenangan dengan beliau sukar dirungkai dan diungkap..hati-hati yerr..niatkan ikhlas tau...ingat Allah banyak-banyak yer..nanti krim slm ngn 'sidia' yerr...hee..hee..da berempunyer rupanya shbt ana niee...untung sungguh saper yang dapat dia..ana nk pesan sket jer kt sesaper yang dapat dia niee..kena jaga sungguh kawan nii..dia ni hati lembut tuu..kira wanita soleha tuu...insyaAllah...ana doakn kekal hingga ke gerbang pernikahan..panjang umur..dapat zuriat yang ramai..soleh dah soleha..amin... apa pun salam dari kejauhan dari sahabatmu di perantauan.Moga dengan meningkatnya umur kita semakin tambah iman dan kasih kita kepada Allah..semakin naik umur kita ini jua bermakna usia kita semakin berkurang dan perlu kepada ubudiah kepada Allah dengan lebih kuat dan kerap lagi daripada yang biasa..kuatkn iman dan tetapkan pendirian..kuat semangat..moga jodoh berkekalan..SELAMAT ARI LAHIR YANG KE 23 BUAT ANDA CIK AZRINA BINTI ALBAT...bertemu kembali di masa mendatang...

Haa ni sorang lagi member..langsung x tau aper kabar beliau..trus menyepi tanpa berita..trus x sapa kita...dulu leh kata rapat tu..tp biler baru2 ni der problem ..dia trus menjauh..ana pn x mengerti sebab aper dia bertindak begitu..ukhuwah tuu...senyap dan trus berkubur begitu jerr..aperpn ana doakn shbt ana yang niee..succes sokmo yer..mudah-mudahan bertemu sahabat ana niee,member-member azhar yang lbih baik dari ana..mudahan-mudahan ukhuwah ni kembali bertaut lagi...amin...jumpa lagi sahabat-sahabat ana ni yerr...salam kemaafan ikhlas dari ana...jmper lagii...Tinggal kenangan..mereka berdua ini...adusss sungguh mengharukan..moga Allah rahmati kalian..ukhuwah yang harus dijaga dan dipelihara demi agama ku..moga Allah rahmati kalian lagiii...dua insan ini...kenangan diantara dua tahun..2006-2007..Ya Allah tabahkanlah hati ini..kurniakanlah kasihmu kepadaku..agar dapat menghancurkan nafsuku ini dan meratah ingatanku kepada mereka ini..dunia tetap dunia..Allahhh...semalam, kelmarin, dahulu, berbulan yang lalu serta tahun yang terdahulu yang menjadi kenangan..asam garam dalam meneruskan kehidupan...kepada Allah daku berserah dan berharap...salam takziah buat kenangan yang lalu....

Piala Menteri Besar..18.02.07 in memory


Salam bertemu kembali...ehmm mcm mana nk kata yerr..ehmm sajer jer nk tulis-tulis ni..Letih jadi keeper main bola piala MB setelah semalamnya bertugas sebagai unit disipin dan protokol untuk suatu majlis PMRAM..da lerrr tido satu jam jer malam tu..pagi tadi gi nadi syabab haiyu assyir main bola pulak..lepak habis..la ni sakit tulang belakang..nak jalan pun tak larat..diri pun tak boleh..sakit pinggang..merasa kat tulang nie..nak jer urut ngn asri tapi x larat nak gi..arini macam2...malamnya baru rasa..sakit macam apa dah..tapi bestla tadi dapat join dengan sahabat-sahabat dari semua negeri Johor..rehatkan minda dan eratkan ukhuwah tadi...semua merasa main kan..??sama ada saf kepimpinan exco sehinggalah yang kecil-kecil ni haa..semua merasa main..

Main bola pun tangkap muat jerr..niat asal datang nak main tarik tali jer..tp tub..tub kena main bola pulak...join jer ARMA..OK gak main dengan dia orang..bestla korang..thnks jemput ana yerr..tapi sayang tak ambik gmbr korang tadi...sebab nak cepat balik..letih tu..sok nak latih budak nasyid..letih beb..

Tapi naper ekk tulang belikat ni sakit ekk..rasernye terhentak kat tanah masa tahan bola..alhmdulilah biar sakit pun puas hati bolos dua jer dari 4 perlawanan..da la team kami ceroi jer..x der star langsung...tapi ok gak kot...memang best la korang..Yazid saat,Yazid Akil,striker haizir,ust saiful,ambok..der sorang lagi x ingat..kesian dia orang..walaupun xder pengalaman sgt..tp layannnnn bebb..

Menambah sakit tulang belakang nie lagi maser tarik tali..pancit ngn sakit teruss..x tahan da malam niee..macam mana yer shbt2 sumer yerr..mst lepak gak..adusss saper ni leh tlg urut..sakit sgt niee..raser mcm bengkak jer tulang kat pinggang niee...

Warrggghhh...sakittttttttttt...x leh tahan...ni jer nak coret..nntikan ader lg nk tuliss niee..tapi tajuk lain yerrr...okiess...

Friday, February 16, 2007

-Renungan bagi hati siri 3-


Alim yang beramal dan alim yang mencampur aduk

Ketahuilah, bahawasanya alim yang beramal dengan ilmunya, dan yang dikira di sisi Allah dan RasulNya, sebagai ulama agama dan ulama akhirat, mempunyai bukti dan tanda, yang dengannya kita dapat membezakan antaranya dengan alim yang mencampur aduk , yang dikira disisi Allah dan RasulNya sebagai ulama jual ubat, menurut hawa nafsu dan mengutamakan dunia dari akhirat.

Tanda ulama akhirat itu ialah selalu merendah diri, takut, bimbang, khuatir akan amarah Allah Taala, zuhud pada mata benda dunia, cukup dengan sedikit, membelanjakan apa yang lebih dari keperluan, memberi nasihat kepada orang ramai, menyayangi dan berbelas kasihan terhadap mereka, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat , suka membuat kebajikan, melazimkan diri dengan amal ibadah, menganjurkan segala kebaikan, menyeru kejalan yang benar, sentiasa berdiam diri, tenang, bersopan santun, berbudi pekerti mulia, berlapang dada, lemah lembut, pandai memikat kaum mukminin, tidak sombong, tidak bercakap kasar, tidak bercakap besar, tidak tamak hak orang, tidak terlalu mengambil berat terhadap dunia, tidak melebihkannya dari akhirat, tidak mengumpul harta, tidak menahan hak orang lain, tidak kejam, tidak bertengkar ,atau bermusuh-musuhan,atau bengis, tidak buruk pekerti, tidak sempit dada, tidak selalu menghadap pemerintah, tidak berdiam diri terhadap kelakuan mungkar jika berkuasa, tidak inginkan pangkat, harta kekayaan, pangkat dan kedudukan, malah ia sentiasa benci terhadap semua sifat-sifat itu, tidak berkecimpung dalam sesuatu perkara atau melibatkan diri, kecuali jika perlu dan dharurat saja.

Kesimpulannya, bahawa sifat para ulama akhirat itu sentiasa menepati sifat-sifat yang dianjurkan oleh Ilmu pengetahua, dan ditunjuk oleh akhlak yang terpuji dan amal saleh, sambil menjauhi diri dari apa yang ditegah oleh ilmu pengetahuan, seperti akhlak yang terpuji dan diredhai Allah dan Rasulnya.

Sifat mulia para ulama akhirat yang disebutkan diatas tadi, sepatutnya diikuti oleh orang mukmin, lebih-lebih lagi atas orang-orang yang berilmu, maka yang demikian itu sangat dituntut dan amat diutamakan kerana ia sebagai petunjuk jalan yang dituntut dan pemimpin yang diikut.Jika ia sesat dan hilang pegangan serta melebihkan dunia atas akhirat, maka ia akan menerima dosanya dan dosa orang-orang yang mengikut jejak langkahnya.Tetapi jika ia lurus dan bertaqwa kepada Allah, nescaya ia akan menerima pahalanya dan pahala orang-orang yang mengikut jejak langkahnya juga.

Tamat siri 3

Thursday, February 15, 2007

Menghayati kebesaran Allah di Bukit Thursina


"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan mukjizat yang nyata." (surah hud:96)

"Dan ingatlah ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu(sembahanmu)sepeninggalannya dan kamu adalah orang yang zalim." (surah al-baqarah:51)

Mahasuci Allah yang menjadikan dan menciptakan sesuatu ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan supaya manusia berfikir akan kebesaran dan kekuasaan Allah Taala..berdasarkan ayat al quran yang dinyatakan diatas tadi kita dapat mengerti akan diutusnya nabi Allah dan rasulNya kepada manusia..Maka diutusnya Nabi Allah Musa a.s kepada bani Israel bagi membetulkan dan memberi keyakinan kepada umat Israel supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah dan beriman dengan nabi Musa a.s.tetapi sebaliknya telah berlaku.Kepada Allah kita berserah diri dan bertawakal agar tetap iman dan islam kita kekal hingga kita dijemput oleh Allah Taala.

Begitulah yang telah dinyatakan Allah di dalam kitab sucinya bagi memberitahu umat Muhammad akan kisah umat yang terdahulu dari mereka..jika kita melihat dan menghayati akan perjuangan Nabi Musa a.s dengan bermunajat kepada Allah s.w.t dengan mendaki bukit Tursina semata-semata untuk mendekat diri kepada Allah dan baginda sanggup meninggalkan umatnya bersama dengan saudara baginda iaitu Nabi Harun a.s..jika kita melihat tempat ibadah Nabi Musa a.s terasa dan terdetik didalam benak hati kita akan rasa syahdu dan rasa insaf dalam diri, bagaimana seorang nabi yang mulia merendahkan diri kepada TuhanNya ditempat sebegitu..begitulah apabila perasaan cinta dan kasih serta sayang kepada Allah melebihi daripada segalanya..

Menyusuri akan erti pengorbanan dan perjuangan Nabi Musa a.s serta saudara baginda iaitu Nabi Harun a.s yang bersama-sama menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi bagi membenarkan akan apa yang Allah utuskan..tetapi sejuah manakah erti pengorbanan baginda berdua dihayati umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya..jika kita melihat betapa ramai yang mendaki Bukit Tursina sama ada berseorangan mahupun berkumpulan dengan perit jerih kepayahan serta keletihan yang amat teruja yang memberi impak yang besar pada tubuh badan seseorang semata-mata ingin mendaki dan menikmati akan kecantikan dan indahnya tatkala naiknya matahari diwaktu dinihari..tetapi sedarkah kita akan berapa ramai yang menyandarkan kecantikan dan keindahan ciptaan Allah itu kepada penciptaNya..mengapa tidak terbit didalam bibir mereka akan kalimah Allah..bukankah ia mudah..hanya 'SUBHANALLAH'sudah dikira memadai hanya dengan sebutan yang sedikit itu..ia dapat membersihkan hati dan menyucikan jiwa agar dekat lagi kepada TuhanNya...

Ramai dikalangan kita bersorak gembira dan berasa takjub tatkala keindahan itu teserlah..tiada langsung sandaran dan berasa syukur pada TuhanNya..dengan berteriak,bertepuk tangan sepertimana mereka dari golongan bukan Islam bersorak dan ada yang seolah menyembah matahari itu..oleh itu apakah niat tujuan asal kita mendaki bukit Tursina itu..adakah hanya untuk menikmati dan mengejar disaat waktu naiknya matahari atau untuk ingin digelar orang yang pertama sampai kepuncaknya dan adakah yang terakhir itu dipandang lekeh dan di biar sepi..begitulah senario yang dapat dilihat sepanjang pendakian ke bukit Tursina..pelbagai gelagat yang dapat dilihat...berapa ramaikah yang mengerti dan menghayati kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s..satu muhasabah bagi diri ini...adakah hanya sekadar mendaki seterusnya menanti akan terbitnya matahari sejurus selepas itu bergambar dari pelbagai sudut untuk di ambil sebagai kenangan-kenangan apabila pulang nanti bagi membuktikan kewujudan dan keberadaan kita di tempat yang suci dan mulia ini..???bersama kita memikirkan akan tindakan yang perlu di lakukan ke atas diri kita selaku pendukung agama Allah di muka bumi ini...kepada Allah kita berharap agar menjadi seperti ulama-ulama dan pejuang terdahulu yang berjuang dan bergerak ikhlas kerana Allah s.w.t tanpa menginginkan apa jua ganjaran dan kedudukan..semua itu ikhlas kerana mereka kasih akan Allah melebihi segalannya..

Berbahagialah bagi siapa yang dipilih Allah untuk menjadi kekasihNya didunia mahupun diakhirat..bersama menanamkan dalam diri sifat kasih serta sayang kepada Allah...

Saturday, February 10, 2007

Kerinduan bertandang lagi....


Salam kerinduan buat ahli keluargaku yang amat-amat dirindu ini..abg, ngah, uda, akak, dengan imah..tu tak termasuk rakyat-rakyat yang lain tu..salam rindu dan sayang dari pok su kat sini..teringin nak jenguk dan tatap wajah si kecil itu semua sama ada yang baru lahir mahu pun yang akan lahir..makin bertambahlahkan ahli keluarga arwah encik surib ni yer..alhamdulilah...moga-moga bertambah lagilah hendaknya..amin..

Dah nak masuk setahun lebih juga saya x balik ye..untuk abg2 ngn akak2 sumer yang menziarahi blog adik dia yang tak seberapa ni..ahlan la yer saya ucapakn..Rindu lak kt rakyat2(anak sedara) kt umah tu..hazmi,ijah,haziq,aishah,dan ramai lagi...hampir2 x ingat dah..aduss mcm mana niee..kecewa sungguh..rindu lak saat2 manis bersama dia org niee..pusing-pusing kg petang2 sama...mcm la budak nie..sume pakat nk manja ngn pok su dia niee..agaknya balik nnti besar da gaknya dia org..gelagat mereka ni susah nk cari..biasalah kanak-kanak rianglah katakan..

Untuk famili abg sekeluarga..Ust Abd Samad, kak Lin, dan anak-anaknya..hazmi, hafizah, haziq ngn yang kecik sekali harith..baru ingatla pulak namanyaa..tu yang kata teruk tuu..syukur dpt igt semula...da besar rasanya kalian semua yer..alhamdulillah...










Untuk ngah atau nama penuh beliau Ahmad Rudin, macam mana pula famili dia ini..moga tabah dan bersabar yerr..moga Allah beri kita kekuatan..baru-baru ini saya der mimpikan pasal ngah ni..tp insyaAllah mudah-mudahan kuat iman dan tetap teguh perjuangan dan jati diri kita..amin..ngah aishah dgn si kecil tu sihat ker..??sihat2la hendaknya iya..

Seorang lagi abg saya ini...tuan imam muda kita nie...al fadil al ustaz assyeikh Mohd Asri al johori..ehmm nama hampir-hampir sama dgn seorang lagi mufti yang sejak akhir-akhir ini jadi terkenal pulak...saper lagi kalo bukan al allamah syeikhul hadis tu laa...yer ker sebutan ni...nama pn sama..cuma beza ader taraf DR jer..abg saya ni BA jer...tu pun kira hebatlah tu...adik dia ni ntah macam mana ntah...ngn dia ni mcm2 pengalaman dpt dr dia niee..byk ajar sy maser kecik...ehmm..stiap adik bradik ader kenangan masing2...la ni bila da besar-besar ni lain jer rasernyer..kak mimi ngn si kecil tu macam mana yerr..comel lagi ker...????ni tuan imam berat tu jawatan tu..bkn sekadar jd imam semata-mata tp skopnyer luas tuu...insyaAllah tetap yakin akan Allah...sumer nyer gerenti beress..

Cikgu Suriati...ooo cikgu..ni kakak yang kelima...ni pun hebat gak...kira antara bijak pandai gak dalam fmly niee..dulu maser lum kawin garang abisss...tp power dlm blajo..la ni tengok natijahnyaa...hidup pn kira snangla...alhmdulillh..abg azlee sihat ker x ekk...mesti makin naik kn..aritu sebelum gi sni badan da naik tuu...takutnyer jd mcm tuu...he...hee..grau jer abg azlee yerr..izzudin cmner ..??comel abis ler budak tuu...da semakin besar mst budak niee...si kecil adik aiman...x tau la mcm maner la niee...ke macam abgnyer..kuat, gagah..sumer der..ni yg x sbr2 nak blk niee...rindu kt budak2 niee...waaaaaaa...........waaaaaaaaa....

Haaaaa...ni tinggal lagi sorang...cikgu jua ustzah...ustz Turimah namanya...biler nk makan nasi minyak ker...silap2 saya kawin dulu...hee..hee..amcm..sy nk cari kn x nak...ehmm..xper...cari smpai jumper yerr..kalo x ust2 azhar ni ramai...jaga mak molek tuuu...

ehmmm..biler la nk balik ni yerr...dpt blk skali pn jadi laaa...tp xper laa..kena sabar ini...insyaAllah berjaya nanti...syukur la der shbt2 disisi...yg sepesel pn ader..lg bertambah kuat smgt niee...saper la agaknyerr...hee..hee...syukur mak ngn fmly tau daa..mcm stuju jer...aperpn thnks buat semua yg tidak jemu2 memberi sokongan dan bantuan sama ada bantuan berbentuk perbuatan apatah lagi kewangan..itu sudah semestinya...moga keluarga allahyarham Surib ni tetap dlm keimanan yg kuat dan teguh kati diri dan senantiasa di dalam rahmat Allah...amin...

Nantikan coretan berikutnya...ader yang istemewa menanti...tunggu yerrrrrrrrr

Thursday, February 8, 2007

-Renungan bagi hati siri 2-

Hati yang bersih dari batil dan jahat

Ketahuilah,wahai saudara-saudaraku sekalian,moga Allah mebimbing kita,bahawasanya sebaik-sebaik hati yang dikasihi oleh Allah Taala ialah hati yang suci dan murni dari segala macam kebatilan dan keraguan,bersih dari segala aneka rupa kejahatan,hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebaikan dan kebajikan.

Dalam sebuah hadis dinyatakan yang bermaksud:

Hati itu ada empat jenis :

(1) Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka), padanya terdapat sebuah lampu yang menerangi.Itulah hati seorang mukmin.

(2) Hati yang hitam tidak menentu tempatnya.Itulah hati orang yang kafir.

(3) Hati yang terbelenggu diatas kulitnya.Itulah hati seorang munafiq.

(4) Hati yang mendatar,padanya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang sayuran yang disirami oleh air tawar, dan perumpamaan nifaq yang ada padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk.Yang mana di antara keduannya yang berkuasa, kesitulah hati yang tertarik.

Menurut pendapat Imam Habib Abdullah Haddah r.a, beliau menyatakan nyatanya hati yang terakhir tadi adalah sifat bagi hati kaum yang bercampur aduk amalannya dari umum kaum muslimin sehingga kecuaiannya melebihi kesempurnaan.

Didalam sebuah hadis yang lain,bersabda nabi s.a.w. :

"Bahawasanya iman itu mula muncul dihati sebagai sinaran putih, lalu ia membesar sehingga seluruh hati itu menjadi putih Sedangkan nifaq pula,muncul di hati seperti titik hitam, lalu merebak sehingga seluruh hati menjadi hitam."

Mudah-mudahan Allah Taala memelihara kita semua daripada bahaya nifaq, serta diakhiri hayat kita bersama dengan kaum muslimin di dalam agama Islam, amin..

Ssesungguhnya iman itu akan bertambah dengan sentiasa mengerja dan membanyakkan amalan-amalan yang soleh dengan sepenuh ikhlas kepada Allah Taala.Manakala nifaq pula akan bertambah dengan bertambahnya amalan-amalan yang jahat, seperti meninggalkan perkara-perkara yang wajib dan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh dihatinya setitik hitam.Kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari hatinya.Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak, sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam."

Hadis diatas sesuai dengan firman Allah s.w.t didalam surah al muthafifin ayat 14 yang bermaksud :

"Bahkan telah termeterai di muka hati mereka apa yang mereka kerjakan."

Memanglah, tiada sesuatu yang bencana dan mudharatnya lebih berat keatas manusia didunia dan diakhirat daripada dosa.Sebab seseorang manusia tidak akan disentuh kecelakaan atau ditimpa kesusahan, melainkan tersebab oleh dosanya sendiri.

Firman Allah s.w.t lagi didalam surah assyura ayat 30 yang bermaksud:

"Dan tiada akan menimpa kamu oleh sesuatu kecelakaan , melainkan disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri."

Oleh itu,maka hendaklah setiap mukmin itu berhaga-jaga supaya tidak melakukan dosa, malah sentiasa menjauahkn diri daripadanya.Andainya telah terlanjur melakukan sesuatu dosa, maka hendaklah segera bertaubat kepada Allah Taala.Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menerima taubat hamban-hambaNya serta mengampunkan segala dosa mereka, sedang Dia Maha Mengetahui akan apa yang kita lakukan.

Firman Allah didalam surah al hujjurat ayat 11 yg bermaksud:

"Barangsiapa yang tiada bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."

Maksudnya,mereka telah menganiya dan menzalimi diri mereka sendiri dengan mendedahkan kepada kemurkaan Allah Taala, disebabkan mereka telah tercebur kedalam maksiat, malah terus melakukan maksiat itu tanpa bertaubat.Padahal Allah Taala sudah menganjurkan mereka untuk bertaubat serta berjanji akan menerima taubat mereka.

Firman Allah s.w.t didalam mensifatkan ZatNya sebagai Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun :

" (Tuhan) Pengampun dosa, Penerima taubat, sangat keras siksaNya, dan amat besar kurniaNya, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya kesudahan segala tujuan."

Cubalah renungkan ayat ini dan perhatikan maksud yang terkandung didalamnya dari pengertian yang mulia dan rahsia yang amat berkesan, yang boleh membangkitkan perasaan takut dan harapan serta gementar jua dan gerun.

Firman Allah yang lainnya.Di nyatakan didalam surah al mukmin ayat 13-14:

"Dan tiadalah yang mengambil peringatan, melainkan orang yang kembali ke pangkal jalan.Maka serula Tuhan dengan penuh tulus ikhlas, beragama kepadaNya."


Tamat siri kedua..wallahua'lam



Thursday, February 1, 2007

- Renungan bagi hati siri 1 -

Waspadalah anda, janganlah bersifat keras hati dan bersikap kasar, sehingga diberi nasihat tidak akan memberi kesan apa pun.Hati tidak akan merasa hiba lagi, bila disebutkan maut, dan tidak gentar mendengar janji-janji balasan dari Allah dan ancamanNya mengenai hal ehwal akhirat :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Yang amat jauh dengan Allah Taala ialah hati yang keras."


Sabda baginda lagi:

"Empat perkara menjadi tanda kejahatan,iaitu : Hati yang keras, mata yang beku, sentiasa berkira- kira dan panjang harapan."

Awasilah diri anda dari empat sifat yang merbahaya yang disebutkan tadi
Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi bersabda :

"Ingatlah bahawa Allah Taala tiada akan menerima doa dari hati yang lalai."


Sifat lalai itu adalah sifat yang lain, tidak sama dengan sifat keras hati. Sifat ini adalah tercela dan mengandungi bahaya yang besar.Hati yang lalai ialah hati yang tidak tahu diuntung dan tidak sedar ketika diingatkan dengan berbagai-bagai petunjuk dari perintah -perintah Allah Taala dan laranganNya.Ia tidak akan mengendahkan sama sekali nasihat-nasihatitu kerana hatinya telah dibelenggui oleh sifat yang lalai dan lupa disebabkan terlalu banyak urusan pekerjaan dan permainan dari bermacam-macam keindahan dunia dan peluasan hawa nafsu.

Allah berfirman kepada RasulNya :

"Ingatlah Tuhan didalam hatimu dalam keadaan rendah hati dan takut,dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang, dan janganlah engaku tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang lalai."

( surah al a'raf:205)

Allah telah melarang RasulNya supaya tidak menjadi orang yang lalai,sebagaimana Dia melarang juga supaya tidak mentaati orang-orang yang lalai itu atau mengikut jejak langkah mereka.

Allah berfirman lagi

"Dan janganlah engkau turuti kaum yang kami (Allah) lalaikan hatinya dari mengingati Kami.Lalu ia tunduk kepada hawa nafsunya.Maka menjadilah urusannya sia-sia belaka."

(surah al kahf:28)

Seseorang itu dikira lalai juga apabila dia membaca Al-Quran al-Karim atau mendengarkannya, akan tetapi tiada merenungkan maknanya atau mendalami maksudnya, tiada menuruti perintah dan larangannya, tiada menuruti nasihat dan teguran yang terkandung didalam ayat-ayatnya.Demikian pula hukumnya sama terhadap Hadis Rasulullah s.a.w serta ucapan para salaf redwanullahi a'alaihim ajmain..

Seseorang itu dikira lalai apabila ia tiada mengingati mati,dan tiada memandang berat hal ehwal yang bakal berlaku sesudah mati,sama ada ia tergolong ahlis saadah (orang-orang yang berbahagia),atau tergolong ahlis syaqawah(orang-orang yang celaka),ia tidak pernah mahu memikirkan semua itu .

Seseorang itu dikira lalai juga apabila ia tiada selalu mendampingi para alim ulama yang akan mengingatkannya akan Allah dan agamannya,dan yang akan menyedarkannya akan hari-harinya yang berbaki dan nikmat-nikmat Allah Taala yang sedang diterimannya, disamping janji dan ancamanNya.Bukanlah para alim ulama itu sering mengambil berat agar seseorang itu sentiasa berada didalam taat kepada Allah dan jauh dari maksiatNya dengan menaburkan nasihat-nasihat yang berguna dan menunjukkan perbuatan-perbuatan yang baik?Sekiranya para alim ulama tiada ditemui lagi, maka cukuplah buku-buku yang mereka susun itu untuk menggantikan mereka.

Walau bagaimanapun dunia tidak akan luput dari para alim ulama Insya Allah ,meskipun kerosakan zaman telah umum di mana-mana.Perkara-perkara yang batil telah banyak tersebar, sedang orang yang mencetuskannya bermaharajalela meliputi dari pelbagai peringkat dan lapisan.Mereka telah membelakangi Tuhan dan membelakangi perintahNya,serta tiada menegakkan yang hak.Hanya orang-orang yang terselamat dari bencana ini sedikit sekali bilangannya, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w:

"Sekumpulan dari umatku akan terus berdiri teguh atas kebenaran, tiada akan membahayakan mereka siapa yang menentangnya, sehinggalah tiba ketentuan dari Allah s.w.t."


Ada banyak lagi berita dan cerita yang akan menceritakan bahawa dunia ini tidak akan luput dari kitab orang-orang yang mempertahankan kebenaran dan berdiri atas kitab Allah (al quran) dan sunah rasulNya pada bila-bila masa sekalipun.Hanya bilangan orang-orang ini akan terus berkurangan di akhir zaman.Mungkin juga mereka itu akan menyembunyikan diri, sehingga tiada dapat dikenali umum lagi, melainkan penuntut-penuntut yang benar-benar mencari dan mencintainya dengan penuh ikhlas .Wallahu a'lam...

tamat siri pertama....